Anda di halaman 1dari 2

SURAT IKATAN HIBAH

SURAT IKATAN HIBAH ini dimeterai pada 13 haribulan APRIL 2020 di antara

MUHAMMAD IBRAHIM WONG BIN ADAM WONG (NO. K/P: 690122-07-5341) yang
mempunyai alamat di No. 8, Taman Seri Setia, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang (selepas
ini dirujuk sebagai ‘PEMBERI HIBAH’).

Dan

YAYASAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG (NO. PENDAFTARAN SYARIKAT:


802663-H) yang mempunyai alamat di Aras 3, Menara Boustead, Jalan Sultan Ahmad Shah,
10050 George Town, Pulau Pinang (selepas ini dirujuk sebagai ‘PENERIMA HIBAH’).

BAHAWASANYA:

1. Pemberi Hibah adalah pemilik berdaftar sebidang tanah dengan butiran pemilikan jenis
hakmilik HS(M) 9298 Lot 1161, Mukim 7, Daerah Seberang Perai Utara, Bandar
Butterworth, Negeri Pulau Pinang beralamat di No. 10, Lorong Shahbandar 1, Telok
Air Tawar, 13050 Butterworth, Pulau Pinang (selepas ini dirujuk sebagai “HARTA
HIBAH”).

2. Pemberi Hibah dengan ini bersetuju untuk menghibahkan Harta Hibah tersebut kepada
Penerima Hibah.

3. Pemberi Hibah juga melampirkan bersama, Dokumen Pengisytiharan Hibah dan


kesemua salinan dokumen pemilikan Harta Hibah tersebut bagi memudahkan proses
permohonan Perintah Pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah.

4. Penerima Hibah hendaklah memohon permohonan Perintah Pengesahan Hibah di


Mahkamah Syariah dan keseluruhan kos ditanggung oleh Penerima Hibah sendiri.
5. Akhir sekali, Pemberi Hibah mempunyai segala hak mutlak untuk menarik semula
pemberian Hibah ini pada bila-bila masa dikehendaki dan akan dimaklumkan kepada
Penerima Hibah dengan notis bertulis.

DENGAN MERUJUK HAL-HAL DI ATAS maka kedua-dua pihak bersetuju menurunkan


tandatangan masing-masing di bawah pada haribulan dan tahun seperti yang mula-mula tertulis
diatas.

Ditandatangani oleh: )
PEMBERI HIBAH yang dinamakan diatas )
MUHAMMAD IBRAHIM WONG BIN )
ADAM WONG )
(NO. K/P: 690122-07-5341) ) IBRAHIM
dengan kehadiran saksi:- ) ……………………….
MUHAMMAD IBRAHIM WONG

AZIM
……………………………
MOHD AZIM WONG BIN MUHAMMAD IBRAHIM WONG
(NO. K/P: 951002-07-5412)

Ditandatangani bagi pihak )


PENERIMA HIBAH yang dinamakan diatas)
YAYASAN PEMBANGUNAN PULAU )
PINANG )
(NO. SYARIKAT: 802663-H) )
dengan kehadiran saksi: - ) MUSA
……………………….
IBRAHIM MUSA BIN AHMAD
(NO. K/P: 800307-07-5611)

ILYAS ANATI
…………………………. ………………………..
MOHD ILYAS BIN ALIAS NUR ANATI BINTI ANAS
(NO. K/P: 810227-08-5971) (NO. K/P: 840301-02-5028)

Anda mungkin juga menyukai