Anda di halaman 1dari 2

Soalan Tutorial

MINGGU 1 - Bandingkan ciri-ciri yang terdapat pada spesies-spesies manusia yang wujud dalam zaman prasejarah. MINGGU 2 - Tradisi Hoabinhian dipercayai telah muncul dalam Zaman Mesolitik di Asia Tenggara. Jelaskan ciri-ciri utama tradisi ini. MINGGU 3 - Dengan merujuk kepada contoh-contoh khusus, bandingkan ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik , Mesolitik, Neolitik dan zaman Logam MINGGU 4 - Bandingkan ciri-ciri kerajaan agraria dan kerajaan maritim dari aspek kedudukan geografi, kegiatan ekonomi, kemahiran penduduk dan hubungan luar. MINGGU 5 - Berdasarkan contoh-contoh dari kerajaan awal di Malaysia, buat satu kajian tentang asal-usul nama dan keistimewaan kerajaan-kerajaan tersebut.

Esei Individu
1. Jelaskan maksud prasejarah dan huraikan bagaimana ahli-ahli arkeologi membuktikan wujudnya sesebuah tamadun awal manusia yang terdapat di lembah- lembah utama di dunia 2. Masyarakat prasejarah telah menjalani kehidupan yang lestari berbanding dengan masyarakat moden. Bincangkan 3. Kebudayaan Neolitik sering diistilahkan sebagai kebudayaan inovatif. Jelaskan inovasi kebudayaan masyarakat Neolitik. 4. Buat satu kajian tentang peralatan masyarakat paleolitik hingga zaman logam dari aspek fungsi dan nilai astetika. 5. Konsep saling bergantungan antara kerajaan awal banyak membantu dalam perkembangan perdagangan. Sejauhmanakah pernyataan ini benar dalam hal kerajaan agraria dan kerajaan maritim. 6. Sejauh manakah agama Hindu dan Buddha memainkan peranan penting dalam kerajaan awal di Asia Tenggara?

7. Lembah Bujang merupakan pusat tamadun awal yang penting di Tanah Melayu. Buat satu kajian tentang lokasi, pusat perdagangan dan kesenian Lembah Bujang. 8. Konsep kejadian dan peranan manusia mengikut pandangan Islam dengan pandangan Barat dikatakan berbeza. Bandingkan pernyataan tersebut. 9. Sejarah membuktikan petempatan awal manusia bermula di lembah-lembah sungai. Jelaskan pernyataan ini. 10. Manusia Perak (Perak Man) adalah rangka manusia yang tertua pernah dijumpai di Malaysia. Buat satu kajian tentang manusia zaman prasejarah ini.

Anda mungkin juga menyukai