Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN FOTOGRAFI

Apakah maksud “fotografi”? Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, fotografi bermaksud seni,
proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan fotograf.

Fotografi adalah gabungan seni dan sains dalam memaparkan imej ke atas sebatian yang
peka pada cahaya.

Sains dari segi teknikal, peraturan, formula, pendedahan, fokus dan sebagainya.

Seni pula dari aspek kreatif komposisi, ekspresi manipulasi warna dan sebagainya.
Kedua-dua adalah penting untuk menghasilkan persembahan yang nampak professional.

Perkataan “photography” berasal dari perkataan Perancis “photographie” yang


bermaksud “light” + “stylus” , “paintbrush” atau “melukis dengan cahaya”. Pada awalnya,
produk fotografi dinamakan “negatives” (negatif) dan fotograf, atau singkatannya photo
(foto).

Fotografi (photography) berasal dari dua perkataan iaitu “Photo” yang bererti cahaya
dan “graph” yang bererti tulisan / lukisan. Sebagai istilah umum, fotografi bererti proses atau
kaedah untuk menghasilkan gambar atau foto dari suatu objek dengan merakam pantulan
cahaya yang mengenai objek tersebut pada media yang peka cahaya. Alat paling popular
untuk menangkap cahaya ini adalah kamera.

Prinsip fotografi adalah menfokuskan cahaya sehingga mampu menangkap cahaya.


Medium yang telah dibakar ukuran luminitas cahaya yang tepat akan menghasilkan
NO KOD / CODE NO DDA1012 Muka: 2 Drp: 18

bayangan identik dengan cahaya yang memasuki medium pembiasan (selanjutnya disebut
lensa).

SEJARAH PERKEMBANGAN FOTOGRAFI

Fotografi adalah hasil dari penemuan. Yang pertama dalam bidang alam menghasilkan
kamera, yang kedua dalam bidang kimia menghasilkan film. Asal mulanya kedua penemuan
itu tidak ada hubungannya antara satu sama lain sebelum sampai ke kesempurnaan seperti
yang kita sekarang kenal serta melahirkan penemuan baru iaitu fotografi.

Fotografi ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya fotografi tidak dapat
berfungsi. Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Dalam era ledakan ICT
perkembangannya amat ketara sekali apabila fotografi telah diadun bersama teknologi ICT
dan wujudnya Kamera Digital yang telah merubah dunia fotografi.

Fotografi tradisional masih dibenarkan berkembang bersama perkembangan ledakan


teknologi ICT. Fotografi tidak dapat dipisahkan daripada tradisi tradisionalnya. Kamera digital
telah diterima dengan meluas namun fotografi dengan menggunakan filem masih digunakan
di kalangan pengamal fotografi.

Kamera mula diperkenalkan apabila para pelukis menghadapi masalah untuk


merakamkan imej potret pada abad 17 dan 18. Justeru itu, mereka mencipta kamera
Obscura untuk kemudahan merakam imej.

Pada abad ke-5 sebelum masihi, seorang yang bernama MoTi, mencipta gejala
fotografi. Apabila sebuah ruangan gelap ada lubang yang memancarkan sinar, maka di
tembok suatu ruangan tersebut akan terlihat gambar sumber cahaya tadi secara terbalik. Ibn
Al-Haitham, seorang Arab juga menemukan gejala yang sama. Gambar foto pertama dibuat
pada tahun 1826 selama 8 jam.

Louis Jacques Mande Daquerre merupakan bapa fotografi dunia (1837). Kamera
Obscura merupakan kamera yang pertama kali dipakai untuk menggambar potret. Obscura
telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak (Eastman Kodak) pertama kali
ditemukan oleh Snapshooter 1888 di Amerika.

Tahun 1900, seorang jurugambar telah mencipta kamera Mammoth. Kamera ini amat
besar ukurannya di mana beratnya 1400 paun. Lensa seberat 500 paun. Sewaktu mengubah
atau memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang diperlukan. Kamera ini
NO KOD / CODE NO DDA1012 Muka: 3 Drp: 18

menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons


digunakan ketika memprosesnya.

Di awal kewujudan kamera digital, tidak ramai orang yang menggemarinya


terutamanya di kalangan professional. Ini adalah kerana kamera digital generasi awal sekitar
hujung tahun 1980an masih menggunakan cirri-ciri kamera kompak.

Abscura telah diubahsuai secara berterusan sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh
George Eastman yang bersaiz lebih kecil sekitar 1888. Dari zaman abscura hingga ke era
digital dan daripada produk yang mahal dan membebankan untuk dibawa, kamera kini
menjadi produk bersaiz kecil, murah dan mesra pengguna.

SEJARAH RINGKAS FOTOGRAFI

Adalah penting untuk kita mengetahui sedikit sejarah mengenai fotografi agar kita lebih
menghargai dan memahami asas mengenai bidang ini.

Pada zaman awal fotografi, manusia lebih memberi tumpuan kepada proses penciptaan
kamera itu sendiri. Berbagai proses telah dicipta dan diperkenalkan. Ciptaan-ciptaan awal ini
mempunyai berbagai kelemahan yang kemudiannya sentiasa diperbaiki oleh ciptaan-ciptaan
lain yang lebih baik.

Setelah beberapa lama, apabila kamera menjadi semakin mudah digunakan dan
menghasilkan kualiti yang lebih baik, dunia fotografi terus berkembang dengan lahirnya
jurufoto-jurufoto yang menggunakan kamera sebagai alat untuk berkarya. Fotografi juga
telah berkembang menjadi satu bentuk media visual yang mempunyai nilai seni yang
tersendiri. Ianya juga turut memberi faedah yang besar dalam berbagai bidang seperti
kewartawanan, pengiklanan, perubatan, pendidikan, pemetaan dan sebagainya.

Penciptaan Kamera

Siapakah yang mencipta kamera? Sebenarnya, penciptaan kamera tidak dilakukan oleh
seorang individu sahaja. Proses penciptaan kamera ini berlaku secara beransur-ansur
selama ratusan tahun melibatkan berbagai pengetahuan dalam ilmu fizik, kimia dan optik.
Beberapa orang individu penting telah mencipta beberapa perkara yang akhirnya
menyumbang kepada terciptanya kamera pertama yang boleh merakam imej kekal.

Manusia telah lama mengetahui prinsip asas berkaitan fotografi, iaitu sekitar tahun 300
sebelum masihi dimana Aristotle (ahli falsafah Greek) telah menulis mengenai fenomena
pembentukan imej yang merupakan asas kepada fungsi sebuah kamera. Pada sekitar abad
yang sama, Mo Ti (ahli falsafah Cina) telah mencipta sebuah alat yang berfungsi sebagai
sebuah kamera yang ringkas. Tetapi, kamera ini tidak boleh merakam gambar.

Seorang lagi tokoh penting yang menyumbang ke arah penciptaan kamera ialah Ibn Al-
Haytham (Dunia Barat mengenalinya sebagai Alhazen). Beliau adalah seorang saintis
muslim yang dianggap sebagai Bapa Optik Moden dan jasanya diiktiraf oleh sarjana Barat.
NO KOD / CODE NO DDA1012 Muka: 4 Drp: 18

Pada sekitar tahun 1000 masehi, Ibn Al-Haytham telah membina camera obscura dan telah
menerangkan secara saintifik mengenai camera obscura, sifat cahaya dan beberapa perkara
mengenai optik. Hasil kajian dan penemuan oleh Ibn Al-Haytham dikembangkan lagi oleh
saintis barat selepas itu.

Pada zaman awal ini, kamera yang dicipta tidak boleh digunakan untuk merakam imej
secara kekal. Kamera yang dikenali sebagai camera obscura ini cuma boleh memaparkan
imej yang hanya boleh dilihat sahaja. Selepas beberapa lama, kamera ini diperbaiki lagi lalu
membolehkan imej yang dilihat itu boleh ditekap bagi dijadikan lukisan.

Perkataan camera obscura adalah perkataan yang berasal dari Bahasa Latin dimana
‘camera’ bermaksud bilik dan ‘obscura’ bermaksud gelap. Oleh itu, camera obscura
bermaksud bilik gelap. Memang pada asalnya, kamera adalah merupakan sebuah bilik yang
tertutup dan gelap. Satu lubang kecil akan dibuat pada satu dinding di bilik tersebut bagi
membolehkan cahaya masuk. Cahaya yang masuk melalui lubang kecil ini akan
membentukkan imej pada satu permukaan yang bertentangan di dalam bilik ini. Kamera
yang bersaiz sebuah bilik ini kemudian telah dikecilkan saiznya sehingga ia menjadi mudah
alih. Camera obscura seterusnya menjadi semakin popular apabila ianya dijadikan dalam
bentuk kotak yang dibuat dari kayu dan bersaiz lebih kecil.

Camera obscura yang telah diperbaiki – bersaiz lebih kecil dan mudah alih. Alat ini
digunakan untuk menekap imej yang dihasilkan untuk dijadikan lukisan. Sumber foto dari
Wikimedia Commons
NO KOD / CODE NO DDA1012 Muka: 5 Drp: 18

Penciptaan Kaedah untuk Merakam Imej Foto Kekal

Untuk mencipta sebuah kamera adalah tidak begitu sukar. Apa yang lebih sukar adalah
untuk merakam imej secara kekal. Pada sekitar tahun 1800, Thomas Wedgewood telah
berjaya merakam gambar foto, tetapi gambar tersebut tidak kekal. Foto yang dirakam hanya
bertahan selama beberapa saat sahaja sebelum ianya pudar dan terus lenyap.

Setelah lebih dari 800 tahun sejak wujudnya camera obscura, manusia masih belum boleh
merakam foto yang kekal. Akhirnya, pada tahun 1826(1), Nicephore Niepce telah berjaya
merakam foto alam semulajadi(1) yang pertama di dunia secara kekal! Untuk mendapatkan
foto ini, Niepce telah menggunakan proses yang diberi nama Heliograph dan telah membuat
dedahan cahaya selama 8 jam untuk merakam imej (kamera sekarang boleh merakam foto
dengan dedahan cahaya hanya selama 1/125 saat atau lebih cepat)

Huraian: (1) Di bahagian belakang foto ini tertera tulisan tahun 1827. Ada pendapat yang
mengatakan foto ini dirakam pada tahun tersebut. Ada pula pendapat lain mengatakan,
tahun 1827 yang ditulis di bahagian belakang foto itu adalah tahun dimana Niepce
menghadiahkan foto itu kepada rakannya, tetapi foto ini sebenarnya dirakam pada tahun
1826. (2) Foto yang lebih awal sebenarnya telah dihasilkan pada tahun 1822 dari objek
bukan alam semulajadi, iaitu foto salinan dari lithograph (litograph ialah sejenis teknik
cetakan menggunakan goresan) Sumber rujukan: Harry Ransom Center, University of
Texas at Austin

Foto yang diberi nama ‘View from the Window’ ini telah dikenali sebagai foto kekal yang
pertama di dunia yang telah dirakam oleh Nicephore Niepce di rumahnya di Perancis.
Sumber foto dari Wikimedia Commons
NO KOD / CODE NO DDA1012 Muka: 6 Drp: 18

Pada tahun 1837, Louis Daguerre telah menunjukkan proses yang dikenali dengan nama
Daguerreotype dimana foto boleh dirakam dengan dedahan yang lebih pendek iaitu kurang
dari 30 minit. Proses Daguerreotype ini boleh menghasilkan foto yang cantik dan merupakan
satu proses yang popular di seluruh dunia pada zaman itu.

Kamera yang digunakan untuk menghasilkan foto dengan proses Daguerreotype. Foto oleh
Liudmila & Nelson, Wikimedia Commons

Pada tahun 1839, satu lagi penemuan besar dalam fotografi telah dibuat oleh William Henry
Fox Talbot. Beliau telah mencipta satu proses yang dinamakan Calotype dimana proses ini
boleh menghasilkan imej negatif. Imej negatif ini boleh digunakan untuk mencetak semula
imej-imej positif. Ini bermaksud, foto yang dirakam boleh dicetak semula sebanyak mana
yang dikehendaki. Proses Calotype ini telah memberi idea asas kepada proses negatif-positif
yang telah digunakan secara meluas dalam era fotografi analog selama lebih dari 100 tahun
selepas itu.

Selepas proses Calotype diperkenalkan, ada banyak lagi proses lain telah dicipta –
antaranya ialah Wet Plate Collodion, Ambrotype (Collodion Positive), Tintype, Cyanotype
dan beberapa proses lagi. Namun, kesemua proses ini masih tidak cukup sempurna dan
ianya tidak begitu mesra pengguna. Kamera yang digunakan bersaiz besar dan berat.
Proses menghasilkan foto juga adalah remeh dan memakan masa.

Sehinggalah pada tahun 1888, George Eastman menerusi syarikatnya Kodak telah
mengeluarkan kamera yang lebih mesra pengguna. Kamera yang diberi nama Kodak No. 1
ini dikilangkan secara besar-besaran untuk kegunaan orang ramai. Kamera ini
NO KOD / CODE NO DDA1012 Muka: 7 Drp: 18

menggunakan filem negatif dan boleh merakam sehingga 100 keping foto untuk setiap kali
isian.

Kamera Kodak No. 2A (Brownie) yang telah diperbaharui dari kamera sebelumnya, iaitu
Kodak No. 1. Penghasilan kamera jenis ini telah menjadikan fotografi lebih popular di
kalangan orang awam. Foto oleh John Kratz, Wikimedia Commons

Perkembangan Fotografi Analog

Kodak telah mencetuskan perubahan dimana fotografi boleh dipraktikkan secara lebih
meluas terutamanya di kalangan jurufoto amatur. Dari sini, fotografi semakin berkembang
dimana kamera semakin mampu dimiliki dan proses merakam gambar menjadi lebih mudah.

Kamera terus menjadi semakin canggih. Secara beransur-ansur, kamera yang beroperasi
secara mekanikal diperbaiki dengan penggunaan komponen elektronik. Berbagai kawalan
automatik ditambah untuk memudahkan pengguna.
NO KOD / CODE NO DDA1012 Muka: 8 Drp: 18

Teknologi fotografi analog (menggunakan filem) digunakan selama lebih dari 100 tahun
lamanya. Dalam tempoh ini, bidang fotografi telah menjadi cukup matang, baik dari segi
teknologinya mahupun dari segi perkembangan artistiknya.

Kamera Canon New F1, antara kamera analog yang termasyhur di zamannya. Kamera
seperti ini banyak digunakan oleh jurufoto profesional pada sekitar tahun 1980an. Foto oleh
Richard Hilber, Wikimedia Commons.

Fotografi Digital

Menurut rekod yang sah, kamera digital pertama dicipta pada tahun 1975 oleh Steve
Sasson, seorang jurutera Kodak. Kamera ini boleh menangkap gambar menggunakan CCD
(Charge-Coupled Device) dengan 10,000 piksel. Namun, fotografi digital juga dikatakan telah
mula digunakan oleh NASA (National Aeronautics and Space Adiministration) sejak tahun
1960an lagi untuk menerima isyarat imej digital yang dirakam oleh pesawat di angkasa
lepas. Asas kepada fotografi digital ini juga sebenarnya telah wujud sejak tahun 1950an
berasaskan dari teknologi kamera video.
NO KOD / CODE NO DDA1012 Muka: 9 Drp: 18

Antara kamera digital yang terawal – Kodak DCS 420 yang menggunakan badan kamera
analog Nikon F90. Sistem ini mempunyai sensor dengan 1.2 megapixel sahaja dan mula
diperkenalkan pada tahun 1994. Sumber foto dari Wikimedia Commons

Apa pun, fotografi digital tidak digunakan oleh orang ramai secara meluas sehinggalah pada
sekitar tahun 2002 apabila kamera digital mula dipasarkan secara komersial. Perkembangan
teknologi fotografi digital berlaku dengan begitu pesat sejak dari itu. Dengan ini, bermulalah
satu era baru dalam sejarah fotografi.
NO KOD / CODE NO DDA1012 Muka: 10 Drp: 18

PENGARUH DAN PERANAN FOTOGRAFI DALAM BIDANG :

1. Penerbitan

a) Media Cetak
b) Media Elektronik
c) Media Sosial
d) Berita
e) Album

2. Pengiklanan

Branding adalah salah satu teknik pemasaran sebuah produk yang penting dilakukan.
Pada saat ini metode dan teknik branding banyak memanfaatkan banyak media. Termasuk
dalam hal ini teknik branding dengan menggunakan social media dan lainnya. Dalam
branding ada beberapa hal yang perlu diperhatikan, termasuk dalam hal ini
menggunakan foto produk untuk branding.

Sekilas mungkin foto sebuah produk tidak begitu penting, namun perlu diketahui bahwa foto
sebuah produk sangat penting sekali untuk branding. Dengan kata lain bahwa foto tersebut
harus benar-benar dibuat sebagus mungkin dan semenarik mungkin. Hal ini bertujuan agar
sebuah produk bisa lebih mudah untuk dipasarkan.

Buatlah sebuah foto produk semenarik mungkin sehingga nantinya proses branding
tersebut bisa lebih menarik. Teknik pengambilan foto sebuah produk harus dilakukan dengan
benar sehingga hasilnya bisa memberikan kesan yang bisa menarik pelanggan. Penting atau
tidak tentu saja pangaruh foto sebuah produk sangat penting sekali.
NO KOD / CODE NO DDA1012 Muka: 11 Drp: 18

Inilah Pengaruh Foto Produk Dalam Branding


Tidak bisa dipungkiri bahwa foto produk memang harus diperhatikan dalam sebuah
branding. Dengan tampilan foto sebuah produk yang menarik maka pelanggan akan lebih
tertarik dalam membeli sebuah produk. Apa saja pengaruh foto sebuah produk untuk
kegiatan branding? Simak berikut ini.

1. Faktor penentu keputusan pembelian yang dilakukan oleh konsumen setelah melihat
foto produk yang menarik.
Tidak bisa dipungkiri bahwa 90% keputusan pembelian dilakukan setelah melihat
tampilan dari foto produk.

2. Dengan foto produk yang bagus, maka barang sederhana bisa memiliki nilai harga
atau jual tinggi.
Jika foto sebuah produk jelek, meskipun produk yang dijual mahal maka tetap saja
akan bernilai rendah.

3. Kemudian foto sebuah produk juga sebagai salah satu hal yang bisa meningkatkan
kepercayaan konsumen terhadap brand tersebut.
Foto produk yang bagus sangat dibutuhkan dalam proses untuk branding.

4. Pengaruh lainnya tentu saja untuk memberikan kesan yang lebih mudah diingat oleh
konsumen.
Dengan kata lain jika konsumen melihat foto produk tersebut maka akan ingat dengan
nama dan kegunaan dari produk yang Anda jual. Ini secara tidak langsung
membangun branding.

5. Mempermudah proses social media marketing (menarik perhatian).


Bayangkan saja dengan foto sebuah produk yang menarik yang digunakan
dalam branding social media maka hal ini akan membuat konsumen atau calon
pelanggan akan lebih mudah tertarik pada produk tersebut.

6. Mempermudah calon pelanggan untuk mengenali setiap produk yang Anda jual.
Dengan mengunakan foto produk yang bagus tentu saja hal ini akan membuat dan
memudahkan para pelanggan untuk lebih mengenali dan lebih tertarik dengan
produk-produk yang dijual. Hal ini sebagai salah satu solusi terbaik dalam
memudahkan untuk mengenalkan produk-produk yang dijual.

Foto produk memang sangat penting dalam hal strategi pemasaran dan branding sebuah
produk yang dijual tersebut. Maka dari itu gunakan foto produk yang bagus dan bisa
menunjang kelangsungan dari menjual sebuah produk tersebut. Jangan sepelekan
pentingnya foto produk untuk sebuah branding. Selalu pastikan untuk membuat sebuah foto
produk yang bagus sehingga menarik pelanggan dan memberikan kenyamanan dalam hal
sebuah branding. Lakukan dengan baik dan pastikan semunya memenuhi kriteria branding
terbaik.

Demikian beberapa pengaruh foto produk dalam branding sebuah produk. Buatlah foto
produk semenarik mungkin sehingga dengan begitu maka proses pemasaran akan
berlangsung dengan baik sehingga menarik banyak sekali pelanggan.
NO KOD / CODE NO DDA1012 Muka: 12 Drp: 18

3. Kehidupan Seharian

Sering dengar kata fotografi? Sekarang ini hobi fotografi digandrungi banyak orang
terutama anak muda, ya walau mungkin peralatannya agak mahal.

Namun juga banyak anak muda yang sekarang ini menyalurkan hobi fotografi mereka
melalui ponsel, sekarang ini ponsel dimana-mana sudah canggih dan memiliki resolusi
kamera yang juga apik dan tidak kalah dengan kamera sesungguhnya.

Lalu kenapa hobi yang satu ini diminati banyak orang?

Beberapa orang yang menyukai hobi fotografi mengatakan kalau mereka mendapatkan
kesenangan dari hobi ini.

Mereka mendapatkan sebuah kedamaian hanya dengan memotret keadaan di sekitarnya.

Selain kesenangan dan kedamaian ada juga beberapa manfaat fotografi yang bisa anda
dapatkan, diantaranya:

a. Menghilangkan Stress

Mungkin anda yang sedang stress atau mengalami depresi bisa anda coba untuk
melakukan hobi yang satu ini. Anda bisa memotret apa saja yang ada di sekitar anda,
atau mungkin anda juga bisa mengambil cuti dan pergi ke alam untuk memotret
keindahan ciptaan Tuhan. Coba fokus dan usahakan mengambil gambar terbaik, ini akan
membantu otak anda untuk santai sejenak dan mengusir rasa stress yang anda alami.

b. Mengabadikan setiap Moment dalam Hidup

Ini juga salah 1 manfaat dari fotografi, anda bisa mengabadikan moment-moment yang
anda lewati bersama orang-orang tercinta anda dengan mengabadikannya lewat foto.
Lewat jepretan yang anda ambil, anda bisa mengenangnya hingga beberapa tahun
kemudian. Ini juga merupakan nilai plus dari fotografi, beberapa tahun kemudian mungkin
anda akan sangat bersyukur karena dengan fotografi kenangan-kenangan manis anda
terabadikan.

c. Membuat Anda Dekat dengan Alam

Jika anda mulai menekuni hobi fotografi, biasanya anda akan sering-sering liburan dan
melakukan hobi ini di alam. Anda akan sering menjepret objek-objek alam dan ini akan
membuat anda lebih sering berinteraksi dengan alam dan tentunya akan membuat anda
semakin dekat dengan alam.

d. Lebih Bersyukur

Salah satu nilai rohani yang bisa kita dapatkan dengan melakukan fotografi adalah kita
menjadi orang yang lebih bersyukur daripada sebelumnya. Dengan kita menekuni hobi ini
kita pasti akan memotret banyak hal, mulai dari alam sampai kehidupan sosial sehari-hari
NO KOD / CODE NO DDA1012 Muka: 13 Drp: 18

masyarakat. Dengan begitu kita jadi tahu dunia lebih lagi, dan akan membuat kita
semakin bersyukur. Kita menjadi semakin sadar jika ciptaan Tuhan itu sempurna dan
indah adanya.

e. Membuka Mata dan Fikiran Anda

Dengan fotografi mata dan pikiran anda akan lebih terbuka. Anda akan lebih ‘melihat’
kondisi sekitar anda dan juga kondisi alam kita. Pikiran anda juga akan lebih terbuka
daripada sebelumnya, anda mulai bisa melihat sisi-sisi kehidupan dari beberapa segi dan
prespektif seperti saat anda mencoba memotret suatu objek. Tentunya hidup kita juga
akan lebih positif bukan?

f. Kesempatan untuk Bertemu Orang Baru

Fotografi juga akan membuat anda bertemu dengan orang-orang baru, dengan
melakukan hobi ini secara rutin mungkin anda akan bertemu dengan fotografer-fotografer
lainnya, anda jadi memiliki teman baru dan memiliki topik tentang dunia fotografi yang
bisa anda bicarakan bersama mereka. Dengan ini kehidupan bersosialisasi anda juga
akan meningkat.

g. Membuat Anda Lebih Bahagia

Memang kelihatannya sepele ya? Hanya jepret sana jepret sini saja, tapi siapa sangka?
Hobi yang terlihat simple ini justru membawa kebahagiaan bagi beberapa orang. Kalau
tidak coba saja, anda akan fokus pada kamera dan objek dan membuat masalah anda
sedikit terlupakan. Anda menjadi merasa lebih bahagia dengan melakukan fotografi.

h. Menambah Penghasilan

Nah kalau anda sudah mahir di dunia fotografi, hobi yang satu ini bisa menghasilkan
pundi-pundi rupiah lho teman-teman. Banyak sekali fotografer yang awalnya iseng-iseng
tapi mereka malah mendapatkan keuntungan dari hasil jepretan mereka. Mereka bisa
menjadi fotografer yang disewa di acara pernikahan, dan sebagainya. Menyenangkan
bukan jika hobi menghasilkan uang?

i. Belajar Banyak Hal

Selain beberapa manfaat dengan menekuni hobi fotografi ini anda juga akan belajar
banyak hal. Mulai dari jenis kamera, atau tempat-tempat untuk mendapatkan objek yang
keren, angle ketika memotret, dan masih banyak lagi. Tentunya hal itu akan menambah
wawasan anda bukan? Anda akan belajar tentang berbagai hal dari fotografi.

j. Boleh Merencanakan Sesuatu

Dengan mengikuti fotografi anda juga bisa merencanakan sesuatu hal lebih baik lagi.
Mungkin sebelum anda melakukan hobi ini anda akan mempersiapkan segala keperluan
mulai dari kamera hingga budget yang diperlukan ketika anda pergi. Nah ini juga akan
mengembangkan pikiran anda, anda akan dengan mudah merencanakan sesuatu

k. Terhubung dengan AktivitI Lain

Nah fotografi ini banyak terhubung dengan aktivitas lain lho temen-temen, artinya banyak
sekali aktivitas yang di dalamnya harus ada unsur fotografinya. Misalnya saja ketika kita
NO KOD / CODE NO DDA1012 Muka: 14 Drp: 18

traveling, jalan-jalan, acara pernikahan, acara reuni atau mungkin kumpul keluarga.
Semua acara yang saya sebutkan itu secara tidak sadar terhubung dengan dunia
fotografi. Dan mungkin masih banyak lagi aktivitas lainnya yang bersangkutan dengan
fotografi.

l. Menyihatkan

Siapa bilang kalau fotografi tidak ada manfaatnya dalam kesehatan tubuh kita? Fotografi
bermanfaat lho bagi kesehatan kita, dengan kita mencari objek-objek baru akan membuat
aktivitas fisik kita meningkat dan tentunya akan membantu menyehatkan tubuh kita.
Mungkin ketika kita traveling, pergi ke hutan, mendaki gunung untuk mendapatkan objek
fotografi, secara tidak sadar akan meningkatkan kesehatan tubuh anda.

m. Menjadi Lebih Percaya Diri

Mungkin anda akan sering mengupload hasil-hasil jepretan anda ke media sosial dan
pasti akan mendapat apresiasi dan tanggapan positif dari orang lain. Itu akan membuat
anda lebih merasa percaya diri lagi dan yakin jika apa yang anda lakukan itu baik dan
positif. Tidak hanya dunia fotografi saja ya, banyak aktivitas-aktivitas lain yang juga
memberikan dampak yang positif bagi kita semua.

n. Peduli Lingkungan

Pastinya anda sebagai fotografer amatiran juga selalu ingin memotret objek-objek yang
indah bukan? Dengan begitu secara tidak sadar anda akan belajar lebih peduli dan
menghargai lingkungan anda. Anda akan mulai sadar menjaga kebersihan lingkungan
karena tidak ingin objek yang anda foto menjadi tidak bagus hanya karena sampah yang
berserakan.
NO KOD / CODE NO DDA1012 Muka: 15 Drp: 18

SPESIFIKASI KERJA JURUGAMBAR

Jurugambar Jurugambar dan model

Jurugambar atau jurufoto adalah seseorang yang mengambil gambar foto menggunakan
kamera. Mereka ini adalah seniman kerana hasil karya mereka dihargai sebagaimana lain-
lain artis visual. Seseorang boleh menjadi seorang jurugambar amatur atau seorang
jurugambar profesional jika dia menggunakan bidang fotografi bagi menyara hidupnya.

Kerjaya jurugambar tidak terhad untuk penggambaran dengan peralatan kamera sahaja.
Sebenarnya jurugambar terlibat dalam pembangunan imej sehingga persembahan produk
akhir. Sekeping gambar mungkin kerja seorang atau satu pasukan. Paling biasa pasukan ini
dibentuk dari seorang jurugambar hingga kepada di dalam makmal fotografi. Kerja-kerja di
makmal ini (pemprosesan fotografi, pemprosesan imej dan lain-lain) boleh menukar sama
sekali penampilan sesuatu gambar.

Jurugambar sering dikategorikan berdasarkan subjek kesukaan mereka. Antara subjek


kegemaran jurugambar ialah landskap, alam benda, potret, dokumentari, jurufoto komersil,
dan sebagainya. Beberapa jurugambar membuat pengkhususan kepada sesuatu subjek
sahaja. Sementara yang lain lebih kepada fotografi artistik dan kewartawanan foto.

Kerjaya jurugambar boleh dilakukan oleh mana-mana profesional lain umpamanya jurutera
boleh menghasilkan gambar berdasarkan bidang tugasnya. Begitu juga seorang saintis
boleh menjadi jurugambar yang baik untuk mengeluarkan produk gambar sains kerana
mereka mahir menilai habitat haiwan contohnya.

Tahap piawaian untuk digelar sebagai Jurugambar adalah bergantung pada kemahiran
seseorang Jurugambar. Jurugambar tidak seperti profesional lain yang mempunyai KPI
tertentu untuk dinilai. Namun untuk bergelar jurugambar profesional seseorang itu harus
faham, mahir menilai gambar, memeroses filem dan gambar. Selebihnya jurugambar mampu
menilai gambar yang baik hasil penyusunan teknik komposisi.

Antara tugas jurugambar : - mengambil gambar di sudut atau perspektif yang menarik -
mengenal pasti dan memilih gambar yang cantik dan bertepatan dengan subjek -
NO KOD / CODE NO DDA1012 Muka: 16 Drp: 18

mengubahsuai gambar dengan kreatif - gambar yang diambil hendaklah kelihatan seperti
'hidu

Kerjaya Bidang Senfoto:

Kerjaya apakah yang terdapat di jabatan-jabatan kerajaan yang boleh diceburi, atau di sektor
swasta manakah pula menawarkan kerjaya dalam senifoto.

Di sektor awam

Kini jawatan sebagai Ahli Fotografi ditawarkan pada peringkat lulusan Sijil Pelajaran
Malaysia dengan kemahiran yang tinggi. Jawatan ini dulu dikenali sebagai Jurufoto.
Terdapat juga jawatan yang lebih tinggi seperti Pegawai Penerbitan, Penolong Pegawai
Foto, Ahli Fotografi Kanan, Pensyarah bidang senifoto.

Tugas dalam bidang ini meliputi senifoto still dan cenimatography (vedio). Banyak jabatan
kerajaan dan badan berkanun menawarkan jawatan ini. Cuma bergantung pada kekosongan
sahaja. Soal gaji anda boleh rujuk laman web Jabatan Perkhidmatan Awam.

Antara jabatan kerajaan yang menawarkan jawatan sebagai Ahli Fotografi:

 Jabatan Penerangan
 Radio Television Malaysia (RTM)
 Agensi Berita BERNAMA
 Jabatan-jabatan kerajaan lain seperti badan berkanun, RISDA, MARA,Universiti-
Universiti Tempatan dan berbagai lagi.

Sektor swasta

Tidak semua sektor swasta menawarkan kerjaya ini kerana terdapat badan koprat
menggunakan khidmat jurufoto apabila perlu sahaja. Namun terdapat juga syarikat besar
menyediakan jawatan jurufoto. Namun pihak akhbar, majallah menyediakan kerjaya sebagai
Wartawan Foto.Bidang pengiklanan perfileman menggunakan khidmat jurufoto samaada still
atau movie

Usahawan

Menjadi usahawan foto tidak kurang hebatnya. Jika kita lihat, kedai-kedai gambar wujud
begitu merangsang sekali.
NO KOD / CODE NO DDA1012 Muka: 17 Drp: 18

SOALAN-SOALAN

1. Namakan kamera pertama yang dicipta untuk merakam imej pada abad ke 17 dan
18.

__________________________________

2. Senaraikan 4 tokoh fotografi dunia.

i. _______________________________
ii. _______________________________
iii. _______________________________
iv. _______________________________

3. Bagaimanakah seorang yang bernama MoTi mencipta gejala fotografi?

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
________________________________________________________

4. Senaraikan 3 peranan fotografi dalam bidang :

Penerbitan i. ________________________
ii ________________________
iii ________________________

Pengiklanan i ________________________
ii ________________________
iii ________________________

Kehidupan seharian i ________________________


ii ________________________
iii ________________________

5. Berikan maksud jurugambar ? Jelaskan.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
NO KOD / CODE NO DDA1012 Muka: 18 Drp: 18

6. Berikan 5 contoh jabatan kerajaan yang menawarkan jawatan sebagai Ahli Fotografi

i ____________________________________________
ii ____________________________________________
iii ____________________________________________
iv ____________________________________________
v ____________________________________________

Anda mungkin juga menyukai