Anda di halaman 1dari 5

SKRIP : Pertandingan Bercerita Dr.

Hamid

SI KECIL KETIGA BELAS YANG CERDIK

Salam sejahtera dan salam madani,


Pada pagi yang indah ini saya akan menyampaikan
sebuah cerita yang bertajuk, “Si Kecil Ketiga Belas
Yang Cerdik”.

Kisah bermula di sebuah di Indera Kayangan. Negeri ini


diperintah oleh seorang raja yang adil lagi saksama. Di
dalam negeri ini tinggal seorang janda miskin yang
mempunyai tiga belas orang anak lelaki. Apabila anak-
anaknya sudah dewasa, beliau memanggil mereka.

“Anak-anakku,” kata janda itu, “Ibu sangat miskin untuk


memenuhi semua keperluan kamu. Kamu sudah dewasa
dan carilah haluan hidup masing-masing di dunia ini.”

Budak-budak itu faham akan keadaan lalu mengucapkan


selamat tinggal kepada ibu mereka sebelum pergi mencuba
nasib.

Setelah beberapa lama, anak-anak itu tiba di sebuah istana,


mereka pun meminta derma. Raja bertitah, “Kamu sangat
ramai untuk ditanggung tetapi jika salah seorang daripada
kamu berani mempersembahkan selimut bulu milik

1
serigala yang jahat di dalam hutan sana, kamu akan
mendapat ganjaran lumayan.”

Adik-beradik itu belum pasti apa yang hendak dilakukan


kecuali adik bongsu yang dipanggil ‘Si Kecil Ketiga Belas’
yang berbadan seperti orang kenit tetapi cerdik seperti
rubah. Dia menyembah raja lalu berkata, “Ampun Tuanku,
patik akan persembahkan selimut bulu itu kepada Tuanku
sekiranya Tuanku kurniakan patik sebatang jarum yang
panjangnya enam kaki.”

Dengan membawa jarum itu, Si Kecil Ketiga Belas


memulakan perjalanan ke pondok serigala. Apabila serigala
keluar, dia turun melalui corong dapur lalu bersembunyi di
bawah katil serigala.

Pada malam itu apabila serigala tidur, Si Kecil Ketiga Belas


merangkak keluar lalu mencucuk serigala dengan jarum
yang panjang itu. Kemudian, ia merentap selimut bulu
tersebut lalu berlari sepantas-pantasnya.

Serigala itu mempunyai seekor burung nuri bijak yang


boleh memberitahu tentang waktu. Apabila bangun pada
keesokan paginya, serigala bertanya, “Pukul berapa wahai
burung nuri?”

Burung nuri menjawab, “Pukul lima, dan Si Kecil Ketiga


Belas telah mencuri selimut bulu kamu.”

2
“Siapa Si Kecil Ketiga Belas?”

“Dia seorang budak lelaki berbadan seperti orang kenit


tetapi cerdik seperti rubah.”

“Betulkah? Tunggu sehingga saya tangkapnya dan


jadikannya makanan!”

Ketika itu Si Kecil Ketiga Belas sudah pulang ke istana


dengan membawa selimut bulu itu. Raja yang berasa
kagum melihatnya.

Raja bertitah, “Si Kecil Ketiga Belas, sekiranya kamu ingin


mendapat upah yang lebih banyak, pergi semula ke pondok
serigala dan persembahkan bantal serigala yang berjahit
loceng-loceng kecil kepada beta.”

“Baiklah, Tuanku,” jawab Si Kecil Ketiga Belas, “Berikan


patik sepotong serat rami yang kecil dan benang.”

Setelah permintaan itu dipenuhi, Si Kecil Ketiga Belas


kembali semula ke pondok serigala, menuruni cerobong
dapur lalu bersembunyi di bawah katil serigala.

Si Kecil Ketiga Belas menunggu sehingga serigala tidur


sebelum merangkak keluar. Dia membungkus sebuah demi
sebuah loceng di dalam serat rami dan mengikat dengan

3
benang untuk menghalang loceng-loceng itu daripada
bergoncang. Kemudian dia melarikan bantal itu.
Pada keesokan paginya, burung nuri itu memberitahu
serigala bahawa Si Kecil Ketiga Belas mencuri bantalnya.
Serigala berasa sangat marah.

Raja masih tidak berpuas hati lalu bertitah kepada Si Kecil


Ketiga Belas, “Kamu adalah raja pencuri dan sudah tentu
kamu akan menjadi seorang yang benar-benar kaya
sekiranya memenuhi permintaan ketiga dan terakhir beta.
Persembahkan serigala besar yang jahat itu kepada beta.
Sekiranya gagal, kamu akan dihukum.”

Si Kecil Ketiga Belas masuk tidur dengan perasaan sedih


kerana tidak dapat membayangkan bagaimana hendak
melakukan perkara itu. Bagaimanapun apabila terjaga, dia
menggosok kedua-dua belah tangannya dengan perasaan
gembira lalu berteriak, “Ya! Aku tahu cara mendapatkan
makhluk itu sekarang!”

Si Kecil Ketiga Belas mengeluarkan sebuah kereta sorong


kecil dari bangsal dan memenuhkan kereta sorong itu
dengan papan-papan dan paku-paku. Apabila tiba di
pondok serigala, dia menjerit dengan kuat, “Si Kecil Ketiga
Belas sudah meninggal! Siapakah yang boleh menolong
saya membuat kerandanya?”

Serigala berteriak, “Saya! Sudah tentu saya akan tolong!” Ia


keluar dengan segera lalu menolong menyiapkan keranda.

4
Apabila keranda siap, Si Kecil Ketiga Belas berkata kepada
serigala, “Kamu mesti cuba masuk ke dalam keranda ini
kerana saiz kamu hampir sama saiznya.”

Serigala tidak mengesyaki apa-apa berbaring di dalam


keranda itu. Si Kecil Ketiga Belas menghentak segera lalu
memaku penutup keranda itu.

Ketika serigala menghentam dinding keranda dan menjerit


dari dalam keranda, Si Kecil Ketiga Belas berkata,
“Sekarang saya akan beritahu kamu satu rahsia – Sayalah
Si Kecil Ketiga Belas!”

Kemudian Si Kecil Ketiga Belas mengangkat keranda itu ke


dalam kereta sorong lalu pulang ke istana. Di istana, orang
ramai menyaksikan serigala besar yang keji itu melalui
celah-celah papan keranda sebelum membuat unggun api
untuk menghapuskan haiwan itu.

Si Kecil Ketiga Belas pun dianugerahi sebuah beg besar


berisi berisi syiling-syiling emas. Dia dan abang-abangnya
pun kembali ke rumah menemui ibu mereka dan kini
mereka tidak miskin lagi.

Anda mungkin juga menyukai