Anda di halaman 1dari 2

Apa? 579 Ringgit? Mahalnya bil elektrik bulan ni???

Kesian mak dan ayah kena


bayar bil macam ni.. Apa aku nak buat erk??
Hai, Assalamualaikum Wbt. Saya Dafiya Eshmaal, bersekolah di SK Putrajaya Presint
14 (1). Hari ini saya akan bercerita bagaimana cara saya menjadi hero cekap tenaga
di rumah.
Dato Memanda pergi ke kedai,
Membawa pulang periuk belanga, Instrumen gurindam jiwa
Kalau Hamba Bijak dan Pandai,
Apakah itu kecekapan tenaga?
Kecekapan tenaga merujuk kepada cara penggunaan tenaga yang minima untuk
menyelesaikan kerja harian.
Aduh, panasnya cuaca sekarang…Semestinya kalau kita tidak cekap tenaga bil
elektrik akan melambung lagi!! Dijangka cuaca panas ni akan berterusan sehingga
berbulan bulan.. Kalau macam tu baik kita cari maklumat bagaimana kita boleh
menjadi hero cekap tenaga ketika kita berada di rumah…
Pertama, kumpul dan seterika baju dalam kuantiti yang banyak sekaligus.
Kedua, soket hendaklah dicabut Ketika tidak digunakan.
Ketiga,tetapkan suhu penghawa dingin 24 darjah celcius untuk penggunaan yang
optimum,
Keempat, pastikan tingkap dan pintu ditutup Ketika penyaman udara berfungsi,
Kelima gunakan mentol cekap tenaga seperti lampu LED dan
Keenam pastikan peralatan elektrik sentiasa dalam keadaan bersih.
Nak tahu tak menurut Suruhanjaya Tenaga penjimatan elektrik sehingga 5% boleh
dicapai. Banyak tu. Bayangkan kalau kita oleh jimat RM50 sebulan, setahun kita dapat
jimat RM 600..
Nanti dulu, belum habis lagi. Apa kata kita tukar juga peralatan rumah kita kepada
peralatan penjimatan tenaga. Suruhanjaya Tenaga di Bawah Kementerian Tenaga dan
Sumber Asli telah mewujudkan inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia membuat
pilihan bijak.
Pilihlah produk yang dilabel menggunakan label cekap tenaga dengan nilai maksima
5 bintang. Makin banyak bintang makin jimat tenaga yang digunakan.
Cuba lihat label ni. Label ini juga menunjukkan berapa
penggunakan tenaga yang digunakan dan juga minit 0.35-0.58
peratusan penjimatan tenaga berbanding model biasa. (Mute sound)
Menarik betul label cekap tenaga ni. Video
Label cekap
tenaga puteri
alya
Begitulah cerita bagaimana saya menjadi hero cekap tenaga di rumah.
Lampu ditutup di siang hari,
Suis dipadam, soket di cabut, instrument ketipang paying -dayang
Kepada tuan sembah diberi,
Seruan tenaga, kita menyambut.
Sekian dulu cerita saya pada hari ini. Terima Kasih Suruhanjaya Tenaga kerana anda
saya adalah hero cekap tenaga. Ayuh bersama kita cekap tenaga, bijak tenaga.

Anda mungkin juga menyukai