Anda di halaman 1dari 4

BAGI yang sering menghadapi wang perbelanjaan tidak cukup setiap

bulan, atau dalam erti kata lain sentiasa mengalami aliran tunai negatif
seperti perbelanjaan melebihi pendapatan, maka cara paling mudah
untuk memperbetulkan keadaan tersebut adalah dengan mengurangkan
perbelanjaan.

Untuk kurangkan bayaran bil elektrik, kenalah kurangkan dan jimatkan


penggunaan tenaga elektrik.

Jadi, dengan tahu cara jimat elektrik yang betul, maka perbelanjaan
bulanan dapat dikurangkan dan akan membantu memperbaiki aliran
tunai ke arah lebih baik.

Pastikan barangan elektrik yang bersesuaian

Perkara asas yang paling penting untuk pastikan tidak berlaku


pembaziran elektrik secara berlebihan, pastikan peralatan elektrik yang
digunakan adalah sesuai dari segi spesifikasi saiz, kapasiti, kuasa dan
penggunaan tenaganya.

Misalnya, gunakan pendingin hawa dengan kuasa yang optimum


dengan saiz ruang.

Selain itu, gunakan peti sejuk yang sesuai bergantung kepada berapa
banyak bahan mentah yang disimpan kebiasaannya bergantung kepada
bilangan anggota isi rumah.

Anda fikirkan sendiri spesifikasi peralatan elektrik yang sesuai di


kediaman anda.

Ingat, peralatan dengan spesifikasi terlalu tinggi akan menyebabkan


pembaziran elektrik, manakala spesifikasi terlalu rendah akan
menyebabkan beban dan penggunaan elektrik yang tinggi.

Maka, carilah yang paling optimum dan sesuai dengan keperluan dan
kediaman anda.
Guna peralatan elektrik yang betul

Untuk memastikan kurangnya pembaziran tenaga elektrik, peralatan


elektrik perlulah digunakan dengan cara yang betul sepertimana
spesifikasinya.

Sebagai contoh, mesin basuh yang mempunyai kapasiti 10kg, maka


pastikanlah berat pakaian yang hendak dibasuh tidak melebihi berat
tersebut.

Pendingin hawa, jika ditetapkan pada suhu terlalu rendah, akan


menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi.

Walhal, jika tetapkan pada suhu 25-27 °C pun sudah memadai.

Peti sejuk, jika terlalu kerap dibuka dan ditutup, juga akan menyebabkan
pembaziran tenaga.

Begitu juga jika peti sejuk tersebut disumbat dengan terlalu banyak
barang sehingga hampir penuh, turut akan menyebabkan peningkatan
penggunaaan tenaga.

Kuncinya, cara jimat elektrik yang efektif adalah dengan menggunakan


peralatan elektrik dengan betul.
Hadkan penggunaan peralatan elektrik

Selain itu, antara cara jimat elektrik yang mudah adalah menghadkan
penggunaan peralatan elektrik.

Di sini, perlunya anda membuat kawalan dan menetapkan peraturan


berkenaan tempoh penggunaan peralatan elektrik di kediaman anda.

Hadkan masa tontonan televisyen, lebih baik untuk buat aktiviti yang
lebih bermanfaat seperti membaca buku dan beriadah.

Hadkan juga masa penggunaan pendingin hawa, cukup untuk sekadar


hilangkan rasa panas sahaja.

Simpan air panas dalam termos, supaya air tidak perlu dipanaskan
berulang-ulang kali menggunakan cerek elektrik.

Gunakan cahaya matahari semulajadi untuk menerangi rumah pada


waktu siang berbanding menggunakan cahaya lampu.

Semua ini adalah contoh cara-cara untuk menghadkan penggunaan


elektrik.
Tutup suis dan cabut soket

Tutup suis televisyen selepas menonton, komputer, suis lampu apabila


keluar dari tandas, suiz periuk nasi apabila selesai masak nasi dan
segala jenis suis yang tidak digunakan.

Pendek cerita, untuk elakkan pembaziran tenaga elektrik, tutup suis


apabila peralatan elektrik tidak lagi digunakan.

Kalau letak pada standby atau sleep mode, tenaga elektrik masih
digunakan, jadi lebih baik tutup sahaja.

Lepas tutup suis, cabut soket daripada plug sebab ada yang mendakwa
kalau soket masih terpasang, tenaga elektrik masih mengalir dan tetap
dibazirkan.

Itulah sahaja beberapa cara jimat elektrik secara umum.

Apabila dah dapat jimatkan penggunaan elektrik, jumlah bil elektrik


bulanan juga secara automatik akan berkurang.

Maka, akan berkuranglah perbelanjaan bulanan. Jadi, selamat berjimat


dan anda mampu mengubahnya!

Anda mungkin juga menyukai