Anda di halaman 1dari 3

Definisi Dengki

Ketahuilah, dengki itu adalah haram. Iaitu, kamu menginginkan hilangnya


kenikmatan yang ada pada orang lain, atau kamu menginginkan turunnya musibah
terhadap orang lain. Adapun munafasah iaitu persaingan adalah tidak diharamkan.
Iaitu, kamu menginginkan kenikmatan yang sama pada orang lain, namun kamu
menginginkan kenikmatan tersebut hilang atau tercabut dari orang tersebut. Akan
tetapi, kamu dibenarkan menginginkan hilangnya kenikmatan yang ada pada orang
lain, jika kenikmatan disalah gunakan untuk kezaliman atau kemaksiatan. Sebab,
sebenarnya kamu tidak menginginkan hilangnya kenikmatan dari orang itu, tetapi
yamg kamu inginkan adalah hilangnya kezaliman dari dirinya. Tandanya adalah
jika orang tersebut meninggalkan kezaliman atau kemaksiatan kamu tidak
menginginkan hilangnya kenikmatan tersebut dari dirinya. Adapun sebab
timbulnya dengki adalah kesombongan, permusuhan atau busuknya jiwa kerana
dia kedekut akan nikmat Allah yang dicurahkan-Nya tanpa adanya alasan yang
benar.
Adapun bahaya bagi dunianya, dia sentiasa gelisah dan bersedih kerana hatinya
sakit melihat orang lain mendapat kenikmatan. Inilah yang menjadi tujuan musuh
terhadapnya. Sesungguhnya tujuan utama musuh dan kenikmatannya yang paling
sempurna adalah jika musuhnya dengki kepadanya. Dia menginginkan musibah itu
kepada musuhnya, maka dialah yang mendapat musibah itu. Orang yang dengki
sama sekali tidak pernah terlepas dari kesedihan dan musibah. Hal ini demikian
kerana musuh-musuhnya atau salah satu daripada mereka sentiasa dalam
kenikmatan tanpa menghiraukan penderitaan orang lain.
Adapun dia yang dengki memberikan manfaat kepada musuhnya dan tidak
memerugikannya kerana kenikmatan tersebut tidak hilang lantaran dia dengki
kepadanya, bahkan bahkan kebaikan-kebaikan musuhnya itu bertambah. Hal ini
kerana pahala-pahala orang yang dengki kepadanya itu berpindah kepadanya,
lebih-lebih lagi jika dia mengatainya, maka sesungguhnya dia telah menzaliminya.
Orang yang dengki itu menghendaki tercabutnya nikmat itu dari seseorang itu,
maka justeru ditambahkan kepadanya nikmat akhirat. Sedangkan yang dengki itu,
di sampig dia terseksa di dunia, dia juga akan mendapat seksaan di akhirat kelak.
Seakan-akan dia melemparkan batu kepada musuhnya, tetapi ternyata batu itu
kembali kepadanya dan mengenai matanya sehingga butalah dia. Namun
musuhnya iblis, mentertawakan kesusahannya.
Oleh yang demikian, hilanglah kesempatannya untuk mendapat nikmat dan
juga luput darinya untuk redha terhadap ketetapan Allah. Seandainya dia redha,
dengan takdir Allah, nescaya dia akan mendapat pahala, terlebih lagi jika iri hati
iaitu berhasrat untuk memperolehi ilmu dan warak. Sebab, pencinta ilmu itu
pahalanya sangatlah besar di sisi Allah.

Menurut al-Mawardi pula, al-hasad isitilah arab bagi dengki merupakan akhlak
madhmumah yang menjadi penyebab kemudharatan pada jasad dan kerosakan
pada agama. Selain itu, sifat dengki ini merupakan suatu sifat yang hina yang
menafikan kasih sayang sesama manusia. Orang yang dengki juga sering berada di
dalam keadaan gelisah dan tertekan. Oleh kerana kemudharatan dan keburukan
yang dibawa oleh sifat itu begitu jelas, maka menjadi suatu kewajipan dan
keperluan ke atas seseorang individu menjauhi dan cuba menyingkirkan sifat
dengki ini dari terus bertapak di dalam diri.
Orang yang dengki ini pada hakikatnya mempunyai hati yang sentiasa berada
dalam kesedihan kerana kelebihan dan kebaikan yang diperolehi oleh orang lain.
Bahaya dengki sama dengan iri hati bahkan dengki ini lebih tajam dan lebih
mengkiat kadarnya. Orang dengki tidak takut mencari tipu daya untuk
menghilangkan nikmat orang lain dan merebutnya, Biasanya, orang yang memiliki
sifat dengki, hidup mereka tidak tenang, selalu dirasuki perasaan was-was, dijauhi
rakan-rakan berhampiran tempat tinggalnya. Orang dengki tidak akan terlepas dari
azab dunia dan akhirat serta ancaman neraka.

Seterusnya, definisi yang ketiga berkenaan dengki menurut Irsyad Al-hadith


siri ke-437 pula menyatakan perasaan hasad dengki merupakan sifat yang
terlarang dalam Islam, dan Allah SWT mengarahkan agar kita meminta
perlindungan dari Allah SWT dari kejahatan sifat dengki. Firman Allah dalam
surah al-Falaq ayat kelima yang bermaksud : Dari kejahatan orang yang dengki
apabila ia melakukan dengkinya. Dan sabda Nabi Muhammad SAW: Hendaklah
kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia menghapuskan kebaikan seperti
mana api menghapuskan kayu.
Menurut, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, istilah hasad sebenarnya membawa
maksud al-ghibtoh iaitu keinginan untuk memperoleh nikmat seperti orang lain,
tanpa rasa mahu melihat nikat tersebut ditarik dari orang itu, dan lafaz hasad
digunakan dalam erti kata majaz. Keinginan ini juga disebut sebagai munafasah
atau persaingan dan ianya terpuji jika dalam perkara ketaatan.

Anda mungkin juga menyukai