Anda di halaman 1dari 15

DEKLARASI

KAHERAH
NAMA AHLI KUMPULAN
NURINSYIRAH BINTI IRWAN ( 3222009441)
NURUL SHAFIQAH BINTI ZUL AZMAN (3222009741)
NURUL SYAZWANI BINTI ZULKEFLEE (3222005301)
RABIATUL AMISYAIDATINA BINTI ABDULLAH (3222003441)
NUR ANIS HANISA BINTI MOHD ROSDI (3222003731)
RUMUSAN SETIAP ARTIKEL DI DALAM
Artikel 1 dan 2
DEKLARASI KAHERAH
Dalam artikel 1,semua manusia adalah sama rata dan kewajipan serta
tanggungjawab asas tanpa sebarang dikriminasi dasar bangsa , warna kulit ,
bahasa dan lain lain . Dalam artikel 2 pula,anugerah illahi dan hak untuk
hidup dijamin dan tanggungjawab bersama sebagai individu , masyarakat ,
dan negara dari segala bentuk pelanggaran. dilarang sama sekali
mengambil nyawa orang lain kecuali atas dasar yang telah di tetapkan oleh
syariah . keselamatan & kecederaan anggota badan ialah hak yang terjamin
adalah tanggungjawab negara untuk melindunginya
Artikel 3 dan 4

Dalam artikel 3, penggunaan kuasa dan senjata harus seiring bersama prinsip
kemanusiaan dan larangan terhadap tindakan yang merugikan . dilarang
membunuh orang yang tidak terlibat seperti orang tua , wanita dan kanak kanak .
mereka yang cedera atau sakit perlu mendapatkan hak rawatan dan makanan ,
tempat tinggal dan lain lain . mayat orang yang terkorban adalah dilarang sama
sekali untuk dirosakkan kerana ianya adalah satu tanggungjawab untuk bertukar
tahanan perang dan pertemuan dengan keluarga mereka . Dalam artikel ke4 pula,
semua orang berhak kepada perlindungan serta maruah sewaktu hidup dan
setelah meninggal dunia . negara dan masyarakat perlu melindungi jasad serta
pengebumian .
Artikel 5 dan 6

Dalam artikel 5, - asas masyarakat adalah keluarga dan perkahwinan adalah


landasan bagi pembentukan sesebuah keluarga dan negara bersekutu
menghapuskan halangan untuk memastikan perlindungan dan kebajikan
.Dalam artikel 6 pula, wanita dan lelaki mempunyai maruah dan hak yang
setaraf serta mempunyai kewajiban untuk dilaksanakan. suami
bertanggungjawab menyara keluarga
Artikel 7 dan 8

Dalam artikel 7, sejak kelahiran, kanak-kanak mempunyai hak untuk diberi


penjagaan dan bimbingan yang sempurna. janin dan ibu mesti diberi
perlindungan dan penjagaan istimewa. ibu bapa atau penjaga berhak
memilih jenis pendidikan anak-anak jika menepati nilai-nilai etika dan prinsip
Syariah. Dalam artikel 8 pula, - setiap insan berhak menikmati undang-
undang kewajiban dan tanggungjawab atau akan diwakili oleh penjaga
sekiranya kehilangan keupayaan.
Artikel 9 dan 10

Dalam artikel 9, menimba ilmu adalah kewajiban. masyarakat dan negara


bertanggungjawab memeruntukkan pendidikan demi mengetahui agama
islam dan fakta-fakta di alam semesta. setiap insan berhak menerima
pendidikan agama dan keduniaan dari pelbagai institusi pendidikan dan
bimbingan untuk meneguhkan kepercayaan kepada Tuhan dan
mengembangkan keperibadian. Dalam artikel 10 pula, islam adalah agama
yang tidak terjejas oleh peredaran masa. pemaksaan dan eksploitasi
kedaifan untuk menukar kepercayaan ke agama lain adalah dilarang.
Artikel 11 dan 12

Dalam artikel 11, Manusia dilahirkan bebas dan tiada sesiapa pun yang
boleh menghambakan , menghina , dan menindas mereka. Dalam artikel 12
pula, setiap orang berhak untuk bergerak bebas dan memilih tempat
kediamannya sama ada di dalam negara atau luar negara. Jika mereka
diganggu atau dianiaya di kawasan kediamannya mereka berhak untuk
mendapat perlindungan politik negara. Negara yang mereka berlindung
perlu memastikan mereka selamat untuk berlindung disitu.
Artikel 13 dan 14

Dalam artikel 13, pekerjaan adalah hak yang dijamin oleh negara. setiap
orang bebas dan berhak untuk memilih kerja yang sesuai dengan dirinya.
Mereka berhak tanpa sebarang deskriminasi di antara lelaki atau
perempuan untuk mendapatkan gaji yang sama rata dengan kerjayanya
tanpa penangguhan, dan mendapat cuti , elaun dan kenaikan pangkat yang
beliau patut menerimanya. Dalam artikel 14 pula, setiap orang berhak
menerima keuntungan yang sah tanpa pemonopolian , penipuan dan
kemudaratan terhadap diri sendiri atau orang lain seperti gaji yang mereka
miliki harus dibayar dengan benar dan tidak ada potongan yang tanpa
sebab.
Artikel 15 dan 16

Dalam artikel 15, setiap orang berhak memiliki harta kepunyaan mereka
secara sahih dan berhak mempunyai pemilikan harta tanpa prejudis pada
diri sendiri, orang lain mahupun masyarakat. Dan harta mereka tidak boleh
dirampas kecuali mengikut undang undang. Dalam artikel 16 pula, Setiap
orang berhak untuk menikmati hasil saintifik, kesusasteraan, seni atau
penghasilan teknikalnya dan hak untuk melindungi kepentingan-kepentingan
moral dan kebendaan yang berekoran daripadanya, dengan syarat
penghasilan it tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Syariah.
Artikel 17 dan 18

Dalam artikel 17, setiap orang berhak untuk menegur atau menyuarakan
sesuatu perkara untuk mengelakkan kerosakan akhlak dan moral. mereka
juga merhak mendapatkan kemudahan perubatan , oleh itu kerajaan perlu
menyediakan klinik berdekat untuk kemudahan mereka dan . bukan itu
sahaja , kerajaan juga perlu memastikan kehidupan rakyat memuaskan dan
memenuhi keperluan mereka . Dalam artikel 18 pula, setiap individu berhak
untuk hidup dalam keadaan selamat dan aman bagi diri mereka. mereka
juga berhak menjalankan hal peribadinya sendiri tanpa campur tangan
orang luar .
Artikel 19 dan 20

Dalam artikel 19, semua individu adalah sama disisi undang undang .
semua individu tidak boleh mewujudkan sebarang jenayah atau hukuman
kecuali yang disediakan oleh syariah . seseorang defendan adalah tidak
bersalah sehingga kesalahannya dibuktikan didalam perbicaraan . Dalam
artikel 20 pula, setiap individu perlu memerlukan sebab yang sah untuk
menangkap seseorang dan tidak dibenarkan seseorang individu menjalani
penyeksaan fizikal atau sebarang jenayah . tidak dibenarkan juga menjadi
ekperimentasi perubatan tanpa persetujuan kerana dapat memberi risiko
pada diri sendiri dan orang lain .
Artikel 21 dan 22

Dalam artikel 21, menyatakan bahawa Menahan sebagai tebusan dalam


apa segala bentuk pun adalah dilarang. Dalam artikel 22 pula, Setiap orang
berhak menyatakan pendapatnya dengan bebas dalam cara yang tidak
bertentangan dengan prinsip-prinsip Syariah. Setiap orang berhak
menyokong apa yang benar.
Artikel 23, 24 dan 25

Dalam artikel 23 semua orang berhak terlibat secara langsung dalam


pentadbiran negaranya . dia sewajarnya berhak menguruskan pejabat awam
berdasarkan peruntukan-peruntukan syariah. Dalam artikel 24 pula, semua
hak dan kebebasan ditetapkan dalam penisytiharan ini tertakluk kepada
syariah islam. Dalam artikel 25 pula, syariah islam adalah satu-satunya yang
memberikan penjelasan yang tepat di dalam deklarasi.
THANK YOU
VERY MUCH!

Anda mungkin juga menyukai