Anda di halaman 1dari 9

Kesan Herotan Pekerja Asing Berkemahiran Rendah1 terhadap Ekonomi

Oleh Ang Jian Wei, Athreya Murugasu, Chai Yi Wei

Pengenalan
Satu prasyarat untuk mencapai status negara maju yang berpendapatan tinggi adalah peralihan kepada tenaga
kerja yang 'berproduktiviti tinggi, berpendapatan tinggi'. Pada dasarnya, Malaysia akan memperoleh manfaat
dengan peralihan yang jelas daripada ekonomi berasaskan input dan bergantung pada pengurangan kos sebagai
sumber kekuatan persaingan, kepada ekonomi yang bersaing berasaskan kualiti tenaga kerja, kemahiran teknikal
dan penawaran produk. Peralihan yang sedemikian memerlukan pelaksanaan dasar awam yang selaras, sejajar
dan konsisten. Dasar-dasar ini merangkumi pembangunan bakat, penyelidikan dan pembangunan, serta inisiatif
penaiktarafan industri. Yang penting, dasar-dasar ini hendaklah berhubungan, disampaikan dengan baik, serta saling
memperkukuh antara satu sama lain.

Perkembangan Ekonomi pada Tahun 2017


Wawasan negara adalah untuk menjadi sebuah ekonomi yang berlandaskan pengetahuan dan berdaya saing
bagi menghasilkan barangan dan perkhidmatan canggih yang berupaya memperoleh harga pasaran pada
tahap premium. Walaupun pada masa ini Malaysia telah mencapai kemajuan dalam beberapa bidang, namun ia
masih bergantung kuat pada model pengeluaran berkos rendah yang cenderung kepada penggunaan pekerja
berkemahiran rendah yang mengekang upah bagi mengekalkan margin perniagaan. Kecenderungan ini berlaku
disebabkan sebahagiannya oleh mudahnya pengambilan pekerja asing berkemahiran rendah di Malaysia.

Rencana ini bertujuan memaparkan kos yang ditanggung akibat kebergantungan yang tidak terkawal terhadap
pekerja asing berkemahiran rendah dan menghuraikan bagaimana keadaan ini telah menjejaskan usaha Malaysia
untuk meningkatkan produktiviti serta mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi serta pendapatan yang lebih baik.
Beberapa teras dasar diterangkan bagi meneruskan kemajuan yang telah dicapai dan untuk memastikan dasar ini
diselaraskan dengan matlamat ekonomi jangka panjang Malaysia.

Sejarah dan Konteks


Ekonomi Malaysia telah lama mendapat manfaat daripada pendirian mesra imigrasi. Malaysia merupakan antara
negara yang mempunyai nisbah penghijrah yang tinggi berbanding dengan jumlah penduduk di Asia Pasifik (Rajah 1).

Rajah 1: Bahagian Jumlah Penghijrah kepada Populasi

Nisbah penghijrah kepada populasi di Malaysia lebih


tinggi berbanding dengan kebanyakan negara serantau
55.3

44.5
39.5

28.9
25.9
22.6

8.8
5.3
2.2 1.8 0.9 0.7 0.6 0.5 0.2 0.1 0.1 0.1 0.1
Macau SAR
Singapura
Hong Kong SAR
Australia
Brunei
New Zealand
Malaysia
Thailand
Korea Selatan
Jepun
Timor-Leste
Laos
Mongolia
Kemboja
Filipina
Myanmar
Indonesia
Vietnam
RR China

Sumber: Conference Board, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, CEIC,


'The World Factbook' CIA

1
Merujuk pekerja yang diambil bekerja di bawah Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). Istilah ‘warga asing’ yang digunakan dalam
rencana ini merujuk ‘bukan warganegara’ yang diambil daripada Penyiasatan Tenaga Buruh.

Laporan Tahunan 2017 39


Kebanyakan penghijrah ke Malaysia memiliki pencapaian pendidikan yang rendah. Hanya 5.2%2 daripada penghijrah
yang berpendidikan tinggi. Sebaliknya, ekonomi lain seperti Australia, Singapura dan Hong Kong pula memang
merancang untuk menarik lebih banyak penghijrah yang berkemahiran3.

Pada tahun 1970-an, pekerja asing di Malaysia kebanyakannya diambil bekerja dalam sektor perladangan dan
pembinaan di luar bandar dalam jumlah yang kecil bagi memenuhi permintaan bermusim. Proses perindustrian
dan pertumbuhan ekonomi yang pesat pada tahun 1980-an telah mengubah situasi daripada kadar pengangguran
yang tinggi pada pertengahan tahun 1980-an sehingga mencapai tahap guna tenaga penuh menjelang awal 1990-
an, dengan kekurangan tenaga kerja dan kemahiran yang meluas, serta upah yang meningkat4. Ini telah menarik
sejumlah besar pekerja asing yang masuk secara berdaftar mahupun tanpa izin. Golongan pekerja ini meringankan
tekanan pengeluaran dan serasi dengan pengeluaran nilai ditambah yang rendah di Malaysia pada waktu tersebut.
Walau bagaimanapun, langkah yang pada awalnya bersifat sementara5 untuk membantu meringankan kekangan
pengeluaran dan membolehkan firma mendaki rantaian nilai, kini telah berakar umbi dalam ekonomi Malaysia.
Perkembangan Ekonomi pada Tahun 2017

Peratusan pekerja asing yang berdaftar dalam tenaga kerja meningkat dengan ketara daripada 10.8% pada tahun
2002 kepada paras tertinggi 18.8% pada tahun 2007 (Rajah 2). Trend ini hanya mula menurun sejak 2013 meskipun
industri kuat menentangnya. Warga asing menguasai lebih satu perlima daripada pekerjaan dalam sektor pertanian,
pembinaan dan perkilangan (Rajah 3).

Walaupun Malaysia mendapat manfaat pada masa lampau dengan keadaan ini, peralihan kepada ekonomi
berpendapatan tinggi memerlukan anjakan yang besar daripada model perniagaan yang berintensifkan pekerja
kepada model ekonomi yang didorong oleh peningkatan produktiviti, kelebihan teknologi dan pengetahuan teknikal
yang canggih. Lambakan pekerja kurang mahir pada kos yang rendah ini telah mewujudkan gangguan mendalam
yang mengurangkan minat firma untuk berubah sikap.

Rajah 2: Bahagian Pekerja Asing Berdaftar (% daripada Rajah 3: Bahagian Warga Asing* kepada Guna Tenaga
tenaga kerja) Mengikut Sektor, 2016 (%)

Bahagian pekerja asing berdaftar daripada tenaga Warga asing membentuk lebih daripada satu perlima
kerja menurun sejak kebelakangan ini guna tenaga dalam sektor pertanian, pembinaan dan
18.8 perkilangan
37.3

22.4 21.2
Had tertinggi 15% yang
ditetapkan dalam RMK-11

9.2
12.0 4.9
10.8

Pertanian Pembinaan Perkilangan Perkhidmatan Perlombongan

2002 2005 2008 2011 2014 2017 *Merujuk kepada bukan warganegara dalam Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2016

Sumber: Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perangkaan Malaysia Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Kos Makroekonomi daripada Pekerja Asing


Yang pentingnya, ketersediaan kumpulan pekerja asing yang berkemahiran rendah dan lebih murah yang mengherot
harga faktor domestik adalah amat kritikal kerana keadaan ini tidak menggalakkan industri untuk berkembang. Firma

2
Merujuk pekerja bukan warganegara yang bekerja di Malaysia (Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia)
3
8.8% daripada bukan warganegara yang bekerja di Malaysia merupakan pekerja berkemahiran tinggi. Bagi kumpulan yang sama di
Singapura, Hong Kong dan Australia, masing-masing adalah sebanyak 14.0%, 11.6% dan 58.5%.
4
Vijayakumari Kanapathy, 2001. International Migration and Labour Market Adjustments in Malaysia: The Role of Foreign Labour
Management Policies. Asian and Pacific Migration Journal, Jilid 10, No. 3-4. Filipina.
5
Carpio, X. et. al., 2015. Foreign Workers in Malaysia: Labour Market and Firm-Level Analysis.

40 Laporan Tahunan 2017


kurang minat untuk menggantikan tenaga kerja dengan teknologi, atau untuk meningkatkan lagi aktiviti nilai ditambah
menerusi pengambilan tenaga kerja berkemahiran tinggi kerana tenaga kerja adalah lebih murah berbanding modal.
Walaupun pemberian geran dan insentif untuk automasi dan penggunaan teknologi dapat membantu, pakej ini sahaja tidak
mencukupi untuk melonjakkan firma ke tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai. Sejak tahun 2008, sekitar RM8 bilion telah
diperuntukkan oleh Kerajaan untuk membantu firma dalam usaha mengadaptasi teknologi dan komersialisasi.

Pemerhatian terhadap ekonomi lain yang maju serta ekonomi Asia yang sedang pesat membangun boleh
membantu menerangkan hal ini. Walaupun sokongan sektor awam untuk dasar automasi dan kemahiran adalah
perkara biasa, usaha meningkat kecekapan dan kecanggihan keupayaan kerap diiringi oleh tekanan kenaikan kos,
yang sebahagiannya disebabkan oleh dasar itu sendiri. Faktor-faktor inilah yang telah merangsang gelombang
awal pelaburan Jepun ke bahagian lain di Asia pada tahun 1980-an6 dan pelaburan RR China ke Vietnam sejak
kebelakangan ini. Walaupun pelaburan ini bertujuan untuk mengambil peluang daripada kos pekerja dan tanah
yang lebih murah di negara tempat pelaburan dibuat, segmen perniagaan lain di Jepun dan RR China terpaksa

Perkembangan Ekonomi pada Tahun 2017


meningkatkan produktiviti dengan mendadak dan menaik taraf industri mereka untuk terus berdaya saing.

Peralihan Malaysia ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju akan terhalang selagi firma masih
berlumba-lumba untuk mengurangkan kos pekerja dan tidak sanggup membayar lebih, walaupun produktiviti
boleh ditingkatkan sekiranya terdapat perubahan. Penggajian pekerja asing yang lebih murah berbanding dengan
pekerja tempatan membolehkan majikan mengekalkan upah yang rendah dan dengan itu majikan tiada tekanan
untuk mengubah status quo. Hal ini mengganggu mekanisme penetapan upah semula jadi yang sepatutnya boleh
menaikkan upah. Kajian7 menunjukkan beberapa jenis tekanan pada upah keseluruhan, khususnya terhadap upah
pekerja tempatan berkemahiran rendah. Upah median bagi pekerja asing pada umumnya lebih rendah daripada
pekerja tempatan (Rajah 4), terutamanya bagi pekerjaan kemahiran sederhana yang 60.8% daripadanya dikuasai
oleh pekerja tempatan. Tidak mustahil dengan kehadiran pekerja asing yang terlalu ramai di sektor swasta dapat
melebarkan jurang perbezaan upah dan menghalang peluang pewujudan pekerjaan untuk pekerja tempatan.
Keadaan ini boleh dilihat dengan jelas dalam ekonomi Majlis Kerjasama Teluk (Gulf Cooperation Council, GCC),
dengan 88% daripada pekerjaan sektor swasta yang diwujudkan dari tahun 2000-2010 terdiri daripada pekerja
asing, dan 85% daripada mereka berkemahiran rendah8.

Rajah 4: Gaji Bulanan Median Firma Mengikut Pekerjaan*


dan Kewarganegaraan, RM
Penggunaan tenaga pekerja asing dengan upah
yang rendah membolehkan majikan mengekalkan
kadar gaji yang rendah
10,000

Pekerjaan Kemahiran pertengahan


5,056
5,000

3,650
3,653

2,581

1,750

1,700

1,530
1,500
1,488
1,440

1,165

1,025
1,006
1,000

1,000

970

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Warga tempatan Warga asing

*Berkemahiran tinggi: Klasifikasi Pekerjaan 1 hingga 3; Berkemahiran pertengahan:


4 hingga 8; Berkemahiran rendah: 9

Nota: 1: Pengurus , 2: Profesional, 3: Juruteknik dan profesional bersekutu, 4. Pekerja


sokongan perkeranian, 5. Pekerja perkhidmatan dan jualan, 6. Pekerja mahir pertanian,
perhutanan, penternakan dan perikanan, 7. Pekerja kraf dan pekerja pertukangan
yang berkaitan, 8. Operator dan pemasang mesin dan loji, 9. Pekerjaan asas
Sumber: National Employment Returns 2016

6
Sheng, A. 2009. From Asian to Global Financial Crisis: An Asian Regulator’s View of Unfettered Finance in the 1990s and 2000s.
7
World Bank 2015. Malaysia Economic Monitor: Immigrant Labour; Athukorala, P. et. al. 2012. The Impact of Foreign Labor on Host
Country Wages: The Experience of a Southern Host, Malaysia; Ismail, R. et. al. 2014. The Impact of Foreign Workers on Wages: A Case
Study of Malaysian Firms.
8
International Monetary Fund (IMF) 2016. Economic Diversification in Oil-Exporting Arab Countries.

Laporan Tahunan 2017 41


Banyak yang telah diperkatakan tentang keengganan pekerja tempatan untuk melakukan kerja 'kotor, berbahaya
dan sukar' (dirty, dangerous and difficult, 3D). Walaupun faktor budaya dan sifat kerja itu sendiri berperanan dalam
menghalang penglibatan pekerja tempatan, namun keadaan upah tempatan juga boleh menjadi penyebab. Daripada
kira-kira 200,000 penduduk Malaysia yang berulang-alik setiap hari ke Singapura untuk bekerja, 40% bekerja
dalam kategori pekerjaan kemahiran sederhana dan rendah. Keadaan ini didorong terutamanya oleh upah yang
lebih tinggi9. Pekerjaan yang dilakukan sama seperti kerja-kerja yang tidak diminati di Malaysia seperti operator
dan pemasang jentera dan mesin, tukang cuci dan pekerja kasar. Dengan kata lain, dengan paras upah yang lebih
menarik, tenaga kerja Malaysia akan sanggup membuat kerja 3D.

Walaupun ini hanyalah satu contoh, keadaan ini menunjukkan bahawa upah semasa di Malaysia mungkin terlalu
rendah untuk menarik minat pekerja tempatan. Para majikan juga enggan menaikkan kadar upah dengan adanya
alternatif yang lebih murah dan banyak. Selagi upah untuk pekerja kolar biru terus menghadapi tekanan yang
menurun, majikan tidak akan terdesak untuk mengambil langkah meningkatkan produktiviti. Akibatnya, Malaysia
Perkembangan Ekonomi pada Tahun 2017

berisiko untuk terperangkap dalam kemelut upah dan kemahiran yang rendah.

Rajah 5: Bahagian Pekerjaan Baharu* Mengikut Tahap Rajah 6: Bahagian Pekerjaan Baharu* Mengikut
Kemahiran Kewarganegaraan (%)

Semakin banyak pekerjaan baharu bersih yang diambil Sepanjang dua tahun yang lepas, sebahagian besar
oleh pekerja bekemahiran rendah sejak kebelakangan ini pekerjaan baharu bersih diambil oleh warga asing
4.5 5.1 1.8
12.1
37%
45%

64.4
81.5

95.5 98.2
47% 94.9 87.9
47%

35.6
16%
8% 18.5

2002-2010 2011-2017 2011 2012 2013 2014 2015 2016

Warga tempatan Warga asing


Kemahiran tinggi Kemahiran pertengahan Kemahiran rendah
*Ditakrifkan sebagai perubahan tenaga kerja bersih
*Ditakrifkan sebagai perubahan tenaga kerja bersih Sumber: Anggaran Bank Negara Malaysia dengan menggunakan data
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan anggaran Bank Negara Malaysia Jabatan Perangkaan Malaysia

Buktinya boleh dilihat melalui analisis pewujudan pekerjaan mengikut kemahiran pada tahun 2011-2017. Apabila
semua faktor diambil kira, peratusan pekerjaan kemahiran rendah yang diwujudkan di Malaysia pada tahun 2002-
2010 meningkat kepada 16% daripada 8% (Rajah 5). Malah, 73% pekerjaan baharu bersih yang diwujudkan pada
tahun 2015-2016 diisi oleh warga asing (Rajah 6), dengan kebanyakan mereka mempunyai pendidikan setakat
sekolah menengah sahaja. Sebaliknya, pada tempoh yang sama, bilangan graduan di Malaysia meningkat sekitar
880,000 orang, manakala pekerjaan kemahiran tinggi diwujudkan hanya untuk 650,000 orang. Ini bermakna kadar
pengangguran dalam kalangan graduan semakin meningkat dari tahun 2011-2016, mengatasi pengangguran dalam
kalangan bukan graduan (Rajah 7).

Diperhatikan juga bahawa industri yang mempunyai produktiviti rendah juga mempunyai peratusan pekerja asing
berkemahiran rendah yang tinggi (Rajah 8), dengan pergantungan yang lebih tinggi pada waktu kerja yang lebih
panjang untuk menghasilkan output. Satu kajian 10 mendapati bahawa KDNK benar sejam bagi Korea Selatan
bertambah daripada USD4.7 pada tahun 1980 kepada USD25.4 pada tahun 2010, manakala Malaysia hanya
mencatat kenaikan daripada USD5.3 pada tahun 2000 kepada USD7.1 pada tahun 2010. Jumlah waktu kerja
mingguan di Korea Selatan telah berkurang daripada 49 jam kepada 44 jam dari tahun 2000–2008, sementara

9
Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh 2017. A Study on Malaysians Working in Singapore.
10
Rasiah, R. et. al. 2015. Industrialization and Labour in Malaysia.

42
4 Laporan Tahunan
Laporan Tahunan 2017
2017
Rajah 7: Kadar Pengangguran Graduan dan Bukan
Graduan (% )

Kadar pengangguran graduan telah meningkat secara


mendadak sejak tahun 2011
4.1

3.3

Perkembangan Ekonomi pada Tahun 2017


2000 2002 2004 2006 2008 2010 2012 2014 2016

Graduan Bukan graduan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan anggaran Bank Negara Malaysia

Rajah 8: Bahagian Produktiviti dan Warga Asing11 Mengikut


Industri Rajah 9: Kepadatan Robot* dalam Sektor Perkilangan (2016)

Produktiviti industri berhubung kait secara negatif Kepadatan robot di Malaysia adalah lebih rendah
berbanding dengan purata Asia
dengan bahagian pekerja warga asing
Peratusan pekerja asing, % 631
40

Pertanian 488

309 303
Perkilangan
20 Pembinaan
189

68 Purata Asia: 63
Maklumat dan
34
komunikasi
5
Perkhidmatan kewangan Elektrik &
gas Korea Singapura Jerman Jepun AS RR China Malaysia Indonesia
0 Selatan
0 100 200 300 400
Tahap produktiviti, RM ribu *Bilangan robot bagi setiap 10,000 pekerja
Sumber: International Federation of Robotics
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan anggaran Bank Negara Malaysia

Malaysia kekal pada 49 jam. Kaedah berintensifkan pekerja dan waktu kerja yang lebih panjang di Malaysia jelas
kurang efisien berbanding dengan kaedah yang menggunakan kemajuan teknologi dan automasi. Buktinya dapat
dilihat melalui jurang purata penggunaan robot dalam industri perkilangan antara Malaysia dengan Asia (Rajah 9).

Hal ini menimbulkan persoalan penting. Kemunculan rantaian nilai global (global value chain, GVC) dan sifat
teknologi yang menggugat kelaziman boleh menimbulkan dua kemungkinan. Pertama, persaingan dalam segmen
nilai ditambah rendah dan yang berintensifkan pekerja berkemungkinan meningkat apabila lebih banyak negara

11
Merujuk bukan warganegara daripada Penyiasatan Tenaga Buruh (Labour Force Survey, LFS) 2016. Meskipun angka ini turut termasuk
penghijrah berkemahiran tinggi, 94.6% daripada bukan warganegara ini mempunyai pendidikan setakat sekolah menengah sahaja,
menjadikannya penunjuk yang berguna untuk mewakili pekerja asing berkemahiran rendah. LFS juga mengumpulkan maklumat
pekerja asing berdaftar dan pekerja asing tanpa izin. Namun begitu, LFS tidak mengumpulkan maklumat pekerja yang tinggal di rumah
kongsi, yang mungkin menyebabkan kurang anggaran bagi data pekerja dalam sektor pertanian dan perladangan. Sebaliknya, data
Kementerian Dalam Negeri mengenai bilangan pekerja di bawah Pas Lawatan (Pekerjaan Sementara) hanya mengukur bilangan pekerja
asing yang berdaftar.

Laporan
LaporanTahunan
Tahunan 2017
2017 43
5
menyertai GVC. Kedua, sifat kitaran teknologi yang pantas berubah apabila digandingkan dengan penurunan harga,
akan memberi lebih banyak peluang kepada negara lain untuk memintas dan mengecilkan jurang kemajuan dengan
cepat. Dalam dekad yang lalu, kos pekerja di Asia telah meningkat sebanyak 10–15%12, yang mengecilkan jurang
kos pekerja dan automasi. Setiap tahun, tempoh yang diperlukan firma untuk memperoleh kembali pelaburan
dengan penggunaan robot (atau "tempoh bayaran balik") semakin berkurang secara mendadak13. Negara saingan
Malaysia juga aktif dalam menaik taraf industri. Pergantungan pada kaedah pengeluaran berasaskan upah dan kos
yang rendah adalah strategi jangka panjang yang tidak dapat dipertahankan, dan boleh menyebabkan risiko negara
akan tercicir ke belakang.

Kebergantungan Malaysia pada pekerja asing berkemahiran rendah mewujudkan reputasi dalam kalangan
pelabur asing sebagai destinasi yang berintensifkan pekerja berkos rendah. Reputasi ini memberi kesan yang
semakin besar terhadap jenis pelaburan awal yang dicadangkan oleh pelabur asing ke Malaysia. Kemungkinan
besar pelaburan yang dibawa adalah dalam segmen yang kurang kompleks dalam rantaian pengeluaran yang
Perkembangan Ekonomi pada Tahun 2017

dapat memanfaatkan pengambilan pekerja asing yang mudah diperolehi dan kos pekerja yang lebih rendah. Hal
ini menyebabkan entiti multinasional asing memindahkan proses nilai ditambah yang lebih rendah ke Malaysia,
dan memindahkan proses dengan produktiviti dan nilai ditambah lebih tinggi ke negara jiran seperti Singapura
dan RR China. Akhirnya, reputasi ini dengan sendirinya terus mengikat Malaysia sebagai pusat kos rendah yang
akan memerlukan sumber yang besar untuk diperbetulkan. Keadaan ini juga diburukkan lagi oleh penghijrahan
bakat tempatan ke negara-negara lain dengan gaji yang lebih tinggi, lantas mengakibatkan berlakunya
‘brain-drain’ (penghijrahan profesional ke luar negara).

Walaupun pengambilan lebih banyak pekerja asing yang berkemahiran rendah mewujudkan pekerjaan
kemahiran sederhana dan berbentuk penyeliaan, kesesuaian kaedah ini boleh dipertikaikan. Automasi dan
penggunaan teknologi canggih juga boleh mewujudkan permintaan terhadap pekerja berkemahiran lebih tinggi.
Keadaan ini biasanya disertai upah yang lebih baik dan boleh diisi oleh graduan menganggur yang dilatih semula.

Terdapat juga beberapa implikasi bukan ekonomi yang perlu dipertimbangkan. Penumpuan pekerja asing
yang lebih ramai di kawasan bandar mungkin membebankan kemudahan dan infrastruktur awam, serta
menambahkan kos fiskal kepada kerajaan. Sebahagian besar pekerja asing mengirimkan jumlah besar
pendapatan mereka ke luar negeri, dan ini mengurangkan jumlah kesan limpahan kepada ekonomi dalam
negeri. Pada tahun 2017, jumlah pengiriman wang ke luar negeri kekal besar sebanyak RM35.3 bilion, dengan
pekerja asing mencakupi sebahagian besar daripada jumlah pengiriman tersebut.

Kehadiran banyak pendatang tanpa izin ke Malaysia juga menekan dan membimbangkan. Perbezaan anggaran
jumlah mereka sangat besar14. Perkara ini menghalang perbincangan dasar dan proses membuat anggaran
mengenai impak penuh pengambilan pekerja asing terhadap ekonomi Malaysia. Selain itu, pendatang tanpa izin
yang mengelakkan pemeriksaan kesihatan wajib berpotensi menjadi punca pelbagai penyakit berjangkit15.

Perubahan Dasar
Sejak awal tahun 2000, Malaysia, melalui Rancangan Malaysia ke-8, telah berusaha mengurangkan
pergantungannya terhadap pekerja asing. Walaupun sukar, ia bukan sesuatu yang tidak dapat diatasi. Sejak
Rancangan Malaysia ke-11, usaha untuk menyelesaikan isu ini lebih jelas dan tertumpu. Ikhtiar ini telah
menghasilkan penurunan dalam peratusan pekerja asing yang berdaftar daripada 16.1% pada tahun 2013
kepada 12.0% daripada tenaga kerja pada tahun 2017.

12
RBC Global Asset Management. Global Megatrends: Automation In Emerging Markets.
13
Sirkin, H. et.al. 2015. The Robotics Revolution: The Next Great Leap in Manufacturing.
14
Julat anggaran adalah antara angka rasmi sebanyak 600,000 orang oleh Jabatan Imigresen (2017) dengan sumber-sumber alternatif
seperti 1.3 juta pekerja tanpa dokumen yang didaftarkan di bawah program 6P pada tahun 2013 (tidak termasuk Sabah dan Sarawak serta
pekerja asing tidak berdaftar) dan anggaran 1.7 juta orang yang diumumkan oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) pada tahun 2017.
15
Kanapathy, V. 2004. International Migration and Labour Market Adjustments in Malaysia: Economic Recovery, The Labour Market, and
Migrant Workers in Malaysia.

44 Laporan Tahunan 2017


Rajah 10: Pelan Tindakan Menyeluruh Lima Perkara

Pendekatan Mengurus Pekerja Asing:

1 Pendirian jelas mengenai peranan Prinsip Levi Ke Atas Pekerja Asing


pekerja asing
Pariti: Mengecilkan jurang upah
antara pekerja asing dengan
2 Pelaksanaan dasar yang berperingkat
pekerja tempatan
dan komunikasi dasar yang jelas
Progresif: Firma/industri
3 Instrumen pengurusan permintaan dengan pergantungan yang
yang didorong pasaran lebih tinggi terhadap pekerja
asing dikenakan caj levi yang
Layanan adil terhadap pekerja lebih tinggi
4
asing Produktiviti: Levi disalurkan
kembali kepada industri bagi
Pemantauan dan penguatkuasaan menyokong usaha automasi
5 yang berkesan

Sumber: Bank Negara Malaysia

Perkembangan Ekonomi pada Tahun 2017


Pada masa hadapan, banyak lagi daya usaha yang boleh dilakukan untuk mencapai kemajuan yang dikehendaki.
Matlamat akhir adalah untuk memastikan sistem pengurusan pekerja asing masa hadapan disampaikan dengan
jelas, dilaksanakan dengan tegas, dan lebih sejajar dengan matlamat ekonomi negara yang perlu dicapai. Untuk
tujuan ini, terdapat lima perkara utama yang perlu dilakukan (Rajah 10).

Pertama, perlu ada pendirian yang jelas mengenai peranan pekerja asing berkemahiran rendah dalam
senario ekonomi Malaysia. Walaupun pekerja-pekerja ini akan terus memainkan peranan yang penting dalam
menyokong ekonomi, perlu ada maklumat yang jelas tentang industri yang paling memerlukan pekerja asing
dan cara yang terbaik untuk menyokong pertumbuhan produktiviti dan penaiktarafan industri. Ini termasuk
garis masa yang jelas untuk perubahan dasar atau kemudahan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai
rangka kerja sedia ada. Lebih penting lagi, dasar-dasar mengenai perkara ini perlu dilakukan selaras dengan
inisiatif lain yang dilaksanakan oleh Kerajaan, termasuklah pembangunan bakat, pembaharuan pasaran pekerja,
atau penambahbaikan struktur insentif sedia ada untuk menarik pelaburan langsung asing (foreign direct
investment, FDI)

Kedua, pelaksanaan dan perubahan dasar perlu dilakukan secara beransur-ansur dan dimaklumkan kepada
industri dengan jelas. Walaupun pembaharuan terhadap dasar pekerja asing diperlukan untuk manfaat jangka
panjang, tidak dapat dinafikan bahawa hal ini akan menyebabkan pelarasan jangka pendek kepada ekonomi.
Akan timbul tentangan daripada industri, dan lama-kelamaan, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang
berintensifkan pekerja dan bernilai tambah yang rendah akan berpindah ke negara lain yang mempunyai pekerja
yang ramai dan murah. Hal ini akan membolehkan sumber bakat dan fiskal yang diperlukan bebas untuk dialihkan
ke industri yang lebih produktif dan kompleks. Pentingnya, keadaan ini akan membolehkan industri dan pekerja
yang terjejas membuat persediaan untuk berhadapan dengan perubahan yang mendatang. Ini mengurangkan
risiko pembalikan dasar dan membantu pembuat dasar dalam menguruskan peralihan yang rumit ini.

Pembalikan dasar yang kerap telah merumitkan penguatkuasaan dan meningkatkan ketidakpastian perniagaan.
Satu contoh yang melibatkan beberapa perubahan peraturan dalam levi pekerja asing adalah dalam menentukan
pihak mana yang harus menanggung kos, sama ada majikan atau pekerja itu sendiri. Sejak levi diperkenalkan
pada tahun 1992, Malaysia telah mengubah pendiriannya mengenai perkara ini sebanyak tiga kali, semuanya
berlaku dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Pengenaan semula levi ke atas majikan baru-baru ini melalui Aku Janji
Majikan (berkuat kuasa 1 Januari 2018) merupakan satu langkah yang wajar. Tindakan ini sejajar dengan matlamat
Kerajaan untuk membangunkan kaedah yang lebih berkesan bagi menguruskan permintaan terhadap pekerja
asing dan menggalakkan peningkatan produktiviti dalam kalangan firma. Levi yang dikenakan ke atas pekerja tidak
menyumbang kepada hasil ini.

Ketiga, instrumen pengurusan permintaan yang sedia ada (seperti kuota, had maksimum pergantungan dan levi)
boleh diubah menjadi lebih didorong oleh kuasa pasaran, sambil menggalakkan penjanaan hasil yang sejajar

Laporan Tahunan 2017 45


Jadual 1
Had Kebergantungan* Terpilih Mengikut Industri
Industri Penentu kuota Penentu Bil. pekerja asing

70-139 kerusi 11 pembantu dapur, 12 pembantu am

Restoran Bilangan kerusi 140-250 kerusi 12 pembantu dapur, 20 pembantu am

> 250 kerusi 20 pembantu dapur, 30 pembantu am

Kelapa Sawit: 8 hektar 1

Pertanian Hektar Getah: 4 hektar 1

Koko: 3.7 hektar 1


Perkembangan Ekonomi pada Tahun 2017

*Penetapan had atas pengambilan pekerja asing mengikut industri

Sumber: Kementerian Dalam Negeri

dengan matlamat ekonomi. Instrumen ini harus dapat mengesan masalah kekurangan pekerja dan kemahiran yang
berasaskan bukti seperti yang terdapat di Australia dan Kanada yang bergantung pada gabungan metrik untuk
memaklumkan usaha pengubahsuaian dasar imigresen mereka. Beberapa langkah berkaitan dengan pekerja
asing, seperti had maksimum kebergantungan yang sedia ada, telah dipersoalkan kerana tidak mengikut keperluan
sebenar industri, tidak cukup ketat, atau sukar untuk dilaksanakan dan dikuatkuasakan (Jadual 1).

Pembaharuan terhadap sistem levi sedia ada boleh membantu menyekat insentif operasi berkos rendah dan
menggalakkan firma untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dari semasa ke semasa. Terdapat
tiga cara untuk melakukannya. Yang pertama melibatkan pengurangan jurang upah sejam antara pekerja tempatan
dengan pekerja asing, yang timbul daripada pengecualian berkanun. Anggaran dalaman mengesyorkan bahawa
kos purata menggaji pekerja asing bagi setiap jam ialah 30% lebih rendah daripada pekerja tempatan. Walaupun
kos awalan (seperti pemeriksaan perubatan wajib, dan perjalanan) pengambilan pekerja asing mungkin kelihatan
besar, mereka ini biasanya tertakluk pada waktu kerja yang lebih panjang dan mereka juga tidak menikmati faedah
berkanun biasa (contohnya, sumbangan KWSP dan PERKESO oleh majikan) yang dinikmati oleh pekerja tempatan.
Hasilnya, struktur kos yang lebih rendah meningkatkan daya tarikan majikan terhadap pekerja asing berbanding
dengan pekerja tempatan. Memasukkan kos berkanun dalam pengiraan levi akan membantu mengurangkan jurang
ini ke arah nilai yang setara.

Tindakan ini kemudiannya boleh diikuti dengan menjadikan sistem levi lebih progresif, supaya industri atau firma yang
lebih bergantung pada pekerja asing akan menghadapi jumlah kos levi yang lebih tinggi. Pengiraannya boleh dibuat
secara lebih terperinci, dengan mengambil kira kemungkinan automasi, pertumbuhan upah dan penambahbaikan
produktiviti untuk setiap industri. Pelaksanaan levi berbilang peringkat yang akan dilaksanakan pada tahun 2019
merupakan perkembangan yang dialu-alukan, kerana ini membolehkan mekanisme pencegahan yang boleh
membezakan antara firma, berdasarkan profil tenaga kerja mereka. Sebagai amalan terbaik, levi yang dikutip perlu
disalurkan semula kepada industri untuk menyokong usaha automasi.

Keempat, masih ada ruang untuk memastikan layanan terhadap pekerja asing yang lebih baik, sama ada
penambahbaikan dalam keadaan pekerjaan atau memastikan mereka dibayar seperti yang dipersetujui. Keadaan
pekerjaan dan tempat tinggal pekerja asing yang kurang menyenangkan dalam industri tertentu bukan sahaja
membangkitkan kebimbangan terhadap kebajikan pekerja, malah suasana ini memberi gambaran budaya
perniagaan yang tidak sihat oleh majikan tertentu yang tidak bertanggungjawab, untuk mengurangkan kos daya
saing. Terdapat usaha berterusan oleh Kerajaan untuk memperluas penguatkuasaan terhadap standard minimum
perumahan dan kemudahan pekerja, daripada industri perlombongan dan perladangan kepada semua sektor
yang berkaitan. Di samping itu, pengumuman Belanjawan 2018 untuk memastikan pembayaran gaji pekerja asing
dilakukan melalui akaun bank akan memanfaatkan teknologi dengan lebih baik bagi mengelakkan majikan daripada
menahan upah atau membuat potongan daripada gaji mereka secara tidak adil.

46 Laporan Tahunan 2017


Akhir sekali, pembaharuan yang dicadangkan ini mestilah dilengkapi dengan pemantauan dan penguatkuasaan yang
berkesan di tempat kerja, terutamanya berkaitan dengan pekerja asing tanpa izin. Jika cabaran ini tidak ditangani
dengan baik, sebarang usaha tambahan untuk memperketat dasar pekerja asing hanya akan menghukum majikan
yang mematuhi undang-undang. Hal ini juga boleh meningkatkan risiko gejala rasuah dan majikan melanggar
peraturan yang wujud dengan menggunakan kumpulan pekerja asing tanpa izin yang sedia ada.

Kesimpulan
Walaupun Malaysia jelas memperoleh manfaat daripada kehadiran pekerja asing pada masa lalu, peranan yang
dimainkan oleh mereka dalam ekonomi negara perlu sejajar dengan keperluan semasa. Dasar pengurusan pekerja
asing masa hadapan, jika tidak dirancang dengan baik dan tidak dilaksanakan dengan konsisten, hanya akan
merencatkan kemajuan yang telah dicapai selama ini untuk mengurangkan pergantungan pada pekerja asing secara
beransur-ansur.

Perkembangan Ekonomi pada Tahun 2017


Kebergantungan yang tinggi pada pekerja asing, jika dibiarkan tanpa sekatan, akan melemahkan usaha ke arah
automasi, menekan upah secara keseluruhan, dan menghalang penerapan usaha untuk meningkatkan produktiviti.
Keadaan ini juga akan menghalang pewujudan pekerjaan kemahiran tinggi dan mencorakkan reputasi yang tidak
diingini terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan berkemahiran rendah dan berintensifkan pekerja. Apabila
semua faktor ini diambil kira, negara akan terperangkap dalam kemelut upah dan produktiviti yang rendah.
Kehadiran pekerja asing tanpa izin yang besar di Malaysia memburukkan lagi kos sosioekonomi.

Walaupun cabaran ini kelihatan agak sukar untuk diatasi, Malaysia cukup berupaya untuk melakukan pembaharuan
yang kritikal. Komunikasi yang jelas dan pelaksanaan yang tegas akan membantu mengurangkan risiko pembalikan
dasar, dan akan membantu peralihan kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Sekiranya sejarah boleh dijadikan
panduan, kekuatan semasa ekonomi negara adalah hasil daripada pembaharuan berani yang diambil pada waktu
yang paling kritikal. Malaysia perlu merebut peluang ini sekarang untuk meletakkannya di landasan pertumbuhan
ekonomi yang lebih produktif, canggih dan mampan untuk generasi masa hadapan.

Laporan Tahunan 2017 47

Anda mungkin juga menyukai