Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

SIRI KAP 3/2023

NAMA AGENSI LATIHAN : THE CHATTERBOX SKILLS TRAINING CENTRE

BIDANG : Perkembangan kreativiti dan estetika


………………………………………………………………………………………………………

Nama Peserta : Syarifah Nazrah Binti Syed Salim No. K/P : 950323-06-5490

Tarikh : Hari : Masa :

Umur : 4 tahun Bil. Kanak-kanak : 2 orang

Tema : kraf Tajuk : Lori saya cantik!

Bidang Pembelajaran Fokus : perkembangan kreativiti dan estetika

Pengetahuan Sedia Ada : kanak-kanak sudah boleh mencipta atau menghasilkan rekaan baru

Objektif :

1. Membolehkan kanak-kanak membina daya kreativiti semasa membuat lori dari bahan terpakai dengan imaginasi
mereka sendiri.

2. Membolehkan kanak-kanak bercerita dengan ayat yang jelas iaitu tentang lori saya [perkembangan
Bahasa,komunikasi dan literasi awal]

3. Membolehkan kanak-kanak bekerjasama semasa membuat lori dari bahan terpakai.[perkembangan


sahsiah,sosioemosi dan kerohanian]

Senarai Bahan/Alatan:
1. kotak misteri.
2. kotak bersaiz empat tepat.
3. plastic bewarna merah.
4. straw minuman.
5. gam/selotip.
6. bekas makanan plastik.
7. marker pen hitam.
8. gunting.
9. flash card gambar lori

Tempat Ruang Aktiviti: Ruangan aktiviti di dalam taska


Langkah-langkah
Perlaksanaan

1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti selepas mencuci tangan dan mengikut SOP.

2. Pendidik bermesra dengan kanak-kanak dengan menyanyi lagu “bapa ku pulang dari kota”
https://youtu.be/2s6RcKnIFH8?feature=shared.

3. Pendidik mengeluarkan bahan dan alatan dari kotak misteri sambil menunjuk dan meperkenalkan kepada kanak-
kanak.

4. Pendidik menggalakan kanak-kanak untuk menyebut perkataan berdasarkan peralatan yang digunakan bersama-
sama seperti kotak,plastic dan lain-lain.

5. Pendidik menyediakan kotak bersaiz empat tepat dan menggalakkan kanak-kanak menampal plastik dan menghias
kotak dengan bahan terpakai mengikut kreativiti mereka sendiri semasa membuat kraf lori saya cantik.

6. Pendidik memberikan pujian dan tepukan kepada kanak-kanak yang berjaya menghias kotak mengikut kreativiti
mereka dengan bimbingan pendidik.

7. Jika ada bahagian yang memerlukan penggunaan peralatan tajam seperti gunting contohnya kanak-kanak ingin
memotong kotak bagi membetuk bulatan bertujuan menjadikan roda lori maka pendidik akan membantu kanak-
kanak untuk membuatnya.

8. Pendidik menggalakkan kanak-kanak untuk menampal roda yang telah siap mengikut kreativiti mereka sambil
bercerita seperti “cikgu, ini roda lori saya”, “lori saya cantik”, “lori saya warna merah”.

9. Pendidik menggalakkan kanak-kanak untuk bekerjasama semasa membuat kraf lori saya cantik dari bahan
terpakai.

10. Sekiranya kanak-kanak kelihatan sukar untuk menghias kotak terpakai kepada lori pendidik akan membantu
dengan menunjukkan flash card gambar lori kepada kanak-kanak bagi merangsang pemikiran, imagenasi dan
kreativiti mereka.

11. Pendidik memberikan pujian dan ucapan terima kasih kepada kanak-kanak kerana berjaya membuat kraf dan
menjadi kanak-kanak yang baik semasa aktiviti berjalan.

12. Pendidik menggalakkan kanak-kanak membantu mengemas dan menyimpan semula peralatan ke dalam kotak
misteri sebelum menamatkan aktiviti.

13. Pendidik akan membawa kanak-kanak mencuci tangan dan mebersihkan diri sebelum menghantar kanak-kanak
semula ke pengasuh.
Perhatian:

1. Keselamatan: Pendidik memastikan kanak-kanak tidak menggunakan peralatan tajam seperti gunting dan kanak-
kanak sentiasa dibawah pengawasan pendidik.

2. Kebersihan: Pendidik memastikan tempat aktiviti bersih dan selamat.

3. Kesihatan: Pendidik memastikan kanak-kanak sihat dan tidak demam.

Markah RPA ………………. /30 markah

Nama Jurulatih :…………………………………………

Tandatangan :………………………………………….

Refleksi

Nama Fasilitator : …………………………………………………………..

Tandatangan : …………………………………………………………..

MARKAH KESELURUHAN: …………………….../100

Anda mungkin juga menyukai