Anda di halaman 1dari 4

HPD 118 - ENTREPRENEUR WALKBOUT 1

DISEDIAKAN OLEH:
WAN NAJIBAH BINTI MOHAMED
2023300811

DISEDIAKAN UNTUK:
MADAM NUR HAZELEN BINTI MAT JUSOK
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 KENAPA ANDA MEMILIH MENYERTAI KEMBARA

KEUSAHAWAN HPD118
1.0 PENGENALAN
Usahawan merupakan seseorang yang mengusahakan sesuatu perusahaan yang berkaitan
dengan perniagaan sehingga berjaya dengan niat agar memperolehi keuntungan serta
mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk memperolehi kejayaan. Usahawan yang
berjaya lahir daripada faktor-faktor tertentu yang amat penting dalam menentukan jatuh
bangun sesebuah perniagaan tersebut.

2,0 KENAPA ANDA MEMILIH UNTUK MENYERTAI KEMBARA


KEUSAHAWANAN HPD 118?

Saya memilih untuk menyertai keusahawanan HPD 118 adalah kerana minat
terhadap perniagaan walaupun saya tidak mempunyai latar belakang keluarga yang
merupakan ahli perniagaan. Salah satu faktor saya memilihnya adalah saya ingin
meningkatkan keyakinan di dalam diri saya untuk bercakap di depan khalayak ramai
sepertimana usahawan-usahawan lain yang telah berjaya. Mereka berkeyakinan dan tidak
merasa malu semasa bercakap di hadapan orang ramai untuk menarik minat pelanggan
membeli barangan-barangannya. Bukan itu sahaja,dengan menyertai HPD 118 saya juga
dapat belajar pelbagai maklumat yang berkaitan dengan perniagaan yang tidak pernah saya
ketahui sebelum ini. Hal ini meningkatkan lagi semangat saya untuk mencuba sesuatu
perkara yang baru.

Selain itu, banyak peluang untuk kemajuan kerjaya secara umumnya dengan
menyertai HPD118, bidang ini menawarkan lebih banyak peluang untuk kemajuan kerjaya
kerana ia mempunyai skop pembelajaran dan perkembangan yang tinggi. Saya boleh
sentiasa meningkatkan kemahiran dengan mengikuti pelbagai kursus yang berkaitan atau
mencabar diri dengan inisiatif penambahbaikan proses kerja. Saya juga mungkin akan
menerima pelbagai insentif dari majikan seperti kenaikan gaji, penghormatan profesional
dan penambahan faedah kerja yang lain jika saya sering mengambil inisiatif untuk
memajukan lagi diri.

Seterusnya, ia juga memudahkan saya untuk memulakan perniagaan saya sendiri


pada masa hadapan. Ini disebabkan oleh ramai yang mempunyai kebolehan untuk
memulakan perniagaan sendiri tetapi ada yang gagal kerana mereka tidak cukup tahu
tentang industri yang diceburinya. Sebagai contohnya, pereka dalaman mungkin berbakat
dalam mereka bentuk tetapi mungkin tidak mahir dalam prinsip perkaunan, pemasaran dan
pengurusan pekerja. Oleh itu, sangat penting untuk saya menggabungkan aspek pengajian
perniagaan dengan jurusan utama saya untuk membina empayar perniagaan saya sendiri.
Dengan adanya kemahiran asas, pemahaman pemasaran yang baik, pemikiran yang kritis
dan kreatif serta kewangan yang stabil saya mungkin boleh menjayakan segala perniagaan
yang diminati pada masa hadapan dengan adanya pengalaman-pengalaman yang saya
pelajari semasa menyertai HPD118.
Di samping itu, dengan menyertai bidang keusahawanan ini saya lebih mudah untuk
beralih ke industri lain kerana kerjaya dalam bidang perniagaan adalah lebih fleksibel
berbanding kerjaya dalam bidang sains dan teknikal. Jika saya mempunyai kepakaran
perniagaan ianya lebih mudah untuk menyesuaikan diri saya untuk dalam mana-mana
industri yang memerlukan kepakaran tersebut dan ini memudahkan peralihan dari satu
profesion ke profesion yang lain.

Akhirnya, faktor yang membuatkan saya memilih untuk menyertai keusahawanan


adalah disebabkan pilihan yang sangat praktikal. Jurusan perniagaan dikatakan lebih ‘secure’
atau terjamin daripada jurusan lain kerana keperluan perniagaan akan sentiasa terwujud
dalam setiap industri. Sama ada syarikat-syarikat global atau syarikat berskala sederhana dan
kecil, setiap organisasi memerlukan individu ataupun pekerja yang mempunyai kecerdasan
perniagaan untuk terus berfungsi dan beroperasi dengan sempurna. Hal ini, akan sentiasa
menjamin permintaan untuk pelbagai fungsi perniagaan seperti pengurusan, pentadbiran,
pemasaran, kewangan dan sebagainya walaupun dalam keadaan ekonomi yang lemah. Oleh
itu, saya mempunyai minat yang tinggi untuk menyertai keusahawanan HPD118 ini kerana
dapat membantu saya dalam pelbagai bentuk.

Anda mungkin juga menyukai