Anda di halaman 1dari 3

SJK(C) TAI TONG, SANDAKAN

Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu Tahun 3 Sesi 2019

Nama:_____________________________ ( )

Kelas :_____________________________
1

(B) Baca petikan dibawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Pada hari Sabtu yang lalu, Persatuan Penduduk Taman Cahaya telah mengadakan
Kempen Keselamatan Jalan Raya. Kempen itu bertujuan memberi sedaran kepada
penduduk tentang peraturan jalan raya.
Peraturan tersebut perlu dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya
khususnya pemandu kenderaan dan penunggang motosikal. Antaranya, pemandu
kenderaan perlu memakai tali pinggang keledar supaya tidak tercampak ke luar
kenderaan jika berlaku kemalangan. Selain itu, pemandu kenderaan juga perlu
memandu mengikut had kelajuan yang ditetapkan.
Sementara itu, penunggang motosikal dinasihatkan supaya memakai topi
keledar berpelekat keselamatan. Langkah ini dapat mengurangkan kemalangan
pada waktu malam.

1. Apakah tujuan Kempen Keselamatan Jalan Raya diadakan?

__________________________________________________________

__________________________________________________________

2. Siapakah yang perlu mematuhi peraturan jalan raya?

__________________________________________________________

__________________________________________________________

3. Mengapakah pemandu kenderaan perlu memakai tali pinggang keledar?

__________________________________________________________

__________________________________________________________

4. Bagaimanakah penunggang motosikal dapat mengurangkan


kemalangan pada waktu malam
A) Memakai tali pinggang keledar
B) Memakai topi keledar berpelekat keselamatan
C) Memakai pad siku dan pad lutut

5. Perkataan tercampak dalam petikan bermaksud


A terjatuh B terpelanting C tersungkur
C) ) Baca petikan dibawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Encik Kim sudahpun menghantar borang penyertaan Pertandingan Halaman
Rumah Tercantik. Dia sekeluarga sangat berminat untuk menyertai pertandingan
itu. Pertandingan itu akan diadakan sepanjang bulan Mac 2019.
Sebelum pertandingan itu berlangsung, Encik Kim dan keluarganya
bekerjasama mencantikkan halaman rumah mereka. Encik Kim mengecat pagar
rumah. Alex, anak sulung Encik Kim membersihkan longkang. Cindy, anak bongsu
Encik Kim rajin menanam pokok bunga.
Sementara itu, Puan Mia, isteri Encik Kim menyusun pasu-pasu bunga di
tepi kolam ikan. Dia juga menghias sekeliling kolam ikan tersebut dengan
tanaman hiasan.

1. Apakah pertandingan yang hendak disertai oleh Encik Kim sekeluarga ?

__________________________________________________________

__________________________________________________________

2. Bilakah pertandingan tersebut akan diadakan?

__________________________________________________________

__________________________________________________________

3. Siapakah yang membantu Encik Kim mencantikkan halaman rumah?


A Anak-anaknya B Isterinya C Anak-anak dan isterinya

4. Antara berikut, yang manakah bukan aktiviti yang Encik Kim sekeluarga
lakukan untuk mencantikkan halaman rumah?
A Membersihkan longkang
B Mengecat pagar rumah
C Mencuci kolam udang

5. Perkataan menyertai dalam petikan bermaksud


A mengikuti B merasai C mencampuri

Disediakan oleh :NYM( )LYL( )


Disemak oleh: YHH( )

Anda mungkin juga menyukai