Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah, kami menadah tangan memohon rahmat Mu, dan Inayah Mu,

tetapkanlah iman kami, kurniakan kami ilmu yang bermanfaat, kebijaksanaan


berfikir, ketetapan hati dalam Jemaah yang muafakat, urusan yang lancar serta
keselamatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar Majlis hari ini iaitu Mesyuarat
Senior Responsible Owner (SRO), Jabatan Pendidikan Negeri Johor Bil.1
Tahun 2022 ini berjalan dengan lancar dan sebagai wasilah untuk kami
merancang suatu perancangan yang lebih baik bagi mencapai aspirasi dan
sasaran yang dihasratkan sebagai usaha kami untuk terus menambahbaik dalam
melaksanakan amanah dan tanggungjawab kami kepada agama, bangsa dan
negara.

Ya Allah, kurniakan kami kesihatan fizikal, fikiran yang cerdas, ketenangan


jiwa dan kekuatan semangat untuk mendepani cabaran yang mendatang.

Anda mungkin juga menyukai