Anda di halaman 1dari 3

Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2024/2025

Kata-kata aluan Tuan Pengetua

KATA ALUAN TUAN PENGETUA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Sejahtera..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kurniaNYA, kita warga pendidik SMKAL diberi peluang dan kesempatan untuk
terus bekerja menabur bakti, menyumbang idea dan tenaga untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan negara.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih saya tujukan kepada Jawatankuasa Manual Pengurusan dan
Perancangan Sekolah sesi 2024/25 yang telah menyiapkan buku ini. Dengan terbitnya Manual pengurusan dan
perancangan ini diharapkan agar semua warga SMKAL akan menjadikannya sebagai rujukan dan panduan yang
berterusan supaya setiap individu mengambil tanggungjawab untuk memastikan perjalanan PdPc, program-program
dan aktiviti-aktiviti Sekolah Amanah dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan menepati masa sebagaimana yang
telah dirancang .
MPPS dirancang dan dibentuk bertujuan memaparkan struktur organisasi yang berkaitan dengan Pengurusan
Sekolah. Tujuannya untuk memudahkan perancangan pengurusan, serta memberi garis panduan kepada sekolah serta
warganya dalam merancang dan melaksanakan aktiviti dan program serta tugasan sekolah.
Perancangan pengurusan dirangka dengan begitu teliti agar pelaksanaannya mencapai kecemerlangan dan
selaras dengan visi dan misi yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Fokus utama SMKAL sesi 2024/25 ini ialah untuk terus
melestarikan budaya kerja dan amalan sekolah Amanah dalam memastikan 4 matlamat strategik dapat terus
direalisasikan. Komitmen dan kebersamaan semua warga amat diperlukan dalam melaksanakan apa yang telah dirancang.
Justeru, kerja sepasukan menjadi teras dalam mencapai matlamat tersebut.Aspek aspek penting yang menjadi agenda
pengurusan sekolah pada tahun ini seperti Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan bagi meningkatkan Prestasi
Peperiksaan Awam, Keceriaan dan Keselamatan, Disiplin dan Akhlak, Kepimpinan Berkesan serta Kecemerlangan Sukan
dan Kokurikulum telah dirancang dan dilaksanakan sebaik mungkin ke arah mencapai visi sekolah iaitu, " Pendidikan
Berkualiti, Insan Terdidik,Negara Sejahtera”
Oleh yang demikian, bagi memastikan apa yang dirancang dapat dilaksankan dengan berkesan, pengemblingan
tenaga dan usaha semua warga SMKAL amat diperlukan agar warga sekolah dapat bergerak seiring dengan kehendak
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia dan kehendak Sekolah Amanah. MPPS SMK
Ayer Lanas ini diharap terus relevan sebagai perantara mencapai visi dan misi KPM serta selaras dengan hasrat dan cita-
cita Negara.
Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak termasuk semua
Penolong Kanan, Guru-guru Kanan, Middle Leader, Ketua Panitia, guru-guru dan kakitangan yang telah memberi
kerjasama dalam menyempurnakan Manual Pengurusan Dan Perancangan Sekolah sesi 2024/2025 ini. Mudah-mudahan
Allah memberkati apa jua yang kita rancangkan sekaligus membantu dalam melahirkan modal insan yang berkualiti
selaras dengan 4 matlamat strategik utama Sekolah Amanah.

Apa pun cabaran dan transformasi yang akan datang, kita harus berfikiran positif dan menerima dengan minda
yang terbuka. Teruskan tekad, gandakan usaha dan kukuhkan kerjasama di antara semua warga dengan harapan SMKAL
akan terus cemerlang dalam memastikan kemenjadian murid SMKAL.

“ SMKAL THE BEST FOR YOU”


“ SMKAL TERBAIK BAGIMU”

RAZLAN BIN WAHAB


PENGETUA,
SMK AYER LANAS, JELI KELANTAN

i
Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2024/2025
Maklumat guru dan Senarai Tugas

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER LANAS, 17700


AYER LANAS, JELI, KELANTAN
No. Tel : 09-9468234 No. Faks : 09-9468754
Email : dea9001@moe.edu.my

MAKLUMAT PERIBADI GURU

Nama Pegawai :……………………………………………………………………………………………..

Angka Pejabat :……………………………………………………………………………………………..

No. Kad Pengenalan :……………………………………………………………………………………………..

Jawatan :…………………………………………………………………………………………….

Gred Jawatan :…………………………………………………………………………………………….

Tarikh Dilantik ke Jawatan Sekarang :…………………………………………………………………………………………….

Tarikh Pengesahan ke Jawatan Sekarang:……………………………………………………………………………………………..

Tarikh Lantikan :……………………………………………………………………………………………..

Tarikh Pengesahan :………………………………………………………………………………………………

Tarikh Masuk ke Jawatan Berpencen :……………………………………………………………………………………………..

Tarikh Pengisytiharan Harta :……………………………………………………………………………………………..

Tarikh Kenaikan Gaji :……………………………………………………………………………………………..

Kelulusan Akademik :……………………………………………………………………………………………..

Ikhtisas :……………………………………………………………………………………………..

Opsyen :……………………………………………………………………………………………..

Telefon :……………………………………………………………………………………………..

Alamat e-mail :………………………………………………………………………………………….....

Orang yang boleh dihubungi jika kecemasan

Nama :…………………………………………………………………………… Telefon :………………………………

Alamat :………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

ii
Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2024/2025
Maklumat guru dan Senarai Tugas

SENARAI TUGAS MENGIKUT PORTFOLIO


Nama :……………………………………………………………………....
No. Kad Pengenalan :……………………………………………………………………….
Angka Pejabat :……………………………………………………………………….

PORTFOLIO NAMA JAWATAN YANG


JAWATANKUASA DIPERTANGGUNGJAWABKAN

PENGURUSAN
& PENTADBIRAN

KURIKULUM

HAL
EHWAL MURID

KOKURIKULUM

Bahawasanya saya memerima perlantikan jawatan-jawatan di atas sebagaimana yang terkandung dalam
Manual Pengurusan SMK Ayer Lanas dengan penuh tanggungjawab dan amanah

………………………………………………
Nama :
No. KP :
Tarikh :……………
Disahkan oleh : …………………………….

iii

Anda mungkin juga menyukai