Anda di halaman 1dari 2

HINDARI NOMOFOBIA

Apa itu nomofobia?

Anda masih tertanya-tanya apakah penyakit ‘nomofobia’? Adakah anda mampu untuk
menjalani kehidupan tanpa sebarang telefon pintar pada zaman yang semakin canggih ini?
Jikalau anda berasa dalam keadaan gelisah, takut dan jantung anda berdegup kencang di saat
anda kehilangan telefon pintar, ini adalah satu petanda yang bahaya.

Tahukah anda bahawa perkataan ‘Nomofobia’ ini berasal dari pekataan ‘no-mobile phone –
phobia’ yang merupakan salah satu fobia yang jarang diketahui ramai bahkan sudah menular
dalam diri anda tanpa anda sedar. Nomofobia merupakan satu perasaan takut untuk hidup
tanpa telefon pintar yang juga boleh memberi kesan buruk dalam kehidupan seharian anda.
Sejujurnya, ia menjadikan kita sebagai hamba untuk isi kandungan yang terdapat dalam
telefon tersebut seperti aplikasi sosial, permainan dan lain-lain. Telefon pintar telah menjadi
sebahagian dari hidup anda sehingga membuatkan anda selalu bergantung padanya tidak kira
di mana anda berada. Oleh sebab itu, ia merupakan satu penyakit berbahaya yang boleh
menjejaskan kehidupan seharian anda jika anda tidak mampu mengawalnya kelak. Asal usul
Nomofobia ini wujud pada tahun 2008, apabila YouGov iaitu penyelidik dari United
Kingdom telah membuat kajian tentang kebimbangan yang dilalui oleh pengguna tegar
telefon pintar. Kajian ini menunjukkan bahawa hampir 53 peratus pengguna telefon pintar di
Britain selalu berasa bimbang apabila mereka kehilangan ia atau kehabisan bateri mahupun
kredit serta tiada talian perkhidmatan.

Mengapa Nomofobia satu penyakit berbahaya?

Apabila anda terlalu bergantung akan telefon pintar sama ada untuk mencari maklumat atau
untuk kehidupan sosial anda, ia akan menyebabkan kehidupan anda turut terjejas tanpa anda
sedar.

Berikut merupakan punca-punca bahanya Nomofobia ini:

1. Gangguan Emosi

Golongan Nomofobia ini selalunya akan berasa sangat stress dan mengalami gangguan emosi
yang berbeza pada setiap masa. Hal ini disebabkan oleh ketidaan Internet atau seumpamanya
lalu menyebabkan penderita ini berasa marah dan emosi tidak stabil ketika itu malah akan
menyakiti orang di sekeliling mereka tanpa mereka sedar.

2. Kurang Fokus.

Ketagihan terhadap telefon pintar ini juga menyebabkan kurangnya fokus dengan keadaan
sekeliling terutama apabila menggunakannya ketika memandu walaupun undang-undang
jalan raya sudah melarang penggunaan telefon ketika memandu. Risiko ini amat besar kerana
ia turut melibatkan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Mengikut kajian statistik di
Amerika, hampir 30 peratus kes kemalangan jalan raya disebabkan oleh kecuaian pemandu
yang menggunakan telefon pintar ketika memandu pada tahun 2012.
3. Antisosial

Golongan Nomofobia lebih cenderung meluangkan masa dengan aplikasi sosial berbanding
dengan teman rapat dan keluarga bahkan sewaktu makan malam pun masih fokus dengan
telefon sambil makan. Kini, sudah tiada interaksi dengan siapa pun mereka pergi, telefon
pintar itu tetap menjadi pujaan hati. Hal ini turut memberi kesan kepada hubungan suami
apabila masing-masing kurang memberi perhatian.

4. Insomnia

Insomnia adalah antara kesan yang paling buruk terhadap golongan nomofobia ini kerana
mereka sudah tidak mampu mengawal waktu tidur mereka dan lebih suka berjaga malam
untuk melayari internet atau ketagih untuk bermain permainan di dalam aplikasi tersebut.
Walaupun mengantuk tetapi mereka susah untuk berpisah dengan telefon kesayangan dan
otak mereka sentiasa berfikir akan telefon tersebut. Implikasinya, golongan ini sudah susah
untuk tidur malam dan kekurangan waktu tidur pula menyebabkan kesan buruk pada
kesihatan diri seperti hati lemah dan seadanya. Sedar atau tidak, rata-rata di sekeliling kita
sudah berada dalam bahaya dengan perkembangan teknologi yang semakin maju dari semasa
ke semasa. Malahan, kajian sebelumnya juga pernah menyatakan bahawa di Amerika,
golongan ini sudah semakin bertambah apatah lagi di Malaysia dan di seluruh dunia. Telefon
pintar sekarang boleh diibaratkan sebagai jantung manusia yang akan sentiasa berdegup jika
sentiasa dekat dengannya, tetapi kita sedar bahawa pada masa yang sama ia juga akan
membunuh kita secara perlahan-lahan. Mudah-mudahan anda masih dapat mengawal diri dari
termasuk dalam golongan ini.

Anda mungkin juga menyukai