Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEND.

TEKNIK, NILAI
PENTAKSIRAN ALTERNATIF (PENILAIAN BERTERUSAN)
TAHUN AKADEMIK 2023

Program: PROGRAM IJAZAH Nama Pelajar: TUAN SOFIYAH SAKINAH


SARJANA MUDA PERGURUAN BINTI TUAN HASSIN
(PISMP)

Kod: PSVK3443 Semester / Tahun: Semester I Tahun 2


Ambilan: JUN 2022/2027
Nama Kursus:
Asas Membentuk dan Membuat Binaan Kumpulan: RBT & MT

Basics of Shaping and Making


Constructions
Tugasan Tarikh Masa

Kuiz 21 - 29 Ogos 2023 48 minit

Jawab soalan di bawah.


1.

Saiz : 56cm x 32.5 cm x 4.5


cm
Bahan : Kayu Merbau
Teknik : Tebuk Tembus
Motif : Bunga Telepuk
Pola : Pola Lengkap
Warna : Natural

Gambar 1

Ukiran tebuk tembus, kayu yang digunakan diukir ditebuk tembus kecuali bentuk
ukiran sahaja yang dibiarkan. Ukiran tebuk tembus ini berfungsi sebagai pengaliran
udara dan pencahayaan. Kebanyakan ukiran tebuk tembus ini terdapat di rumah-
rumah melayu tradisional seperti pada bahagian kekisi jendela, sekatan ruang, cucur
atap dan sebagainya.
Berdasarkan gambar 1, tuliskan (disokong dengan grafik) bahan, peralatan dan
langkah-langkah dalam proses dan teknik ukiran tebuk tembus.
[10 markah]

1
JAWAPAN:

Bahan:

Bil. Bahan Gambar

1. Kayu Merbau

2. Syelek

Peralatan:

Bil. Peralatan Gambar

1. Mesin Jigsaw

2
2. Pahat betul dan pahat kuku

3. Gergaji kecil

4. Ketam kayu

5. Cetar atau getar

3
6. Daum mempelas dan kertas pasir

7. Kikir pari

8. Pisau wali

4
9. Gandin kayu

Langkah-langkah:

Bil. Langkah-langkah Gambar

1. Penyediaan kayu

Kayu dalam bentuk papan dipilih


daripada jenis yang sesuai.

2. Pemotongan kayu

Kayu dipotong mengikut ukuran


yang dikehendaki.

3. Permukaan kayu

Permukaan kayu diratakan dengan


menggunakan ketam kayu.

5
4. Melukis corak motif

Corak motif akan dilukis pada


permukaan kayu dengan
menggunakan beberapa cara, iaitu:

- Melukis terus corak di atas


permukaan papan
- Menekap corak yang telah
dilukis di atas kertas
- Menampal kertas yang
telah dilukis dengan corak
pada permukaan papan.

5. Mengukir

Proses mengukir dilakukan


bergantung pada jenis ukuran yang
dikehendaki. Bagi ukiran tebuk
tembus, bahagian corak ditebuk
tembus dengan menggunakan
gergaji kecil atau mesin jigsaw.

6. Menyilat

Bahagian corak diukir dengan


menggunakan pisau wali untuk
menimbulkan silat yang
bersesuaian dengan jenis ukiran.

7. Kemasan

Kemasan merupakan proses


terakhir dalam ukiran kayu.
Kemasan ini bertujuan untuk
mencantikkan hasil kerja dan
mengukuhkannya.

Proses kemasan boleh


dibahagikan kepada dua bahagian,
iaitu:

6
a) Melicin dan membersih
- Melicinkan permukaan
corak dengan
menggunakan kertas pasir
atau daun mempelas.
Manakala bahagian latar
dilicinkan dengan
menggunakan pahat rata
atau kikir pari.
- Bahagian yang rosak
seperti berlubang, serpih,
dan patah perlu ditampal
dengan habuk kayu yang
dicampur dengan gam atau
bahan penampal kayu.
- Habuk-habuk kayu dibersih
menggunakan berus.

b) Mengilat
- Proses mengilat boleh
dilakukan dengan
menggunakan syelek,
varnis, pengilat kayu dan
pewarna kayu dengan cara
menyembur, mencelup atau
menyapu.

Anda mungkin juga menyukai