Anda di halaman 1dari 15

KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN

TUGASAN: PENULISAN ESEI (25%)


NAMA PELAJAR NOR ALYSA NAJLA
NO. MATRIK MA2212201076
PRAKTIKUM A4P1
PUAN FADZILAH BINTI
NAMA PENSYARAH
SHARIF
SKEMA JAWAPAN (20%)
KANDUNGAN MARKAH
MARKAH
SOALAN PEMERIKSA
BAB 2
1 10 Markah
2 10 Markah
3 10 Markah
BAB 3
4 10 Markah
5 10 Markah
JUMLAH 50 Markah

SKEMA JAWAPAN 20%

RUBRIK 5%

TUGASAN PENULISAN ESEI 25%

KURSUS EKONOMI 1 (AE015)


SEMESTER 1 SESI 2022/2023
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
SEMESTER :1

SESI : 2022/2023

NAMA SUBJEK : EKONOMI 1 (AE015)


TUGASAN : PENULISAN ESEI (TOPIK 2 dan TOPIK 3)
NAMA PELAJAR : NOR ALYSA NAJLA
NO MATRIK :MA2212201076
KUMP. PRAKTIKUM :A4P1
NAMA PENSYARAH :PUAN FADZILAH BINTI SHARIF

ARAHAN KEPADA CALON :

1. Tugasan dibuat secara individu.


2. Jawab semua soalan di bawah.
3. Bertaip komputer ‘Font 12, Arial, Font Spacing, Single Spacing’
4. Gambar rajah boleh dibuat samada lakaran tangan atau komputer.
5. Penulisan esei tidak boleh kurang daripada 1000 patah perkataan.
6. Semua pelajar perlu mematuhi Integriti Akademik yang telah ditetapkan pada
PB /JST2.
7. Tugasan ini perlu dihantar kepada pensyarah tutoran masing-masing sebelum atau
pada 21/10/2022 (Hari Jumaat) melalui saluran ‘Google Classroom (pdf).

Daging bukan barang kawalan


Oleh Seri Nor Nadiah Koris dan Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my

KONGSI ARTIKEL

KUALA LUMPUR: Daging yang semakin mendapat permintaan di pasaran menjelang


Aidiladha bukan tertakluk dalam senarai barangan harga terkawal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin
Nasution Ismail, ketika menjelaskan perkara itu berkata harga daging di pasaran
sebaliknya ditentukan faktor permintaan dan penawaran.
Katanya, penyusutan bekalan daging di pasaran ketika ini secara tidak langsung
menyebabkan peningkatan harga bahan mentah itu, khususnya menjelang musim
perayaan.

"Kita perlu mengorak inisiatif untuk memastikan bekalan daging yang mencukupi
supaya ia tidak membebankan pengguna susulan peningkatan harga bahan
berkenaan di pasaran," katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa 2018


(MIRF 2018) yang akan berlangsung sehingga Sabtu ini di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur (KLCC), di sini.

Pameran berskala mega anjuran Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) itu
dijangka dihadiri lebih 25,000 pengunjung dari 11 negara di seluruh dunia, dengan
sasaran pendapatan sebanyak RM70 juta.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, beberapa syor, merangkumi maklumat


barangan bakul pengguna diberikan untuk pertimbangan Kementerian Kewangan
dalam merangka pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Beliau berkata, syor itu dibuat berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perangkaan
bagi memastikan hak dan hal ehwal pengguna sentiasa diutamakan.

"Syor kita kepada MOF (Kementerian Kewangan) ialah pelaksanaan SST yang sama
ada berkadar sifar, lima atau 10 peratus harus mengambil kira maklumat daripada
bakul pengguna.

"Ini kerana berdasarkan maklumat Jabatan Perangkaan, sebanyak 30 peratus


daripada bakul pengguna ialah makanan, 15 peratus terdiri daripada perumahan dan
utiliti, manakala 20 peratus ialah pengangkutan.

"Pertimbangan berlandaskan maklumat bakul pengguna ini penting dalam


mengembalikan semula SST kerana ia memberikan kesan langsung kepada rakyat,"
katanya.
Mengulas penggunaan sistem automatik dalam rekod transaksi perniagaan pasca
pelaksanaan semula SST, Saifuddin berkata, keputusan sedemikian yang diambil
kerajaan bukan bertujuan membeban dan menyusahkan mana-mana pihak.

Beliau sebaliknya menjelaskan semua persiapan bagi memperkenalkan semula SST


ketika ini dilaksana mengikut jadual, justeru pindaan peruntukan perundangan
termasuk menarik balik akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berkuat
kuasa 1 April 2015 tidak berdepan sebarang penangguhan.

"Perubahan aspek teknikal selepas pelaksanaan semula SST akan dlihat dalam
kalangan penggiat industri berkaitan, tetapi apa sekali pun dasar yang dibuat
kerajaan bukan untuk menyusahkan sesiapa," katanya.

Menyentuh perkembangan francais, Saifuddin berkata, kerajaan mengunjurkan sektor


berkenaan menyumbang RM35 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KPDNK) menjelang 2020.

Sasaran itu, katanya, berupaya dicapai berdasarkan prestasi semasa dan


perangkaan yang dicatatkan oleh 863 sistem francais di negara ini setakat 30 Mei
lalu.

"Angka ini (sasaran RM35 bilion) munasabah dan realistik, justeru kita optimis
berupaya mencapainya menjelang 2020 kerana mendapat maklum balas yang baik
daripada industri," katanya.

Berdasarkan artikel berikut, jawab semua soalan.

1. Dengan gambar rajah yang sesuai, huraikan perbezaan antara perubahan


kuantiti diminta dan perubahan permintaan daging lembu.
(C3, CLO2) [10 markah]

2. Berbantukan gambar rajah keseimbangan pasaran daging lembu, huraikan


kesan yang menyebabkan berlakunya penyusutan bekalan daging lembu.
(C4, CLO2) [10 markah]
3. Berbantukan gambar rajah keseimbangan pasaran daging lembu, huraikan
kesan pengenaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh
kerajaan dan lorekkan kawasan beban pengguna dan pengeluar.
(C4, CLO2) [10 markah]

4. Berbantukan gambar rajah, terangkan kesan peningkatan harga bahan mentah


tersebut terhadap jumlah hasil (TR) jika keanjalan permintaan adalah anjal.
(C4, CLO2) [10 markah]

5. Terangkan nilai keanjalan tersebut.


(a) Tafsirkan dan nyatakan darjah keanjalan bagi nilai keanjalan permintaan
harga iaitu ─ 0.5) dan ─1.5.
(b) Tafsirkan nilai keanjalan permintaan silang iaitu 1.4 dan 0, serta
nyatakan hubungan barang tersebut bagi setiap nilai keanjalan.
(c) Tafsir dan tentukan pengkelasan jenis barang bagi nilai keanjalan
permintaan pendapatan adalah 2.5.
(C4, CLO2) [10 markah]

Jumlah markah keseluruhan = 50 markah

Rubrik Penilaian Keseluruhan (25%) :

1.Skema Jawapan 50 markah


Peratus Penulisan Esei (%PB) = 50/50 X 20 = 20%
2.Rubrik PNGK Bersepadu
Peratus Penulisan Esei (%PB) = 20/20 X 5 = 5%
~ TERIMA KASIH ~

Disediakan oleh: Disahkan oleh :


(Ketua Unit) (Ketua Jabatan)

Tarikh : Tarikh :
1.Dengan berbantukan gambar rajah yang sesuai , huraikan perbezaan antara
perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan daging lembu .

PERUBAHAN KUANTITI DIMINTA PERUBAHAN PERMINTAAN

Perubahan kuantiti diminta disebabkan Perubahan permintaan pula disebabkan


oleh perubahan harga barang itu sendiri oleh faktor-faktor lain yang
dan diandaikan faktor lain tetap . mempengaruhi permintaan walaupun
Perubahan kuantiti diminta hanya tidak berlaku perubahan tingkat harga.
melibatkan pergerakan di sepanjang Hal ini akan menyebabkan berlakunya
keluk permintaan . Berdasarkan rajah di perubahankeluk permintaan ke kanan
atas , keluk DD ialah keluk permintaan . atau ke kiri. Berdasarkan rajah di atas,
Diandaikan apabila harga sesuatu diandaikan harga barangA adalah tetap
barang meningkat dari P0 ke P1, maka pada P0. Jika pendapatan
kuantiti yang diminta akan berkurangan individumeningkat, maka kuasa beli
dari Q2 ke Q1. Hal ini dinamakan pengguna bertambah,maka permintaan
sebagai proses pengucupan permintaan . barang A akan bertambah. Olehitu, keluk
Sebaliknya , apabila harga sesuatu permintaan beralih ke kanan dari D0D0ke
barang berkurang dari P0 ke P2 , maka D2D2 dengan harga tetap pada P0.
kuantiti yang diminta akan bertambah Sebaliknya,jika pendapatan individu
dari Q2 ke Q3 . Hal ini dinamakan proses berkurang,maka kuasa beli pengguna
perkembangan permintaan . Secara turut menurun, maka permintaan barang
tuntas , perubahan kuantiti yang diminta A akan turut berkurang .
apabila harga naik dari P0 ke P1 hanya Keluk permintaan akan beralih ke kiri dari
melibatkan pergerakan dari titik A ke titik D0D0 ke D1D1dengan harga tetap pada
B sepanjang keluk DD . Sebaliknya , P0.
apabila harga sesuatu barang turun iaitu
dari P0 ke P2 , titik A akan beralih ke titik
C di sepanjang keluk DD . Wujud
hubungan negatif diantara harga dan
kuantiti diminta .
Berbantukan gambar rajah keseimbangan pasaran daging lembu , huraikan kesan
yang menyebabkan berlakunya penyusutan bekalan daging lembu .

Keseimbangan pasaran daging lembu merujuk kepada keadaan dimana kuantiti


daging lembu yang ditawarkan oleh penjual pada harga tertentu sama dengan
kuantiti daging lembu yang diminta oleh pembeli pada harga tersebut , iaitu
QD = QS .

Berdasarkan gambar rajah di atas, titik E0 ialah titik keseimbangan pasaran asal
di mana keluk permintaan DD bersilang dengan keluk penawaran SS. Harga
keseimbangan asal ialah P0 dan kuantiti keseimbangan asal ialah Q0.

Penyusutan bekalan daging lembu menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri


dari S0S0 ke S1S1. Pada tingkat harga P0, berlaku lebihan permintaan kerana
kuantiti diminta daging lembu melebihi kuantiti ditawar daging lembu. Oleh itu,
mekanisme harga menyebabkan harga daging lembu cenderung meningkat dari
P0 ke P1 dan mencapai titik keseimbangan baharu di E1 apabila keluk
permintaan DD bersilang dengan keluk penawaran S1S1. Harga keseimbangan
baharu ialah P1 dan kuantiti keseimbangan baharu ialah Q1.
3.Berbantukan gambar rajah keseimbangan pasaran daging lembu , huraikan
kesan pengenaan semula Cukaai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh kerajaan .
Dan lorekkan kawasan beban pengguna dan pengeluar .

Cukai Jualan dan Perkhidmatan ialah cukai tak langsung yang dikenakan oleh
kerajaan ke atas sesuatu barang dan ia hanya dibayar pada masa jual beli barang
tersebut berlaku . Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang dikenakan akan menyebabkan
kos pengeluaran meningkat . Kesannya pengeluar akan memindahkan sebahagian
beban cukai tersebut kepada pengguna .

Berdasarkan gambar rajah , keseimbang asal tercapai pada titik E apabila keluk
penawaran SS bersilang dengan keluk permintaan DD pada tingkat harga
keseimbangan P dan kuantiti keseimbangan Q . Apabila kerajaan mengenakan semula
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap bekalan daging lembu , keluk
penawaran akan beralih ke kiri iaitu SS ke S1S1 . Maka titik keseimbangan berubah
dari E kepada E1 pada tingkat harga naik kepada P ke P1 manakal kuantiti
keseimbangan merosot daripada Q ke Q1 .

Beban cukai yang perlu yang perlu ditanggung oleh pengguna ialah PP1E1A .
Manakala beban cukai yang perlu ditanggung oleh pengeluar ialah P2AB.
4.Berbantukan gambar rajah , terangkan kesan peningkatan harga bahan mentah
tersebut terhadap jumlah hasil (TR) jika keanjalan permintaan adalah anjal .

Berdasarkan gambar rajah, darjah keanjalan bagi keluk permintaan ini ialah anjal
kerana permintaan adalah anjal apabila nilai Ed melebihi satu . Selain itu , nilai
keanjalan permintaan harga adalah lebih daripada satu tetapi kurang daripada
infiniti (1<Ed<∞). Hal in kerana, peratus perubahan kuantiti diminta lebih besar
daripada peratus perubahan harga (%∆Qd > %∆P). Misalnya , kuantiti diminta
naik 20% apabila harga menurun 10% . Keluk permintaan mempunyai kecerunan
yang landai .

Apabila berlaku peningkatan harga bahan mentah, maka jumlah hasil akan
menurun kerana peratus perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada peratus
perubahan harga bahan mentah tersebut. Apabila harga meningkat, kuantiti
diminta akan menurun. Maka, peratus penurunan kuantiti diminta lebih besar
daripada peratus kenaikan harga.

Berdasarkan gambar rajah di atas, pada harga asal P0 kuantiti diminta ialah Q1.
Jumlah hasil pengeluar ialah 0P0Q1. Apabila harga naik ke P1, kuantiti diminta
berkurangan kepada Q0. Jumlah hasil pengeluar baharu ialah 0P1Q0. Hasil
berkurang sebanyak Q0HGQ1 kesan pengurangan kuantiti diminta adalah lebih
besar daripada tambahan hasil sebanyak P0P1FH kesan kenaikan harga.

Oleh itu, secara keseluruhannya, jumlah hasil pengeluar akan menurun apabila
harga naik bagi barang yang mempunyai keanjalan permintaan anjal.
5.Terangkan nilai keanjalan tersebut .

(a) Tafsirkan dan nyatakan darjah keanjalan bagi nilai keanjalan permintaan
harga iaitu -0.5 dan -1.5 .

RAJAH A RAJAH B

Darjah keanjalan bagi nilai keanjalan permintaan harga -0.5 adalah tak anjal
kerana keanjalan permintaan kurang daripada satu kurang tetapi melebihi sifar
(0 < Ed < 1). Hal ini demikian kerana, peratus perubahan kuantiti diminta kurang
daripada peratus perubahan harga (%∆Qd < %∆P) . Contohnya, apabila berlaku
peningkatan harga bekalan daging sebanyak 1%, kuantiti diminta bekalan daging
menurun sebanyak 0.5%. Maka, keluk darjah keanjalan bagi tak anjal adalah
curam.

Darjah keanjalan bagi nilai keanjalan permintaan harga -1.5 adalah anjal kerana
keanjalan permintaan harga melebihi daripada satu tetapi lebih daripada infiniti
(1< Ed <∞). Hal ini demikian kerana, peratus perubahan kuantiti diminta lebih
besar daripada peratus perubahan harga (%∆Qd > %∆P) . Contohnya, apabila
berlaku peningkatan harga bekalan daging sebanyak 1%, kuantiti diminta
bekalan daging menurun sebanyak 1.5%. Maka, keluk darjah keanjalan bagi
anjal adalah landai.
(b)Tafsirkan nilai keanjalan permintaan silang iaitu 1.4 dan 0 , serta
nyatakan hubungan barang tersebut bagi setiap nilai keanjalan .

Nilai keanjalan permintaan silang iaitu 1.4 bermaksud ukuran darjah tindak balas
perubahan kuantiti diminta apabila harga barang lain berubah , ceteris paribus . Selain
itu kenaikan harga barang lain (barang Y) akan menyebabkan kuantiti permintaan
sesuatu barang (barang X) meningkat . Maka , barang X dan barang Y merupakan
barang pengganti . Contohnya , Pepsi dan Coca Cola . Apabila harga Pepsi meningkat ,
kuantiti diminta Pepsi akan meningkat juga . Pengurangan kuantiti Pepsi akan
menyebabkan kuantiti diminta Coca Cola akan menurun juga kerana hubungan Pepsi
dan Coca Cola adalah positif .

Keanjalan permintaan silang iaitu 0 merupakan nilai sifar yang bermaksud kenaikan
harga barang lain (barang Y) tidak akan menyebabkan kesan kepada kuantiti diminta
sesuatu barang (barang X) . Hal ini menunjukkan kedua barang tersebut tidak
mempunyai hubung antara satu sama lain . Maka , barang X dan barang Y merupakan
barang yang tidak berkaitan .

(c)Tafsirkan dan tentukan pengkelasan jenis barang bagi nilai keanjalan


permintaan pendapatan adalah 2.5 .

Nilai keanjalan permintaan pendapatan sebanyak 2.5 menunjukkan peratusan


perubahan kuantiti diminta melebihi peratusan perubahan harga . Nilai keanjalan
permintaan pendapatan ialah 1<Ey<∞ atau Ey>1 . Maka barang tersebut adalah barang
mewah .

(1974 patah perkataan)


PB/PTP

PENGAKUAN TUGASAN PELAJAR


PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
STUDENT’S DECLARATION
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA MATRICULATION PROGRAMME

Nama Pelajar / Student’s Name: Kursus / Course: EKONOMI No. Matrik / Matric No.:
NOR ALYSA NAJLA Kod / Code: AE015 MA2212201076

Tajuk Tugasan:PENULISAN ESEI

Pengakuan Pelajar/ Student’s Declaration

Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan
sumbernya.

I declare that this task is my own work except for the citations and summaries of which I acknowledged the source.

Tandatangan/ Signature: Tarikh/ Date: 21/10/2022


( NOR ALYSA NAJLA )

Nota: Borang ini hendaklah dikepilkan bersama tugasan bertulis/ bercetak/ model dan diserahkan kepada pensyarah yang
memeriksa tugasan.
MAKLUM BALAS TUGASAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
CONTINUOUS ASSESSMENT FEEDBACK
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA MATRICULATION PROGRAMME
Tugasan / Task
Perincian / Details Tugasan Tugasan
Ulasan Artikel penulisan Esei
NAMA PELAJAR :
Kekuatan attribut/ NOR ALYSA NAJLA
Attribute’s strength

NO.MATRIK :
Attribut yang boleh MA2212201076
diperbaiki/ Attribute
that can be
improved
PRAKTIKUM :
A4P1
Lain-lain/ Others

Nama &
Tandatangan
Pemeriksa /
Examiner Name &
Signature

Tarikh/ Date 21/10/2022


Pengesahan Pelajar/ Student’s confirmation
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami.
I declare that I understand the feedback given by the lecturer.

Catatan (tarikh
perjumpaan susulan,
jika perlu)/ Note
(follow-up session if
necessary)

Tandatangan
Pelajar/ Student’s
Signature

Tarikh/ Date 21/10/2022

<add more column if necessary>

Nota: Borang maklum balas ini perlu diserahkan kepada pelajar pada awal semester. Pelajar dikehendaki menyerahkan
borang maklum balas ini kepada pensyarah setiap kali selesai melaksanakan setiap tugasan penilaian berterusan.

Anda mungkin juga menyukai