Anda di halaman 1dari 2

Teknik membuat bina ayat

SKOP

S- Subjek (Siapa)

Kata nama am / Kata nama Khas

K- Kata Kerja

Aktiviti / Perbuatan

O- Objek

Benda

P- Peluasan

Tempat/Masa/Sebab

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cara-cara membuat bina ayat
Siapa + Buat apa + Di mana

Siapa + Buat apa + Mengapa / Bagaimana

Siapa + Buat apa + Di mana + Bila

Siapa Buat Apa Di mana


Kakak berenang di kolam renang.
Abang membaca buku di perpustakaan.
Encik Tan mencuci kereta di halaman rumah.
Puan Aini menyapu lantai di ruang tamu.
Puan Lim memasak di dapur.
Saya bermain bola di padang sekolah.

Siapa Buat Apa Bagaimana/Mengapa


Ibu menyiram pokok bunga dengan menggunakan paip air.
Adik menangis kerana lapar.
Encik Ng menebang pokok dengan berhati-hati.
Cikgu Lim mengajar murid dengan bersemangat.
Ayah mencuci kereta agar keretanya bersih.
Saya bermain bola dengan gembira.

Siapa Buat Apa Di mana Bila


Saya and adik bermain layang-layang di taman permainan pada waktu petang.
Hani sekeluarga bermandi-manda di tepi laut pada cuti sekolah yang lalu.
Abang menunggang basikal ke sekolah pada setiap pagi.

Anda mungkin juga menyukai