Anda di halaman 1dari 12

12

doa pilihan
buat anak

Mazliana Mazlan
Ibu ayah, lazimkan diri untuk selalu berdoa buat anak.

Anak, sangat perlukan doa kita, untuk kesejahteraan


hidupnya, bukan sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat.
Doa ibu dan ayah, tetap ‘valid’ untuk anak walaupun
kita sudah pergi menghadap Ilahi.

Mulalah berdoa, dari sekecil-kecil perkara hingga


sebesar-besar perkara yang inginkan pada anak kita.

Paling utama, lebihkan berdoa kebaikan dan


keberkatan buat anak di akhirat nanti, kerana matlamat
kita hidup di dunia hanya satu, mencapai redha Allah
untuk menuju SyurgaNya.

Doa ibu ayah sangat mustajab.

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW


bersabda:

، ‫ َدْع َو ُة اْلَم ْظ ُلوِم‬: ‫ اَل َش َّك ِفيِه َّن‬، ‫َثاَل ُث َدَع َو اٍت ُيْس َت َجاُب َلُه َّن‬
‫ َو َدْع َو ُة اْلَو اِلِد ِلَو َلِدِه‬،‫َو َدْع َو ُة اْلُم َس اِف ِر‬

Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi


padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang
yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya.
Riwayat Ibn Majah (3862)
Doa-doa ini, boleh dibacakan pada bila-bila waktu,
sebutkan nama semua anak setiap kali kita berdoa.

Digalakkan untuk dibaca setiap kali selepas Solat


Fardhu. Maka, sekurang-kurangnya 5 kali sehari kita
mendoakan kebaikan dunia akhirat buat anak kita, yang
mana mereka adalah antara saham utama kita di
akhirat kelak.

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW


telah bersabda:

‫ِإَذ ا َم اَت اِإلْنَس اُن اْنَق َط َع َع ْن ُه َع َم ُلُه ِإَّال ِم ْن َثَالَثٍة ِإَّال ِم ْن َص َد َق ٍة‬
‫َجاِرَيٍة َأْو ِع ْلٍم ُيْنَت َف ُع ِبِه َأْو َو َلٍد َص اِلٍح َيْدُعو َلُه ‏‬

Apabila mati seorang manusia, terputuslah


daripadanya amalannya kecuali tiga perkara:
Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan
dengannya atau anak yang soleh
yang mendoakan baginya.

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651),


al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
1. Doa Anak Lembut Hati

Sentiasa wiridkan, Al-Latif,


bermaksud Allah yang Maha Lembut.

‫ِبِع َباِدِه َيْر ُزُق َم ن َيَش ٓاُءۖ َو ُه َو ٱْلَق ِو ُّى ٱْلَع ِزيُز‬ ‫َّلُه َل ٌۢف‬
‫ۦ‬ ‫ٱل ِط ي‬

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-


limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada
hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan
yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha
Kuat, lagi Maha Kuasa.
Surah As-Syuura : Ayat 19

2. Doa Anak Rajin Dan Menjaga Solat

‫َرِّب اْج َع ْلِنْي ُم ِق ْي َم الَّص ٰل وِة َو ِم ْن ُذ ِّرَّيِت ْۖي َرَّبَنا َو َتَق َّبْل ُدَع ۤاِء‬
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang
mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat
keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah
doa permohonanku.
Surah Ibrahim: Ayat 40
3. Doa Anak Menjadi Penyejuk Mata

‫َرَّبَنا َه ْب َلَنا ِم ْن َأْز َٰو ِج َنا َو ُذ ِّرَّيٰـ ِت َنا ُق َّرَة َأْع ُيٍۢن‬
‫َو ٱْج َع ْلَنا ِلْلُم َّتِق يَن ِإَم اًم ا‬
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-
isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara
yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya,
dan jadikanlah kami imam ikutan bagi
orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Surah Al-Furqan: Ayat 74

4. Doa Anak Mentaati Perintah Allah

‫َرَّبَنا َو ٱْج َع ْلَنا ُم ْس ِلَم ْي ِن َلَك َو ِم ن ُذ ِّرَّيِت َنآ ُأَّم ًۭة ُّم ْس ِلَم ًۭة َّلَك َو َأِرَنا‬
‫َم َناِس َكَنا َو ُتْب َع َلْي َنآۖ ِإَّنَك َأنَت ٱلَّتَّو اُب ٱلَّرِح يُم‬
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-
orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan
jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam
(yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah
kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan
terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah
Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Baqarah: Ayat 128
5. Doa Anak Soleh
‫َرِّب َه ْب ِلْي ِم َن الّٰص ِلِح ْي َن‬
Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku
(keturunan) yang termasuk orang-orang soleh.

6. Doa Keberkatan Untuk Anak

, ‫ َو اْح َف ْظ ُه ْم َو َال َتُض ُّرُه ْم‬,‫الَّلُه َّم َباِرْك ىِل ِفى َأْو َالِدى‬
‫ ِبَرْحَم ِت َك َيـاأْرَحـَم الَّراِح ِم ْي َن‬, ‫ َو اْر ُزْق ِنى ِبَّرُهـْم‬, ‫َوَو ِّف ْق ـُه ْم ِلَط اَع ِت َك‬
Ya Allah, berkahi aku pada diri anak-anakku, dan
jagalah mereka serta janganlah Engkau bahayakan,
dan limpahi mereka taufik untuk taat kepada-Mu, dan
karuniakan kepadaku ketaatan mereka (birrul
walidain) kepadaku, dengan rahmat-Mu ya Allah,
Dzat yang Maha Penyayang.
7. Doa Pelembut Hati

‫ۡذ ً۬ة ِّل‬ ‫) اَّل‬2( ‫) َم ٓا َأنَزۡلَنا َع َلۡي َك ٱۡلُق ۡرَءاَن ِلَت ۡش َق ٰٓى‬1( ‫طه‬
‫َت ِڪ َر َم ن َيۡخَش ٰى‬ ‫ِإ‬
‫) ٱلَّرۡحَم ٰـ ُن َع ىَل‬4( ‫) َتنِزيً۬ال ِّم َّم ۡن َخَلَق ٱَأۡلۡرَض َو ٱلَّس َم ٰـ َو ٲِت ٱۡلُع ىَل‬3(
)5( ‫ٱۡلَع ۡرِش ٱۡس َت َو ٰى‬
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai
Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang
yang takut melanggar perintah Allah (Al-Quran)
diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi
dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman,
yang bersamayam di atas Arasy.
Surah Taha: Ayat 1 - 5
8. Doa Kebaikan Anak Sejak Kandungan
Sesuai dibaca semenjak bayi dalam kandungan.

‫الّلُه َّم اْح َف ْظ َو َلِدى َم اَداَم ِفى َبْط ِنى َو اْش ِف ِه َأْنَت الَّش اِفى َالِش َف اَء‬
‫ الّلُه َّم َص ِّوْر ُه ِفى َبْط ِنى ُص ْو َرًة‬.‫ِإَّال ِش َف اُؤ َك ِش َف اًء َالُيَغ اِد ُر َس َق ًم ا‬
‫ الّلُه َّم َأْخ ِرْج ُه ِم ْن َبْط ِنى‬. ‫َحَس َنًة َو َثِّبْت َقْلَبُه ِإْيَم اًنا ِبَك َو ِبَرُس ْو ِلَك‬
‫ الّلُه َّم اْج َع ْلُه َص ِح ْي ًحا َك اِم ًال َو َع اِق ًال‬.‫َو ْق َت ِو َالَدِتى َس ْه اًل َو َتْس ِلْي ًم ا‬
‫ الّلُه َّم َط ِّو ْل ُع ْم َرُه َو َص ِّحْح َجَس َدُه َوَحِّس ْن ُخُلَق ُه‬.‫َحِذ ًق ا َع اِلًم ا َع اِم ًال‬
‫َو َأْف ِص ْح ِلَس اَنُه َو َأْح ِس ْن َص ْو َتُه ِلِق َراَءِة الُق رآِن َو الَحِد ْيِث ِبَبَرَك ِة‬
‫ُم َحَّم ٍد َص ىَّل ُهللا َع َلْي ِه َوَس َّلَم َو الَحْم ُد ِللِه َرِّب الَع اَلِم ْي َن‬

Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam


kandunganku dan sembuhkanlah segala penyakit.
Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada
sembuhan melainkan dengan penawar Mu.
Ya Allah, lahirkanlah dari kandunganku ini dengan
kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah,
jadikanlah anakku ini sihat, sempurna,
cerdik, berakal, beriman serta beramal soleh.
Ya Allah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah
lidahnya dan merdukanlah suara untuk membaca
Al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW Mu,
Tuhan Semesta Alam.
4 Doa
Sebelum anak ke taska/sekolah
Doa-doa ini boleh dibacakan sebelum
anak ke pengasuh, taska atau sekolah.
menghantar

Biasakan diri kita, menjadikan doa sebagai ayat-ayat


terakhir dari ibu dan ayah sebelum menghantar anak. I

Semoga asbab dari doa-doa kita yang tulus ikhlas buat


anak, menjadikan anak-anak kita soleh solehah yang
berpegang teguh dengan agama Allah, yang menjadi
saham akhirat berpanjangan buat kita, insyaAllah.

Juga, sebagai anak yang menjadi kebanggaan kita


bukan sahaja di dunia, tetapi yang lebih utama menjadi
kebanggaan kita di hadapan Allah di akhirat kelak. Bijak
di dunia dan cemerlang di akhirat.
Amin ya Rabbal a’lamin.
9. Doa Menyerahkan Anak Dalam Jagaan
Allah
Perkongsian dari Ustazah Asma Harun.
Zikir nama-nama Allah dan Surah Ar-Rahman ayat 1-4

Ya Allah, Ya Hafiz, Ya Muhaimin

)4( ‫) َع َّلَم ُه اْلَبَي اَن‬3( ‫) َخَلَق اِإْلْنَس اَن‬2( ‫) َع َّلَم اْلُق ْر آَن‬1( ‫الَّرْح َٰم ُن‬
Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang mengajarkan
Al-Quran, Dia mencipta kan manusia,
Mengajarnya pandai berbicara.

10. Doa Anak Bijak, Kuat Agama & Ahli


Al-Quran

‫َالَّلُه َّم َف ِّق ُّه ِفي الِّدْيِن َو َع ِّلْم ُه الَّتْأِو ْيَل‬


Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan
agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).
11. Doa Anak di beri Kefahaman Waktu
Belajar

‫َف َف َّه ْم ٰن َه ا ُس َلْي ٰم َۚن َو ُكاّل ٰا َتْي َنا ُحْك ًم ا َّو ِع ْلًم ۖا َّوَس َّخْر َنا َم َع َداٗو َد اْلِج َباَل‬
‫ُيَس ِّبْحَن َو الَّط ْي َۗر َو ُكَّنا ٰف ِع ِلْي َن‬
Dan Kami memberikan pengertian kepada Sulaiman
(tentang hukum yang lebih tepat); dan kepada
masing-masing Kami berikan hikmah dan ilmu, dan
Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung,
semua bertasbih bersama Daud dan Kamilah yang
melakukannya

12. Doa Sebelum Belajar

‫َرِّب ِزْدِنْي ِع ْلًم ا َو اْر ُزْق ِنْي َف ْه ًم ا‬


Ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu yang
bermanfaat dan berikanlah aku pengertian yang baik.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai