Anda di halaman 1dari 2

TAHUN 3

Pemahaman : Bahagian B (17%)

1. Lengkapkan ayat dengan kata kerja aktif transitif, kata kerja aktif tak transitif dan kata
kerja pasif. (12%) [5.1.2 (i] , [5.1.2(ii)]

mengutip menari bercakap menangis menjahit disusun dibasuh

a) Rohani menyanyi sambil ____________________ di atas pentas.

b) Yi Wan _____________________ kerana dimarah oleh ibu sebentar tadi.

c) Peralatan sukan perlu ____________________ di dalam bilik sukan setelah digunakan.

d) Mei Mei ____________________ sampah di pantai supaya kelihatan bersih dan cantik.

e) Ibu Hanif ____________________ baju kurung yang cantik dan unik.

f) Pinggan dan mangkuk yang kotor itu telah ____________________ oleh saya dengan
cermat.

2. Baca ayat di bawah dan gariskan jawapan yang betul. (5%)


[5.1.3(i)] , [5.1.3(ii)] , [5.1.3(iii)]

a) Buku yang dibeli oleh ibu sangat (nipis , panjang) tetapi mahal harganya.
TAHUN 3

b) Jenny memakai baju yang (besar , tebal) apabila melancong ke Genting Highlands.

c) Makanan yang dimasak oleh ibu sangat (sedap , busuk).

d) Adik tidak suka makan ubat kerana ubat sangat (wangi , pahit).

e) Ibu menaiki teksi untuk ke pasar raya yang (jauh , hampir) dari rumah.

Anda mungkin juga menyukai