Anda di halaman 1dari 4

Lampiran 9

PROSEDUR OPERASI SERAGAM


TATACARA TINDAKAN KEBOMBAAN OLEH
PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN

1. Tujuan

Prosedur operasi seragam ini adalah untuk dijadikan panduan kepada ERT
semasa situasi kebakaran.

2. Tatacara Pengoperasian Kebombaan (Memadam Kebakaran)

2.1 Alat Pemadam Api – 1 orang

a. Semasa menggunakan alat pemadam api, pastikan sentiasa di atas


arah angin.
b. Tarik pin keselamatan
c. Pegang nozel dan halakan ke arah api
d. Sembur dengan cara membuat kabus dan kemudian ke punca api
secara kaedah menyapu.

2.2 Sesalur Bantu Mula (Hose Reel) – 4 orang

Gerak Kerja
a. Ahli No.1 : ambil hose reel serta branch dan terus ke tempat
kebakaran.
b. Ahli No.2 : membantu ahli No.1 menarik hos.
c. Ahli No.3 : membantu ahli No.1 dan No.2 menarik hose reel.
d. Ahli No.4 : mengendalikan gelendong hose reel. Ahli No.3 naik ke
atas untuk mendapat arahan ‘buka air’.
e. Ahli No. 1 : perintahkan No.3 buka air.
f. Ahli No.3 : menyahut dan lari ke ahli No.4 untuk memberitahu
maklumat ‘buka air’.
g. Ahli No.4 : menyahut dan membuka injap pili bomba. Ahli No.3
selepas itu lari naik semula ke atas untuk membantu ahli No.1 dan
No.2.

Tutup air dan kemas


h. Ahli No.1 : perintahkan ahli No.3 tutup air dan kemas. Ahli No.3
berlari kepada ahli No.4 sampaikan maklumat tutup air dan kemas.
i. Ahli No.4 : menyahut dan menutup injap pili bomba selepas itu
semua anggota menggulungkan hose reel ke tempat asal.
2.3 Pili Bomba (1 aliran : 1 nozel : 200 kaki) – 4 orang

a. Peranan Ahli
Ahli No.4: Mengendalikan peralatan di pili bomba
Ahli No.3: Bentang satu gulung hos dari Pili Bomba di No.4
Ahli No.2: Bentang satu gulung hos dari 100 kaki pada No.3
Ahli No.1: Pasang nozel di 200 kaki pada No.2

Gerak Kerja
b. Ahli No.1 : perintah ahli No.3 buka air
c. Ahli No.3 : jawab buka air serta dengan isyarat pusing ke belakang
dan langkah di sebelah kiri hos dan lari ke 100 kaki, beritahu Ahli
No.4
d. Ahli No.4 : buka air dengan isyarat dan memusingkan kunci pili
bomba. Ahli No.3 pusing belakang dan lari bantu ahli No.1 dan No.2

Tutup air dan kemas


e. Ahli No.1 : perintah ahli No.3 tutup air dan kemas.
f. Ahli No.3 : jawab tutup air dan kemas dengan isyarat dan pusing ke
belakang, langkah sebelah kiri dan lari ke 100 kaki, beritahu ahli
No.4 tutup air dan kemas bersedia isyarat.
g. Ahli No.4 : jawab tutup air dan kemas, pusing kunci pili bomba untuk
tutup air.
h. Ahli No.3 : pusing ke kanan dan buka coupling 100 kaki serta gulung
hos
i. Ahli No.2 : pusing ke belakang dan gulung hos di 200 kaki.
j. Ahli No.1 : mengepit nozel di paha dan buka coupling. Akhirnya
bawa peralatan dan balik ke tempat masing-masing.

Pili Bomba (1 aliran : 1 nozel : 200 kaki) – 4 orang


2.4 Pili Bomba (1 aliran : 2 nozel : 300 kaki) – 5 orang

a. Peranan Ahli
Ahli No.5: Ambil hydrant key and bar, stand pipe and hydrant
adapter dan pasangkan di pam pili bomba
Ahli No.4: Ambil breeching bersama satu gulung hos dan lari ke
200 kaki serta sambungkan breeching di female
coupling.
Ahli No.2: Pakai tali pinggang, selitkan nozel di pinggang dan
bentang satu gulung hos dari ahli No.3 ke 200 kaki,
selepas itu lati ke hadapan untuk mengambil satu hos
lagi di ahli No.4 dan bentangkan hos di bahagian 2
serta sambungkan nozel.
Ahli No.3: Ambil satu gulung hos dan bentangkan di 100 kaki ke
200 kaki dan lari ke hadapan bantu ahli No.1.
Ahli No.1: Pakai tali pinggang, selitkan nozel di pinggang dan
bawa satu gulung hos lari ke 200 kaki. Bentangkan hos
di sebelah kanan breeching ke 300 kaki serta
pasangkan nozel setelah selesai membuat bentangan.
Ahli No.4: Tunggu di breeching untuk mendapat arahan buka air
dan tutup air.

Gerak Kerja
b. Ahli No.1 : beritahu pada ahli No.3 ‘Bahagian Pertama, Buka Air’
c. Ahli No.3 : jawab dan iringi dengan isyarat, ‘Bahagian Pertama, Buka
Air’ – pusing ke belakang dan beritahu pula kepada ahli No.4.
d. Ahli No.2 : beritahu kepada ahli No.4 ‘Bahagian Kedua, Buka Air’
e. Ahli No.4 : jawab dan diiringi dengan isyarat, ‘Bahagian Pertama dan
Kedua, Buka Air’ – pusing ke belakang, langkah di sebelah kiri hos
dan lari ke 100 kaki untuk memberitahu ahli No.5, ‘Buka Air’ (dengan
isyarat)
f. Ahli No.5 : jawab dengan isyarat, ‘Buka Air’ dan pusingkan hydrant
key.

Tutup air dan kemas


g. Ahli No.1 : beritahu ahli No.3 ‘Bahagian Pertama, Tutup Air dan
Kemas’.
h. Ahli No.3 : jawab dengan isyarat. ‘Bahagian Pertama, Tutup Air dan
Kemas’ – pusing ke belakang lari ke 250 kaki beritahu ahli No.4
‘tutup air dan kemas’ (dengan isyarat).
i. Ahli No.2 : beritahu ahli No.4 ‘Bahagian Kedua, Tutup Air dan
Kemas’.
i. Ahli No.4 : jawab ‘Bahagian Kedua, Tutup Air dan Kemas’ (dengan
isyarat) – pusing ke belakang lari ke breeching untuk menerima
isyarat dari ahli No.3 pula. Seterusnya, ahli No.4 jawab ‘Bahagian
Pertama dan Kedua, Tutup Air dan Kemas’ – pusing ke belakang,
langkah ke sebelah kiri hos dan lari ke 100 kaki untuk memberitahu
ahli No.5 ‘Tutup Air dan Kemas’ (dengan isyarat).
i. Ahli No.5 : jawab dan diiringi dengan isyarat. Tutup air dan kemas.
Seterusnya, masing-masing membuat kerja mengemaskan peralatan
masing-masing kecuali ahli No.5 dikehendaki menggulung hos
tambah di 300 kaki yang telah dibentangkan oleh ahli No.2.

Pili Bomba (1 aliran : 2 nozel : 300 kaki) – 5 orang

Anda mungkin juga menyukai