Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN SINTAKSIS

AYAT SONGSANG

A) Baca dan fahami nota di bawah.

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk
daripada proses transformasi ayat biasa (subjek + predikat). Penyongsangan dapat dilakukan melalui
proses pendepanan predikat (memindahkan predikat ke hadapan dan subjek ke belakang)

Peringatan!

Perubahan ayat biasa kepada ayat songsang berlaku tanpa ada penambahan perkataan, dan tanpa
ada penambahan imbuhan kerana perubahan di dalam ayat melibatkan perubahan kedudukan
perkataan sahaja.

Cuba latihan di bawah untuk meningkatkan kemahiran anda untuk memahirkan diri untuk
menukarkan ayat biasa kepada ayat songsang.

1. Bangunan tinggi itu belum tentu selamat.

__________________________________________________________________________________

2. Kanak-kanak itu mandi di sungai.

__________________________________________________________________________________

3. Solekan mak andam itu sungguh cantik

__________________________________________________________________________________

4. Lelaki yang berbaju biru dan berseluar hitam itu abang kawan saya.

__________________________________________________________________________________

5. Pada setiap petang, ibu menyapu daun-daun kering di halaman rumah.

__________________________________________________________________________________
AYAT TANYA

A) Baca dan fahami nota di bawah.

1. Ayat tanya merupakan ayat yang bertujuan untuk menanyakan sesuatu. Ada ayat tanya yang
menggunakan kata tanya dan ada pula ayat tanya yang tidak menggunakan kata tanya.

2. Kata tanya adalah seperti berikut ;

Kata Tanya Tujuan Pertanyaan


a) Siapa (kah) Orang

b) Apa (kah) Benda, perkara, hal, binatang, tumbuhan

c) Mana (kah) Tempat

d) Bagaimana (kah) Cara

e) Bila (kah) Masa atau tempoh masa

f) Berapa (kah) Bilangan

g) Ada (kah) Setuju atau tidak

3. Lazimnya kata tanya disertai bentuk penegas –kah jika digunakan pada permulaan ayat. Jika kata
tanya digunakan di hujung ayat maka penggunaan penegas -kah tidak perlu digunakan.

4. Ayat tanya mestilah dibubuh tanda soal (?) diakhir ayat.

5. Terdapat juga ayat tanya yang tidak memerlukan kata tanya.

Lihat contoh di bawah;

AYAT TANYA DENGAN KATA TANYA AYAT TANYA TANPA KATA TANYA
Siapakah nama awak? Kamu sudah makan?
Di manakah kamu tinggal? Kerja rumah awak belum siap?
Berapakah harga buku rujukan ini? Nasi ini basi?
Bagaimanakah cara membuat kek ini? Meja itu rosak?
Kenapakah muka awak bengkak? Pagi tadi hujan?
Mengapakah kamu tidak datang ke rumah? Awak menangis?
B) Jawab latihan di bawah.

Arahan : Bina ayat tanya berpandukan ayat penyata di bawah.

Contoh ; Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Guru Besar.

Siapakah yang menyampaikan hadiah kepada para pemenang?

1.Kempen menabung itu dilancarkan di sebuah bank terkemuka


__________________________________________

2. Cara penjagaan gigi yang betul dapat mengelakkan penyakit gusi.


_____________________________________

3. Gelas itu telah diletakkan di bawah meja. _____________________________________

4. Nama anak kucing yang comel itu ialah Belang. _____________________________________

5. Ya, anak Pak Samad seorang doktor. _____________________________________

6. Semalam petang sebuah lori sampah telah terbabas di situ.


_____________________________________

7. Ayah memandu keretanya dengan berhati-hati. _____________________________________

8. Baju merah itu lebih cantik daripada baju kuning. _____________________________________

Anda mungkin juga menyukai