Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS

‫الرِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْْحَ ِن‬ ِ ‫بِس ِم‬
َّ ‫هللا‬ ْ
َ /‫علَى‬
/‫س َي َدنَا ُم َح همد‬ َ ‫سالَ ُم‬ ‫صالَة َُوال ه‬ ‫ َوال ه‬/، َ‫ب ا ْل َعالَ َم ْين‬
َ ‫ا َ ْل َح ْم ُد َ هّلِلَ َر‬
َ‫ أَجْ َم َع ْين‬/ ‫ص َحا َب َه‬ ْ َ ‫ َوأ‬/ ‫علَى آ َل َه‬
َ ‫َو‬

Kami ingin merafakkan rasa kesyukuran kepada-MU kerana telah mengizinkan kami untuk berada
dalam majlis _____________________________________________________________________
pada petang yang berbahagia ini. Kami mohon taufik dan inayah-Mu. Kurniakanlah kepada kami
kesejahteraan serta kesihatan rohani dan jasmani. Bukakanlah hati-hati kami dan lapangkanlah
dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru yang kami kasihi.
Ya Allah / Ya Rahman / Ya Rahim
Kami memohon dengan kudrat-Mu dan Iradat-Mu berilah kekuatan kepada kami untuk
mewujudkan budaya dan persekitaran yang selamat di sekolah kami ini secara berterusan. Ya Allah
jauhilah diri kami, keluarga, masyarakat dan negara kami daripada musibah yang tiada daya kami
menanggungnya. Semoga kesejahteraan dan keselamatan ini akan menyediakan prasarana yang
sihat demi kecemerlangan anak-anak kami di sekolah. Ya Allah, ya Tuhan kami, seandainya di
dalam majlis ini terdapat perkara yang mengundang kemurkaan-MU, maka ampunkanlah kami.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jadikanlah kami di antara hamba-
hamba-MU yang sentiasa mendengar dan mengikut perkataan yang baik.
Ya Allah, Ya Zal Jala Li Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan. Jadikanlah kami, guru-guru
kami, pemimpin-pemimpin kami agar terus beristiqamah semasa berkhidmat dan menabur bakti
membangunkan umat, masyarakat, agama dan negara. Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai
dengan rahmat-MU, pertengahannya barakah dan disudahi dengan keampunan-MU. Kami juga
bermohon kepada-MU agar selamatkan dan lindungilah kami dari segala fitnah perpecahan,
perbalahan dan wabak penyakit. Jadikanlah kami insan yang menghargai nilai persaudaraan dan
memelihara perpaduan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

َ َ‫عذ‬
/َ ‫اب النهار‬ َ ‫ َوقَنَا‬/ ً ‫سنَة‬ َ ‫ فَي ال ُّد ْنيَا َح‬/ ‫َربهنَا َءاتَنَا‬
َ ‫ َوفَي‬/ ً ‫سنَة‬
َ ‫األخ َر َة َح‬
/ ‫سله َم‬
َ ‫علَى َءا َل َه َوصَحْ َب َه َو‬
َ ‫ َو‬/ ‫علَى ُم َح همد‬
َ ُ‫صلهى هللا‬
َ ‫َو‬
.‫ب العَالَ َميْن‬ ‫َوا ْل َح ْمد َ ه‬
َ ‫ُّلِلَ َر‬

Anda mungkin juga menyukai