Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Pulau Redang Kod Sekolah: TBA 7016

1. Nama Guru MOMAHAD AZAHARI BIN ABDULLAH

2. Judul 30 Tazkirah Ramadan 3. Bidang: Pengetahuan Agama


4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -

7. Sinopsis

Pemuda merupakan individu harapan bangsa dan agama. Dari usia ini, mereka dididik untuk
membentuk jati diri keagamaan dalam diri mereka agar patuh kepada perintah Allah dan sentiasa
berpaksikan jalan kebenaran. Secara dasarnya, buku ini merupakan seruan kepada pemuda
untuk meningkatkan ibadah puasa secara berperingkat. Fasa pertama, pembaca didedahkan
dengan kelebihan dan manfaat puasa. Fasa kedua, pembaca meningkatkan prestasi ibadah
dengan proses mendekatkan diri kepada Allah. Fasa ketiga, pembaca mengejar pahala dan
keberkatan dengan cara membebaskan diri daripada neraka.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Selepas membaca buku ini, saya dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan dengan puasa dari
segi amalan, penghayatan dan sebagainya. Di samping itu, melalui buku ini juga dapat saya
memahami bahawa hakikat sebenar bulan Ramadan, iaitu bukan berpuasa sekadar menahan
lapar dan dahaga, akan tetapi banyak manfaat, amalan dan ibadah yang boleh dilakukan
sepanjang bulan Ramadan. Hal ini boleh menjadikan kita hamba yang berpuasa sepenuhnya
dengan penuh makna, bukan sekadar lapar dan dahaga.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Selain menambahkan ilmu pengetahuan, buku ini turut memberi manfaat kepada anak-anak didik.
Segala ilmu yang saya perolehi dari buku ini dapat saya sampaikan kepada anak-anak murid
dalam usaha mendidik anak-anak untuk memahami puasa. Seterusnya, anak-anak murid saya
dapat menghayati ibadah puasa dengan lebih baik dan sempurna.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. ........................................................
(MOHAMAD AZAHARI BIN ABDULLAH)

Anda mungkin juga menyukai