Anda di halaman 1dari 1

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TELOK KUMBAR Kod Sekolah : PEA1211

1. Nama Guru / Staf MOHD ASYRAF BIN MOHD SHAAYA

2. Judul Buku
Mengurus Disiplin Pelajar
3. Penulis Buku Abdullah Sani Yahaya

4. Tarikh Bacaan 18/10/2023

5. Bahasa MELAYU Bilangan Muka Surat 244

6. Sinopsis

Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya.
Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu,
banyak tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam
kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi
berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja
yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang.
Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu
warisan budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa
yang membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan
dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan
kepada orang luar untuk menguasai minda anak watan kita.
Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal
sahsiah individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan
interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan generasi
mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin
dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan
pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar.
Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat
membesar menjadi orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja
diri dan tidak melihat institusi sekolah sebagai tempat tahanan dan kongkongan.
.
7. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Memberi pengetahuan berkenaan teknik menguruskan disiplin pelajar dengan


berkesan

8. Aplikasi Ilmu dalam Organisasi / PdP

- Membantu guru dalam pengurusan disiplin dan sahsiah pelajar

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


…………………… …………………….
(MOHD ASYRAF B. MOHD SHAAYA)

Anda mungkin juga menyukai