Anda di halaman 1dari 26

‫أﺷﺮف اﻟﻮﺳﻴﻠﺔ ﻟﻮﺻﻮل إﻟﻰ ﷲ‬

‫ﻓﻲ اﻟﻄﺮﻳﻘﺔ اﻟﻨﻘﺸﺒﻨﺪﻳﺔ اﻟﻤﺠﺪدﻳﺔ‬

Asyraf Al-Wasilah
Li Wushuli Ila Allah
Fi Al-Thariqah
Al-Naqsyabandiyyah
Al-Mujaddidiyyah
Nukilan:
Al-Syaikh Ahmad Asyraf Al-Kalantani Al-Naqsyabandi

Bimbingan Irsyad:
Hadhrat Al-Syaikh Al-Maulana Jalalluddin Ahmad
Ar-Rowi Al-Amani Al-Ruhani Al-Bazi Al-Naqsyabandi Al-
Mujaddidi Al-Ahmadi Al-Dosti Al-Siraji Al-Khalidi Al-Qadiri
Al-Chisyti Al-Sabiri Al-Nizami Al-Madari
Al-Suhrawardi Al-Syadzuli Al-Kubrawi Al-Yasawi
Al-Quddusi Al-Imdadi Al-Asyrafi Al-Uwaisi

Terbitan & Edaran:


Khanqah Naqsyabandiyyah
Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits
Komleks Amaniah, Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan
18 Jamadil-Awwal 1445H
2 /12/23
2
KANDUNGAN

Muqaddimah
Empat Syarat Tariqat Naqsyabandiyyah
Empat Usul Tariqat Naqsyabandiyyah

1. Usul Pertama: Suhbat Murid Sadiq Dengan Syaikh Kamil


Fasal Pertama: Adab-Adab Masyaikhah
Fasal Kedua: Bai’at Janji Setia
Lafaz-lafaz Bai’at
Ta’awwudz
Basmalah
Istighfar Taubat
Kalimat Syahadatain
Kalimat Iman Mufassal
Wasiat Dan Nasihat
Fasal Ketiga: Khatam Khwajagan
Kaifiyat Khatam Khwajagan
Fasal Keempat: Khatam Syah Naqsyaband
Khatam Syaikh ‘Abdul-Qadir Al-Jailani
Khatam Imam Rabbani
Khatam Khwajah Ma’shum
Fasal Kelima: Salasilah Tariqat Sufiyyah
Silsilah Naqsyabandiyyah Mujaddidiyyah
Silsilah Naqsyabandiyyah Khalidiyyah
Silsilah Qadiriyyah
Silsilah Chisytiyyah Sabiriyyah
Silsilah Chisytiyyah Nizamiyyah
Silsilah Suhrawardiyyah
Silsilah Kubrawiyyah
Silsilah Yasawiyyah
Silsilah Syadzuliyyah
Silsilah Ahmadiyyah Badawiyyah
Silsilah Ahmadiyyah Idrisiyyah
Silsilah Tijaniyyah
Silsilah Rifa’iyyah
Silsilah Khalwatiyyah Sammaniyyah
Silsilah Ba’Alawiyyah
Fasal Keenam: Murid Sadiq
Fasal Ketujuh: Adab-Adab Murid Bersama Syaikh
Fasal Kelapan: Adab-Adab Murid Bersama Ikhwannya

3
2. Usul Kedua: Rabitah
Faedah Rabitah
Syajarah Thayyibah

3. Usul Ketiga: Zikir-Azkar


Zikir Ismu Zat
Zikir Nafi Itsbat
Zikir Tahlil

4. Usul Keempat: Muraqabah


Takrif Muraqabah
Kaifiyat Muraqabah
1. Daerah Imkan - Muraqabah Ahadiyyat
Muraqabah Musyarabat Tajalliyyat:
Tajalliyyat Af’aal
Tajalliyyat Sifaat Tsubutiyyah
Tajalliyyat Syuyun Zatiyyah
Tajalliyyat Sifaat Salbiyyah
Tajalliyyat Syan Jami’
2. Daerah Walayat Sughra - Muraqabah Ma’iyyat
3. Daerah Walayat Kubra:
Muraqabah Aqrabiyyat
Muraqabah Mahbubiyyat
Muraqabah Muhibbiyyat
Muraqabah Qaba Qausain
4. Daerah Walayat ‘Ulya:
Muraqabah Isim Al-Zahir
Muraqabah Isim Al-Batin
5. Daerah Kamalat:
Muraqabah Kamalat Nubuwwat
Muraqabah Kamalat Risalat
Muraqabah Ulul ‘Azmi
6. Daerah Haqaiq Ilahiyyat:
Muraqabah Haqiqat Ka’abah
Muraqabah Haqiqat Al-Quran
Muraqabah Haqiqat Solat
Muraqabah Haqiqat Puasa
7. Daerah Haqaiq Nabawiyyat:
Muraqabah Haqiqat Ibrahimi
Muraqabah Haqiqat Musawi
Muraqabah Haqiqat Muhammadi
Muraqabah Haqiqat Ahmadi

4
8. Daerah Haqaiq Al-Haqaiq
Muraqabah Ma’budiyyat Sirfah
Muraqabah Mahabbat Sirfah
Muraqabah La Ta’ayyun

5
6
‫ﺑﺴﻢ ﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ‬
Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim

Ketahuilah bahawa untuk Wusul sampai kepada makrifat Allah, di


sisi para pengikut Tariqat Naqsyabandiyyah ini ada beberapa
syarat dan usul. Terdapat empat syarat dan empat usul.

Empat Syarat Tariqat Naqsyabandiyyah

1. Mensahihkan I’tiqad dengan berada atas landasan sekalian


Saadat Ahli Sunnah Wal-Jamaah Asya’irah dan Maturidiyyah,
semoga Allah meletakkan kita atas jalan menuruti I’tiqad
mereka dan menjadikan kita sebagai pengikut mereka.

2. Taubat Nasuha ertinya berhijrah dari segala maksiat yang


zahir dan batin, yang besar dan yang kecil, dan berazam
bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya kembali,
dan menyesal dengan bersungguh-sungguh atas segala
perbuatannya yang salah dan bertadharru’ kepada Allah
Ta’ala iaitu berasa diri hina dan merendahkan diri
mengharapkan keampunanNya.

3. Ittiba’ beramal dengan Sunnah Nabawiyyah, dan berpegang


teguh dengan segala hukum-ahkam Syar’iyyah, dan beradab
dengan adab-adab agama Islam yang suci, yang demikian itu
adalah dengan Ittiba’ menuruti satu daripada empat mazhab
fiqah dan beramal dengan pendapat yang muktamad dalam
mazhab tersebut.

4. Menjauhi Bida’ah sesat dalam agama Islam iaitu menjauhi


dari segala perkataan dan perbuatan dan kepercayaan I’tiqad
yang sesat dari kumpulan firqah-firqah yang sesat.

7
Empat Usul Tariqah Naqsyabandiyyah

Usul Pertama: Suhbat Murid Sadiq Dengan Syaikh Kamil

Ketahuilah bahawa Syaikh Kamil adalah seseorang yang


memenuhi syarat-syarat Tarbiyah, Tazkiyah, Irsyad bimbingan dan
Imdad pertolongan, dan disaksikan padanya oleh sebilangan Ahli
Kamal yang sempurna bahawa sesungguhnya dirinya telah sampai
pada martabat kelelakian Rijal, dan beserta padanya adab-adab
Masyaikhah yang dapat menghidupkan ruhani di dalam jasad
dengan terzahir atas dirinya warna orang-orang Wasilun yang telah
mencapai makrifat kepada Haqiqat Allah Ta’ala, dan dengan
segala ciri-ciri kesyaikhan dan Suhbat dengan adab-adab yang
khas terdapat pada dirinya.

1. Pertama: Adab-Adab Masyaikhah


2. Kedua: Bai’at Janji Setia
3. Ketiga: Khatam Khwajagan
4. Keempat: Khatam Syah Naqsyaband
5. Kelima: Khatam Imam Rabbani
6. Keenam: Murid Sadiq
7. Ketujuh: Adab-Adab Murid Bersama Syaikh
8. Kelapan: Adab-Adab Murid Bersama Ikhwannya

8
Adab-Adab Masyaikhah

Adab Masyaikhah ada banyak antaranya:

1. Syaikh hendaklah mensucikan niatnya dari mencintai


kemasyhuran dan ketinggian kedudukan atas rakan-
rakannya, dengan memperbanyakkan Ittiba’ menuruti Sunnah
dan bertawadhuk menurut tuntutan Syari’ah, dan berpegang
teguh dengan Sunnah pada segala perkataan, perbuatannya
dan segala ahwalnya.

2. Memakan makanan yang halal, dan pada minumannya, dan


pada pakaiannya, dan pada tempat tinggalnya, sedapat
mungkin hendaklah menjauhi dari harta muridnya, dan tiada
cenderung kepadanya atau kepada khidmatnya dan
pertolongannya bagi segala hak-hak nafsunya yang khas.

3. Bahawa janganlah menyuruh seseorang dengan sesuatu


arahan dan jangan menegah seseorang dengan suatu
larangan melainkan apabila telah ditasdiqkan kebenarannya
dan telah beramal dengannya, jikalau tidak, segala
perkataannya tidak akan memberikan kesan.

Maksud firman Allah Ta’ala ayat 2: Al-Shaff, maksudnya:


“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu
memperkatakan perkara apa yang tidak kamu lakukan?”

4. Berbelas kasihan kepada murid-muridnya yang dhaif dengan


tidak menyusahkan mereka menerusi amalan riadah yang
berat-berat kerana dikhuatiri mereka akan lari dari suhbat
perdampingan, bahkan syaikh hendaklah memerintahkan
mereka dan mengarahkan mereka supaya bersuhbat dengan
para ikhwan bagi memperkuatkan himmah mereka dan
menghadiri majlis bersama mereka dapat mengeratkan
hubungan persaudaraan, maka ianya dapat
mempertingkatkan azam tuntutannya.

5. Hendaklah meninggalkan perkara yang sia-sia pada


perkataan dan perbuatannya, dan tidak memulakan dengan
menzahirkan ilmu-ilmu dan segala makrifat selagi tiada
seseorang yang bertanya berkenaannya.

9
6. Menetapkan pendiriannya pada mengajarkan Ilmu Tariqat
kepada manusia dan mengambil Bai’at janji setia ke atas
mereka, maka apabila datang kepadanya seorang murid
yang hendak menempuh Suluk, janganlah cepat-cepat
mengajarkannya bahkan hendaklah menyelidiki kebenaran
murid tersebut, dan memberikan izin kepadanya bagi
mengajar Ilmu Tariqat dengan isyarat Ilahiyyah bersama
Istikharah, sebagaimana yang biasa diamalkan oleh Para
Masyaikh Tariqah.

10
Bai’at Janji Setia

1. Menyuruh murid supaya berwudhu.


2. Menyuruhnya Solat Sunat Taubat, dua rakaat.
3. Menyuruhnya Solat Sunat Istikharah, dua rakaat.
4. Menyuruhnya Solat Sunat Hajat, dua rakaat.

Kemudian sekiranya dapat, syaikh hendaklah duduk menghadap


Qiblat atau membelakanginya, dan murid hendaklah duduk
menghadap ke arah syaikh, hendaklah duduk seperti Tahiyyat
Awwal dan dua lutut murid hendaklah bertemu dua lutut syaikh,
kemudian hendaklah berjabat tangan syaikh dengan tangan murid
dan menegakkan ibu jari.

Syaikh hendaklah membayangkan bahawa tangannya adalah


tangan Syaikh Mursyidnya dan Para Masyaikhnya. Kemudian,
murid hendaklah megikuti ucapan lafaz-lafaz yang disebutkan oleh
syaikh. Kalimahnya adalah seperti berikut:

Lafaz-Lafaz Bai’at:

1. Ta’awwudz
2. Basmalah
3. Istighfar Taubat - 3 kali
4. Kalimat Syahadatain
5. Kalimat Iman Mufassal

Ta’awwudz
A’uudzu Billaahi Minasy-Syaithaanir-Rajiim

Basmalah
Bismillaahi-Rahmaanir-Rahiim

Istighfar Taubat
Astaghfirullaaha Rabbi Min Kulli Dzanbin Wa Atuubu Ilaih

Kalimat Syahadatain
Asyhadu An La Ilaaha Illa Allaahu Wahdahu La Syariika Lahu,
Wa Asyhadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Wa Rasuluhu.

11
Kalimat Iman Mufassal
Aamantu Billahi Wa Malaaikatihi Wa Kutubihi Wa Rusulihi Wal-
Yaumil-Aakhir Wal-Qadri Khairihi Wa Syarrihi Minallahi Ta’ala Wal-
Ba’tsi Ba’dal-Maut.
Terjemahan:
“Daku telah beriman dengan Allah, dan sekelian Para MalaikatNya,
dan sekelian kitab-kitabNya, dan sekelian Rasul-rasulNya, dan
Hari Akhirat, dan segala takdir yang baik dan takdir yang buruk
adalah dari Allah Ta’ala, dan kebangkitan sesudah mati.”

Kemudian syaikh dan murid hendaklah membaca surah Al-Fatihah


sambil menadahkan tangan dan berniat menghadiahkan
pahalanya kepada Rauhaniah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, dan sekelian Para Nabi dan Rasul,
serta sekalian Para Masyaikh.

Kemudian syaikh hendaklah memberikan tumpuan Tawajjuhnya


terhadap latifah Qalb murid dengan sepenuh himmah
kesungguhan dan memperhubungkan limpahan Faidhz daripada
Qalbnya yang telah terhasil daripada limpahan Faidhz latifah Qalb
Hadhrat Baginda Nabi SAW. Menerusi latifah Qalb sekalian Para
Masyaikh dalam rantaian silsilah dengan sekalian usul dan furu’
cabangnya dan melimpahkannya ke latifah Qalb murid, dan berdoa
bersama-sama di dalam hati.

Setelah berdoa, syaikh haruslah memberikan wasiat kepada murid


seperti berikut:

1. Hendaklah memelihara Solat lima waktu.


2. Setiap masa dan setiap keadaan hendaklah berzikir di hati
lafaz “Allah Allah” dengan cepat-cepat dan laju sambil berdiri,
duduk, berbaring dan berjalan, pada setiap waktu dan pada
setiap keadaan hendaklah berzikir, sama ada berwudhu atau
tiada berwudhu.
3. Sekiranya ada kelapangan masa, habiskanlah zikir sebanyak
24,000 kali dalam sehari semalaman.
4. Hendaklah beristighfar Taubat seratus kali pada setiap
malam sebelum tidur.
5. Semoga Allah memberikan Taufiq dan memberkati dan
merahmati, Amin.

12
Khatam Khwajagan

Menghadiri majlis zikir berjemaah bersama syaikh dan para


ikhwan.

Kaifiyat Khatam Khwajagan:


Kaifiyatnya duduk dalam satu lingkaran, kemudian syaikh
mengagih-agihkan biji batu atau biji kayu kepada sekalian ahli
majlis, kemudian mengikuti lafaz-lafaz zikir yang diucapkan oleh
syaikh.
1. Bacaan Al-Fatihah, diniatkan sebagai doa pembukaan.
2. Ta’awwudz, Basmalah dan Al-Fatihah 7x
3. Selawat 100x.
4. Bacaan Al-Insyirah 79x.
5. Bacaan Al-Ikhlas 1000x.
6. Selawat 100x.
7. Bacaan Al-Fatihah 7x.
8. Ya Qaadhzi Al-Hajaat 100x.
9. Ya Kaafi Al-Muhimmaat 100x.
10. Ya Daafi’ Al-Baliyyaat.
11. Ya Syaafi Al-Amraadh.
12. Ya Rafii’ Al-Darajaat 100x.
13. Ya Mujiib Al-Da’awaat 100x.
14. Ya Arhama Al-Rahimiin 100x.
15. Membaca Al-Fatihah sebagai doa penutup.
Niat menghadiahkan seluruh pahala bacaan Al-Fatihah dan Zikir
Khatam Khwajagan ini, minta disampaikan kepada Rauhaniah
Hadhrat Baginda Nabi dan sekalian arwah Para Nabi dan Rasul,
sekalian Para Malaikat, sekalian Ahlul-Bait dan Para Sahabat,
dan Para Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in, dan sekalian para ‘Alim
‘Ulama, dan sekalian Para Awliya dan Salihin dari kalangan
Muslimin dan Muslimat, khasnya kepada ruhaniah sekalian Para
Masyaikh Khwajagan Naqsyabandiyyah Mujaddidiyyah dan
sekalian Para Masyaikh daripada sekalian Silsilah Tariqat
Sufiyyah dengan sekalian usul dan furu’nya.
Kepada diri hamba yang dhaif, faqir, haqir tidak ada apa-apa lagi
miskin _______________________, semoga diampunkannya,
rahmatilah kami dan kurniakanlah kasih sayang dan Ma’rifat
serta Jam’iyyat zahir batin serta ‘Afiyat di dunia dan akhirat, dan
lautan kesempurnaan dan limpahan Faidhz dan keberkatan
sekalian Para Masyaikh ini.

13
Khatam Syah Naqsyabandi
1. Selawat: 100 kali.
2. Ya Khafiyyal-Luthfi Addrikni Biluthfikal-Khafiy: 500 kali.
3. Selawat: 100 kali.
4. Kemudian hadiahkan seluruh pahala bacaannya kepada
sekalian Para Masyaikh khasnya pada Syah Naqsyaband dan
kepada sekalian usul dan furu’nya.

Khatam Syaikh ‘Abdul-Qadir Al-Jailani


1. Selawat: 100 kali.
2. Hasbunallahu Wa Ni’mal-Wakil: 500 kali.
3. Selawat: 100 kali.
4. Kemudian hadiahkan seluruh pahala bacaannya kepada
sekalian Para Masyaikh khasnya pada Syaikh ‘Abdul-Qadir Al-
Jailani dan kepada sekalian usul dan furu’nya.

Khatam Imam Rabbani


1. Selawat: 100 kali.
2. La Haula Wala Quwwata Illa Billah: 500 kali.
3. Selawat 100 kali.
4. Kemudian hadiahkan seluruh pahala bacaannya kepada
sekalian Para Masyaikh khasnya kepada Imam Rabbani dan
kepada sekalian usul dan furu’nya.

Khatam Khwajah Ma’shum


1. Selawat: 100 kali.
2. La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minal-Zhalimin: 500
kali.
3. Selawat 100 kali.
4. Kemudian hadiahkan seluruh pahala bacaannya kepada
sekalian Para Masyaikh khasnya kepada Khwajah
Muhammad Ma’shum dan kepada sekalian usul dan furu’nya.

14
Murid Sadiq

Ketahuilah bahawa Murid Sadiq adalah seorang yang terzahir


atasnya dalil-dalil kesungguhan dan tanda-tanda kebenaran dalam
menuntut Ilmu Tariqat, dan kadar masa yang panjang diberikannya
pada berkhidmat kepada syaikhnya, dan meninggalkan segala
kesangsian persoalan-persoalan, sebaliknya mengharap limpahan
karunia daripada syaikhnya, dan berusaha bersungguh-sungguh
dalam memperolehinya, dan menuntut keredhaan daripada
syaikhnya, serta bimbingan dan petunjuk untuk sampai kepada
maksud yang dituntut.

Murid Sadiq juga perlu memiliki kesabaran yang sempurna atas


perdampingannya bersama syaikhnya, dengan keadaan di mana,
jika syaikhnya memberikannya nasihat atau wasiat, maka
hendaklah sedaya upaya berusaha untuk melaksnakannya dan
mengelakkan sebarang keuzuran pada menghasilkan maksud
yang dicita-citakan, sebagai menuruti jejak langkah para Masyaikh
pada menemuh suluk atas jalan Tariqat Mustaqim ini, kemudian
beliau hendaklah bersabar atas segala dugaan dan pengalaman
ahwal yang dialaminya.

15
Adab Suhbat Murid Bersama Syaikh

Adab-adab Suhbat ada banyak, antaranya:

1. Yang terpenting bahawa hendaklah murid beriktiqad dengan


keyakinan pada syaikhnya dengan iktiqad yang jazam,
bahawa sesungguhnya dia tidak akan dapat berhasil
mencapai tuntutannya melainkan pada tangan syaikhnya ini.
Apabila berpaling pandangannya kepada seseorang syaikh
yang lain, maka terharamlah manafaat daripada syaikhnya
yang awal dan terputus atasnya pintu pertolongan Imdad
Ruhaniah daripadanya.

2. Murid hendaklah ridha dengan setiap timdakan syaikh pada


setiap urusannya, dan menyerahkan segala urusan
ruhaniahnya di tangan syaikhnya, dan bersedia untuk
menuruti arahannya, dan melaksanakannya dengan tanpa
sebarang sangsi dan tanpa takwil.

3. Murid hendaklah mengasihi apa yang dikasihi oleh syaikhnya,


dan tidak menyukai apa yang tidak disukai oleh syaikhnya,
dan hendaklah merendahkan suaranya didalam majlis
syaikhnya, dan hendaklah menyembunyikan segala rahsia-
rahsianya, dan berkhidmat kepada syaikhnya dengan dirinya
dan hartanya.

4. Murid hendaklah tidak sekali-kali menyembunyikan dari


syaikhnya segala ahwalnya dan segala khatirnya, walaupun
yang terhasil semasa menempuh suluknya, dan murid
hendaklah fana pada aqwal kata-kata syaikhnya dan af’aal
perbuatannya dan sifat-sifatnya bahkan pada zat dirinya
kerana Fana Fi Syaikh adalah muqaddimah permulaan
mencapai pengalaman Fana Fillah. Sebagaimana bahawa
bagi murid terdapat adab-adab bersama syaikhnya, begitulah
juga baginya terdaat adab-adab bersama para ikhwannya.

16
Adab Murid Bersama Ikhwan

Adab seseorang murid bersama rakan-rakan ikhwan ada banyak,


antara yang paling penting adalah seerti berikut:

1. Bahawa jangan memandang kepada rakannya yang Faqir


dengan pandangan hina, dan jangan bermuamalah dengan
rakannya melainkan dengan muamalah yang benar,
janganlah menyingkapkan auratnya dan keaibannya kerana
setiap Faqir yang disingkapkan baginya sesuatu daripada
keaiban-keaiban manusia, maka dia adalah Sahib Kasyaf
Syaitani.

2. Seseorang murid janganlah mendahului rakan-rakannya pada


adab-adab yang buruk bersama syaikh atau bersama
seseorang daripada ikhwannya, dan hendaklah jangan
menyebut tentang rakannya kecuali dengan kebaikan,
hendaklah menerima keuzurannya.

3. Hendaklah berlemah lembut pada memberikan nasihat


kepada saudaranya, apabila dia melihat sesuatu yang tidak
baik pada saudaranya, kemudian hendaklah memberikan
dorongan dan semangat untuk melakukan dan
melaksanakan segala nasihat tersebut.

4. Hendaklah mengarahkan jazbah kesungguhannya pada


memberikan pertolongan kepada Para Fuqara dan
menunaikan segala hajat-hajat mereka, dan hajat-hajat
keperluan Zawiyah atau Khanqahnya. Jika dia berada di
sesebuah Khanqah bersama para ikhwannya, hendaklah
mendahulukan kepentingan mereka atas segala amalan
yang bersifat Nawafil.

5. Hendaklah menafkahkan ke atas dirinya dan para ikhwannya


dengan apa yang telah dikurniakan Allah ke atasnya
walaupun sedikit, janganlah makan berseorangan kecuali jika
uzur.

6. Janganlah lupa untuk mendoakan sekelian para ikhwannya


dalam Tariqat dan mendoakan keampunan untuk mereka
ketika melakukan ibadat Qiyamul-Lail dan ketika sujud dan
pada waktu-waktu yang khusus lagi diberkati seperti pada

17
waktu sahur, pada malam dua hari raya, pada malam Lailatul
-Qadar, pada malam jumaat dan sebagainya, dan janganlah
melihat bahawa dirinya adalah lebih baik mengatasi para
ikhwannya.

7. Janganlah mengambil daripada ikhwannya sesuatu benda


atau perkara yang sangat dihajatinya tanpa keizinan
daripada ikhwannya.

18
Usul Kedua: Rabitah

Ketahuilah saudaraku yang beriman bahawa Rabitah adalah ibarat


dari tambatan hati seorang murid dengan Syaikh Kamil yang
Washil ke Maqam Musyahadah Ilahiyyah, dan memiliki kekuatan
Walayat yang disaksikan baginya dengan kesempurnaan dari Para
Rijal yang Kamal, dan hendaklah memelihara rupa wajahnya
dengan khayalannya walaupun ketika ketiadaan syaikhnya atau
sesudah kewafatannya.

Caranya bahawa, murid hendaklah menggambarkan rupa wajah


syaikhnya yang kamil antara kedua matanya, kemudian hendaklah
bertawajuh pada ruhaniah syaikhnya itu, dengan gambaran rupa
wajahnya itu, hendaklah sentiasa bertawajjuh kepadanya dengan
seluruh tumpuannya sehingga terhasillah baginya kesan Jazbah
syaikhnya secara ghaib.

Adakalanya setelah setelah seseorang murid terhasil jazbah, maka


ditinggalkannya rabitah dan menyibukkan dirinya dengan
penghasilan jazbah dan apabila hilangnya jazbah maka hal
keadaannya akan kembali kepada rabitah sehingga dia kembali
pada penghasilan jazbah dan demikianlah berterusan atas rabitah,
sehingga mencapai fana terhadapnya dan sifat-sifatnya, pada rupa
wajah dan peribadi syaikhnya.

Maka demikianlah juga disaksikan ruhaniah syaikhnya dengan


segala kesempurnaannya pada rupa paras dirinya, kerana
sesungguhnya Kamalat kesempurnaan tidak berpecah-pecah
secara ruhaniah.

Sebaliknya ruhaniah adalah golongan jemaah sekalian arwah.


Rauhaniah itu ibarat pasukan tentera. Ruhaniah syaikh akan
memberikan tarbiyah kepada murid sehingga dia sampai kepada
makrifat Allah walaupun kedudukan antara keduanya berjauhan,
seorang di timur dan seorang di barat. Dengan rabitah juga
seseorang yang hidup boleh menghasilkan limpahan faidhz
daripada para Masyaikh di kalangan para wali mahupun para Nabi
yang sudah meninggal dunia.

19
Faedah Rabitah

Apabila seseorang murid hendak menziarahi kubur para salihin


dan memohon bantuan ruhaniah daripada rauhaniah mereka yang
suci, maka hendaklah pertama sekali dia memberi salam ke atas
sahib kubur, kemudian hendalah berdiri di sebelah kanan dekat
bahagian kaki dan meletakkan tangan kanannya atas tangan
kirinya, di atas pusatnya dan menundukkan kepalanya kearah dada
kemudian membaca surah Al-Fatihah sekali, dan surah Al-Ikhlas
sebelas kali, dan ayat kursi sekali, dan menghadiahkan pahalanya
kepada sahib kubur tersebut.

Kemudian hendaklah duduk disisi kubur tersebut dan


mengosongkan fikirannya dari segala sesuatu dengan
pengosongan yang sempurna sehingga terhasilah kejernihan pada
hatinya, kemudian hendaklah menggambarkan ruhaniah Sahib
Kubur tersebut dalam rupa keadaan cahaya Nur yang kosong dari
sebarang kaifiyat yang dapat dirasa dan dilihat, dan hendaklah
memelihara gambaran Nur tersebut didalam hatinya sehingga
terhasilah baginya limpahan faidhz daripada limpahan faidhz sahib
kubur tersebut, ataupun suatu hal keadaan daripada segala ahwal
wali tersebut.

Demikian juga, apabila seseorang salik atau murid hendak minta


pertolongan imdat rohaniah daripada mana-mana rohaniah
Ahlullah, dari kalangan para Nabi dan Mursalin atau para ulama
dan para Awliya dan Salihin, sama ada yang jauh atau dekat,
hendaklah dia menggambarkan ruhaniah syakhsiah tersebut
sebagaimana yang telah diterangkan, dan meminta bantuan
rohaniah daripadanya kerana sesungguhnya ruhaniyat para kamilin
adalah sumber limpahan Fuyudhzat kepada sesiapa yang hendak
memasukkan limpahan faidhz tersebut ke dalam hatinya.

Maka hendaklah menghubungkan hatinya dengan ruhaniah


syakhsiah tersebut.

20
Usul Ketiga: Zikir-Azkar

Murid Sadiq hendaklah melazimkan dan mendawamkan atas apa


yang telah diarahkan oleh syaikhnya dari amalan Zikir dan
Muraqabah tanpa mentokok-tambah dan mengurangkannya pada
segala adab-tertib dan kaifiyatnya.

Sesungguhnya murid adalah pesakit dan syaikh adalah tabib, maka


apa yang diisyaratkannya adalah dengan ketentuannya, maka
hendaklah beriltizam melazimkan segala apa yang diarahkannya
dan tetapkan pendirian di sisinya.

Ketahuilah bahawa zikir yang muktabar di sisi Para Sadat


Naqsyabandiyyah adalah zikir secara khafi yakni tersembunyi di
dalam hati, dan ia terbahagi kepada dua iaitu:

1. Zikir Ismu Zat: Allah Allah


2. Zikir Nafi Itsbat: La Ilaha Illa Allah

Zikir Ismu Zat: Allah Allah

Zikir Ismu Zat yang dimaksudkan dan dikehendaki dengan Ismu


Zat adalah lafas Al-Jalallah iaitu, “Allah Allah”. Zikir yang Mubarak
ini akan diajarkan oleh Syaikh Murshid kepada Salik, sesudah
mengambil baiah. Terdapat banyak adab-adab berzikir, adab-
adabnya ialah:

1. Suci seluruh tubuh badan zahir dan batin, dari segala dosa
dengan bertaubat Nasuha.

2. Taharah jasad dengan membaharukan mandi atau wudhu


dengan rasa kehadiran hati yang sempurna kerana
sesungguhnya ia adalah sebab yang teragung untuk
keselamatan hati dari segala kekhuatiran Duniawi, Syaitani
dan Nafsani semasa melakukan segala bentuk ibadat.

3. Kesucian pakaian dan tempat berzikir.

4. Mengharumkan pakaian dan tempat, dan mewangikan tubuh


badan, dan mulut dengan haruman dan wangian yang baik
jika mungkin dan berkemampuan.

21
5. Memilih untuk berzikir di tempat yang gelap jika mungkin.

6. Solat sunat dua rakaat sebelum memulakan zikir.

7. Duduk berzikir menghadap kiblat secara duduk Tawarru’


dalam sembahyang atau kebalikan kedudukan duduk
tersebut kerana cara duduk tersebut dapat menetapkan hati.

8. Beristighfar dengan lisan, dengan kehadiran hati sebanyak


tiga kali, ataupun lima kali, atau lima belas kali, atau dua
puluh lima kali dan itulah yang paling sempurna.

9. Berselawat ke atas Nabi, sebanyak bilangan Istighfar.

10. Berzikir dalam keadaan senyap dan tenang dengan


rasa khusyuk dan tawaduk, hendaklah melihat bahawa
dirinya serba kekurangan dan berkesalahan dan seolah-olah
hal keadaannya sudah mati, dan sudah dihantarkan
jenazahnya keliang lahad dan berkhalwat dengan tuhannya.

11. Membaca surah Al-Fatihah satu kali, dan surah Al-


Ikhlas tiga kali, dan menghadiahkan pahalanya kepada punca
permulaan limpahan iaitu Ruhaniah Hadhrat Saiyyidina
Rasulullah (SAW). Kemudian kepada Ruhaniah Hadhrat Syah
Naqsyaband dan sekelian para Masyaikh khasnya kepada
Syaikh yang dirabitahkan.

12. Memerhatikan gambaran rupa wajah Rabitah yang


mulia.

13. Hendaklah menutup kedua mata dan menongkatkan


lidah ke langit-langit mulut, dan merapatkan gigi dengan gigi,
dan bibir dengan bibir dan menahan diri dengan hal keadaan
tersebut.

14. Hendaklah berzikir sebutan “Allah Allah” dengan lidah


hati dan hanya secara khayali, tanpa perlu memerhatikan
gambaran rupa kalimah Allah iaitu Alif, Lam, Lam, Haa dan
tidak perlu menahan nafas yakni, hendaklah menghayalkan
bahawa pada hatinya terdapat lidah yang mengucapkan
“Allah Allah” dan dia dapat mendengarnya.

22
15. Menghadirkan Musamma bagi Isim Muqaddas lagi
suci tersebut iaitu Zat Yang Maha Tinggi yang bersifat
Ilahiyyah iaitu sifat ketuhanan yang layak disembah dan
dimohon pertolongan.

16. Mengucapkan Baz Gasyt:


“Ilahi Anta Maqsudi, Wa Ridhaka Mathlubi, A’thini
Mahabbataka Wa Ma’rifataka,” pada permulaan zikir, dan
selepas setiap seratus kali berzikir Ismu Zat.

17. Hendaklah mendawamkan zikir ini dan istihdhar


walaupun ketika dia sedang bercakap-cakap berkenaan
sesuatu hajat keperluannya. Jangan memutuskan zikir ini
didalam hati kerana kerana sesungguhnya ia dapat
memperteguhkan hati, dan dapat menyaksikan perkara yang
diingati yakni, kesempurnaan, keagungan dan kebesaran
serta kemuliaan Zat Allah Ta’ala yang diingati dan
melupakan segala Masiwa segala sesuatu selain Allah.

18. Memelihara bilangan semasa berzikir sekurang-


kurangnya, lima ribu kali sehari semalam sehingga, dua
puluh empat ribu kali, sehari-semalam, atau sebanyak-
banyaknya tanpa batas.

19. Menantikan warid zikir pada kesudahan amalan wirid


hariannya dengan kadar beberapa ketika sebelum dia
membuka kedua matanya.

20. Janganlah meminum air selepas melakukan wirid dan


zikir, kerana ia dapat memadamkan kehangatan zikrullah.

21. Hendaklah ikhlas iaitu mensucikan amalannya dari


sebarang sifat riak dan sumaah dan dari segala keinginan
hawa nafsunya yang bersifat duniawi mahupun ukhrawi.
Apabila telah teguh keikhlasan di dalam hati orang yang
berzikir, berlakulah penyaksian syuhud dan musyahadah
Hadhrat Ketuhanan yang diingati dengan rasa kehadirannya
yang tanpa kaifiyat. Hendaklah berzikir lafaz Jalalah pada
lima latifah di dada, dan satu latifah di kepala dan empat
latifah di seluruh tubuh.

23
Lima latifah di dada adalah Qalb, Ruh, Sirr, Khafi dan Akhfa. Lima
latifah ini bertakluk dengan Alam Amar. Latifah Nafs terletak di
dahi kepala dan latifah empat anasir unsur tanah, air, api dan angin
pada seluruh tubuh badan adalah bertakluk dengan Alam Khalaq,
maka hendaklah berzikir Ismu Zat pada latifah Qalb iaitu dua jari di
bawah puting susu kiri, kemudian pada latifah Ruh yang
kedudukannya pada dua jari di bawah puting susu kanan,
kemudian pada latifah Sirr iaitu dua jari di atas puting susu kiri, dan
pada latifah Khafi, iaitu dua jari di atas puting susu kanan, dan
kemudian pada latifah Akhfa iaitu, di tengah-tengah dada di antara
latifah Sirr dan latifah Khafi dengan kedudukan yang lebih tinggi.

Kemudian zikir pada latifah Nafs iaitu kehalusan bagi otak dan
akal dan keakuan diri iaitu pada kedudukan antara dua kening
dengan menuruti tertib ini sehingga teguh zikir Ismu Zat pada
latifah Nafs, berpindahlah ke latifah Kulli Jasad iaitu latifah Anasir
tanah, air, api dan angin pada seluruh tubuh badan iaitu dengan
berzikir menyebut “Allah Allah” dengan seluruh zarah-zarah dan
rambut-rambut pada jasadnya dengan menghadirkan Zat Maha
Tinggi pada pandangan hatinya sebagaimana mafhum sabdaan
Nabi bahawa hendaklah kamu beribadat kepada Allah seolah-olah
kamu sedang melihatnya.

Dan hendaklah sentiasa atas keadaan tersebut sehingga dia


berzikir mengingati Allah dengan seluruh juzuk-juzuk tubuhnya,
dan demikian itu akan terhasillah baginya Sultanul-Azkar dan dia
dapat mendengar sebutan zikrullah pada setiap juzuk daripada
tubuhnya bahkan daripada sekalian maujudat. Mafhum firman
Allah Ta’ala dan tiada sesuatupun kecuali bertasbih dengan
memujiNya, tetapi kamu tidak dapat memahami Tasbih mereka ini.
(Al-Isra: 44)

24
Zikir Nafi Itsbat: La Ilaha Illa Allah

Yang dimaksudkan dengan zikir Nafi Itsbat adalah kalimah Tauhid


iaitu Laa Ilaha Illa Allah. Zikir yang mubarak ini akan diajarkannya
oleh mursyid kepada murid setelah zikir Ismu Zat berjalan pada
sekalian latifah dan teguh dengan Sultanul-Azkar.

Adab-adabnya adalah seperti mana kaifiyat permulaan zikir Ismu


Zat, bermula dengan Istighfar Taubat, dengan meniatkan taubat
dari segala dosa batin dan zahir, dan menghadiahkan pahala
bacaan Al-Fatihah dan Al-Ikhlas pada sekelian Rauhaniah Para
Masyaikh Akabirin Naqsyabandiyyah.

Kemudian hendaklah menghadirkan Zikrul-Maut dan Baz Gasyt.


Hendaklah menongkatkan lidah ke langit-langit mulut dan
menutupkan mulut. Hendaklah membuangkan nafas dan
mengeluarkan semua angin dalam perut, dan menahan nafas di
bawah pusat dan pada kerongkong. Lalu membayangkan kalimah
Laa iaitu huruf Lam Alif yang bawahnya bermula dari pusat dan
yang atasnya hingga ke otak kepalanya, kemudian menghayalkan
pada otaknya gambaran Ilaaha iaitu himpunan kalimah Alif, Lam,
Ha lalu ditarikkan ke bahu kanannya dan menghyalkan dari bahu
kanannya gambaran kalimah Illa Allah.

Dengan memukul paluan tersebut dan melakukannya ke atas lima


lataif Alam Amar dengan lafaz kalimah Al-Jalalah iaitu “Allah” ke
atas latifah Qalb, dengan kuat sehingga memberikan kesan dan
kehangatannya terasa pada sekuruh tubuh badan, serta
bermulahazah menghayati erti makna kalimah tersebut iaitu
bahawa sesungguhnya dirinya tiada memaksudkan sesuatu pun
kecuali Zat Allah Ta’ala, dan menafikan dengan sebenar-benar
penafian akan sekalian Muhdats ciptaan Allah dan memandang
kesemuanya dengan pandangan fana binasa, dan mengitsbatkan
dengan sebenar-benar itsbat akan Zat Al-Haqq Ta’ala dan
memandangnya dengan pandangan baqa.

Zikir Nafi Itsbat ini hendaklah dilakukan dengan jumlah bilangan


ganjil dalam sekali tahan nafas. Mulakan dengan tiga kali dalam
senafas sehingga mampu mencapai dua puluh satu kali senafas
dan sehingga mampu mencapai sembilan puluh sembilan atau
seratus satu kali senafas.

25
Kemudian hendaklah melepaskan nafas sambil mengucapkan
dengan lidah hati kalimah “Muhammadur Rasullullah SAW”,
sambil menghirup udara qasadkan dengan niatnya bahawa dirinya
adalah pengikut yang benar Muttabi’ dan mengulang-ulangkannya
atas kadar kekuatan dan keupayaan dirinya.

Memelihara bilangan yang ganjil sewaktu berzikir dinamakan


Wuquf ‘Adadi. Di sisi Para Masyaikh Naqsyabandiyyah, selepas
setiap kali melepaskan nafas dan ketika menghirup nafas
hendaklah Baz Gasyt iaitu mengucapkan kalimah:

“Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhaka Mathlubi,


A’thinii Mahabbataka Wa Ma’rifataka.”

Setelah berehat dari Baz Gasyt hendaklah memulakan semula


dengan nafas yang baru sambil memelihara gambaran kalimah
sambil menghayalkan limpahan Faidhz Ilahi terlimpah pada
seluruh latifah dan menghadirkan pengertian makna kalimah Nafi
dan Itsbat di antara dua nafas sehingga terhasilnya khayalan
tersebut secara berterusan.

Ketika bilangan zikir Nafi Itsbat mencapai bilangan dua puluh satu
kali senafas nescaya akan terzahirlah baginya natijah zikir yang
Mubarak ini iaitu nisbat yang dijanjikan di sisi Para Masyaikh
Naqsyabandiyyah dengan mengalami ahwal kelupaan, bingung,
tercengang-cengang, rasa kehilangan diri dan keterhapusan diri,
rasa ketenggelaman secara kesemuanya dalam syuhud Hadhrat Al
-Mazkur Tabaraka Wa Ta’ala.

Jika belum terzahir baginya sebarang natijah tersebut adalah


kerana dengan sebab mungkin terdapat kekurangan pada diri salik
dalam menjaga adab yang telah dinyatakan semasa berzikir. Maka
hendaklah salik bersungguh-sungguh memelihara adab supaya
perbuatan dan perkataannya menuruti kandungan zikir pada
amalan ibadat dan I’tiqad dan Ittiba’ Baginda Rasulullah SAW.
Jika tidak menafikan segala maksud yang selain Allah Ta’ala dan
mengitsbatkanNya ‘Azza Wa Jalla pada dirinya, nescaya tiadalah
diri salik itu Ittiba’ yang sempurna, adalah dia penipu dan pendusta.
Dan tiadalah natijah bagi pendusta dan salik yang tiada
menghitung dan memelihara bilangan yang ganjil dalam lafaz
zikirnya.

26

Anda mungkin juga menyukai