Anda di halaman 1dari 11

TEORI

PSIKOANALITIK

Datu Stanley

PENDEKATAN PSIKOANALITIK
Berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisis atau membincangkan seni visual terutama sekali dari segi emosi yang diluahkan melalui seni. Diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Freud percaya bahawa seni visual adalah bahan perantaraan yang sangat penting dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia. Freud menyatakan bahawa tahap ini dapat dicapai dengan menganalisis prosesproses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visual.

konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan penghasilan mereka boleh menunjukkan perasaan dan emosi. penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi sangat penting bagi kanak-kanak. Kaedah ini dikenali sebagai psikoterapi.
CONTOH

Persepsi Dan Representasi


Konsep persepsi dalam teori seni visual adalah berkaitan rapat dengan konsep psikoanalitik. Pengendalian corak-corak visual menunjukkan tahap perkembangan mental kanak-kanak. Persepsi visual boleh diterangkan sebagai apa yang dilihat. Manakala representasi visual pula ialah berkaitan dengan bagaimana kita mencerminkan diri dalam seni.

Kanak-kanak jarang melukis dengan cara realistik dan tepat dari segi ruang. teori yang memberi penerangan tentang persepsi kanak-kanak dalam seni visual ialah teori kognitif yang mengatakan bahawa kanak-kanak melukis apa yang mereka tahu dan bukan apa yang mereka lihat.
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

.Piaget (1958) merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir secara kreatif, cuma kanak-kanak dewasa lebih matang. Jawapan dan hasil lakaran kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza.

Kecerdasan Visual Ruang


Gardner (1993) menerangkan kecerdasan visual ruang sebagai keupayaan. Membuat persepsi tentang dunia luar dengan tepat, menukar dan mengubahsuai persepsi awalan untuk mencipta semula aspek pengalaman visual tanpa kehadiran punca stimuli fizikal berkenaan Ringkasnya, kecerdasan visual ruang ialah kecerdasan yang boleh berfikir melalui gambar serta mampu untuk menyerap, mengubah dan menciptakan kembali berbagai macam aspek visual.

Definisi yang diberikan oleh Gardner (1993) ternyata menunjukkan kepentingan menggalakkan perkembangan kecerdasan visual ruang dari segi meningkatkan daya upaya kognitif dan kreativiti kanak-kanak. Kecerdasan visual ruang banyak digunakan dalam seni visual.

Bagi kanak-kanak prasekolah, seni visual menggalakkan daya pemikiran seperti mengira, menyusun dan mengklasifikasikan. Melalui teknik penyoalan, guru boleh membuat kanak-kanak sedar akan konsep nombor dalam hasil seni mereka. Seni juga membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran merancang dan akhirnya mencapai matlamat yang ingin dicapai dalam pendidikan prasekolah. Peralatan dan bahan mesti disimpan di tempat yang disediakan selepas aktiviti seni untuk memudahkan urusan penggunaan pada masa akan datang.

Amalan yang bersesuaian -Tahap umur -Asas dan nilai seni visual -Bahan dan perlatan
Peranan guru -Matlamat -Strategi pengajaran -Apresiasi seni Lukisan -Cetakan dan tekapan Seni Tiga dimensi -Membuat adunan doh -Membentuk dan mengukir doh -Kolaj

Penilaian kreativiti tiga dimensi -Kesedaran reflektif dan perkembangan afektif -Kreatif dan imaginative

Rumusan
Secara umumnya kanak-kanak pada peringkat tadika dan prasekolah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pembelajaran pendidikan seni visual memainkan peranan memperkembangkan sifat sifat seni ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Aktiviti pembelajaran yang bercorak perkembangan pemikiran, penerokaan dan ciptaan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.

Thanks ar

Anda mungkin juga menyukai