Anda di halaman 1dari 15

PAK USU

ANALISIS DARI SUDUT TEORI SEMIOTIK


SEMINAR KRITIKAN SASTERA
“ Kritikan Teks Sastera Menjana Pemikiran
Akademik”
OLEH: FLOREN KONG MUI YEN
PELAJAR BAHASA MELAYU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KENT TUARAN
PENGENALAN
Aminuddin (1988)
 kajian tentang hubungan antara bentuk, lambang atau kata dengan sesuatu
perkara yang lain. Pernyataan beliau menjelaskan bahawa teori semiotik
menunjukkan hubungan antara ilmu tanda dan makna sebenar yang ingin
disampaikan.

C.S Peirce
 Sistem tanda terdiri dari Simbol (kesepakatan),
Ikon (perwakilan fisik)
Indeks (sebab-akibat).
BIDANG TERAPAN SEMIOTIK
19 bidang yang boleh dipertimbangkan sebagai bahan kajian ilmiah
Semiotik menurut Eco (1979):

Binatang Bau Komunikasi Keadaan Perkataan

Perubatan Kinesik dan Musik Bahasa-bahasa Simbol/lambang


proksemik yang diformalkan
Alam Visual Objek Struktur alur Teks

Budaya Estetik Masa Retorik -


SINOPSIS

Pak Zubir menerima sepucuk surat daripada sepupunya, iaitu Usop yang cacat penglihatan.
Dia terkejut kerana Usop yang masih hidup dan tidak bertemu dengannya selama 20 tahun.
Usop menyatakan keinginannya untuk pulang ke kampung dan bermalam di rumah Pak Zubir.
Isteri Pak Zubir kurang menyenangi hasrat Usop itu kerana membebankan keluarga mereka saja.
Arif iaitu anak Pak Zubir berasa pelik kerana tidak mendapat maklumat tentang bapa
saudaranya.
Kehadiran Pak Usu bersama dengan pemandu dan kereta mewah menjadi tanda tanya kepada
Arif.
Pak Usu mengenang kembali kisah silamnya semasa berada di kampung.
Pak Usu memberitahu Arif bahawa pekerjaannya ialah pensyarah.
Sebelum berangkat ke luar negeri, dia ingin bertemu dengan emak dan ayah Arif.
KRITIKAN CERPEN
Perbezaan Status Ekonomi
Adanya perbezaan status ekonomi di mana keluarga Pak Zubir sebagai golongan
miskin, manakala Pak Usu pula adalah sebagai golongan berada.

SEMIOTIK
-Keluarga Arif yang hanya tinggal di sebuah rumah kecil di sebuah
kampung. Istilah “rumah kecil” itu merupakan ilmu tanda mewakili benda yang
menunjukkan keadaaan keluarga Arif yang serba kekurangan.
- Watak Pak Usu yang memiliki kereta mewah serta berpakaian segak dan kemas
menunjukkan status sosial Pak Usu sebagai orang yang berada.

SEMIOTIK DARI ASPEK OBJEK dan KEADAAN


Masyarakat Penyabar
 Pak Usu merupakan seorang yang penyabar di mana dia tidak menaruh
dendam terhadap kakak iparnya iaitu Mak Gayah.

SEMIOTIK
Pak Usu kembali semula ke kampung untuk menemui Pak Zubir dan Mak
Gayah kerana merasa terhutang budi walaupun Mak Gayah memberi layanan
buruk kepadanya. Tindakan ini menunjukkan sikap Pak Usu yang penyabar.

SEMIOTIK DARI ASPEK KEADAAN


Sikap Membenci
Watak antagonis yang dimainkan oleh Mak Gayah menunjukkan
bahawa dia amat membenci Pak Usu iaitu adik iparnya sendiri.

SEMIOTIK
-Sikap membenci ini dapat dilihat ketika Mak Gayah mencaci maki Pak
Usu dengan mengatakan bahawa Pak Usu adalah seorang yang buta
dan hanya akan menyusahkan mereka sekiranya Pak Usu tinggal
bersama mereka.

SEMIOTIK DARI ASPEK PERKATAAN


Suasana Nyaman dan Tenang
Suasana kampung Pak Zubir yang nyaman dan tenang.

SEMIOTIK
- Suasana petang di mana Arif duduk di anjung rumah ditemani oleh
tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang mengusik rambutnya.
- Suasana ini menggambarkan ketenangan di kampung di mana
masyarakat kampung berpeluang untuk menikmati keindahan alam
ciptaan Tuhan.

SEMIOTIK DARI ASPEK ALAM


Cacat Penglihatan
Pak Usu adalah seorang yang cacat penglihatan.

SEMIOTIK
- Situasi ini boleh dilihat melalui petikan “ Seorang lelaki bercermin
mata gelap dan bertongkat putih keluar daripada kereta”. Selain itu,
petikan juga menjelaskan bahawa Pak Usu mengetuk-ngetuk tanah
menggunakan tongkatnya.

SEMIOTIK DARI ASPEK OBJEK DAN KEADAAN


Kesusahan Hidup Masyarakat Kampung
Masyarakat kampung yang hidup serba kekurangan pada pada zaman
dahulu.

SEMIOTIK
-Kesusahan ini digambarkan ketika Pak Usu mengimbas semula tentang
keadaan kampung yang tiada bekalan elektrik dan bekalan air paip
sebelum dia pergi meninggalkan kampung halaman.
- Keadaan ini menggambarkan keadaan kampung yang masih lagi
kekurangan pelbagai sumber sehinggalah sumber elektrik dan air
dibekalkan.

SEMIOTIK DARI ASPEK KEADAAN DAN MASA


Menimba Ilmu
Pak Usu kerana beliau pergi menimbah ilmu sehingga berjaya menjadi
seorang insan yang berjaya.

SEMIOTIK
- Kejayaan Pak Usu untuk menjadi seorang pensyarah menunjukkan
bahawa Pak Usu merupakan seorang yang gigih menimbah ilmu dan
tidak mudah berputus asa.

SEMIOTIK DARI ASPEK KEADAAN


KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, cerpen ini mempunyai banyak
penceritaan yang menggunakan unsur-unsur semiotik. Unsur ini boleh
dilihat dengan jelas apabila penulis tidak menyatakan sesuatu perkara itu
secara langsung tetapi pembaca boleh mengetahuinya melalui penanda
yang dinyatakan. Penulis dapat memastikan pembaca memahami
keseluruhan cerpen dengan baik sekaligus mengaplikasikan penggunaan
bahasa yang menarik dan kreatif. Pengajaran utama yang ingin
disampaikan adalah tentang pentingnya ilmu dalam kehidupan. Usaha Pak
Usu merupakan usaha terpuji yang harus dicontohi oleh masyarakat
kerana Allah SWT sendiri telah berfirman dalam Al-Quran:

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan


orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat.”
(Q.s. al-Mujadalah, Ayat 11)
BIBLIOGRAFI

• Abdul Halim. (2009, 23 November). Teori dan kritikan sastera. Diakses daripada
http://teorisastera.blogspot.my/2009/11/teori-pengkaedahan-melayu.html
• Junaedi. (2009, 17 Januari). Teori Semiotik. Diakses daripada
http://junaedi2008.blogspot.my/2009/01/teori-semiotik.html
• Junus & Umar. (1996). Teori modern sastera dan permasalahan sastera Melayu.
Kuala Lumpur : DBP
• Jyh & Wee Sew. (2009). Semiotik persembahan wacana. Kuala Lumpur : Penerbit
Universiti Malaya.
• Kementerian Pendidikan Malaysia & Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). Sehijau
Warna Daun. Petaling Jaya: Ultimate Print Sdn. Bhd.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai