Anda di halaman 1dari 18

GWP1092 WACANA PENULISAN

PENSYARAH: EN. TAJIP BIN TASSAN

PENANDA WACANA
Penanda wacana berupa kata atau rangkai kata yang
digunakan untuk merangkaikan ayat dengan ayat yang
lain, bagi menunjukkan wujudnya satu kesatuan ayat yang
utuh.

Oleh sebab penanda wacana itu merangkaikan ayat


dengan ayat, maka penanda wacana itu juga dikenal
sebagai perangkai ayat/peranti linguistik.
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan
yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan
pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap.
Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana
penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau
kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain
sehingga membentuk kesatuan.
Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang
mewujudkan kohesi dan koheran antara satu teks dengan teks
yang lain sehingga membentuk kesatuan.
Kepentingan Penanda Wacana
Kehadiran dianggap signifikan.

Hal ini demikian kerana, tanpa kehadiran penanda wacana


yang tepat, akan menyebabkan idea yang diturunkan
seolah-olah tidak mempunyai kesatuan dan pautan yang
lengkap.
Jenis-jenis penanda wacana

 Penanda kronologi
Penanda organisasi
Penanda idea
1. Penanda Kronologi:

 Memberi pengertian kepada persoalan berkaitan


waktu

 Mengandungi kata kunci: “bila” dan seumpamanya.


Penanda Kronologi
• kini
• lantas
• mula-mula
• lepas itu
• sebelum
• kemudian
• semenjak itu
• pada suatu waktu
• pada hari esoknya
• pada zaman dahulu
• dua tahun kemudian
• beberapa tahun kemudian
• dan yang seumpamanya.
Contoh Penanda Kronologi

Contoh ayat;
Pada zaman dahulu Kerajaan Melayu Melaka merupakan
sebuah kerajaan yang kuat.
2. Penanda Organisasi
Fungsi: mempertautkan sesuatu
bahagian wacana dengan bahagian
yang lain
a. pertama
b. tegasnya
c. contohnya
d. akhir sekali
e. dalam hal ini
f. sebagai kesimpulan
g. dalam hubungan ini
• untuk merumuskan
• dengan perkataan lain
• dapat dinyatakan bahawa
• untuk menjelaskan lagi
• akan dinyatakan pada tempat yang lain
• dalam bahagian ini kita akan membincangkan
• dan yang seumpamanya
Contoh ayat:
Penduduk di negara yang dilanda peperangan
hidup dalam kesengsaraan. Mereka bukan sahaja
kehilangan harta benda malahan anggota
keluarga yang tersayang. Contohnya, ramai
penduduk Kemboja terpaksa melarikan diri ke
negara jiran semata-semata untuk
menyelamatkan diri daripada menjadi korban
peperangan.
3. Penanda Idea

• Fungsi: menghubungkan antara fakta dengan fakta dan idea


dengan idea yang berfungsi untuk:

a.mengembangkan idea
b.pertentangan idea
c.hubungan idea
a. Mengembangkan Idea

 malah
 satu lagi
 selain itu
 Seterusnya
 begitu juga
 di samping itu
 lebih-lebih lagi
 tambahan pula
 dan yang seumpamanya
3. Penanda Idea

• a. Mengembangkan Idea
•Contoh ayat:
•Ratusan ribu istilah dalam sesuatu bahasa tidak
membawa erti tanpa istilah-istilah tersebut digunakan
dalam penulisan, perbincangan, dan penterjemahan.
Tambahan pula, istilah yang secara abstrak dihasilkan
oleh jawatankuasa istilah belum tentu sesuai bagi sesuatu
bidang.
3. Penanda Idea
• b. Pertentangan Idea
 tetapi
 sama ada
 sebenarnya
 sebaliknya
 walaupun
 walau bagaimanapun
 pada masa yang sama
 dan yang seumpamanya.
3. Penanda Idea
• b. Pertentangan Idea
•Contoh ayat:
•Hassan dan keluarganya berpindah ke bandar pada akhir tahun
lalu. Namun, hatinya masih teringat akan kampung halamannya.
3. Penanda Idea
• c. Hubungan Idea
 jadi
 maka
 kecuali
 oleh itu
 oleh sebab
 oleh hal yang demikian
 untuk tujuan itu
 berikutan dengan itu
3. Penanda Idea

c. Hubungan Idea
Contoh ayat:
• Beg itu bukan saya beli, sebaliknya ia adalah beg percuma.

Anda mungkin juga menyukai