Anda di halaman 1dari 3

Laporan: Tajuk 3 (Soalan 3)

Tajuk / Pengenalan / Tujuan / Masalah: (15 Markah)

Kajian yang dilakukan ini adalah berkaitan dengan sistem tuas. Sistem tuas
merupakan satu sistem yang melibatkan fulkrum, beban dan daya untuk
menghasilkan sesuatu pergerakan. Terdapat tiga sistem tuas iaitu tuas kelas
pertama di mana fulkrum berada di antara beban dan daya, tuas kelas kedua di
mana beban berada di antara fulkrum dan daya dan tuas kelas ketiga di mana daya
berada di antara fulkrum dan beban. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui aplikasi
dan kelas sistem tuas semasa melakukan pukulan lob dalam sukan badminton.
Kajian ini dapat menjawap persoalan berkaitan dengan sistem tuas yang terlibat
dalam sukan ini.

Hipotesis:(15 Markah)

Pergerakan lob yang dilakukan semasa bermain badminton mengaplikasikan


sistem tuas kelas ketiga di mana daya berada di antara fulkrum dan beban. Bahu
merupakan pusat pergerakan semasa melakukan pukulan lob. Manakala, tangan
individu yang akan menghasilkan daya sementara raket menjadi beban ketika
individu melakukan gerakan.

Bahan / Prosedur / Pemerhatian(15 Markah)

Bahan dan alatan: 2 orang individu, 2 raket, jaring dan buluh tangkis

Prosedur:

i) Individu 1 (objek) berada dalam keadaan sedia.

ii) Buluh tangkis dipukul dalam keadaan tinggi oleh individu 2 (pengumpan)

iii) Buluh tangkis daripada pengumpan dipukul oleh individu 1 dengan menggunakan
pukulan lob.

7
Pemerhatian:

Rajah 3.1 Pergerakkan sebelum dan selepas memukul buluh tangkis

i) Pusat pergerakan adalah pada bahu.

i) Tangan dihayunkan.

ii) Raket menyentuh buluh tangkis.

iv) Daya berada di antara fulkrum dan beban.

Beban(raket)

Daya(tangan)

Fulkrum(bahu)

Huraian Pemerhatian(15 Markah)

Fulkrum berada pada bahu. Hal ini kerana, fulkrum merupakan sesuatu yang
menjadi pusat pergerakan di mana kedudukannya tidak berubah. Tangan
dihayunkan untuk menghasilkan daya. Hal ini bermakna, daya berada di sepanjang
lengan bermula daripada superior humerus hingga ke pergelangan tangan individu.
Individu perlu menghasilkan daya yang kuat iaitu dengan menghayunkan tangan
pada kadar yang laju untuk mengahasilkan daya pukulan yang sempurna.
Sementara beban pula adalah raket yang dipegang oleh individu.

8
Kesimpulan: (40 Markah)

Sistem tuas yang digunakan oleh individu tersebut adalah tuas kelas ketiga.
Sistem tuas ini menempatkan daya di antara fulkrum dan beban. Semasa melakukan
pukulan lob, bahu individu berfungsi sebagai fulkrum di mana kedudukan bahu tidak
akan berubah. Manakala, sepanjang tangan bermula daripada bahu sehingga ke
pergelangan tangan merupakan tempat penghasilan daya untuk mengawal kelajuan
dan kekuatan pukulan. Sementara beban pula adalah raket yang dipegang dan
dihayunkan oleh individu.

Pukulan ini berlaku dengan keadaan tangan yang diangkat ke belakang untuk
menghasilkan daya yang lebih kuat melalui bantuan otot. Individu melakukan
pukulan lob dengan adanya tindakan ikut lajak di mana pergerakan tangan yang
berpusatkan bahu tidak akan berhenti secara mengejut selepas raket menyentuh
buluh tangkis. Archimedes (287-212 SM) yang menemukan sistem tuas ini
berpendapat bahawa sistem tuas boleh menghasilkan satu kelajuan dan pergerakan
yang berterusan. Dalam masa yang sama, sistem tuas ini juga bertujuan untuk
menggerakkan beban iaitu raket. Dengan cara ini, individu dapat menggerakkan
raket mengikut kesesuaian untuk mendapatkan dan memukul buluh tangkis kepada
pihak lawan.

Anda mungkin juga menyukai