Anda di halaman 1dari 11

KURIKULUM

PENDIDIKAN JASMANI
DI MALAYSIA
Kurikulum Pendidikan Jasmani
dan Kaedah Pengajaran
PJMS 3063

Disediakan oleh: FLOREN KONG MJI YEN


• MATLAMAT: Pendidikan
Jasmani bertujuan membantu
murid menjadi cergas melalui
pembelajaran aktiviti fizikal dan
amalan kecergasan.
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI SEMASA

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah disusun mengikut tiga


tunjang utama iaitu :
1. menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal
secara berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan -> kecergasan fizikal
berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
2. menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran
daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus.
Tumpuan -> kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik,
pergerakan kreatif dan rekreasi.
3. menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi
mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan.
Tumpuan -> aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-
isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.
• MATLAMAT Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Pendidikan
Jasmani bertujuan membina
murid menjadi individu yang
cergas dan sihat serta
berkemahiran, berpengetahuan
dan mengamalkan nilai murni
melalui aktiviti fizikal ke arah
mencapai kesejahteraan hidup.
• Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan. Murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan
kemahiran motor
• Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan. murid dapat mengaplikasi
pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan
• Aspek 3: Kecergasan Meningkatkan Kesihatan. Murid berkeupayaan meningkatkan dan
mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal
• Aspek 4: Aplikasi Pengetahuan Dalam Meningkatkan Kecergasan. Mengaplikasikan
pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk
kesihatan dan prestasi fizikal.
• Aspek 5: Kesukanan. murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani
menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi dalam
melakukan aktiviti fizikal.
KONSEP PENDIDIKAN JASMANI

• Konsep Pendidikan Jasmani boleh diibaratkan sebagai pendekatan
pendidikan melalui aktiviti fizikal. Ini
• bersesuaian dengan kenyataan Rosalind Cassidy dalam tahun 1927
yang merupakan pelopor dalam
• bidang Pendidikan Jasmani di Mill College, Califonia. Beliau melihat
Pendidikan Jasmani sebagai satu pendekatan aktiviti fizikal yang
menyumbang kepada pendidikan kepada murid.
Dalam tahun 1910, Clark Herington yang juga
dikenali sebagai bapa Pendidikan Jasmani moden,
• mengklasifikasikan Pendidikan Jasmani kepada empat fasa utama iaitu:
• Pendidikan Organik (Organic Education)Pendekatan kepada pembangunan fizikal yang bertumpu kepada aktiviti-
aktiviti yang mampu meningkatkan keupayaan fizikal dalam diri individu melalui peningkatan pelbagai sistem
organik dalam badan manusia.
• Pendidikan Psikomotor (Psycomotor Education)
• Pendekatan pembangunan motor yang bertumpu kepada kepentingan pergerakanfizikal yang lebih bermakna
dengan penggunaan tenaga yang seminimum mungkin serta ianya dilaksanakan dengan efisyen, serta mengekalkan
nilai estetika pergerakan.
• Pendidikan Karektor (Character Education)
• Pembangunan Mental atau kognitif bertumpu kepada pengumpulan maklumat danpengetahuan dengan keupayaan
berfikir dan mentafsir maklumat.
• Pendidikan Intelektual (Intelectual Education)
• Pembangunan sosial bertumpu kepada membantu individu menyesuaikan diri dalam kumpulan, masyarakat dan
persekitaran dan bertindak memainkan peranannya sebagai seorang ahli dalam satu masyarakat
Hubungkait Falsafah Pendidikan Jasmani dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
• Pendidikan di Malaysia adalah merupakan suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi
• potensi individu secara holistik dan bersepadu untuk menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dari
• segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) dan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
• kepada Tuhan.
• Usaha di atas adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
• berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
• sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
• Kesinambungan yang wujud dalam matlamat utama aktiviti Pendidikan Jasmani ialah meningkat dan
• membangunkan keupayaan murid dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif. Melalui aktiviti Pendidikan
• Jasmani secara amnya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui:
• Peningkatan dan perkembangan nilai-nilai sosial seperti bekerjasama, bertolak ansur, sabar, saling
• hormat-menghormati dan sebagainya.
• Pembinaan dan pengembangan aspek mental dan intelek seperti tafsiran, Kefahaman, pertambahan
• pengetahuan dan pengalaman dan sebagainya
• Mengembang dan menerapkan perubahan tingkahlaku dan disiplin seperti yakin kepada diri, taat setia,
• bertanggungjawab, memiliki nilai tentang kemasyarakatan dan sebagainya.(Teng Bon Tong, 2001)
• Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kurikulum sekolah adalah:
• Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan murid.
• Membangunkan kemahiran pergerakan asas murid.
• Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti.
• Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya.
• Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup.
• Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh memperbaiki dan mempengaruhi
• gaya hidup.
• Semua ini mempunyai pertalian rapat dan Pendidikan Jasmani boleh diibaratkan sebagai agen pemangkin
• ke arah memenuhi hasrat PPK yang bertumpu kepada pembangunan insan yang seimbang dari aspek
• JERI.
• Strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di peringkat sekolah rendah menekankan
• aspek-apek penggabungjalinan, pengayaan dan penilaian.
• Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dan menyeluruh dalam Falsafah Pendidikan
• Negara.
• Guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan
• kebolehan murid.
• Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan
• penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid
• berkomunikasi, berinteraksi, dan kemahiran berfikir.

Anda mungkin juga menyukai