Anda di halaman 1dari 3

Nama: Norasyikin binti Mohd Zamuri Laporan: Amali 3 (Sistem Rangka)

Tajuk Kajian

Sistem tuas dan kelas semasa melakukan aktiviti tekan tubi

Pengenalan

Badan manusia mempunyai bentuk yang tersendiri yang berasaskan kepada keadaan tulang
dan struktur. Tulang-tulang dalam badan manusia akan bersambung antara satu sama lain
melalui sistem persendian. Sistem persendian bertindak sebagai tuas yang memindahkan
tenaga oto terhadap objek yang menghasilkan pergerakan. Tuas terdiri daripada fulkrum,
beban dan daya. Terdapat tiga jenis kelas tuas iaitu tuas kelas pertama, tuas kelas kedua dan
tuas kelas ketiga. Jenis kelas tuas akan ditentukan oleh kedudukan fulkrum, beban dan daya.
Dalam tugasan ini, saya akan mengkaji tentang sistem tuas dalam pergerakan senaman iaitu
tekan tubi. Saya akan membincangkan secara terperinci tentang sistem tuas dan kelas yang
diaplikasikan dalam aktiviti tekan tubi.

Tujuan / Masalah Kajian

Untuk mengaji tentang sistem tuas dan kelas yang diaplikasi dalam aktiviti tekan tubi.

Hipotesis Kajian

Setiap fasa pergerakan tekan tubi menggunakan sistem tuas dan kelas yang tertentu dan
berbeza.

Bahan / Prosedur Yang Digunakan

Bahan:

1. Seorang guru pelatih

Prosedur:

1. Kaki dirapatkan serta selari, tangan diletakkan selari dengan dada.


2. Bahagian torso badan diturunkan secara mendatar ke arah lantai.
3. Bahagian siku berada tinggi sedikit berbanding bahu.
4. Kemudian, tangan diluruskan untuk mengangkat badan semula. Bahagian tangan
digunakan sepenuhnya untuk mengangkat beban badan.
5. Seterusnya, badan diturunkan secara mendatar. Bahagian pinggang dan kaki
hendaklah dikunci.

Huraian Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang dijalankan, sistem rangka terlibat dalam pergerakan tekan
tubi. Rangka aksial, tulang vertebra dan rangka apendikular memainkan peranan dalam
menggerakkan bahagian-bahagian anggota badan tertentu semasa menjalankan tekan tubi.
Tulang itu juga bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya
menguncup.Tulang-tulang yang terlibat dalam aktiviti tekan tubi ialah vertebra, humerus,
radius, ulna, metakarpal, karpal, falanks, scapula dan klavikel. Selain itu, saya mendapati
bahawa terdapat beberapa otot tertentu yang terlibat semasa aktiviti tekan tubi. Otot yang
terlibat adalah deltoid, trapezius, triseps brachii dan biseps brachii.

Dalam pada itu, saya mendapati bahawa terdapat tiga fasa yang berlaku semasa
melakukan aktiviti tekan tubi iaitu fasa persediaan, fasa menurun dan fasa pemulihan.
Semasa berada di fasa persediaan, jenis tuas yang terlibat adalah sistem tuas kelas ketiga.
Rajah di bawah menunjukkan gambaran bagi fasa persediaan.

F
Rajah

Sistem tuas kelas ketiga berlaku apabila daya (D) berada di antara beban (B) dan
fulkrum (F). Daya yang dikenakan telah memberi kekuatan pada bahagian tangan
sepenuhnya untuk menampung seluruh berat badan yang bertindak sebagai beban manakala
fulkrum berada pada bahagian otot fibularis longus yang membantu sendi radiokarpus
menyokong jisim badan.

Fasa kedua pula ialah fasa menurun. Fasa menurun melibatkan sistem tuas kelas
pertama. Sistem tuas kelas pertama berlaku apabila fulkrum (F) terletak di antara (B) dan
daya (D). Sistem tuas kelas pertama digunakan untuk keseimbangan. Semasa fasa menurun,
sendi siku (sendi engsel) bertindak sebagai fulkrum (F) yang membolehkan pergerakan
menurunkan beban berat badan (B) dan menggurangkan daya pada bahagian tangan (D).
Bagi fasa pemulihan pula adalah kembali semula pada kedudukan sedia. Rajah di bawah
menunjukkan gambar bagi fasa menurun.

Rajah

Kesimpulan

Tulang, sendi dan otot merupakan struktur asas dalam membentuk tuas untuk
menghasilkan suatu pergerakan. Melalui aktiviti yang dijalankan, saya dapat perhatikan
bagaimana daya bertindak ke atas beban di mana daya digunakan untuk menampung jisim
individu tersebut. Saya juga mempelajari tentang sistem tuas dan kelas adalah berbeza
mengikut pergerakan yang dilakukan. Perbezaan sistem tuas akan mengubahsuai aktiviti otot,
pergerakan, daya serta berat beban. Pergerakan yang dilakukan juga perlu mengikut teknik
yang betul untuk mengelakkan kecederaan.

Dari pemerhatian yang dijalankan, dapat dibuktikan bahawa hipotesis adalah sama
dengan dapatan kajian. Sistem tuas yang telibat dalam aktiviti tekan tubi adalah sistem tuas
kelas pertama dan ketiga. Semasa berada dalam fasa persediaan dan fasa pemulihan, sistem
tuas yang terlibat adalah sistem tuas kelas ketiga. Sistem tuas kelas ketiga berlaku apabila
kedudukan daya pada bahagian lengan berada di antara fulkrum iaitu sendi radiokarpus dan
beban (jisim badan). Bagi fasa menurun pula, sistem tuas yang terlibat adalah sistem tuas
kelasa pertama. Sistem tuas kelas pertama adalah disebabkan oleh kedudukan fulkrum iaitu
sendi engsel pada bahagian siku berada di antara daya (karpus) dan beban (jisim badan).

Anda mungkin juga menyukai