Anda di halaman 1dari 11

MALAYSIA DAN SEJARAH

HUBUNGAN SERANTAU

FATIMAH BINTI ISMAIL


RAJA HUSNA MAWARDAH BINTI RAJA
ABDUL HALIM
Pengenalan
• Asia Tenggara merupakan satu perkataan baru yang hanya muncul
pada masa Perang Dunia Kedua sebelum ini hanya lebih dikenali
dengan panggilan Alam Melayu .
• Asia Tenggara meliputi dua jenis masyarakat besar iaitu negeri-
negeri di Tanah Besar dan negeri-negeri kepulauan.
• Kedua-duanya terdiri daripada Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand,
Myanmar, Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina.
• Kerjasama serantau di antara negara-negara di Asia Tenggara ini
sebenarnya telah bermula sejak abad yang ke-13 lagi.
• Kerjasama serantau ketika itu meliputi tiga aspek besar iaitu
kerjasama dari sudut sosiobudaya, politik, dan diplomasi serta
perdagangan dan ekonomi.
• Namun kerjasama ketika itu melibatkan dua buah negara sahaja
contohnya hubungan Siam dengan Melaka, Myanmar dengan Siam
dan Majapahit dengan negeri-negeri Nusantara
Sejarah kerjasama serantau di Asia
Tenggara selepas kemerdekaan
SEAFET - ASA-
Southeast Asian
Friendship and Persatuan Asia
Economic Treaty. Tenggara pada
Pada tahun 1959 tahun 1961 yang
yang dianggotai dianggotai oleh
oleh Tanah Tanah Melayu,
Melayu dan Thailand,
Filipina. Filipina.

ASEAN-
MAPHILINDO – ditubuhkan pada 1967
ditubuhkan pada dan dianggotai oleh 10
tahun 1963 dan buah negara secara
berperingkat iaitu
dianggotai oleh Malaysia, Thailand.
Tanah Melayu , Singapura, Indonesia,
Filipina dan Filipina, Brunei,
Indonesia. Vietnam, Laos,
Kemboja, Myamnar,
SEBAB-SEBAB PERLUNYA KEPADA
KERJASAMA SERANTAU
Terdapatnya tekanan nasionalismanya sendiri agar negara yang baru
merdeka itu mengambil mengambil peranan, mendapat tempat dan
diterima sebagai setaraf dengan negara lain di dunia,

Kemampuan yang begitu terhad serta keadaan dalam negara yang


serba kekurangan seperti keadaan politik yang tidak stabil,
masyarakat yang terbahagi-bahagi dan ekonomi yang begitu lemah,

Asia Tenggara merupakan satu rantau yang strategik tetapi paling


lemah kerana berpecah-belah dan kucar-kacir.

Negara-negara Asia Tenggara sedang menghadapi tugas-tugas


besar dalam menegakkan perpaduan negara dan memperbaiki
ekonomi yang masih berbentuk kolonial
Persatuan Asia Tenggara (ASA)
• Dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman
• Direalisasikan melalui Pengisytiharan Bangkok
pada 1 Ogos 1961.
• Dianggotai Persekutuan Tanah Melayu,
Thailand, Filipina.
TUJUAN PENUBUHAN:
• Wujudkan kerjasama dalam kalangan negara-
negara Asia Tenggara bukan komunis.
• Baiki kedudukan ekonomi dan sosial negara
anggota ASA.
• Galakkan kerjasama dalam ekonomi,
kebudayaan, kemasyarakatan, sains dan
pentadbiran.
• Bendung kemiskinan.
• Membendung ancaman komunis.
Antara kerjasama yang diadakan:
• membuat pertukaran maklumat teknik dan
kepakaran
• penggalakan di bidang pelancongan
• kerjasama perkapalan dan penerbangan
• pertukaran pelajar antara universiti seperti di antara
Universiti Malaya dan Universiti Filipina
• kerjasama di bidang kesenian dan kebudayaan iaitu
mengadakan rombongan dan lawatan sesama
mereka untuk mengeratkan lagi perhubungan dan
semangat setia kawan.
ASA dibubarkan pada 1963 kerana:
• Wujud perselisihan faham antara PTM dgn
Filipina apabila idea gagasan Malaysia
dikemukakan.
• Filipina membantah kemasukan Sabah ke
dalam penubuhan Malaysia pada tahun 1963
yang didakwa adalah sebahagian daripada
Sulu yang memang berada dalam kawasannya.
• Filipina akhirnya menarik diri dari
menganggotai ASA.
MAPHILINDO
• Singkatan perkataan Malaysia, filipina dan
indonesia.
• Pada Julai 1963, Tunku Abdul Rahman, Presiden
Sukarno dan Presiden Macapagal telah
mengadakan perjumpaan di Manila untuk
menyelesaikan perselisihan yang muncul akibat
pembentukan Malaysia.
• Persetujuan dicapai untuk menubuhkan sebuah
lagi persatuan serantau yang dinamakan
“Maphilindo”.
• hasil idea Presiden Filipina, Macapagal yang ingin
mewujudkan sebuah “Persekutuan Gabungan
Dunia Melayu yang agung”.
• Tujuan beliau ialah untuk menghuraikan
perbezaan kemerdekaan di antara Indonesia dan
cadangan penubuhan negara Malaysia.
• Maphilindo juga menitikberatkan keahlian yang
berketurunan Melayu (Malay Origin). Dengan
demikian penyertaan Thailand telah disekat.
• Sebagai satu konsep, Maphilindo bertentangan dengan
konsep kerjasama yang dipegang oleh Malaysia.
• Maphilindo yang berteraskan penggabungan negara-negara
Asia Tenggara berketurunan Melayu tampak politikal dan
radikal.
• Idea tajam Sukarno dan Macapagal ini dilihat seperti
menyindir Malaysia.
• Maphilindo hanya bertahan beberapa minggu sahaja tanpa
sempat untuk melancarkan asas-asas kegiatannya.
• Ia dibubarkan pada tahun 1963.
• Seperti dua kerjasama sebelum ini, Maphilindo lenyap
begitu sahaja.

Anda mungkin juga menyukai