Anda di halaman 1dari 17

Hasil pembelajaran:

1. Menyatakan jenis-jenis nutrisi


2. Membandingkan nutrisi autotrof dan nutrisi
heterotrof
3. Mengelaskan organisma mengikut jenis nutrisi
• Proses yang mana
• organisma memperoleh tenaga dan nutrien daripada
makanan
• untuk pertumbuhan, penyelenggaraan, dan pembaikan
tisu yang rosak.

Nutrien- bahan yang membekalkan zat dan tenaga kepada organisma hidup.
Bagaimana organisma memperoleh tenaga
dan nutrien daripada makanan?
Terdapat dua tabiat nutrisi, iaitu:
1. Autotrof
2. Heterotrof
Autotrof
 Organisma yang menjalankan nutrisi autotrof
 Boleh mensintesiskan makanan sendiri melalui proses
fotosintesis/kemosintesis
Mensintesiskan sebatian organik kompleks daripada bahan mentah tak organik
ringkas menggunakan tenaga cahaya atau kimia.
Fotosintesis: proses yang mana tumbuhan hijau yang disebut fotoautotrof
menghasilkan molekul organik daripada CO2 dan H2O dengan menggunakan
cahaya sebagai sumber tenaga.
Kemosintesis: proses yang mana kemoautotrof, yang merangkumi beberapa
jenis bakteria, mensintesiskan sebatian organik tanpa cahaya.
Sulfolobus
Heterotrof
• Organisma yang memperoleh tenaga dengan makan dan mencerna
bahan organik seperti tisu tumbuhan dan haiwan.
• Organisma yang tidak boleh mensintesiskan nutrisinya sendiri.
• Heterotrof menjalankan nutrisi secara holozoik, saprofitisme atau
parasitisme.
Heterotrof: Holozoik
• Organisma yang menginges bahan organik pepejal yang
kemudiannya dicernakan dan diserap ke dalam badan.
• Contoh: Manusia, haiwan karnivor dan tumbuhan karnivor.
• Tumbuhan karnivor seperti periuk kera adalah autotrof tetapi
memperoleh sumber nitrogen dengan memerangkap, menginges
dan mencernakan serangga kecil.
Heterotrof: Saprofitisme
• Saprofit memperoleh nutrien daripada bahan organik mati yang
sedang mereput.
• Contoh: Bakteria dan kulat
Panellus stipticus
Heterotrof: Parasitisme
• Satu hubungan yang rapat antara dua organisma yang berbeza
spesies
• Parasit memperoleh nutrien keperluannya dengan hidup di dalam
atau di permukaan badan organisma hidup yang lain iaitu
perumah.
• Contoh: kutu, pinjal, bakteria, kulat, dan cacing.
Aktiviti
Kelaskan organisma mengikut jenis nutrisi.
1. Bina 6 kumpulan.
2. Wakil kumpulan datang ke depan untuk melihat gambar-gambar
selama 5 saat dan menulis kembali apa yang diingati.
3. Setiap wakil kumpulan mendapat soalan bergantung dengan
bilangan gambar yang diingati.
4. Diberi masa 5 minit untuk menjawab soalan-soalan yang diberi.
5. Pastikan semua jawapan betul untuk mendapat markah.
Soalan 1
Nyatakan dua jenis nutrisi.
i) Autotrof
ii)Heterotrof
Soalan 2
Bandingkan nutrisi autotrof dan nutrisi heterotrof.
Autotrof Heterotrof
Boleh mensintesiskan makanan Organisma yang tidak boleh
sendiri melalui proses mensintesiskan nutrisinya sendiri.
fotosintesis/kemosintesis
Soalan 3
Kelaskan organisma di bawah mengikut jenis nutrisi.
Kemoautotrof Bakteria penitritan
Fotoautotrof Pokok bunga ros, periuk kera
Saprofitisme yis, kulat
Holozoik Periuk kera, kambing, serigala, lembu, arnab
Parasitisme cacing gelang, rafflesia, kutu anjing
Jenis-jenis Nutrisi

Autotroph Heterotroph

Kemoautotrof Holozoik

Fotoautotrof Saprofitisme

Parasitisme

Anda mungkin juga menyukai