Anda di halaman 1dari 30

TOPIK 8

INSTITUSI ASAS KERAJAAN


PENGENALAN
• Dalam konteks institusi asas kerajaan ini antara istilah yang
penting adalah sperti Persekutuan, Kesatuan, Sistem
Berparlimen serta Sistem Berpresiden.
• Bentuk-bentuk negara
• Persekutuan (federal), kesatuan, dan konfederasi
• bagaimana sifat atau hubungan antara kekuasaan pusat dengan
institusi yang lebih bawah daripadanya seperti negeri dan
kerajaan tempatan
• Bentuk-bentuk pemerintahan
• sistem presiden dan sistem parlimen
• mengenai kekuasaan dalam erti kata horizontal, khususnya yang
berkaitan dengan eksekutif, legislatif dan kehakiman
BENTUK-BENTUK NEGARA
• Negara Konfederasi (confederation)
• Terdiri daripada beberapa negara berdaulat penuh yg
berusaha utk memepertahankan kedaulatan atas dasar
perjanjian antarabangsa, mempunyai keuasaan tertentu
terhadap negara konfedarasi tetapi tidak terhadap
warganegara.
• Miriam Budiardjo
• Konfederasi itu sendiri pada hakikatnya bukan negara, baik
ditinjau dari sudut ilmu politik maupun dari sudut aspek
antarabangsa.
• Tidaklah menghilangkan ataupun mengurangi kedaulatan setiap
negara yang menjadi anggota Konfederasi.
• Kesatuan Eropah
• is a large state composed of many self-governing regions
NEGARA KESATUAN (UNITARY)
• Pemerintah pusat atau nasional memegang kedudukan
tertinggi dan memiliki kekuasan penuh dalam sistem atau
perundangan pemerintahan.
• Tiadan penurunan kuasa kepada pemerintah yg lebih bawah
(seperti negeri atau daerah) .
• Namun, pemerintah pusat masih ada autoriti utk
menyerahkan sedikit kuasa berdasarakan hak autonomi
(desentralisasi)
• Wujud keseragaman undang2
• e.g. Union of Soviet Socialist Republics
• formed by a compact between political units that surrender
their individual sovereignty to a central authority but retain
limited residuary powers of government
NEGARA PERSEKUTUAN
• Adanya pemisahan kekuasaan negara antara pemerintahan
pusat dgn pemerintahan yang lbh rendah spt negeri, wilayah,
provinsi.
• Pembahagian termaktub dalam perlembagaan
• Cth: Malaysia

• Apa perbezaan Konfederasi dgn persekutuan?


• Persekutuan-
• tetap merdeka sepenuhnya .
• Konfederasi
• Negara-negara yang bergabung akan kekurangan dari segi
kedaulatannya
• Perbezaan Konfederasi dgn Kesatuan?
• Konfederasi-
• Negara bebas membentuk undang-undang sendiri serta berkuasa
dlm membentuk organisasi dlm batas2 yg ditetapkan oleh
konfederasi
• Kuasa membentuk udg2 pusat dinyatakan terperinci
• Kesatuan–
• Pemerintah daerah telah ditetapkan garis panduan oleh pusat
• Kuasa membentuk udg2 ditetapkan dalam satu rumusan
umum
BENTUK2 PEMERINTAHAN

SISTEM BERPRESIDEN: PENGASINGAN KUASA


Doktrin pengasingan kuasa amat sinonim dengan perlembagaan
Amerika Syarikat (Elliott, 1971: 385).

Tujuan untuk mengawal dan menghadkan kuasa antara ketiga-


tiga institusi mengikut peranan masing-masing.
 Dipraktiskan agar tiap-tiap badan dapat berperanan dalam landasan
yang betul.
 Tidak mencampuri urusan dan bidang kuasa badan lain.

Pengasingan kuasa merupakan kaedah membentuk “semak dan


imbang” (check and balance) (Roskin et al., 2003: 260) dalam
sistem pemerintahan.
… samb
 Tujuan “semak dan imbang” supaya setiap dasar, program,
keputusan dan tindak tanduk tiap-tiap badan dapat dipantau dan
diawasi oleh badan yang lain.

 Dalam teori pengasingan kuasa, tiga bentuk kuasa boleh dikenal


pasti melalui peranan yang berbeza.
 Kuasa badan perundangan adalah membuat undang-undang.
 Kuasa eksekutif untuk menguatkuasakan undang-undang dan dasar-dasar.
 Kuasa kehakiman untuk mengadili dan mengenakan hukuman kepada
individu-individu yang melanggar undang-undang.
SISTEM BERPARLIMEN: PERCANTUMAN
KUASA
 Apabila membincangkan tentang teori atau doktrin percantuman
kuasa, ia secara tidak langsung turut membawa kepada
perbincangan mengenai teori pengasingan kuasa.

 Tiada perbezaan yang besar di antara kedua-dua doktrin ini.

 Intipati kedua-dua teori ini adalah sama iaitu tentang tiga cabang
pemerintahan iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan
kehakiman.
 Bezanya dalam teori pengasingan kuasa, peranan dan fungsi
ketiga-tiga badan pemerintahan itu adalah berasingan atau
terpisah di antara satu sama lain.

 Sedangkan dalam teori percantuman kuasa walaupun peranan


dan fungsinya juga dibincangkan secara berasingan, tetapi dari
segi amalannya keahlian dalam badan eksekutif adalah daripada
badan perundangan.

 Atas prinsip inilah ia dikatakan sebagai percantuman kuasa.


… samb
Negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
ala-British pula dikatakan melaksanakan doktrin
percantuman kuasa (Crystal, 1990: 1089; dan Ramanathan,
1992: 236).
 Dengan kata lain, mengizinkan amalan ini dilakukan (Roskin et
al., 2003: 260).

Justeru itu, model demokrasi berparlimen ala-British juga


disebut model Westminster banyak diamalkan di negara-
negara Komanwel atau bekas jajahan British termasuk
Malaysia.
Pelaksanaan doktrin ini mempunyai kaitannya dengan
perlembagaan negara-negara berkenaan.
 Di Malaysia jelas perkara ini termaktub di bawah Perkara 43(1),
43(2a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan.

 YDA akan melantik Perdana Menteri daripada salah


seorang ahli Dewan Rakyat (yang telah dipilih
menerusi pilihan raya) untuk menjadi ketua kerajaan
dan mempengerusikan Jemaah Menteri yang telah
mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
… samb
 Percantuman kuasa bukanlah bermakna mengurangkan bilangan
badan pemerintahan itu daripada tiga menjadi dua.

 Bukan juga bermaksud menyatukannya untuk menjadi satu fungsi


atau peranan sahaja.

 Percantuman kuasa (antara badan eksekutif dan perundangan)


bukan secara fizikal yang membabitkan struktur kedua-dua badan
berkenaan, tetapi hanyalah sekadar amalannya apabila ahli dewan
perundangan dibenarkan untuk dilantik sebagai ahli badan eksekutif.

 Ahli dewan perundangan yang telah dipilih melalui pilihan raya akan
dilantik ke dalam badan eksekutif.
… samb
 Inilah apa yang wujud dalam sistem kerajaan berparlimen iaitu
“percantuman” antara badan eksekutif dan perundangan.

 Apabila keadaan “percantuman” itu berlaku, maka perwakilan
mempunyai dua peranan yang berbeza dalam masa yang sama.
 Perlu diingat bahawa “percantuman” itu tidak mengubah prinsip dan
peranan tiap-tiap badan berkenaan, tetapi ia kekal seperti sedia ada
dengan peranan dan fungsi masing-masing.
BADAN
LEGISLATIF/PERUNDANGAN
 Kebanyakan negara mempunyai dewan perundangan dengan
bentuknya yang tersendiri.
 Tidak semua ahli dewan perundangan terutama yang memiliki
dua dewan dipilih menerusi pilihan raya.
 Lazimnya, ia hanya melibatkan dewan rendah sahaja dan jika negara
berkenaan hanya ada satu (tunggal) dewan (single chamber).

 Dewan perundangan merupakan agensi rasmi kerajaan dengan


peranannya yang tersendiri.
 Merupakan institusi multi-fungsi dan melaksanakan banyak peranan.
 Paling terkenal peranannya sebagai institusi membuat undang-
undang (lawmaking).

• Di negara-negara negara moden pada hari, kebanyakan sistem


dewan perundangan berasaskan satu dewan (unicameral) dan
dua dewan (bicameral).
… samb
 Dalam sistem dua dewan, dewan rendah (House of Commons)
memiliki kuasa lebih besar berbanding dewan tinggi (House of
Lord) khususnya dalam sistem demokrasi berparlimen seperti
British dan Malaysia.

 Bagi Amerika Syarikat pula yang berasaskan sistem berpresiden,


dewan tinggi (Senate) lebih berkuasa daripada dewan rendah
(House of Representatives).

 Pemilihan ahli dewan rendah mahupun dewan tunggal (single
chamber) adalah menerusi pilihan raya.

 Bagi dewan tinggi pula, ahlinya ditentukan melalui perlantikan
atau gabungan (pemilihan dan perlantikan) (Elliott, et al., ibid.,
616).
… samb
 Bagi Ball (op cit., 169) pula, dewan perundangan boleh dikelaskan
kepada tiga iaitu: (i) hubungan dengan eksekutif; (ii) fungsi
perundangan; dan (iii) fungsi perwakilan.

 Pertama, hubungan dewan perundangan dengan badan eksekutif


dalam sistem demokrasi berparlimen melibatkan perlantikan
ketua kerajaan atau eksekutif sebagai Perdana Menteri atau
Canselor.

 Kedua, fungsi dewan perundangan yang utama iaitu membuat


undang-undang.

 Ketiga, ahli dewan perwakilan boleh berfungsi untuk menjadi


wakil kepada kerajaan yang memerintah atau parti yang
diwakilinya.
BADAN EKSEKUTIF
 Dalam sistem demokrasi berparlimen, Kabinet (Cabinet) adalah
institusi asas kerajaan yang mesti mendapat kepercayaan
daripada Parlimen.

 Penggunaan istilah badan eksekutif adalah merujuk kepada


Kabinet.

 Di Amerika Syarikat, pengundi akan memilih secara langsung


ketua kerajaan atau Presiden,

 Di Britian perlantikan ketua kerajaan atau Perdana Menteri


dipilih daripada kalangan ahli dewan perundangan yang lazimnya
adalah ketua parti yang memperolehi kerusi majoriti.

 Kebanyakan negara Komanwel (bekas jajahan Britian) banyak


mencontohi corak eksekutif Parlimen British.
… samb
 Perlantikan Perdana Menteri dan kabinet ditentukan oleh
institusi parti politik yang mempunyai majoriti atau melalui
pakatan atau gabungan bagi membentuk kerajaan campuran.

 Dewan perundangan atau Parlimen hanya mengesahkan


perlantikan tersebut.
Kerajaan (government) dalam sistem berparlimen adalah
terdiri daripada sejumlah cawangan eksekutif seperti
Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan Penolong
atau Pembantu Menteri (Godwin & Wahlke, 1997: 450).

Dalam sistem berparlimen, ia merupakan suatu sistem di
mana ahli-ahli badan eksekutif adalah mereka yang telah
dipilih dalam dewan perundangan atau Parlimen untuk
diangkat menjadi menteri.
 Oleh sebab itu, Kabinet atau eksekutif adalah bertanggungjawab
kepada Parlimen.
… samb
 Kabinet merujuk kepada suatu kumpulan kecil ahli politik kanan
daripada dewan perundangan yang telah dilantik yang
bertanggungjawab bagi menerajui pentadbiran negara.
 Kerajaan itu dikenali sebagai kerajaan berkabinet.

 Jemaah menteri kumpulan yang bertanggungjawab dalam


membentuk dan melaksanakan dasar-dasar negara.
 Perdana Menteri adalah pengerusi badan eksekutif.
 Tempoh perkhidmatan eksekutif bergantung kepada kekerapan
pilihan raya untuk menukar pemerintah atau sebaliknya.
BADAN KEHAKIMAN
• Hakim dan mahkamah undang-undang merupakan aspek
penting dalam seluruh proses politik.
 Satu pandangan yang serong tentang proses tersebut akan timbul jika
terdapat pemisahan fungsi yang terlalu sempit.

• Ada negara mahkamahnya mempunyai kuasa politik seperti di


USA iaitu Mahkamah Agung Amerika.
• Terdapat dua sebab utama terdapat hujah yang menyatakan
bahawa sistem kehakiman merupakan sebahagian daripada
proses politik:
 Pertama, mengikut tradisi, teori demokrasi liberal mengutamakan
keperluan untuk melindungi warganegara daripada negara yang
mempunyai kuasa yang terlalu luas.

Teori ini menekankan kekecualian proses kehakiman


dan untuk mengukuhkan lagi penghormatan dan
keyakinan menerima keputusan yang dibuat oleh badan
kehakiman.

Timbul kegelisahan dalam regim demokratik liberal yang


tertentu tentang perkembangan mahkamah
pentadbiran dan tribunal pentabdiran yang berbentuk
quasi kehakiman.
… samb
 Kedua, perkembangan ini telah membawa kepada
penekanan aspek doktrin pengasingan kuasa untuk
mengelakkan daripada pemusatan kuasa yang
terlalu tinggi.

Dalam sistem politik sosialis, doktrin pemisahan


kuasa tidak diiktiraf sekalipun dalam bentuk
dakwaan luaran.

Parti dianggap sebagai penjelmaan kehendak


rakyat, dan mahkamah merupakan hamba rakyat.

Mahkamah dalam sistem politik ini menerima


arahan daripada parti.
• Untuk meneliti peranan badan kehakiman dalam proses
politik, beberapa perkara perlu diberikan perhatian:

 Sifat undang-undang dan perhubungannya dengan


proses pembuatan keputusan politik.

 Struktur mahkamah dan pemilihan kakitangannya.

 Fungsi mahkamah dan sifat kawalan luaran.

 Hubungan antara warganegara dengan proses


undang-undang.
FUNGSI BADAN
KEHAKIMAN
• Mahkamah melaksanakan pelbagai fungsi dalam sistem politik.
Bergantung kepada darjah pengkhususan yang terlibat.

• Untuk meneliti bidang tanggungjawab kehakiman, terdapat 4


kumpulan fungsinya yang tersendiri:
Kajian semula kehakiman (judicial review) dan pentafsiran
undang-undang.

Timbang tara antara institusi-institusi yang berasingan dalam


proses politik.

Sokongan umum untuk sistem politik yang sedia ada.

Perlindungan hak individu.


• Kuasa untuk mengkaji semula keperlembagaan
keputusan dan perundangan berbeza antara satu negara
dengan negara.

• Di Britian, kedaulatan undang-undang Parlimen dan ketiadaan


perlembagaan bertulis yang berkanun memaksa mahkamah
mentafsirkan akta-akta Parlimen bersama dengan niat mereka
yang merangka undang-undang tersebut sebagai pertimbangan
yang paling utama.
… samb
• Di USA, mahkamah boleh membantah undang-undang yang
dikemukakan dengan alasan ia bertentangan dengan
perlembagaan.

• Bertindak sebagai penimbang tara.


Semua mahkamah perlembagaan memainkan peranan yang
penting dalam menimbang tara pelbagai institusi politik.
Melibatkan sama ada kerajaan persekutuan dengan negara
atau antara badan eksekutif dengan perundangan.
Mencari jalan penyelesaian demi kepentingan rakyat
… samb
• Mahkamah juga boleh berfungsi untuk mendapatkan sokongan
umum terhadap politik.
Mahkamah perlembagaan memainkan peranan paling penting
iaitu menetapkan dan menyokong sistem politik yang sedia ada.
Fungsi ini banyak bergantung kepada budaya politik dalam
negara itu.

• Walaupun mahkamah terlibat dalam proses membuat keputusan


politik, namun ia perlu menekankan kekecualian politiknya dan
meningkatkan rasa hormat yang diberikan pada keputusan
mahkamah.
• Mahkamah merupakan satu aspek yang penting dlaam
mengesahkan output kerajaan.
• Mahkamah juga berfungsi dalam melindungi hak sivil atau rakyat.
Ada perlembagaan negara yang tidak menyebut pasal hak dan
kebebasan sivil.
Ini menjadi tanggungjawab mahkamah untuk mentafsir
perlembagaan itu demi hak dan kepentingan rakyat.
Isu yang kerap dan banyak dibawa dan diselesaikan dalam
mahkamah berkaitan hak sivil dalam sistem politik yang ada
adalah soal perkauman, diskriminasi, penindasan dan sebagainya.

• Selain itu, mahkamah juga boleh terlibat dalam proses penentuan


keputusan pilihan raya sama ia sah atau tidak.

Anda mungkin juga menyukai