Anda di halaman 1dari 27

BAB5 : SUMBANGAN KHALIFAH

NAMA : MUHAMMAD AQIL IMRAN BIN NAZRI


KELAS : 6 EKONOMI 2 SEM 2
GURU PEMBIMBING : PUAN DAYANG KHURSIAH BINTI MOHD
HASAN
SEKOLAH : SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN
SUMBANGAN KHALIFAH :-
Abu Bakar As-
01 Siddiq 04 Ali Bin Abi Talib

Umar Bin Abdul


02 Umar Al-Khattab 05 Aziz (Bani Umayyah
)
Harun Al-Rsyid
03 Uthman Bin Affan 06 (Bani
Abbasiyah)
SUMBANGAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ
1 . Dalam medan dakwah
● Abu Bakar mempunyai peribadi yang baik dan mulia yang telah
dikenali oleh kaumnya
● Ramai orang datang kepadanya untuk meminta bantuan berkaitan
perdagangan
● Abu Bakar mengambil kesempatan yang baik ini untuk mengajak rakan
rakannya untuk memeluk agama Islam
● Antara rakan Abu Bakar yang berjaya memeluk Islam disebabkan
dakwahnya ialah Zubair Bin Awwam , Uthman Bin Affan dan Talha Bin
Ubaidah
2 . Memerangi pembangkang zakat
• Para pembangkang zakat telah berkumpul dan mengadakan
gerombolan yang banyak di Kota Makkah . Golongan ini diketuai oleh
Malik al-Nuwairah
• Perkara ini menyebabkan Abu Bakar bertekad untuk memerangi kaum
pembangkang zakat
• Beliau menyerang gerombolan mereka dan menyapu dari tempat-
tempat mereka sehingga bersih
• Para suku pembangkang zakat kemudian datang menyerahkan harta
zakat.
3 . Memerangi Golongan Al- Riddah
• Abu Bakar juga menghapuskan golongan murtad dan nabi palsu dengan
membahagikan pasukan tenteranya kepada sebelas bendera. Setiap satu
bendera, diangkat seorang panglima dan diberangkatkan menuju arah yang
berbeza- beza
• Panglima Khalid bin Khuwailid menuju ke suku Bani Asad dan setelah selesai
beliau diberangkatkan menuju kepada Malik bin Nuwairah, iaitu pimpinan
Bani Tamim di Baithah
• Lima bendera diberangkatkan ke selatan untuk memerangi kaum murtad yang
berada di daerah Yaman, Kandah, Hadramaut, Bahrain dan Oman
• Sebelum melancarkan perang, Abu Bakar telah mengutuskan surat agar
mereka kembali kepada agama Islam, namun hanya sebilangan kecil sahaja
yang menerimanya.
4 . Perluasan kuasa
• Khalifah Abu Bakar telah menyebarkan agama Islam ke Rom, Parsi
dan Syria
• Rom merupakan sebuah kerajaan yang besar dan kuat yang mengusai
Mesir. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum dan beragama
Kristian
• Rakyatnya memberontak disebabkan pemerintahannya yang zalim
• Keadaan yang sama turut berlaku di Parsi. Panglima Khalid Al-
Walid dan Muthana bin Harith dengan mudahnya menakluki Parsi
• Ini merupakan perluasan kuasa Islam pertama oleh Khalifah Abu
Bakar
SUMBANGAN UMAR AL-
KHATTAB
1 . Bidang pemerintahan
• Perluasan kuasa Islam secara besar- besaran telah terjadi sehingga
zaman ini dinamakan Futuhat al- Islamiyah (perluasan wilayah Islam)
• Pasukan Islam berjaya menduduki Syria, Parsi, Iraq, Mesir, dan
Palestin
• Khalifah Umar juga telah membentuk Majlis Permusyarawatan,
Anggota Dewan dan memisahkan lembaga pengadilan
• Wilayah Islam telah dibahagikan kepada lapan yang terdiri daripada
beberapa daerah dan subdaerah. Setiap daerah telah dilantik gabenor
2 . Bidang pentadbiran
• Khalifah Umar telah menubuhkan Majlis Syura yang merupakan lembaga atau
majlis perunding yang tertinggi
• Majlis Syura terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura
Am
• Anggota tertinggi Majlis ini diketuai oleh wakil dari golongan Muhajirin dan
Ansar
• Melalui Majlis Syura ini, beliau dapat mengetahui permasalahan yang berlaku
• Beliau turut memberi kebebasan kepada rakyat untuk memberikan pendapat dan
mengemukakan persoalan demi kebaikan dan keadilan Islam
3 . Bidang ekonomi
• Terusan telah diwujudkan bagi memajukan sistem pertanian seperti Terusan
Amirul Mukminin
• Khalifah Umar juga membina Empangan Abu Musa dan tanah juga diselidik
untuk menempatkan tanaman yang sihat dan berkualiti. Rakyat digalakkan
membuka tanah- tanah baru bagi memperbanyak hasil pertanian
• Sekiranya tanah itu tidak dikerjakan maka tanah tersebut ditarik balik
• Cukai telah diperkenalkan untuk menambahkan pendapatan di kawasan tertentu
• Cukai jizyah telah dikenakan kepada golongan zimmi dan kharaj berdasarkan
jenis tanaman dan kesuburan tanah
• Baitulmal telah didirikan untuk mengawal aliran masuk pendapatan Negara
4 . Bidang sosial
• Khalifah Umar telah melakukan polisi baru untuk golongan zimmi. Taraf dan
hak awam telah diberikan sama rata
• Golongan zimmi yang menentang Islam akan dibuang dan dihalau keluar dari
Negara. Harta mereka tidak dirampas, malah harta yang tidak dapat
dipindahkan akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam
• Umar al-Khattab telah meningkatkan taraf bagi golongan hamba
• Golongan hamba tidak lagi ditindas dan dihina kerana mereka diberikan hak
kepentingan sosial dan taraf yang baik
• Beliau menetapkan hamba perempuan yang menjadi ibu tidak akan dijual
sesuka hati dan hamba yang bekeluarga tidak boleh dipisahkan dengan
keluarga mereka
• Sebarang salah laku berkaitan hal ini akan dikenakan tindakan
SUMBANGAN UTHMAN BIN AFFAN
1 . Bidang ketenteraan
● Khalifah Uthman memperluas wilayah Islam ke empayar Rom Timur
dan empayar Parsi pada zaman kegemilangannya
● Wilayah terbaru yang telah berjaya ditakluki ialah Cyprus,
Afghanistan, Samarqand, Libya, Algeria, Morocco, Tunisia dan
beberapa buah Negara lain
● Beliau menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi
menjamin keselamatan Negara dan melakukan perluasan kuasa.
Banyak Negara telah dibuka melalui angkatan tentera ini
2 . Pembukuan Al-Quran
• Apabila ramai yang menganut agama Islam maka terjadilah
perbezaan dengan wilayah- wilayah lain
• Mereka menghadapi masalah dalam mempelajari al- Quran dan
banyak terdapat perbezaan bacaan yang membawa kepada kesalahan
bacaan antara satu tempat dengan tempat lain
• Keadaan ini telah menyebabkan salah faham dan saling tuduh-
menuduh sesama orang Islam untuk menyatakan siapa yang betul
bacaannya
• Oleh itu, Khalifah Uthman menyatakan satu nafkhah al- Quran yang
digunakan secara rasmi oleh seluruh umat Islam
• Al- Quran yang berbeza telah dibakar
3 . Menyebarkan dakwah islam
● Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan berjaya
mengIslamkan ramai banduan
● Beliau juga banyak mengajar hukum- hukum Islam kepada
rakyatnya dan ramai pendakwah telah dihantar ke serata negeri bagi
memperluaskan ajaran Islam
● Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum dan petugas khas
yang memperbetulkan saf- saf solat
● Beliau menjalankan hukum- hakam berpandukan al- Quran dan as-
Sunnah
4 . Kerja - kerja pembangunan
• Uthman berjaya membina bangunan- bangunan pejabat, rumah-
rumah rehat untuk para pegawai di Kufah, Basrah dan Syria
• Jalan raya, jambatan dan telaga air dibina untuk keperluan para
pengembara dan tebing- tebing sungai dibina untuk mengatasi
maslah banjir
• Khalifah Uthman telah membesarkan masjid Nabawi dengan
membeli tanah bagi memperluaskan kawasan tersebut
SUMBANGAN ALI BIN ABI TALIB
1 . Menerima jawatan khalifah
● Saidina Ali sanggup menerima jawatan khalifah walaupun pada
masa itu Negara huru- hara kerana titik pertukaran politik
Negara Islam yang bercelaru apabila ramai pihak berebut untuk
menjadi ketua
● Saidina Ali telah berusaha bersungguh- sungguh sehingga
dibunuh kerana ingin mengekalkan keamanan Negara Islam
yang telah dibina oleh Nabi Muhammad SAW
2 . Menghentikan peperangan
• Beliau berusaha bersungguh- sungguh untuk mengekalkan kestabilan
dan keharmonian Negara Islam
• Beliau sanggup menghentikan peperangan saudara iaitu Perang
Siffin dan mengadakan rundingan walaupun tenteranya hampir
mencapai kemenangan apabila ada di kalangan pihak musuh yang
rela mengangkat al- Quran
3 . Meneruskan pengutipan cukai
● Untuk mengembangkan sistem ekonomi Negara , Saidina Ali
meneruskan kutipan cukai jizyah
● Hal ini telah dinyatakan dalam surat yang dihantarkan kepada Al-
Asytar
● Khalifah Ali meminta bantuan beliau mengikat perjanjian dengan
golongan zimmi untuk mengenakan jizyah kepada mereka
4 . Menubuhkan pasukan polis & anggota bersenjata
• Saidina Ali telah menubuhkan dan menyusun pasukan polis yang
diberi nama Al- Syurtah
• Tugasannya adalah mengendalikan perkara berkaitan jenayah yang
berlaku di tempat umum terutama di pasir besar
• Beliau juga melengkapkan angkatan bersenjata dengan menubuhkan
beberapa pasukan bersenjata seperti angkatan berkuda, angkatan
berjalan kaki, angkatan perisik yang terdiri daripada angkatan
perisik sayap kanan, kiri dan belakang
• Rakyat yang berkhidmat dalam angkatan senjata ini diberi
peruntukan gaji sebanyak 600 dirham ditambah dengan wang
kebajikan untuk keluarga masing- masing
SUMBANGAN UMAR BIN ABDUL AZIZ
(BANI UMAYYAH)
1 . Pentadbiran berlandaskan Al-Quran & hadis
● Beberapa perubahan berkaitan dasar pemeintahan kerajaan Umayah telah
berlaku semasa pentadbiran beliau, terutama yang berkaitan dengan
pelaksanaan undang-undang Islam
● Dasar pemerintahan beliau adalah bedasarkan al-Quran dan sunnah
● Dasar pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz banyak dipengaruhi sifat
beliau yang warak .Beliau juga tidak mengutamakan kemewahan duniawi
● Dasar pemerintahan Umar Abdul Aziz dikatakan hampi sama dengan dasar
pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, iaitu sangat mementingkan keadilan
tanpa membezakan antara orang Arab dan bukan Arab
2 . Menghidupkan kembali amalan syura dalam pentadbiran
• Khalifah Umar Abdul Aziz menghidupkan kembali amalan syura
dalam pentadbiran
• Melalui konsep syura, beliau mengadakan mesyuarat dalam
membuat sesuatu keputusan. Khalifah Umar Abdul Aziz terlalu teliti
dalam menguruskan penjalanan pentadbiran agar tidak terpesong
daripada konsep al-Quran dan Hadis
• Segala keputusan dilakukan melalui mesyurat yang dihadiri oleh
pegawai dan kakitangan kerajaan dan para sahabat
3 . Mengemaskini dasar luar negara dan polisi perluasan
wilayah
● Sebaik sahaja Khalifah Umar dilantik sebagai khalifah, beliau telah
mengarahkan supaya semua kegiatan peperangan dan penaklukan
dihentikan
● Tentera-tentera kerajaan yang sedang mengepung kota
Constantinople diarahkan pulang. Begitu juga dengan tentera yang
berada di kawasan bekas jajahan Byzantine
● Dasar penarikan tentera dari medan peperangan dan
memberhentikan peperangan serta penaklukan ini amat berbeza
dengan dasar pemerintahan khalifah Umayyah sebelumnya
4 . Pembaharuan ekonomi
• Beberapa dasar ekonomi baharu yang dijalankan oleh baginda juga telah
berjaya memakmurkan masyarakat Islam pada zamannya
• Melalui cukai tanah (kharaj). Tanah yang diperoleh melalui penaklukan akan
menjadi hak milik bersama orang Islam
• Membezakan antara cukai jizyah dengan kharaj
• Sebelum ini, seseorang individu perlu membayar kedua-dua cukai tersebut,
namun semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar, cukai jizyah hanya
dikenakan ke atas orang bukan Islam
• Manakala kharaj dikenakan kepada sesiapa yang memiliki tanah
• memansuhkan semua jenis perayaan, upacara rasmi kerajaan, hadiah serta
perbelanjaan lain yang membazir
SUMBANGAN HARUN AL-RASYID
(BANI ABBASIYAH)
1 . Hubungan diplomatik
● Dalam bidang politik pula, baginda telah mengadakan hubungan yang
baik dengan kuasa-kuasa asing seperti kerajaan Byzantine di
Constantinople , kerajaan Umayyah di Andalus & Perancis di Eropah
● Hubungan kerajaan Harun al-Rasyid dengan kerajaan perancis adalah
baik dan beliau tidak menghadapi banyak masalah berurusan dengan
negara Perancis
● Khalifah Harun dan rajanya, Raja Charlemenge dikatakan sering
bertukar bingkisan dan baginda pernah membantu Khalifah Harun
menghadapi Kerajaan Byzantine
2 . Kegiatan pembukuan
• Pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid, munculnya
ulama yang membukukan ilmu pengetahuan berkenaan dengan
sejarah (tarikh), kesusasteraan, lughah, hadis, fiqah, tafsir, dan
lain-lain
• Antara ulama yang terkemuka ialah Imam Malik (menyusun buku
al-Muwatta'), Ibn Ishaq (menyusun buku al-Sirah), dan Abu
Hanifah (menyusun buku Fiqah)
• Melalui proses pembukuan ini, ilmu pengetahuan dapat
berkembang luas dalam pemerintahan Bani Abbasiyah
3 . Kegiatan terjemahan
● Bagi memperkayakan dan memperbanyakkan sumber bacaan dan
khazanah ilmu pengetahuan, Khalifah Harun al-Rasyid
menggalakkan pakar bahasa menterjemahkan buku-buku asing
seperti dari China, India, Yunani, dan Parsi
● Penumpuan diberi kepada menterjemahkan buku-buku berkenaan
ilmu perubatan, falsafah, kesenian dan menterjemahkan buku-
buku agama dalam bahasa Arab kepada bahasa asing untuk
menyebarkan ilmu tersebut di luar tanah Arab
● Contohnya Jurjis bin Bakhitislu menterjemahkan buku
Pancatanra, Mahabhrata dan Sindhanta
4 . Memajukan bidang ekonomi
• Dalam bidang ekonomi, Khalifah Harun al-Rasyid telah menjadikan kota
Baghdad sebagai pusat perdagangan Timur dan Barat yang terbesar dan
tersibuk di dunia
• Banyak aktiviti perdagangan dijalankan di situ dan ini menarik kedatangan
ramai pedagang asing untuk berdagang di kota tersebut
• Contohnya , pedagang dari India membawa kain dan rempah-ratus,
pedagang dari China pula membawa teh dan sutera serta pelbagai barangan
dagangan lain seperti dari Mesir, Turki, Afrika dan Syria
• Selain kegiatan perdagangan, pertanian juga diutamakan
SEKIAN , TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai