2023/2024
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara
yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju
ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan
dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan
yang telah terkumpul sejak berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan
menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka
dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke
taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:
I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik ekonomi, sosial,
keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang
diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada
pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus
ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
7. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
8. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
9. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak
mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
10. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang
diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
11. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
12. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar
terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
13. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau
negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
14. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan ugama.
15. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara
dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
16. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
17. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat.
18. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari
dengan baik.
IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
19. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama bagi seseorang guru di
hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
20. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
21. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan
mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
22. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.
Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah
institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, (termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran,
organisasi dan penyeliaan pendidikan.)
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
2. Tafsiran.
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"bahan kurikulum" ertinya semua bahan yang digunakan dalam pengajaran kepada dan pembelajaran oleh murid;
"guru besar" atau "pengetua" ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah
Pendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola suatu sekolah swasta dan yang bertanggungjawab untuk mentadbir atau
mengurus suatu sekolah;
"jadual waktu" ertinya suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahan
dalam suatu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru
yang akan mengajar mata pelajaran itu;
"jadual waktu yang diluluskan" ertinya suatu jadual waktu yang diluluskan oleh Menteri;
"kegiatan kokurikulum" ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari
di bilik darjah;
"mata pelajaran" ertinya suatu bidang pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan;
"mata pelajaran elektif' ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 9 yang dipilih oleh murid di sekolah menengah
kerajaan dan bantuan kerajaan mengikut minat, bakat, kebolehan dan potensi mereka;
"mata pelajaran tambahan" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8 yang diajar menurut Akta di sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan;
"mata pelajaran teras" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5 yang mesti dipelajari oleh semua murid di
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan sekolah swasta;
"mata pelajaran wajib" ertinya semua mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7, selain daripada mata pelajaran
teras, yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;
"sukatan pelajaran" ertinya suatu pernyataan mengenai perkara untuk diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun
persekolahan atau mana-mana tempoh yang dinyatakan dalam tahun persekolahan itu;
"sukatan pelajaran yang diluluskan" ertinya suatu sukatan pelajaran yang diluluskan oleh Menteri.
3. Kurikulum Kebangsaan.
i. Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.
ii. Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran yang berikut:
a) mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5;
b) mata pelajaran wajib yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7;
c) mata pelajaran tambahan yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8;
d) mata pelajaran elektif yang dinyatakan dalam Jadual 9;
e) mata pelajaran untuk suatu kelas peralihan yang dinyatakan dalam Jadual 4; dan
f) mata pelajaran untuk peringkat Sijrl Tinggi Persekolahan Malaysia atau Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam Jadual 10
iii. Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:
a) penyertaan dalam sukan dan permainan;
b) penyertaan dalam persatuan dan kelab;
c) penyertaan dalam badan beruniform; dan
d) lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri.
iv. Peruntukan waktu minimum seminggu untuk mata pelajaran yang diajar di bawah kurikulum bagi sekolah kerajaan d a n bantuan
kerajaan di subperaturan (2) adalah dinyatakan dalam Jadual 11 hingga 15.
3. JADUAL WAKTU
4. SENARAI BUKU RUJUKAN
13. CATATAN
GAMBAR
TAIP NAMA ANDA DISINI
TAIP NAMA DAN
PROFIL ALAMAT SEKOLAH DISINI
MAKLUMAT
PERHUBUNGAN
MAKLUMAT
PERJAWATAN (A)
NO. FAIL JABATAN : ………………………
NO. FAIL SPP : ………………………
TARIKH LANTIKAN PERTAMA : ………………………
TARIKH PENGESAHAN JAWATAN : ………………………
TARIKH PENGESAHAN BERPENCEN : ………………………
TARIKH NAIK PANGKAT/GRED : ………………………
GRED PERJAWATAN : ………………………
MAKLUMAT
PERJAWATAN (B)
KELULUSAN AKADEMIK : ………………………
KELULUSAN IKHTISAS : ………………………
KATEGORI : ………………………
OPSYEN : ………………………
NO. GAJI : ………………………
NO. CUKAI PENDAPATAN : ……………………....
MAKLUMAT
SEKOLAH
TARIKH BERKHIDMAT
DISEKOLAH INI : ………………………
NAMA SEKOLAH SEBELUM INI : ………………………
JAWATAN YANG DISANDANG : ………………………
@username
MAKLUMAT LAIN :
DOKUMEN STANDARD
KANDUNGAN
PELAJARAN (DSKP)
SENARAI TUGAS GURU
BAHAGIAN A :
TUGAS 1 : KURIKULUM:
MATEMATIK 6B 240
MATEMATIK 6C 240
MATEMATIK 4A 240
MATEMATIK 4C 240
2.3 2.6
TUGAS 3 : KOKURIKULUM
4.2 4.5
4.3 4.6
SUKAN
PERTUBUHAN
SUMBANGAN
KREATIF
TAHUN/KELAS
HARI/MASA
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
ANALISIS
MATA PELAJARAN NAMA GURU KALI MASA
NAMA GURU
HARI/MASA
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
ANALISIS
MATA PELAJARAN SINGKATAN KELAS BIL
TANDATANGAN/
BIL TARIKH CATATAN/ULASAN
JAWATAN