Anda di halaman 1dari 9

STPM PENGGAL 1 (2014)

BAHAGIAN B

21.
 aspek pengangkutan dan kualiti udara yang
melebihi tahap sederhana
 aspek penggunaan tanah dan bangunan dan tadbir
urus alam sekitar berada pada tahap sederhana
 aspek bahan buangan dan penjagaan kebersihan
air berada di bawah tahap sederhana
BAHAGIAN B

21. Berdasarkan laporan Indeks Kehijauan Asia,


prestasi melebihi tahap sederhana dari aspek
pengangkutan dan kualiti udara. Sementara itu,
prestasi berada di bawah paras sederhana dalam
aspek bahan buangan dan penjagaan kebersihan
air.
BAHAGIAN B

22. Rakyat Malaysia kurang menghargai air


kerana Malaysia mempunyai sumber air yang
pelbagai di samping menerima taburan hujan
yang banyak sepanjang tahun.
BAHAGIAN B

23. Kebanyakan kawasan pelupusan sampah


terletak berdekatan dengan sungai menyebabkan
sisa-sisa beracun yang dibuang di kawasan ini
mencemarkan air sungai lalu menyebabkan
sumber air bersih semakin berkurangan. Selain itu,
proses urbanisasi yang disebabkan oleh
pembangunan yang pesat menyebabkan
perubahan penggunaan tanah seterusnya
menyebabkan sistem sungai berubah dari segi
kualiti.
BAHAGIAN B

24.
 menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak
yang menjalankan aktiviti yang menyebabkan
pencemaran tanah dan air
 mengadakan kempen kesedaran tentang
kepentingan alam sekitar dan kebersihan air
 merancang pembangunan secara sistematik
 melaksanakan program penghutanan semula
 menyenggara sumber air dengan berkesan
BAHAGIAN B

24. Untuk memperbaik kedudukan kita dalam hal


yang berkaitan dengan bahan buangan dan
penjagaan kebersihan air, pihak berkuasa haruslah
membuat perancangan pembangunan dengan
teratur dan sistematik. Dengan itu, pembangunan
dapat dijalankan dengan seimbang. Sebagai
contoh, pembangunan perlu dijalankan di kawasan
yang jauh dari sumber bekalan air untuk
mengelakkan berlakunya pencemaran sumber
bekalan air.
BAHAGIAN B

24. Pihak berkuasa hendaklah mengenakan


tindakan undang-undang yang lebih tegas
terhadap pihak yang menjalankan aktiviti yang
mencemarkan tanah dan air. Contohnya, pihak
berkuasa perlu mengenakan hukuman penjara
atau denda yang tinggi kepada pesalah tersebut.
Oleh itu, mereka akan berfikir dua kali untuk
melakukan kegiatan yang memudaratkan alam
sekitar.
BAHAGIAN B

24. Pihak berkuasa juga haruslah melaksanakan


kempen kesedaran tentang kepentingan kebersihan
air dan penjagaan alam sekitar. Contohnya, kempen
kitar semula, kempen menjimatkan penggunaan air,
dan sebagainya haruslah disiarkan melalui media
massa. Kempen ini perlu dijalankan secara
berterusan untuk memberikan kesedaran kepada
orang ramai dan mengelakkan sumber air tercemar.
(146 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai