Anda di halaman 1dari 8

PERMOHONAN PEMASANGAN TALIAN UNIFI DI PEJABAT FAMA NEGERI

SELANGOR DAN PASAR TANI KEKAL (PTK) PRESINT 4, PUTRAJAYA


BAGI TAHUN 2024.
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT FAMA NEGER SELANGOR
TUJUAN
Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendapatkan perakuan dan kelulusan daripada Jawatankuasa
Perolehan ICT (JPICT) FAMA bagi Pemasangan talian Unifi di Pejabat FAMA Negeri Selangor dan Pasar
Tani Kekal (PTK) Presint 4, Putrajaya bagi tahun 2024.
LATAR BELAKANG
1. Talian internet yang sedia ada pada pejabat berikut serta bilangan kakitangan :

TALIAN INTERNET SEDIA


PEJABAT BILANGAN KAKITANGAN
ADA

PEJABAT FAMA NEGERI


70 ORANG MyGovNet 100Mbps
SELANGOR

PASAR TANI KEKAL (PTK)


3 ORANG Tiada
PRESINT 4, PUTRAJAYA
PERNYATAAN MASALAH

 Pemasangan talian Unifi pada kedua-dua pejabat ini amat perlu kerana akan digunakan kepada
perkara-perkara yang melibatkan penggunaan internet yang tinggi seperti contoh, kelancaran semasa
mesyuarat atas talian dan juga bertindak sebagai talian kecemasan atau talian pendua sekiranya talian
utama daripada MyGovNet mengalami masalah di Pejabat FAMA Negeri Selangor.

 Selain daripada itu, pemasangan talian Unifi di Pasar Tani Kekal (PTK) Presint 4, Putrajaya juga
menjadi asas penyediaan infra kepada operasi pasar tersebut bagi kegunaan peniaga dan juga
pengunjung dimana seiring dengan peredaran masa pembelian secara atas talian.
JUSTIFIKASI

 Faktor utama pemasangan talian unifi ini adalah untuk memastikan talian internet stabil di Pejabat
FAMA.
 Persediaan sekiranya berlaku kecemasan pada talian internet utama daripada pihak MyGovNet, talian
internet di pejabat terus berfungsi dengan baik.
 Menjadi tarikan dan persediaan infra bagi kegunaan kepada peniaga dan juga pengunjung di Pasar Tani
Kekal (PTK) Presint 4, Putrajaya.
IMPLIKASI KEWANGAN

 Unit Teknologi Maklumat Negeri Selangor ingin memohon peruntukan sebanyak RM 17,757.12 bagi penyewaan
talian Unifi 2 pejabat selama 2 tahun (24 bulan). Kiraan harga ini berdasarkan harga semasa dan menggunakan vot
Bahagian Teknologi Maklumat Ibu Pejabat.

JUMLAH HARGA 24
ITEM HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH UNIT
BULAN (RM)

SPEED 2Gbps 399 + 6% 1 10,150.56

SPEED 500Mbps 299 + 6% 1 7,606.56

JUMLAH KESELURUHAN RM 17,757.12


LAMPIRAN
PENUTUP

 Pemasangan ini adalah amat penting untuk menjamin kelancaran kerja-kerja yang melibatkan
kakitangan FAMA. Adalah diharapkan semoga permohonan ini diberi pertimbangan yang
sewajarnya dan diluluskan oleh Jawatankuasa Perolehan ICT FAMA agar Pemasangan talian Unifi
di Pejabat FAMA Negeri Selangor dan Pasar Tani Kekal (PTK) Presint 4, Putrajaya disokong dan
diluluskan dengan anggaran harga yang sebanyak RM 17,757.12

Anda mungkin juga menyukai