Anda di halaman 1dari 43

PERISIAN

ADOBE

PHOTOSHOP

DISEDIAKAN OLEH: ~DIELA~

PENGENALAN ADOBE PHOTOSHOP


Adobe Photoshop, atau biasa disebut Photoshop, adalah penyunting grafik yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Adobe Systems yang dikhaskan untuk penyuntingan foto/gambar dan pembuatan kesan gambar. "Photoshop" bermaksud "kedai foto" dalam Bahasa Inggeris.

Perisian ini banyak digunakan oleh jurugambar digital dan perusahaan iklan sehingga dianggap sebagai pasaran utama untuk perisian pengolahan gambar, dan, bersama Adobe Acrobat, dianggap sebagai produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh Adobe Systems. Versi kelapan aplikasi ini disebut dengan nama Photoshop CS, versi kesembilan disebut Photoshop CS2 dan seterusnya.

Photoshop dapat menerima penggunaan beberapa model warna: Model warna RGB
Image > Mode > RBG Color Model warna ini biasanya dipakai untuk menampilkan warna dalam layer monitor, karena semua jenis layer monitor menggunakan campuran warna aditif, yaitu merah, hijau, dan biru (red, green, blue).

http://pengantar-warna.blogspot.com/2008/10/model-warna-rgb.html

Model warna Lab color model


Image > Mode > Lab Color Jika menggunakan model warna ini, dalam Adobe Photoshop akan terlihat 3 (tiga) buah channel warna. Channel yang pertama berisi informasi Lightness/Luminance. Channel yang kedua berisi informasi warna A (warna kromatik hijau sampai merah). Channel yang ketiga berisi informasi warna B (warna kromatik biru sampai kuning), nilai Lightning adalah 0-100, sedangkan nilai warna A dan B adalah -120 hingga 120.

http://www.bengkelwebdesign.com/mahasiswa/modul/photoshop/model_warna

Model warna CMYK


Image > Mode > CMYK Color Model warna ini biasanya digunakan pada alat reproduksi gambar seperti printer dan alat-alat cetak lainnya. Warna yang terbentuk adalah warna campuran dari beberapa warna (4 warna), yaitu : Cyan, Magenta, Yellow (kuning), dan Black (hitam).

http://pengantar-warna.blogspot.com/2008/11/model-warna-cmyk.html

Grayscale Image > Mode > Bitmap Model warna ini hanya menggunakan 2 (dua) buah warna yaitu : hitam dan putih. Apabila gambar berwarna diubah menjadi model warna bitmap, maka warna asli gambar tersebut akan berubah menjadi hitam putih. Warna yang dihasilkan akan membentuk gambar Halftone Screen nilai dept yang di dapat dari warna bitmap adalah 1 bit. Bitmap Image > Mode > Grayscale Model warna ini hampir sama dengan model warna bitmap, namun model grayscale memiliki nilai dept sampai 8 bit. Nilai warna putih adalah 0-255, sedangkan nilai warna hitam adalah 0-100 Duotone Image > Mode > Duotone Model warna ini hanya menggunakan 2 (dua) buah channel warna, dan dapat ditentukan warna yang dipilih sesuai selera kita. Selain model warna Duotone ada pula model warna Monotone, Tritone, dan Quadrone.

Photoshop ialah produk perisian penyunting imej yang boleh digunakan untuk memperelok foto dan lukisan dengan menambah dan mengurus warna pada imej grafik. Photoshop didatangkan dengan pelbagai fungsi bagi memudahkan pengguna untuk memilih, melukis, dan menyunting imej. Antara peralatan yang disediakan di dalam photoshop ialah seperti multiple undo, pengurusan warna dan pengurusan layer.

KEMUDAHAN PHOTOSHOP
Toolbox
Toolbox disediakan bagi membolehkan anda memilih pelbagai fungsi seperti: alat pemadam, alat pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan warna, membuat mask, menulis, membentuk, mewarna.
Rajah 1: Alat Toolbox

Kemudahan-kemudahan ini digabungkan dengan Brushes iaitu alat untuk memberus dan Palettes iaitu alat untuk mengesan dan mengubah sesuatu imej secara digital.

Palettes Tiga jenis palettes yang biasa digunakan iaitu:


Layers Kemudahan Layers telah menjadikan Photoshop sebagai sebuah perisian yang berkuasa berbanding perisian-perisian penyunting imej yang lain. Bayangkan layers sebagai kepingan-kepingan garam asid yang bertindih satu sama lain. Jika tidak terdapat apa-apa imej pada layer atas, anda boleh menyelak layer di bawahnya.

Di bahagian bawah sekali adalah lapisan bagi latar belakang imej atau background. Background adalah lapisan yang dilindungi dimana filter dan effects tidak boleh digunakan pada lapisan ini.

Rajah 2: Layers

History History ialah papan yang mengandungi 20 perubahan terakhir yang berlaku pada imej anda.

Ini membolehkan anda bekerja pada imej-imej yang asli tanpa perlu membuka fail yang baru, hanya klik pada history. Jika anda telah melakukan kesilapan semasa proses menyunting, anda boleh memilih imej asli iaitu imej asal tanpa perlu risau jika anda kehilangan punca semasa proses suntingan dilakukan.

Rajah 3: History

Berikut adalah area kerja Adobe Photoshop :

Keterangan : a. Menu. b. Tool Option Bar. c. ToolBox. d. Berbagai jenis palette seperti, history, action, brush option. e. Navigation palette, color palette dan layer palette.

Antara perisian lain yang sangat popular yang digunakan untuk mengedit foto: o Corel Painter o Print Shop Pro o Photo Impact

KEGUNAAN PHOTOSHOP
Terlalu banyak kegunaan adobe photoshop untuk ditunjukkan di sini. Secara umumnya anda boleh melakukan apa saja ke atas imej anda menggunakan Photoshop seperti membersihkan kotoran pada foto lama, memotong (crop) bahagian-bahagian tertentu, mengecilkan saiz gambar, menghasilkan efek tertentu dan pelbagai kegunaan lain.

Foto lama diperbaharui

Menambah rambut

Membotakkan kepala

KELEBIHAN PHOTOSHOP
Kelebihan Adobe Photoshop terletak pada filter dimana anda boleh menggunakan filter yang sedia ada untuk menghasilkan efek-efek tertentu pada imej dan gambar. Anda boleh memasang filter plug-in yang dibangunkan oleh pembangun perisian lain.

Sebaik sahaja dipasang, filter baru akan dipaparkan di bahagian menu Filter bersama-sama dengan filter sedia ada.
Jika anda berminat untuk menghasilkan modul plug-in sendiri, anda boleh lakukannya dengan menghubungi Adobe Systems Developer Support. Selain filter, kemudahan layer disediakan untuk melakukan banyak tugas seperti membentuk, menyembunyi, mempamer, menyalin dan membuang

CONTOH APLIKASI ADOBE PHOTOSHOP


Mengubah dan membesarkan mata Tutorial ini akan menunjukkan cara bagaimana untuk membesarkan mata seseorang menggunakan Adobe Photoshop. Contoh foto Fazura berikut:

1) Pilih bahagian mata sebelah kanan menggunakan "Rectangular Marquee", klik kanan dan pilih "Layer via Copy". Lihat Rajah 1

Rajah 1

2) Satu layer baru akan dihasilkan dalam Layers. Lihat rajah 2

Rajah 2

4) Pilih layer "mata kanan" dan tekan kekunci CTRL + T


5) Dalam "Options", tekan butang "Maintain Aspect Ratio", kemudian naikkan saiz kelebaran (width) kepada 120%. Lihat Rajah 3

Rajah 3 * Ulang langkah 1 hingga 5 untuk mata sebelah kiri.

Membersihkan Bahagian Mata Selepas selesai membesarkan saiz kedua-dua bahagian mata, sekarang anda perlu membersihkan sudut-sudut di bahagian matanya pula.

Untuk membersihkan sudut-sudut di bahagian mata, gunakan "Eraser Tool". Caranya ialah dengan memilih layer "mata kanan" dan padamkan sudut-sudut lebihan di sekitarnya menggunakan "Eraser Tool". Ulang cara yang sama untuk layer "mata kiri". Lihat Hasilnya:

RUJUKAN http://ms.wikipedia.org/wiki/Adobe_Photos hop http://www.ilmuit.com/category/48 http://www.youtube.com/watch?v=kuoAe6_ LujM&feature=fvsr

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai