Anda di halaman 1dari 2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Intelek

Rohani

ILMU PENGETAHUAN AKHLAK MULIA

INSAN SEIMBANG DAN HARMONIS

TANGGUNGJAWAB DAN SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT

Jasmani

Emosi

KESELURUHAN FALSAFAH BERPAKSIKAN KETUHANAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA.

Warganegara Malaysia yang baik o percaya dan patuh kepada Tuhan; o berilmu pengetahuan; o berakhlak mulia; o bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara; o berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara; dan o memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Unsur Rohani dan Emosi Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek berikut: o keyakinan terhadap Tuhan; o kepercayaan beragama; o kemantapan jiwa; o penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat; o berbudi pekerti mulia; o berbakti dan berkorban.

Unsur Intelek Unsur intelek ini mengambilkira aspekaspek berikut: o hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran; o daya pemikiran yang kreatif dan inovatif; o daya pemikiran yang logik dan analitis; o ilmu yang bermanfaat; o masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan.

Unsur Jasmani Ciri-ciri unsur jasmani ialah: o kecergasan fizikal dan kesihatan diri; o dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.

Anda mungkin juga menyukai