Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-7 SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOPENG

LAPORAN TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN (TOT) KALI KE-7 1. PENDAHULUAN Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke-7, 2010 merupakan kejohanan olahraga tahunan yang dijalankan saban tahun. Pada tahun ini, Temasya Olahraga Tahunan (TOT) telah diadakan di Kompleks Rakan Muda kampar kerana penambaikkan dan naik taraf padang sedang dijalankan. Walaupun terdapat beberapa kekangan sebelum Temasya Olahraga ini berjaya dianjurkan, namun segala kesulitan telah dapat diatasi sehingga Temasya Olahraga ini berjaya dijalankan dengan lancar. Antaranya adalah kekangan daripada segi rumput yang masih belum tumbuh sepenuhnya. Oleh itu, majlis sukan sekolah terpaksa mengadakan perubahan berkali-kali berdasarkan keadaan semasa padang. Walau bagaimanapun, setelah persetujuan dapat dicapai dengan pihak pentadbiran Temasya Olahraga Tahunan pada kali ke-7 ini telah berjaya dilaksanakan di Kompleks Rakan Muda Kampar. Tujuan Temasya olahraga ini dianjurkan adalah untuk menggilap kecemerlangan pelajar sekolah ini khususnya dalam sukan olahraga. Selain itu, melalui temasya olahraga ini dapat memberi peluang kepada seluruh warga sekolah SBPI Gopeng dalam mengurus, melaksanakan, dan menilai kemampuan untuk menganjurkan kejohanan yang besar di peringkat sekolah. Melalui temasya olahraga ini juga dapat menunjukkan kerjasama sepasukan yang amat tinggi untuk mengadakannya. Berkat kerjasama yang diberikan oleh para guru, pelajar, staf sokongan, dan pentadbiran maka temasya olahraga ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. 2. LAPORAN KEJOHANAN Sepanjang proses pelaksanaan Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke-7 yang dijalankan ini, terdapat beberapa acara olahraga mengikut kategori yang telah dipertandingkan. Acara-acara ini telah menjadi rebutan dari empat buah rumah yang terdapat di sekolah ini. Peraturan pertandingan yang digunakan adalah seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Berikut disenaraikan acara-acara olahraga sepanjang Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke-7 dianjurkan. BIL. SUKANTARA PRA SUKAN TEMASYA OLAHRAGA 1. 100 Meter Merejam Lembing(L/P 15,18) 100 Meter (L/P 15,18) 2. Lompat Jauh Lempar Cakera(L/P 15,18) 200 Meter (L/P 15,18) 3. Lontar Peluru Lontar Peluru(L/P 15,18) 400 Meter (L/P 15, 18) 4. - Lompat Tinggi(L/P 15,18) 4x 400 Meter (L 15, 18) 5. - Lompat Jauh(L/P 15,18) 4x200 Meter (P15,18) 6. - 1500 Meter (L/P 15,18) 4 X 100 Meter (L/P 15,18) 7. - 800 Meter (L/P15,18) 4 X 100 Meter (L/P 13 tahun) 8. - Tarik Tali 3 & 4 4 X 100 Meter Jemputan ( L 15,18) 9. - - Tarik Tali Akhir 10. - - Pertandingan Lagu sorak 11. - - Pertandingan Maskot 12. - - Pertandingan perbarisan rumah 13. - - Pertandingan perbarisan uniform 2.1 Pengelolaan Pada keseluruhannya pengelolaan TOT adalah baik dan mencapai objektif walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul khususnya semasa dan sebelum temasya berlangsung. Kejayaan ini diukur berdasarkan kepada faktor-faktor berikut :-

1. Semua guru telah menjalankan tugas mereka sebagaimana yang ditetapkan dengan berkesan. 2. Pelajar-pelajar telah memberikan kerjasama dari mula hingga akhir temasya. 3. Temasya telah berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir walaupun bermula agak lewat dan berakhir melewati masa yang dijangkakan akan tamat. 4. Tidak berlaku sebarang keadaan yang tidak diingini seperti kecederaan berat, bantahan, pertikaian keputusan hakim, pergaduhan dan lain-lain lagi. 5. Peserta dari sekolah jemputan yang hadir telah berpuas hati dengan pengelolaan temasya dan penghakiman. 6. Hakim luar dan pelepas yang dijemput untuk membantu telah hadir tepat pada masanya walaupun mereka terlibat dengan acara lain pada hari yang sama. 7. Makanan dan minuman pelajar telah disediakan dengan secukupnya tepat pada waktu yang ditetapkan.

2.2 Pengadilan Seorang pelepas berpistol serta 3 orang hakim luar dijemput untuk memeriahkan TOT ini. Mereka adalah guru-guru yang berpengalaman dalam mengendalikan acara seperti ini. Tujuan mereka dijemput adalah untuk meletakkan orang-orang yang berkecuali dan tidak ada sebarang kepentingan bagi mengelakkan pertikaian dan tuduhan berat terhadap rumah-rumah tertentu.

2.3 Disiplin Pelajar Disiplin pelajar adalah terkawal dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini semasa, selepas temasya berlangsung. Tiada pelajar-pelajar yang merayau dan berada di tempat yang tidak sepatutnya. Pelajar-pelajar yang menaiki bas pertama telah bersedia sebelum pukul 5 pagi dan memberikan kerjasama sepenuhnya ketika menaiki bas sewa khas. Walaupun begitu, terdapat perkara yang mesti diberi perhatian jika pihak sekolah ingin mengadakan sebarang acara di tempat begini iaitu terdapat segelintir pelajar yang bersidai iaitu duduk di atas palang besi di bahagian paling belakang astaka hingga membahayakan keselamatan diri mereka. Pelajar-pelajar ini mempunyai risiko akan terjatuh ke belakang astaka dan boleh menyebabkan kecederaan parah. 2.4 Sekolah Jemputan Jawatankuasa sukan telah menjemput semua Sekolah Berasrama Penuh, sekolahsekolah menengah di kawasan Gopeng serta Kampar untuk mengambil bahagian dalam acara 4 x 100m lelaki kategori bawah 15 dan bawah 18 tahun (2 acara). Atlit untuk acara jemputan yang telah hadir ialah dari : 1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh (B18 L) 2. The Malay College Kuala Kangsar (B15 & B18 L) 3. Sek. Men. Sains Teluk Intan (B15 & B18 L) 4. SMK Idris Shah (B15 & B18 L) 5. SMK Seri Teja (B15 & B18 L) Secara keseluruhannya, Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke-7 telah berjaya diadakan dengan jayanya. Walaupun terdapat beberapa kekangan pada awal hingga akhir sepanjang temasya olahraga ini berlangsung namun, para pelajar dilihat telah berjaya mewujudkan semangat kesukanan antara satu dengan yang lain. Mereka juga

berpeluang untuk merasai sendiri trek larian bagi acara-acara dalam olahraga yang dilangsungkan. Hal ini akan memberi kesan kepada pelajar bukan sahaja semasa di sekolah ini malah selepas mereka meninggalkan sekolah. Pelajar juga dapat menonjolkan bakat dan kebolehan dalam lapangan olahraga. Para ibu bapa juga boleh bergembira melihat aksi anak-anak mereka berjuang sama ada dalam setiap pertandingan malah selaku penonton. Semoga Temasya olahraga Tahunan yang akan datang lebih meriah dan baik lagi. 4.0 Penghargaan Majlis Sukan SBP Integrasi Gopeng mengucapkan sekalung penghargaan kepada : 1) Tn Hj Muhamad Tap bin Tokaran. 2) Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) 3) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 4) SMS Teluk Intan (SEMESTI) 5) SMK Seri Teja 6) SMK Idris Shah 7) Pengarah Kompleks Rakan Muda Kampar. 8) Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan. 9) PIBG SBPI Gopeng. 10) Balai Polis Gopeng. 11) Balai Polis Kampar. 12) Hospital Kampar. 13) Klinik Kesihatan Gopeng. 14) Simyu Collection. 15) Pengawal keselamatan SBPI Gopeng. 16) Guru-guru SBPI Gopeng dan Para ibu bapa Pihak yang terlibat secara langsung serta tidak langsung sepanjang Temasya Olahraga Tahunan diadakan.

Laporan Kejohanan Olahraga MSSD Sandakan 2012 K ejohanan


Olahraga MSSD Sandakan telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan jayanya di Kompleks Sukan Sandakan pada 13 hingga 15 Februari 2012. SM. St. Michael telah menghantar seramai 12 orang atlit untuk menyertai kejohanan ini. Atlit-atlit tersebut ini telah melalui pemilihan selama seminggu dan latihan intensif selama 2 minggu di Padang Bandaran Sandakan. Pada Tahun ini SM. St. Michael berjaya membawa pulang 13 pingat iaitu 5 acara individu 15 Tahun Ke Bawah dan 18 Tahun Ke Bawah serta 2 acara berkumpulan 15 Tahun Ke Bawah dan 18 Tahun Ke Bawah. Jadual di bawah merupakan senarai atlit yang berjaya mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang cemerlang.

Bil Nama 1. 2. 3. Dayang Ismail Rohana

Acara Bte. 200 Meter 1500 Meter

Kategori 18TKB 18TKB

Pingat Perak Gangsa Perak

Lai Sian Hao @ Kenny Maripe Hamsan

100 Meter 15TKB Lari Berpagar Lompat Jauh Lompat Tinggi 4 X Meter Bin 15TKB 15TKB 100 15TKB

4. 5. 6.

Mohd. Rizal Bin Saini Faizulnizam Bin Aziz Zamri Bin Zulkifli Wong Wai Chung Muhd. Sharizan Lakasaria

Perak Gangsa Gangsa

Mohd. Rizal Bin Saini 7. Mohd. Hamasa Sulong Bin 4 X Meter 100 18TKB Gangsa

Rechyle Petrus Farid Affendy Lai Sian Hao @ Kenny

Selain itu, salah seorang atlit iaitu Maripe Hamsan telah dipilih untuk mewakili Kejohanan MSS dalam Acara 100m Lari Berpagar Perempuan 15TKB. Tahniah diucapkan kepada semua atlit kerana telah menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang kejohanan ini. Diucapkan ribuan terima kasih juga kepada Pengurusa Pasukan dan jurulatih Cik Samirah Marof dan Puan Janet Missi atas usaha mereka. Tidak lupa diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada teruamatanya Tuan Pengetua Cemerlang SM. St. Michael Encik Leong Kwok C heong dan Penolong Kanan Kokurikulum Cik Francisca Joiwin kerana sentiasa memberikan galakkan dan sokongan moral, kewangan dan peralatan sepanjang kejohanan ini. Diharapkan tahun hadapan sekolah berjaya menghasilkan atlit-atlit yang lebih berkualiti dan mampu mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.

Penyampaian cendera kenangan kepada Tuan Pengetua Cemerlang

Atlit bergambar bersama-sama dengan Tuan Pengetua Cemerlang dan jurulatih

Laporan Pertandingan Bola Sepak PLC2 Tahun 2010


Written by Guru Penasihat Bola Sepak Friday, 16 April 2010 11:22

Pada 14 April 2010 yang lalu, SK Kionsom Inanam telah menyertai Pertandingan Bola Sepak bagi kategori 12 tahun ke bawah. Pertandingan tersebut telah diadakan di padang SK Pomotodon Inanam dan telah disertai oleh

enam buah pasukan dari kumpulan sekolah PLC2 iaitu SK Pomotodon A, SK Pomotodon B, SK St. Catherine, SK Kolombong, SK Kionsom, Gabungan SK Poring-Poring dan SK Tombongon serta SK Bukit Padang Perlawanan ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B yang mana telah ditetapkan secara undian oleh pihak pengelola pertandingan.

Kumpulan A terdiri daripada pasukan SK St. Catherine, SK Kolombong, SJK Good Shepherd (menarik diri) dan SK Pomotodon A manakala Kumpulan B terdiri daripada SK Kionsom, Gabungan SK Poring-Poring dan SK Tombongon, SK Bukit Padang dan SK Pomotodon B. Sistem pertandingan yang digunakan adalah secara liga berkumpulan. Pertandingan bola sepak peringkat PLC2 ini dibawah kelolaan SK Poring-Poring Inanam. KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN Juara bagi pertandingan bola sepak peringkat PLC 2 ini telah dirangkul oleh pasukan SK Kolombong Inanam. Pasukan Gabungan SK Poring-Poring dan SK Tombongon terpaksa akur dengan kedudukan Naib Johan. Ditempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan SK Kionsom dan SK St. Catherine STATISTIK PERLAWANAN KUMPULAN A PASUKAN SK St. Catherine SK Kolombong SK Pomotodon A SK St. Catherine 3-0 0-1 SK Kolombong 03 0-2 SK Pomotodon A 1-0 2-0 -

KUMPULAN B PASUKAN SK Kionsom SK Poring-Poring & SK Tombongon 00 SK Bukit Padang SK Pomotodon B

SK Kionsom SK Poring-Poring & SK Tombongon SK Bukit Padang SK Pomotodon B

00

30 40

00 30

03 00

04 03

05

50 -

Perlawanan Separuh Akhir 1 Johan Kumpulan A Pasukan SK Kolombong bertemu dengan Naib Johan Kumpulan B iaitu Pasukan SK Kionsom. Kemenangan kepada Pasukan SK Kolombong seterusnya ke peringkat Akhir.

Perlawanan Separuh Akhir 2 Naib Johan Kumpulan A Pasukan SK St. Catherine bertemu dengan Johan Kumpulan B iaitu Pasukan Gabungan SK Poring-Poring dan SK Tombongon. Kemenangan kepada Pasukan Gabungan SK Poring-Poring seterusnya ke peringkat Akhir. Perlawanan Akhir Tempat Ketiga Tidak dipertandingkan. Oleh yang demikian kemenangan bersama antara Pasukan SK Kionsom dan Pasukan SK St. Catherine. Perlawanan Akhir Perlawanan akhir menyaksikan antara Pasukan SK Kolombong bertemu dengan Pasukan Gabungan SK PoringPoring dan SK Tombongon. Keputusannya Pasukan SK Kolombong memenangi perlawanan ini. Keputusan Penuh JOHAN NAIB JOHAN KETIGA = SK KOLOMBONG = GABUNGAN SK PORING-PORING / SK TOMBONGON = SK KIONSOM & SK ST. CATHERINE

Tarikh: 23 Februari 2011 Tempat: Padang SMK Elopura 2 (Bawah 15 tahun), Padang SMK Tinusa (Bawah 18 tahun)

SMK Elopura Sandakan telah menghantar 2 pasukan untuk bertanding dalam Pertandingan Bola Sepak MSSD Sandakan Bawah 15 Tahun dan Bawah 18 Tahun. Ini merupakan pertandingan sulung usaha Pra-Niche Bola Sepak sekolah untuk mendapatkan pengalaman di peringkat daerah. Walaupun tidak membawa kemenangan, penglibatan kali ini amat bermakna bagi perkembangan permainan bola sepak sekolah. BAWAH 15 TAHUN Pengurus: Encik Simin Bin Jabbar Jurulatih: Encik Encik Encik Jepri Majimbun

Shamshol Khairulasyraf

Bhari

Rasit Ismail

Barisan skuad pemain: Ardey Arley Awang, Fahrul Azlan, Mohd. Ridzwan Johnis, Mohd Adznil Mohd Adnan, Azmil Jean, Riecardi Ramli, Mohammad Dzulkiflie Muksan, Mohamed Farid Mohamed Johar, Alansera Jifry (C), Mohd. Azlan Noel Conson, Azwan Asri, Syaiful Hazwa Bin Ayum, Jeffry Wong Lee Ming, Mohammad Roszaime Roslan, Mohd Fredian Mohd Fadzil, Mohd Khairul Azhar Samrah, Shahrijan Halkin, Mohd Syafiq Mohd Arilf, Mohd Ridwan Abdu Rauf Keputusan: SMK Elopura 0-0 SMK Sandakan SMK Elopura 0-1 SMK Merpati

Kedudukan: 1. SMK Sandakan 4 mata 2. SMK Merpati 3 mata 3. SMK Elopura 1 mata (SMK Elopura terkeluar untuk ke pusingan suku akhir)

BAWAH 18 TAHUN Pengurus: Encik Mulyono Hariono

Jurulatih: Encik Encik Encik Shahrizan Effendi

Leonny Sofian

Leo Mansah

Barisan Skuad Pemain: Razlan B Said, Mohd Adib Wajdi B Malik, Mohd Rosli B Rusmin, Rezky B Jihat, Syahdan Muhidan, Mohd Ghazali B Ahmad Tudin, Mohd Azhar Ayum, Mohd Syhafiq Izzuan Syah B J.R Mosli, Mohd Sahirol B Saili, Mohd Azrieen Bin Zalhida Amir (C), Alsirin B Abd Rasil, Rizam B Nikil, Corey Felino Henry, Aldimier B Ibrahim, Mohd Rizal B Nordin, Mohd Arif B Radam, Syukriyansyah B Patlui, Mohd Husin B Rahim, Amran B Abdul Rahim, Munawir. Keputusan: SMK Elopura 0-2 SMK Agama Sandakan SMK Elopura 0-0 SMK Gum-Gum SMK Elopura 0-0 SMK Taman Fajar

Kedudukan: 1. 2. 3. 4. SMK Agama Sandakan 5 mata SMK Gum-Gum 3 mata SMK Taman Fajar 3 mata SMK Elopura 2 mata

(SMK Elopura terkeluar untuk ke pusingan suku akhir)

Anda mungkin juga menyukai