Anda di halaman 1dari 6

British Mengeksploit Ekonomi

Kegiatan Pertanian Dagangan - peringkat awal diusahakan jenis tanaman tradisional seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih, ubi kayu, tebu dan nanas - diusahakan kerana mendapat pasaran yang baik - British hanya menggalakkan peladang Eropah dan orang asing untuk mengusahakan pertanian dagangan - penduduk tempatan tidak digalakkan terlibat a) Lada hitam dan gambir b) Buah pala dan cengkih c) Tebu d) Ubi kayu e) Nanas (Gambar yang berkaitan sila rujuk kepada lampiran.) Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi - kurun ke-20 tanaman dagangan tradisional kurang penting kerana harganya tidak stabil di pasaran dunia - British memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, kelapa sawit, tembakau dan teh a) Kopi b) Kelapa sawit c) Tembakau d) Teh (Gambar yang berkaitan sila rujuk kepada lampiran.) Perkembangan Perusahaan Getah - akhir kurun ke-19 harga kopi jatuh di pasaran dunia - getah diperkenalkan sebagai tanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi - kurun ke-20 getah menjadi eksport penting Tanah Melayu (Gambar yang berkaitan sila rujuk kepada lampiran.) Faktor-Faktor Perkembangan Perusahaan Getah a) Permintaan Getah Meningkat b) Kejatuhan Harga Kopi c) Tenaga Buruh Mencukupi d) Usaha H.N.Ridley e) Pelaburan Modal f) Cukai Rendah Sebab-Sebab Kejatuhan Perusahaan Getah - tahun 1920-1930-an berlaku zaman kemelesetan ekonomi dunia - harga getah jatuh dan memberi kesan kepada perusahaan getah Langkah-Langkah Menstabilkan Harga Getah - diperkenalkan Rancangan Stevenson dan Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa a) Rancangan Sekatan Stevenson 1922 - tujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah - disertai negara naungan British seperti Tanah Melayu dan Sri Lanka - Belanda dan Indonesia enggan menyertai rancangan ini sebaliknya terus meningkatkan pengeluaran getah 26

- tahun 1928 rancangan ini ditamatkan oleh British apabila gagal mencapai matlamat b) Perjanjian Peraturan getah Antarabangsa 1934 - tujuan untuk mengurangkan pengeluaran getah dan menstabilkan harga - disertai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar, Indonesia, IndoChina dan Thailand - setiap negara dikehendaki mengurangkan pengeluaran mengikut kuota yang ditetapkan - berjaya meningkatkan semula harga getah di pasaran dunia sebelum Perang Dunia I Pengeluaran Getah Tiruan - Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan selepas Perang Dunia II - menjadi pesaing kepada getah asli - dihasilkan apabila bekalan getah asli dunia terputus akibat Perang Dunia II - getah asli keluaran Tanah Melayu bermutu tinggi dan dapat menandingi getah tiruan Perkembangan Perusahaan Perlombongan - British memajukan kegiatan perlombongan - Hasil galian adalah seperti bijih timah, emas, arang batu, bauksit, bijih besi dan ilmanit a) Emas b) Arang batu c) Bauksit d) Bijih besi e) Ilmanit (Gambar yang berkaitan sila rujuk kepada lampiran.) Perkembangan Perlombongan Bijih Timah - bijih timah merupakan galian terpenting di Tanah Melayu - British menguasai Tanah Melayu adalah juga kerana bijih timah - Sebelum dieksport bijih timah diproses menjadi jongkong timah - Perkembangannya dapat dilihat dalam dua peringkat iaitu peringkat sebelum dan selepas campur tangan British a) Peringkat Sebelum Campur Tangan British di Tanah Melayu - kegiatan melombong adalah bercorak tradisional - diusahakan oleh orang Melayu - menggunakan cara mendulang dan melampan - tahun 1820-an orang Cina dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah kepunyaan pembesar melayu di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang - orang Cina dan Eropah dibenarkan membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar-pembesar Melayu b) Peringkat Selepas Campur Tangan British di Tanah Melayu - perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan penglibatan orang Cina - banyak lombong baru dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan di Lembah Kinta, Perak - orang Cina memperkenalkan sistem lombong dedah, pam kelikir dan palung - akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai kegiatan melombong bijih timah Faktor-Faktor Perkembangan Bijih Timah - akhir kurun ke-19 Tanah Melayu merupakan penyumbang utama bijih timah dunia iaitu sebanyak 55% - perkembangannya adalah kerana faktor seperti Revolusi Perindustrian dan kaedah melombong yang lebih moden a) Revolusi Perindustrian di Eropah b) Kaedah Melombong Bijih Timah Lebih Moden Kejatuhan Harga Bijih Timah dan Langkah Mengatasi - 1930-an harga bijih timah jatuh akibat kemelesetan ekonomi dunia

27

- 1931 ditandatangani Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa sebagai langkah memulihkan semula harga bijih timah - negara-negara terlibat ialah Tanah Melayu, Bolivia, Nigeria dan Indonesia - semua negara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bijih timah - hasilnya pada tahun 1934 Majlis Bijih Timah Antarabangsa ditubuhkan - tujuan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah - kesannya dapat menstabilkan semula harga bijh timah

Pengeluran Hasil Hutan - Tanah Melayu kaya dengan hasil hutan seperti kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, kapur barus, getah perca dan getah jelutung - diusahakan secara tradisional melalui kegiatan meramu - semasa pentadbiran British hasil-hasil ini menjadi kegiatan ekonomi bercorak komersial - british menggalakkan pengeluaran hasil hutan untuk dieksport ke China, Amerika Syarikat dan Eropah - tahun 1901 Brritish menubuhkan Jabatan Perhutanan - tujuan untuk menguruskan pengeluaran hasil hutan dengan lebih sistematik a) Damar b) Getah perca c) Getah jelutung d) Rotan e) Pembalakan Kegiatan Dwiekonomi - diperkenalkan oleh British terhadap penduduk di Tanah Melayu - ia melibatkan kegiatan ekonomi dagangan dan ekonomi tradisional a) Ekonomi Dagangan - lebih berorientasikan eksport - dikuasai syarikat asing khususnya syarikat Eropah - tertumpu pada perlombongan bijih timah dan perusahaan getah - melibatkan tenaga buruh yang ramai - melibatkan pelaburan modal yang besar - teknologi moden seperti mesin hidraulik banyak digunakan dalam kegiatan perlombongan bijih timah b) Ekonomi Tradisional - kegiatan ekonomi tradisional ini diabaikan oleh british - diusahakan oleh orang Melayu di luar bandar - bercorak sara diri dan melibatkan modal kecil - tertumpu pada kegiatan menanam padi dan menangkap ikan - menggunakan peralatan tradisional seperti kerbau untuk membajak sawah padi

Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan - kemajuan pesat ekonomi terutama perlombongan bijih timah dan perusahaan getah membawa pelbagai perubahan i) Penggunaan Buruh Luar - British menggalakkan kemasukan imigran Cina dan India - tujuan sebagai tenaga buruh di lombong bijih timah dan ladang getah - British memastikan ia mencukupi demi kepentingan British untuk membolot kekayaan Tanah Melayu a) Orang Cina - dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah di Perak, Selangor dan negeri Sembilan - berasal dari China Selatan - kebanyakan dibawa masuk melalui Sistem Kontrak 28

- ada juga yang datang ke Tanah Melayu secara persendirian dan bekerja di sektor pertanian dan menjadi pekerja mahir di bandar Sistem Kontrak - orang Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui majikan - tambang perjalanan dibayar oleh majikan - majikan juga menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal - mereka dikehendaki bekerja dengan majikan sehingga hutang tambang selesai - selepas tamat kontrak mereka bebas bekerja dengan majikan lain b) Orang India - dibawa masuk bekerja di ladang-ladang getah - berasal dari selatan India - dibawa masuk melalui Sistem Kangani - ada juga orang India bekerja membina jalan kereta api, jalan raya dan menjadi buruh di bandar dan pelabuhan Sistem Kangani - kangani bermaksud penyelia atau ketua pekerja di ladang getah - kangani ini dihantar oleh pemilik ladang ke India untuk mencari tenaga buruh - kangani menguruskan tambang dan perjalanan buruh-buruh sehingga selamat tiba di ladang majikan - kangani dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dapat dibawa masuk - buruh-buruh dibayar gaji tetap dan diletakkan di bawah jagaan kangani - buruh dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga segala hutang tambang selesai Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan - British memerlukan sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap dan pantas - tujuan untuk membawa hasil ekonomi terutama bijih timah dan getah ke pelabuhan untuk dieksport a) Perkembangan Landasan Kereta api - perkhidmatan kereta api diperkenalkan di Tanah Melayu akhir kurun ke-19 - terdapat tiga fasa perkembangan; Fasa Pertama (1885-1896) - dibina untuk keperluan perlombongan bijih timah - landasan kereta api yang pendek dibina menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan - tujuan memudahkan bijih timah dieksport Fasa Kedua (1897-1909) Tiga tujuan pembinaan landasan kereta api pada peringkat ini iaitu; - untuk menghubungkan kawasan utara dengan selatan apabila Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan - untuk memenuhi keperluan ekonomi seperti bijih timah dan getah yang semakin berkembang pesat - untuk memudahkan pentadbiran British Fasa Ketiga (1910-1931) - landasan kereta api dibina selepas British berjaya memperluaskan pengaruhnya di negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu - tujuannya adalah untuk; - menghubungkan seluruh Tanah Melayu (hanya Terengganu yang tiada landasan kereta api) - sebagai pengangkutan awam bagi penduduk Tanah Melayu - memenuhi keperluan ekonomi dan pentadbiran British Perkembangan Jalan Raya - peringkat awal jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan lombong bijih timah dan pertanian dengan stesen kereta api - jalan raya telah dibina menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh dan Seremban - awal kurun ke-20 rangkaian jalan raya meningkat akibat meningkatnya penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas 29

- jalan-jalan yang sedia ada diturap untuk disesuaikan dengan kenderaan bermotor - banyak jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan pelabuhan dan untuk menghubungkan bandar-bandar besar dengan bandar-bandar kecil - tahun 1939 terdapat satu jaringan jalan raya yang menghubungkan seluruh Tanah Melayu - tumpuan jalan raya adalah di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi dan memudahkan pentadbiran British Kemajuan Pengangkutan Laut dan Utara - kemajuan ekonomi membawa kepada pengenalan perkhidmatan kapal wap dan kapal terbang Kapal Wap - tahun 1890 Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura - tujuan untuk memberi perkhidmatan kapal wap kepada pelabuhan di Negeri-Negeri Melayu - kapal susur pantai ini membawa bekalan makanan, jentera dan buruh untuk perusahaan perlombongan bijih timah - contoh: kapal wap The SS Perak memberikan perkhidmatan dari Singapura ke Pelabuhan Klang Kapal Terbang - tahun 1937 perkhidmatan penerbangan awam diperkenalkan oleh Syarikat Wearne Air Service iaitu hak milik Wearne bersaudara - syarikat ini beribu pejabat di Singapura - memulakan penerbangan dalam negeri antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang - kapal terbang pertama yang digunakan oleh Syarikat Wearne adalah dari jenis kipas dua iaitu D.H.Rapides Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemudahan Asas Lain a) Perkhidmatan Kesihatan - masalah kesihatan wujud akibat daripada pertambahan penduduk yang pesat, pembukaan kawasan hutan untuk kegiatan ekonomi dan petempatan baru - persekitaran tempat kerja dan kediaman yang kotor menyebabkan penyakit seperti taun, beri-beri dan malaria mudah merebak - penyakit malaria dan beri-beri dianggap penghalang pada perkembangan ekonomi British kerana menyebabkan banyak kematian di kalangan buruh Cina dan India - British mengambil langkah mendirikan hospital, pusat perubatan dan Institut Penyelidikan Perubatan untuk mengatasi masalah kesihatan b) Sistem Pengairan Untuk Penanaman Padi - pada peringkat di Kedah terdapat sistem pengairan sempurna untuk tanaman padi iaitu terusan - terusan ini mula dibina tahun 1885 dan siap pada tahun 1895 diberi nama Terusan Wan Mat Saman - ia dibina oleh wan Mat Saman bin Wan Ismail (Perdana Menteri Kedah yang pertama) - terusan ini sepanjang 35 kilometer dari Alor Setar ke Gurun, Kedah - ia dibina menggunakan tenaga manusia dan peralatan tradisional seperti cangkul - untuk membina terusan ini unggun api dinyalakan pada jarak tertentu sebagai penanda untuk memastikan terusan digali dengan lurus c) Bekalan Tenaga Elektrik - tenaga elektrik diperkenalkan akibat daripada kemajuan ekonomi - awal kurun ke-20 tenaga elektrik mula disalurkan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur - 1930 Empangan Hidroelektrik Chenderoh dibuka untuk menampung keperluan tenaga elektrik - empangan ini dikendalikan oleh The Perak River Hydro-Electric Power Company Limited - tujuan asal pembinaan adalah untuk mendapatkan kuasa elektrik bagi kegunaan perusahaan melombong bijih timah di Lembah Kinta Kemunculan dan Perkembangan Bandar Baru - pertengahan kurun ke-19 banyak petempatan baru dibuka di kawasan kegiatan ekonomi terutama di kawasan lombong bijih timah - petempatan kemudiannya berkembang menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan 30

- perkembangan lombong bijih timah adalah faktor utama munculnya bandar-bandar baru di Tanah Melayu seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban a) Ipoh - terletak di Lembah Kinta - tahun 1880-an Lembah Kinta menjadi tumpuan pelombong Cina apabila pengeluaran bijih timah di daerah Larut merosot - tahun 1935 Ipoh dijadikan ibu negeri Perak bagi menggantikan Taiping b) Taiping - terletak di daerah Larut, nama asalnya Kelian Pauh - tahun 1840-an ramai orang Cina dibawa masuk ke Larut untuk memajukan lombong bijih timah - selepas Perang Larut tamat British menyusun semula pentadbiran di Larut - nama Taiping bermaksud kedamaian yang abadi - berkembang menjadi sebuah bandar moden dan dijadikan ibu negeri Perak c) Kuala Lumpur - pertengahan kurun ke-19 Raja Abdullah (pembesar daerah Klang) meneroka kawasan berhampiran pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong bijih timah - tahun 1860-an ramai orang Cina dibawa masuk untuk menjalankan kegiatan melombong bijih timah di sekitar Kuala Lumpur Kepelbagaian Pendidikan Dalam Masyarakat Berbilang Kaum - sistem pendidikan vernakular di negara kita wujud akibat daripada pembentukan masyarakat berbilang kaum dan dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan - British membenarkan sekolah Melayu, Cina dan Tamil berkembang mengikut cara masing-masing - sekolah Inggeris hanya tertumpu di kawasan bandar a) Sekolah Vernakular Melayu - didirikan untuk memberi pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan - anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan perkebunan - pendidikan di peringkat rendah adalah sehingga darjah enam b) Sekolah Vernakular Cina - diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina dan tertumpu di kawasan bandar - peringkat awal sekolah Cina menggunakan pelbagai loghat bahasa Cina seperti Teochew, Hokkien, Kantonis dan Hakka - pendidikan sekolah rendah untuk orang Cina diberikan selama enam tahun - ada juga sekolah Cina menyediakan pendidikan sehingga ke peringkat menengah - menggunakan buku-buku dan sukatan pelajaran dari negara China, guru-guru juga dibawa dari China c) Sekolah Vernakular Tamil - diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat India - kebanyakannya didirikan di kawasan ladang getah - sukatan pelajaran, buku, guru-guru dibawa dari India - ada kalanya penyelia ladang (Kangani) akan mengajar di sekolah tersebut - memberikan pendidikan di peringkat rendah sahaja dan kebanyakannya hingga ke darjah empat d) Sekolah Vernakular Inggeris - mula didirikan di Negeri-Negeri Selat seperti Penang Free School (1816) dan Malacca Free School (1826) - sekolah Inggeris kemudiannya didirikan di Negeri-Negeri Melayu dan tertumpu di kawasan bandar - pada peringkat awalnya didirikan oleh mubaligh-mubaligh kristian - menyediakan pendidikan sehingga peringkat menengah dan terbuka kepada semua kaum - sukatan pelajaran mengikut sistem pendidikan di England - lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan, guaman dan pentadbiran - lulusan juga diberi keutamaan menjawat jawatan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan 31

Anda mungkin juga menyukai