Anda di halaman 1dari 4

http://restunurimanagro.blogspot.com/2010/10/tanaman-buah-tembikai.

html

Tanaman Buah Tembikai Pengenalan

Tembikai ( Citrullus Iunatus Schard ) dikenali juga dengan nama Melikai,Timun Cina atau Semangka. Ia adalah sejenis buah tropika yang dipercayai berasal dari kawasan tropika di Benua Afrika. tembikai biasanya dimakan segar atau diproses menjadi minuman ( jus ) dan bijinya dijadikan kuaci. Varieti yang popular ialah New Dragon ( isi merah ), Yellow Baby ( isi kuning ), Fengshan dan Quality ( tanpa biji ).

Iklim Tanaman Tembikai memerlukan cuaca panas untuk pertumbuhan dan pengeluaran hasil yang baik. Suhu antara 25C - 35C pada siang hari dan 18C - 22C pada waktu malam serta hujan sekurang-kurangnya 380mm setahun adalah diperlukan. Tanah Tanah berpasir dan tanah gembur berpasir yang tidak bertakung air adalah sesuai untuk tanaman tembikai. pH yang sesuai adalah antara 4.6 - 7.0 , Tanah yang sebelum ini telah ditanami tembikai atau lain-lain tanaman dari keluarga cucurbitaceace ( seperti labu,petola,peria timun tidak digalakan ditanami lagi dengan tanaman tembikai untuk 3 tahun. Ini adalah untuk mengelakkan penyakit yang berjangkit dari tanah.

Penanaman Terdapat 2 cara untuk penanaman tembikai iaitu ditanam terus keladang menggunakan biji benih atau disemai dahulu dalam beg plastik kecil yang dipanggil kerek. Sistem Tanaman Terus Sistem ini diamalkan di kawasan yang luas melebihi 3 hektar.Keperluan biji benih ini ialah di antara 250350gram sehektar.Biji-biji benih ini direndam selama 12jam dan digaulkan dengan racun kulat ( seperti thiram pada kadar 3 gram bagi 1000gram biji benih).Kemudian ianya dibungkus dalam kain lembap sehingga biji benih kembag dan akar pertama kelihatan barulah ditanam keladang pada kadar 3-4 bijij benih selubang.

Sistem Semain ( Kerek ) Campuran tanah dan tahi ayam dengan kadar 3:1 disediakan dan diisi ke dalam beg plastik kecil ( kerek ). Dua atau tiga biji benih disemai disetiap kerek .Dua atau tiga biji benih disemai disetiap kerek. Kerekkerek ini diletakkan ditapak semain yang mempunyai 50% lindungan dan disiram 2 kali sehari. Sekiranya tiada lindungan,selepas disiram kerek-kerek perlu ditutup dengan plastik hitam sehingga biji benih bercambah. Menanam Tanah yang telah dibajak,digali lubang berukuran 30cm X 30cm X 30cm dengan jarak tanaman 2.0 X2.5m. Ini memberikan 2000 lubang sehektar bagi kawasan tanah berpasir. Tanah yang mempunyai lebih

kandungan liat seperti tanah mineral memerlukan lubang yang lebih besar dan dalam lagi. Sebelum mengubah,anak anak benih dan lubang tanaman disiram , sebanyak 1.0-1.5kg ,tahi ayam kering dan satu sudu (6-8gram) racun serangga seperti (carbofuran)dibubuh kedalam lubang dan digaulkan dengan tanah .Setiap lubang ditanam dengan 2 anak benih.Sebaik-baiknya penanaman dirancang supaya bermula pada akhir musim hujan. PENJAGAAN Sungkupan Sungkupan dibuat sebaik sahaja anak benih diubah keladang. Ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kelembapan tanah dan membantu pengawalan rumpai. Antara bahan-bahan yang boleh digunakan ialah rumput,lalang,jerami kering,surat khabar lama dan plastik bersalut aluminium. Pemangkasan Jalar tanaman tembikai perlu dipangkas pada ruas keenam atau ketujuh iaitu apabila tanaman berumur di antara 10-15 hari. Ini dapat menjamin. Ini dapat menjamin tanaman tumbuh dengan lebih subur dan memberi buah yang lebih seragam. Pembajaan Program pembajaan yang biasa diamalkan bagi tanaman tembikai adalah seperti dalam jadual :

Peringkat pertumbuhan Pertumbuhan awal

Masa Menanam

Jenis Baja Tahi Ayam 12:12:1:2 12:12:17:2

Kadar / lubang 1-1.5 kg 50 gram 100 gram

Pengeluaran daun dan jalar (pertumbuhan 10 HST tampang ) Pengeluaran 30 HST bunga,putik dan buah Pembesaran buah 45 HST

12:12:17:2 12:12:17:2

100 gram 100 gram

Catatan Sebelum tanaman tembikai menjalar, baja ditabur dalam bulatan lebih kurang 30cm dari pangkal pokok. Apabila pokok mulai menjalar,baja diberi dalam empat poket yang dibuat lebih kurang 50-70cm dari pangkal pokok.

Selain daripada itu tanaman ditanah BRIS perlu juga disembur dengan baja daun seminggu sekali .Ini

adalah untuk merangsang proses pembungaan dan pembuahan. Pengairan Tanaman tembikai memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan pokok yang baik dan pembesaran buah yang maksimum.Keperluan air adalah kritikal diawal penanaman ( 10 hari pertama ),diperingkat pengeluaran bunga ( 30-40 HST ) hari selepas tanam dan semasa pembesaran buah ( 40-45 HST ).Sistem pengairan yang digunakan bergantung pada tanah. Penentuan kecukupan air boleh diuji dengan mengenggam tanah berkenaan,sekiranya tanah itu tidak berkecai,ini menandakan air adalah mencukupi. PENUAIAN Penentuan Kematangan Kematangan buah tembikai ditentukan berpandukan kepada ciri-ciri berikut: 1.Umur pokok : ( Faktor umur kepada varieti dan musim penanaman. Penanaman pada musim panas menyebabkan buah matang lebih awal ). 2.Warna sulur paut dan daun buah : ( Sulur paut bertukar warna dari hijau muda kepada kuning dan kering. Sulur paut yang kering menandakan buah terlalu matang ) . 3. Warna kulit buah yang bersentuh tanah : ( Warna putih sebelum matang dan bertukar kuning apabila matang ). 4. Menjentik buah : ( Buah matang berbunyi seperti berongga .Buah belum matang bunyinya padat dan nyaring ). 5. Urat pada jalur : ( Bagi tembikai berjalur ,urat pada jalur memecah dan warna menjadi jalur menjadi pudar apabila buah matang ). 6. Kekilatan kulit buah : ( Buah boleh dituai apabila kulitnya menjadi pudar atau kurang berkilat. Pada peringkat ini kandungan gula mencapai tahap maksimum ).

Cara Menuai Buah-buah dituai dengan memotong tangkai buah menggunakan pisau gunting .Jangan sekali -kali memetik dengan merabut atau memulas kerana ini akan menyebabkan kecederaan pada tampok buah dan memudahkan jangkitan penyakit dan menjadikan buah busuk. Pengendalian Lepas Tuai BUah-buah yang telah dipetik ,dikumpulkan diteduh,diasingkan mengikut saiz,bentukdan varieti sebelum disusun kedalam bakul-bakul buluh atau rotan . Ia seterusnya dimuatkan kedalam kenderaaan yang berbumbung untuk diangkut kedestinasi jualan.

Anda mungkin juga menyukai