Anda di halaman 1dari 1

SET 1(Ulangkaji PMR 2011) Melintang 1. Penghulu segala hari. 3.

Gelaran yang diberikan kepada Rasulullah kerana kejujuran baginda. 5. Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu. 8. Menyucikan anggota, pakaian dan tempat yang terkena anjing dan bai dengan menggunakan sekali dengan air tanah dan 6 kali air mutlak. 9. Melakukan sesuatu pekerjaan secara berterusan dan tidak jemu berusaha. 11. Menyerah diri kepada Allah, tunduk dan patuh kepada kepada perintahNya dan membenarkan segala perkara yang disampaiakan Rasulullah. 12. makhluk Allah yang dijadikan dari cahaya, tidak berjasad dan tidak berjantina dan sentiasa taat perintah Allah. 14. Mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya. 17. Syaitan, berhala atau apa-apa sahaja kepercayaan dan amalan yang menyesatkan. 18. Orang yang tinggal tetap di sesuatu tempat. 19. Berada dalam masjid dengan niat beribadat kepada Allah. 21. Orang boleh berfikir secara waras. 22. Perbuatan membasuh atau menyapu air ke anggota badan tertentu dengan syarat tertentu dengan disertai dengan niat. 23. Orang yang dalam perjalanan yang jauhnya lebih dari 2 marhalah. 25. Menyucikan kulit binatang selain daripada kulit anjing dan babi dengan cara tertentu. 26. Perkara fardhu yang wajib dilakukan oleh sekurang-kurangnya seorang/sebahagian masyarakat. 27. Perpindahan Rasulullah dan umat Islam dari Mekah ke Madinah. 28. Melahirkan anak. 29. Setiap ucapan,perbuatan, pengakuan dan sifat-sifat yang disandarkan kepada Rasulullah. 30. Makmum yang tidak sempat rukuk bersama-sama imam dan rakaatnya tidak dikira. 32. Seseorang yang telah mencapai umur 15 tahun(lelaki) dan 11 tahun(perempuan) atau telah keluar air mani atau haid. Menegak 2. Perutusan nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah untuk disampaikan kepada umat manusia. 4. Mentauhidkan Allah sebagai pencipta, pemilik dan penguasa. 6. Perbuatan membersihkan qubul dan dubur selepas membuang najis dengan alat-alat tertentu. 7. solat sunat dua rakaat yang dilakukan sebelum atau selepas solat fardhu. 10. Perkara fardhu yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam yang cukup umur. 12. Makmum yang sempat sekurang-kurangnya rukukrukuk bersama imam dan rakaatnya dikira sebagai satu. 13. Perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia. 15. Tunduk atau merendah diri dengan menumpukan sepenuh perhatian dan menenangkan hati dan anggota semata-mata kerana Allah. 16. Masyarakat yang tidak menyembah Allah dan sesat dari agama Samawi. 20. Gelaran kepada Saidina Abu Bakar. 23. Pengikut dan para sahabat Rasulullah S.A.W yang berpindah dari mekah ke Madinah. 24. Mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengamalkan dengan anggota segala perkara yang diperintahkan Allah. 31. Setiap kejadian alam yang dapat dilihat, diperhatikan dan dikaji oleh pancaindera.

Anda mungkin juga menyukai