Anda di halaman 1dari 10

MAKSUD ISTILAH DIBAWAH

BAHAGIAN TILAWAH

1.Takwa:Mengawal diri daripada melalukan perkara yang dimurkai Allah s.w.t dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. 2.Taubat:Sejati,bersungguh-sungguh dan menepati syarat-syaratnya. 3.Doa:Memohon sesuatu kepada Allah s.w.t. 4.Arak:Semua jenis minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan. 5.Judi:Permainan yang menggunakan wang atau sebagainya dengan tujuan pertaruhan. 6.Taghaut:Syaitan,berhala dan apa-apa sahaja kepercayaan dan amalan yang menyesatkan. 7.Hidayah:Petunjuk Allah s.w.t ke arah kebenaran. 8.Rahmat:Segala kebaikan yang dikurniakan Allah s.w.t kepada manusia 9.Ilmu:Dari segi bahasa ialah pengetahuan dan dari segi istilah pengetahuan yang sebenar terhadap sesuatu perkara. 10.Sunnatullah:Cara dan peraturan yang ditetapkan oleh Alllah s.w.t. 11.Dakwah:Dari segi bahasa ialah seru dan dari segi istilah mengajak manusia beriman dan beribadah kepada Allah s.w.t. 12.Khairul Ummah:Umat yang terbaik. 13.Mukmin:Seorang yang percaya dan yakin dengan kewujudan Allah s.w.t dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. 14.Fasik:Orang yang tidak melalukan ibadah dengan sempurna.

15.Hadis:Dari segi bahasa ialah baharu atau khabar atau berita dan dari segi istilah setiap ucapan,perbuatan,pengakuan dan sifat yang disandarkan kepada rasulullah. 16.Perawi hadis:Orang yang menerima dan menyampaikan hadis daripada Rasulullah. 17.Hadis nabawi:Lafaz dan makna daripada Rasulullah. 18.Hadis qudsi:Lafaz daripada Rasulullah dan maknanya daripada Allah s.w.t. 19.Kemungkaran:Setiap perbuatan yang diharamkan oleh syariat islam,sama ada kesalahan terhadap Allah,kepada manusia dan alam sekitar. 20.Sedekah:Memberi sesuatu yang bernilai kepada orang yang memerlukan. 21.Kitab:Mengandungi ajaran yang benar dan menjadi pedoman kepada manusia. 22.Al-Quran:Kitab suci yang diturunkan Allah s.w.t melalui perantaraan malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w.

BAHAGIAN AKIDAH

1.Akidah:kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah s.w.t serta sifat-sifat kesempurnaannya. 2.Syariah:Peraturan dan hukum yang telah ditentukan Allah s.w.t sama ada berbentuk suruhan atau larangan. 3.Uluhiyat:Mentauhidkan Allah (hanya Allah wajib disembah,ditaati dan tempat berdoa) 4.Rububiyat:Mentauhidkan Allah sebagai pencipta dan penguasa alam. 5.Nubuwwat:Perutusan nabi dan rasul. 6.Samiyyat:Perkara ghaib yang tidak dicapai oleh pancaindera.

7.Islam:Menyerah diri kepada Allah,tunduk dan patuh kepada perintahnya serta membenarkan perkara yang disampaikan oleh Rasulullah. 8.Iman:Mengaku dengan lidah,membenarkan dalam hati dan mengamalkan segala perintah Allah s.w.t. 9.Ihsan:Kesungguhan,ketekunan atau keikhlasan dalam melakukan sesuatu ibadah atau pekerjaan semata-mata kerana Allah. 10..Mukmin:Seorang yang percaya dan yakin dengan kewujudan Allah s.w.t dan ajaran yang dibawa Rasulullah. 11.Muslim:Orang yang percaya dan taat dengan ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. 12.Asmaul husna:Nama-nama Allah s.w.t yang indah. 13.Al-Wahid:Allah Maha Esa. 14.Ar-Rahman:Allah Maha Pemurah. 15.Ar-Rahim:Allah Maha Penyayang. 16.Al-Hakim:Allah Maha Bijaksana. 17.Al-Alim:Allah Maha Mengetahui. 18.Al-Adlu:Allah Maha Adil. 19.Adil:Meletakkan sesuatu pada tempatnya. 20.Malaikat:Makhluk Allah yang dicipta daripada cahaya,tidak makan dan minum serta taat segala perintah Allah. 21:Suhuf:

BAHAGIAN IBADAH

1.Fardu ain:Perkara wajib ditunaikan oleh setiap umat islam(berdosa jika tidak dilaksanakan) 2.Fardu kifayah:Perkara wajib dilaksanakan oleh sebahagian anggota masyarakat bagi menjaga kepentingan umat islam(jika tidak dilaksanakan maka semua anggota masyarakat berdosa) 3.Bersuci:Membersihkan diri,pakaian dan tempat tinggal daripada hadas dan najis. 4.Najis:Kotoran yang menyebabkan tidak sah solat dan ibadah-ibadah yang lain. 5.Najis mukhafafah:Air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur dibawah dua tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja. 6.Najis mutawasitah:Semua jenis najis selain daripada najis mukhafafah dan mughalazah. 7.Najis mughalazah:Anjing,babi dan dan keturunan kedua-duanya atau salah satu daripadanya. 8.Istinjak:Perbuatan membersihkan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat tertentu. 9.Wuduk:Perbuatan membasuh atau menyapu anggota badan yang tertentu dimulai dengan niat kerana Allah s.w.t. 10.Mandi wajib:Mandi yang disertakan dengan niat kerana tujuan tertentu. 11.Tayammum:Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga kesiku dengan syarat-syarat tertentu disertai dengan niat. 12.Samak:Menyuci kulit binatang selain daripada kulit anjing dan babi dengan cara tertentu. 13.Sunat abad:Dituntut dan diberi pahala apabila melakukannya.(jika tertinggal tidak batal solat tetapi diganti dengan sujud sahwi)

14.Sunat haiah:Dituntut dan diberi pahala apabila melakukannya.(jka tertinggal tidak batal solat) 15.Khusyuk:Tunduk atau merendah diri. 16.Solat berjemaah:Dilakukan secara berjemaah terdiri daripada imam dan makmum. 17.Makmum muafiq:Makmum yang sempat membaca al-Fatihah sebelum imam rukuk pada rakaat pertama. 18.Makmum masbuk:Makmum yang tidak sempat membaca al-Fatihah sebelum imam rukuk pada rakaat pertama. 19.Solat jumaat:Solat dua rakaat pada waktu zohor hari jumaat yang didahului dengan dua khutbah dengan syarat-syarat tertentu. 20.Mastautin:Orang yang tinggal tetap disuatu tempat. 21.Bermukim:Orang yang tinggal disuatu tempat untuk tempoh tertentu. 22.Musafir:Orang yang dalam perjalanan jauh lebih daripada dua marhalah.(92.8km) 23.Khutbah:Ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat jumaat yang mengandungi nasihat,peringatan dan pengajaran. 24.Solat sunat tahiyatul masjid:Solat dua rakaat yang dilakukan sebaik sahaja seseorang itu masuk ke dalam masjid dengan tujuan menghormati masjid. 25.Solat rawatib:Solat sunat sebelum atau selepas solat fardu. 26.Rukhsah solat:Keringanan yang diberikan kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan solat dengan cara jamak dan qasar. 27.Jamak:Dari segi bahasa ialah himpun dan dari segi istilah menghimpunkan dua solat fardu dalam satu waktu. 28.Qasar:Dari segi bahasa ialah pendek dan dari segi istilah memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat. 29.Jamak takdim:Menghimpunkan dua solat fardu dalam waktu pertama. 30.Jamak takhir:Menghimpunkan dua solat fardu dalam waktu kedua.

31.Puasa:Dari segi bahasa menahan diri dan dari segi istilah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalakan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. 32.Qada:Ketentuan Allah s.w.t yang azali terhadap semua makhluk. 33.Fidyah:Sejenis gantian yang dikenakan kepada orang islam yang melakukan kesalahan tertentu ketika beribadah. 34.Kifarah:Denda yang dikenakan kerana melanggar sesuatu peraturan atau hukum agama. 35.Qiamullail:Melakukan ibadah sunat pada malam hari selepas waktu isyak. 36.Zakat fitrah:Mengeluarkan makanan asasi sesebuah negara dengan kadar tertentu,diberikan pada orang tertentu dengan syarat tertentu. 37.Iktikaf:Berada dalam masjid dengan niat ibadah dan dalam keadaan suci daripada hadas. 38.Ramadan:Dari segi bahasa ialah panas terik dan dari segi istilah bulan rahmat yang diwajibkan berpuasa padanya. 39.Lailatul qadar:Malam yang lebih baik dari seribu malam.

BAHAGIAN SIRAH

1.Jahiliah:Dari segi bahasa ialah tak tahu atau bodoh dan dari segi istilah tidak tahu dan sesat daripada agama samawi. 2.Masyarakat badwi:Masyarakat luar bandar dan berpindah-randah. 3.Masyarakat hadari:Masyarakat yang tinggal tetap di bandar. 4. Hijrah:Perpindahan Rasulullah dan orang Islam dari Mekah ke Madinah. 5.Ansar:Penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam.

6.Muhajirin:Pengikut Rasulullah yang berhijrah dari Mekah ke Madinah. 7.Al-Faruq:Pemisah antara hak dan batil. 8.Zu Nurain:Mengahwini dua puteri Rasulullah. 9.Karramallah hu Wajhah:Kerana tidak pernah menyembah berhala sejak kecil. 10.Asadullah:Singa Allah. 11.Syyaidus Syuhada:Penghulu sekalian syuhada syurga. 12.Abu Hurairah:Bapa kucing.

BAHAGIAN ADAB

1.Adab:Tingkah laku atau tutur kata yang halus dan bersopan. 2.Fitrah:Sifat semula jadi sama ada pembawaan,perasaan keagamaan dan selainnya. 3.Kawan:Orang yang sering berdamping dengan kita selain kaum kerabat. 4.Keluarga:Sanak-saudara,kaum kerabat,saudara-mara terdekat termasuk ibubapa,datuk,nenek,adik-beradik,bapa saudara dan emak saudara. 5.Nikmat:Semua bentuk kesenangan,keperluan dan keselesaan yang diterima oleh seseorang. 6.Musibah:Semua bentuk kesusahan,halangan dan kesulitan yang dihadapi seseorang. 7.Jiran:Orang yang tinggal berdekatan iaitu hingga 40 buah rumah dari setiap penjuru. 8.Maruah:Nama baik dan kehormatan diri seseorang. 9.Ibadat:Ditentukan oleh syariat. 10.Adat:Kebiasaan kehidupan sesuatu umat.

PERBEZAAN DIBAWAH 1.Al-Quran: Hadis:

2.Hadis Nabawi:Lafaz dan makna daripada Rasulullah Hadis Qudsi:Lafaz daripada Rasulullah dan makna daripada Allah s.wt.

3.Mukmin: Muslim:

4. Ar Rahman: Ar Rahim:

5..Pemurah Allah: Pemurah Manusia:

6.Ilmu Allah dengan: Ilmu Manusia:

7.Keadilan Allah: Keadilan Manusia:

8.Kekuasaan Allah: Kekuasaan Manusia:

9.Malaikat: Manusia:

10.Kitab: Suhuf:

11.Kitab: Al-Quran:

12.Fardu Ain: Fardu Kifayah:

13.Wuduk: Tayammum:

14. Jamak Takdim: Jamak Takhir:

15.Khutbah Jumaat; Khutbah Hari Raya:

16.Jamak: Qasar:

17.Sunat Abad: Sunat Haiat:

18.Zakat: Sedekah:

19.Hadari: Badwi:

20.Kawan yang Baik: Kawan yang Tidak Baik:

21.Pelajar yang Beradab: Pelajar yang Tidak Kurang Sopan:

22.Ibadat: Adat:

Anda mungkin juga menyukai