Anda di halaman 1dari 24

PERTEMUAN

Faizati Mohd Ali

Sarah Nabihah Bt Hazimi


Aliah Farzana Bt Abdul Shukor
SINOPSIS
Mun,seekor kucing berusaha mencari makanan kerana perutnya
lapar.Mun dicaci dan disepak kerana dianggap kotor.Mun dipukul
dan dihalau oleh pemilik gerai makanan kerana mengganggu
pelanggan-pelanggan yang sedang makan.Mun hairan akan sikap
manusia yang tidak bersimpati kepadanya.Ketika Mun mencuba
mendapatkan makanan di dalam tong sampah,Mun diserang pula
anjing yang ganas.
Di sebuah rumah yang besar,Mun bertemu dengan Jonny,seekor
kucing peliharaan yang besar dan cantik.Jonny dikurung di dalam
kandang dan dipelihara dengan baik oleh tuannya.Bagi Mun,Jonny
amat bertuah kerana makanannya,kesihatannya,kebersihannya diurus
dengan sempurna oleh tuannya.Mun pula melarat
hidupnya.Sungguhpun Demikian,sebenarnya Jonny sedih kerana
hidupnya tidak bebas.Jonny ingin hidup bebas seperti Mun.Mun pula
ingin hidup senang seperti Jonny.Jonny ingin keluar dari kandang
besi dan Mun bersetuju untuk menggantikan tempat Jonny.
Semasa Mun membuka kandang besi,Mun dipukul dan disepak
oleh tuan Jonny.Mun terpaksa lari menyelamatkan diri walaupun
badannya cedera.Mun semakin lemah dan akhirnya pengsan.Sebuah
kereta berhenti.Mun mendapat simpati daripada orang yang turun
dari kereta itu.Mun dibawa ke klinik haiwan.
TEMA
• Tema cerpen ini ialah kehidupan haiwan yang meragui sikap
manusia.Mun hidup terseksa dan derita kerana dipukul oleh
manusia.Mun hairan akan sikap manusia yang ganas
terhadapnya,sedangkan tujuannya mendekati manusia semata-mata
untuk mendapatkan makanan.
PERSOALAN
• Manusia memandang hina kepada kucing yang kotor dan berkurap.

• Kegigihan berusaha untuk mendapatkan makanan.


• Kehidupan haiwan yang terkongkong akibat daripada tabiat manusia.
WATAK DAN
PERWATAKAN
• Watak utama dalam cerpen ini ialah Mun.
• Watak sampingan terdiri daripada Jonny,Ibu,Mimi dan Tuan Jonny.

Mun
a) Seekor kucing yang kotor,kurus dan berkurap.
b) Hidupnya melarat dan menderita.
c) Mun gigih berusaha untuk mendapatkan makanan.
Jonny
a) Nama penuhnya ialah Amadeus Gonzales Johnhem
b) Jonny berketurunan kucing yang baik dari parsi,berbulu
cantik dan berwajah bulat.
c) Hidupnya mewah kerana dijaga baik oleh tuannya.
d) Hidupnya menderita kerana terkurung di dalam kandang
besi.
Mimi

a) Mimi ialah seorang kanak-kanak yang mempunyai rasa simpati


kepada kucing.
b) Mimi ingin memberikan makanan kepada Mun tetapi dilarang
oleh ibunya.
c) Dia bersifat penyayang dan berhati mulia.
Ibu
a) Ibu memandang hina kepada kucing kurap dan tidak ada perasaan
belas kasihan kepada Mun.
b) Ibu keras hati.Beliau tetap tidak membenarkan anaknya
memberikan makanan kepada kucing walau dirayu oleh anaknya.
c) Ibu mementingkan diri sendiri.Beliau tidak mahu diganggu oleh
kucing kurap ketika menjamu selera di sebuah gerai.
Tuan Jonny
a) Seorang yang kaya dan bertubuh tegap.
b) Berasa megah dan suka memelihara kucing yang cantik dan
mahal.
c) Menjaga Jonny dengan baik dan mengambil berat kesihatan
kucing peliharaannya itu.
d) Dia tidak memiliki perasaan belas kasihan kepada kucing
kurap.Mun dipukul kerana dianggap mengganggu kucing
kesayangannya.
PLOT

a) Plot cerpen ini berbentuk kronologi kerana peristiwa-peristiwanya


disusun mengikut tertib masa.
b) Peristiwa-peristiwa dalam cerpen ini disusun seperti berikut:
- Mun yang kelaparan mencari makanan di sebuah gerai tetapi
dibelasah oleh pemilik gerai.
- Mun mencari makanan di dalam tong sampah tetapi terpaksa
lari kerana didatangi oleh anjing yang garang.
- Mun menjumpai Jonny dan mereka bersepakat untuk bertukar
tempat.
- Mun dipukul oleh tuan Jonny.
- Mun dibawa ke klinik oleh sepasang suami isteri.
c) Perjalanan cerita cerpen ini lancar dan mudah diikuti oleh pembaca.
d) Pada peringkat permulaan cerita,pembaca diperkenalkan dengan
watak Mun yang dipukul oleh manusia yang membencinya.
e) Cerita berkembang lancar kerana adanya konflik antara Mun
dengan anjing dan manusia.
f) Pada pertengahan cerita,Mun menemui Jonny iaitu seekor kucing
cantik yang dipelihara oleh manusia.
g) Cerita sampai di puncaknya apabila Mun dipukul oleh tuan Jonny.
h) Pada peringkat peleraian,Mun diselamatkan oleh pasangan suami
isteri dan dibawa ke klinik.
Latar

Latar Tempat.
a) Di gerai makan
b) Di kawasan rumah besar berhampiran kurungan Jonny.
c) Di tepi jalan raya.
Latar Masa.
a) Waktu siang.
b) Siang cuaca mendung.
Latar Masyarakat.
a) Masyarakat yang tidak ada belas kasihan terhadap haiwan seperti
pemilik gerai,ibu Mimi dan tuan jonny.
b) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
c) Masyarakat kucing yang terbiar dan menderita dan terbiar
diwakili oleh Mun.
GAYA BAHASA

• Bercerita.
- Mun terus berusaha sambil mengerah seluruh kudrat yang ada
pada tubuh kerdilnya.Berdenting-denting bunyi mangga berlaga
dengan besi kandang Jonny.Kepala mun terasa sakit tetapi Mun
enggan mangalah.
• Dialog.
- “ Eh, mama, kucinglah. Kasihan! Lapar agaknya.” Seorang anak
kecil berwajah mulus cuba mengusap kepala Mun.
• Monolog.
- Di luar sana,derita adalah satu permainan.Kau akan hidup dalam
ketakutan.Kau akan menjadi buruan anjing yang kelaparan.Kau akan
dihamun malah dipukul kerana mengharapkan simpati daripada
manusia! Kalau itulah yang kau maksudkan kebebasan,aku lebih rela
kehilangannya! Aku tak perlu kebebasan itu!
• Diksi (indah dan berkesan)
- Kepedihan menjalar mengisi setiap rongga Mun,menyelinap ke
seluruh saraf.
• Simile.
- Pertanyaan Mun ibarat satu tamparan yang melukakan.
• Metafora.
- Dada langit.
- Hidup diladungi derita.
• Perlambangan.
- Air jernih (air mata)
• Hiperbola.
- Meneguk air liur.
- Tulang-temulang Mun sudah hancur.
NILAI

• Kasih sayang.
- Sikap ini penting khususnya kasihan terhadap haiwan yang hidup
terbiar.
• Baik hati.
- Nilai ini terpancar pada watak Mimi yang mengasihi kucing yang
tidak berdosa.
• Kerajinan.
- Sikap ini terpancar pada watak Mun yang berusaha melepaskan
Jonny.
PENGAJARAN

• Kita perlu memiliki perasaan belas kasihan kepada sesama makhluk.


• Kita janganlah menyeksa binatang kerana binatang pun mempunyai
perasaan seperti manusia.
• Kita perlu memiliki sifat sabar sebagaimana Mun yang sabar
menghadapi bermacam-macam kerenah manusia.
SOALAN

1) Mengapakah Mun terpaksa melarikan diri ketika sedang


menyelongkar tong sampah itu?
a) Kerana dihalau oleh tuan punya gerai.
b) Kerana tidak mahu makan sisa makanan.
c) kerana inginkan makanan yang lebih lazat.
d) kerana ingin mengelakkan diri daripada dibaham oleh
anjing yang garang.
2) Persoalan utama dalam cerpen pertemuan ialah….
a) kegigihan manusia mencari rezeki.
b) kekejaman manusia terhadap makhluk lain.
c) kehidupan haiwan yang diancam oleh penyakit
berbahaya.
d) kesukaran menjaga haiwan peliharaan.
3) Apakah perasaan Mun ketika melihat kawasan persekitaran rumah
yang luas itu?
a) takut
b) gembira
c) kagum
d) curiga
4) Frasa “memujuk perut yang sudah mula menjerit” dalam
petikan cerpen ini ialah gaya bahasa…
a) peribahasa
b) personafikasi
c) metafora
d) simile
5) Pilih pengajaran yang tidak terkandung dalam cerpen
pertemuan….
a) anggota masyarakat haruslah membantu haiwan yang
dianiaya.
b) kita hendaklah bersimpati terhadap makhluk yang
bernasib malang.
c) semua orang perlu membahagiakn orang lain yang hidup
miskin.
d) janganlah suka menganiaya makhluk tuhan yang
terdapat di muka bumi ini.

Anda mungkin juga menyukai