Anda di halaman 1dari 2

Nur Zulaikha bt Mohd Ramli 900522-05-5134

Pertama sekali saya rasa bersyukur kehadrat ilahi kerana telah Berjaya menyiapkan tugasan dalam mata pelajaran Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan. Matapelajaran ini menekankan tentang kaedah sesuatu bateri ujian dan menganalisis data yang diperolehi daripada murid. Kumpulan kami telah diarahkan untuk menyediakan satu alat bateri ujian yang boleh digunakan dalam penilaian tahap kecergasan murid. Oleh itu, kumpulan kami telah membuat perbincangan yang rapi dan hasil perbincangan dengan ahli kumpulan, tugas kami ialah menyediakan alat bateri ujian bagi Lompat Jauh Berdiri. Pada permulaannya kami telah mendapatkan maklumat tentang bateri ujian Lompat Jauh Berdiri dari pelbagai sumber seperti rujukan di internet dan juga pensyarah. Kami dapati tajuk pemilihan kami amat sesuai untuk mengukur dan menilai tahap kekuatan otot kaki murid. Melalui ujian ini, guru dapat mengenalpasti tahap kecergasan murid-murid disekolah berkenaan kekuatan otot kaki. Langkah pertama, sebelum kami memulakan membuat latan tersebut, kami telah berbincang terlebih dahulu mengenai kos dan alatan yang diperlukan untuk membuat alatan tersebut. Didapati latan yang kami pilihkan tidak terlalu mahal dan banyak kelebihan yang kami perolehi untuk membuat inovasi dalam alatan tersebut. Antara kelebihan alatan yang akan kami hasilkan ialah murah dan mudah dibawa kemanamana. Kos yang rendah untuk menyediakan alatan tersebut dan mudah untuk menyediakan bahan-bahan sebelum memulakan tugasan pelaksanaan tersebut. Pelbagai masalah yang kami hadapi pada kali pertama iaitu alat tersebut sukar untuk memberi bacaan jarak yang tepat dan mempunyai ralat dalam pengiraan mata. Oleh itu kumpulan kami telah membuat penambahbaikan alat tersebut dengan cara menggunakan penanda berwarna. Penanda warna pada alat tersebut dapat memberikan bacaan skor kepada murid yang melakukan lompatan. Ini memudahkan

untuk mendapatkan bacaan skor mata kerana kami telah lekatkan pita pengukur diatas kain berwarna dan memudahkan kepada penilai untuk membaca mata/markah atau jarak lompatan. Kain yang berwarna-warni boleh menarik minat murid terhadap alatan tersebut dan meningkatkan semangat murid semasa melakukan ujian tersebut. Contohnya warna merah melambangkan mata tertinggi, dan murid akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan bacaan jarak pada warna merah. Kiraan mata atau skor bagi wanita lebih dekat berbanding dengan kiraan mata bagi lelaki. Pada alatan tersebut kami telah asingkan untuk bacaan lelaki (sebelah kanan) dan bacaan bagi perempuan (disebelah kiri). Ini memudahkan murid untuk melakukan ujian tersebut. Kami telah bekerja keras untuk menyiapkan alatan tersebut bersama-sama rakan lain dengan sebaik mungkin kerana hasil kerja kami perlu ditunjukkan atau dinilai oleh pensyarah kami. Hasilnya, kami telah Berjaya menyiapkan alat bateri ujian yang begitu cantik dan mempunyai banyak kelebihan pada latan tersebut seperti, mudah dibawa kemana-mana dan tahan lama untuk jangka hayat yang panjang. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kumpulan saya kerana telah member kerjasama yang baik untuk menyiapkan alatan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai