Anda di halaman 1dari 23

PROSES PEMBENTUKAN LOGAM PENGENALAN Di dalam bab ini satu lagi kategori proses pembuatan akan diterangkan iaitu

pros es-proses menukar rupa bentuk atau proses pembentukan logam. Proses-proses pembentukan di dalam pembuatan barangan ialah operasi-operasi di mana bentuk bendakerja diubah dengan cara membekalkan daya-daya luaran untuk mengherotkan atau mengubahkan bentuk logam te rsebut secara ubah bentuk plastik. Proses-proses ini boleh dilakukan samada dalam keada an sejuk atau panas. Jadual 1 menunjukkan sebilangan daripada proses-proses yang biasa digunak an dalam kerja-kerja pembentukan logam seperti menempa (forging), menggelek (rolling), me narik (drawing) dan menyemperit (extrusion). Proses pembentukan ini tidak sama dengan proses, pemesinan kerana logam tidak di mesin/dipotong, sebaliknya hanya diubahkan bentuknya sahaja mengikut saiz, tebal , panjang dan lain-lain. Struktur logam yang terhasil juga adalah lebih kuat jika dibandin gkan dengan proses pemesinan. Rajah 1 menunjukkan satu contoh struktur yang dihasilkan, mela lui proses memesin dan menggelek. Pengerjaan logam biasanya dikelaskan kepada dua jenis iaitu pengerjaan panas dan pengerjaan sejuk. Pengerjaan panas ialah kerja-kerja mengubah bentuk logam di atas dari suh u penghabluran semula dan pengerjaan sejuk pula di bawah suhu tersebut. Suhu pengh abluran semula ialah suhu tertentu di mana bijian sesuatu logam akan bertukar kepada ben tuk asal selepas pengerjaan. Jadual 2 menunjukkan contoh suhu penghabluran semula bagi be berapa jenis logam dan Rajah 2 menunjukkan proses menggelek panas di mana struktur biji an logam berubah ke bentuknya yang asal selepas gelekan dilakukan. Kedua-dua proses pengerjaan ini mempunyai kebaikan dan kelemahannya. Berikut dis enaraikan beberapa kebaikan dan kelemahan untuk kedua-dua jenis pengerjaan tersebut. Kebaikan proses pengerjaan panas Daya dan tenaga yang diperlukan adalah sedikit, maka mesin dan peralatan yang be rsaiz kecil dapat digunakan (kos yang murah) dan logam bersaiz besar dapat dikerjakan. Berlaku penghalusan bijian logam (lihat Rajah 2) dimana beberapa sifat mekanikal seperti keliatan, kemuluran dan ketahanan menerima hentaman dapat diperbaiki.

Disamping itu saiz dan taburan bijian logam adalah seragam. Tidak berlaku pengerasan terikan/kerja (strain/work hardening). Untuk sesetengah proses pembentukan seperti tuangan, kecacatan dapat dikurangkan seperti keliangan(porosity) dan lubang gas (gas holes). Kelemahan proses pengerjaan panas Permukaan yang dihasilkan kurang baik kerana berlaku pertumbuhan karat, kerak (scaling), dan oksida disebabkan berlakunya pengoksidaan pada suhu yang tinggi. Had terima (close tolerence) yang kecil sukar diperolehi kerana masalah pengecut an (shrink) logam berlaku semasa proses penyejukkan. Kos modal alat-alat seperti relau adalah mahal.

Takat guna alat yang digunakan berkurangan disebabkan sentiasa bekerja pada suhu yang tinggi. Kebaikan proses pengerjaan sejuk Dimensi dapat dikawal dengan baik/tepat kerana pengecutan dimensi adalah kecil. Hasil permukaan adalah halus dan tidak berlaku pengoksidaan. Kekerasan dan kekuatan logam yang dihasilkan akan bertambah. Ini sangat berfaeda h untuk logam yang tidak dapat dikenakan rawatan haba. Hasil daripada pengerjaan sejuk lazimnya tidak memerlukan kerja-kerja penyudahan . Kelemahan proses pengerjaan sejuk Tegasan baki (residual stress) perlu dihilangkan dengan rawatan haba. Ianya lebih sesuai untuk logam-logam yang bersifat mulur sahaja. Berlaku pengherotan bentuk bijian logam yang menyebabkan logam bersifat rapuh da n mengurangkan sifat mulur. Peralatan dan kuasa yang lebih besar diperlukan, iaitu terpaksa menggunakan mesin/peralatan yang lebih besar untuk mengerjakan benda kerja bersaiz kecil. PROSES-PROSES MENEMPA (FORGING PROCESSES) Menempa adalah satu proses ubah bentuk plastik iaitu dengan mengenakan daya atau tekanan mampatan atau hentaman. Proses ini merupakan salah satu proses pengerjaan logam yang paling tua, mula digunakan pada tahun 5000 SM. Ia digunakan untuk menghasilkan p elbagai saiz dan bentuk komponen dari berbagai jenis logam. Antara komponen-komponen yang laz imnya diperbuat ialah seperti aci engkol, rod penyambung untuk enjin, cakera turbin, g ear, roda, kepala bolt, perkakas tangan dan sebilangan komponen struktur untuk peralatan mesin dan pengangkutan. Operasi menempa ini boleh dilakukan dalam keadaan sejuk atau pun panas. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1, proses menempa ini terdiri dari beberapa jenis. Beri kut diterangkan jenis-jenis proses tersebut satu-persatu. Tempaan dai terbuka (Smith forging) Merupakan jenis proses pengerjaan logam yang paling tua. Dahulunya proses ini di lakukan secara manual, tetapi sekarang ini mesin dan peralatan mekanikal digunakan. Bias anya penukul dan andas (anvil) berbenruk rata digunakan (lihat Rajah 2). Penggunaan tempaan S

mith di industri pada hari ini biasa dilakukan dalam keadaan panas untuk mendapatkan ben tuk dan saiz yang kasar atau untuk mengurangkan saiz sesuatu objek sebelum proses pembentukan selanjutnya dilakukan. Tempaan Jatuh (drop forging) Tempaan jatuh adalah serupa dengan tempaan Smith kecuali bentuk tukul dan andas yang berbeza (tidak rata). Rajah 4 menunjukkan contoh jenis acuan dan barangan yang b oleh dihasilkan dengan menggunakan tempaan jatuh.

Tempaan jatuh menggunakan acuan berturutan dimana barangan pada mulanya dibentuk secara kasar, separuh siap dan siap. Satu ataupun lebih hentaman dikenakan untuk setiap peringkat bagi mendapatkan bentuk yang dikehendaki. Setelah itu barangan tadi dipindahkan keperingkat selanjutnya sehinggalah turutan tersebut selesai. Rajah 4 menunjukkan lima perin gkat yang dilalui semasa menghasilkan aci engkol. Struktur bijian semasa operasi menempa adalah sangat baik dimana ciri-ciri seper ti kekerasan, kemuluran, kebingkasan (resiliency), keliatan dan ciri-ciri lain yang serupa dap at diperbaiki. Rajah 5 menunjukkan contoh struktur bijian yang terbentuk setelah ditempa dimana ianya menjadi lebih kuat. Acuan yang digunakan dalam operasi ini mestilah daripada bahan yang sangat kuat dan liat supaya ia dapat menahan daya hentaman dan suhu yang tinggi semasa operasi. Acuan biasanya diperbuat dari pelbagai jenis keluli alat (tool steels). Tempaan Hentaman Juga merupakan proses ubahbentuk plastik bagi logam. Perbezaannya dengan tempaam jatuh hanyalah pada alat pelantak yang membawa tukul dalam keadaan mendatar menghentam bendakerja dari kedua-dua belah. Rajah 6 menunjukkan perbezaan antaratempaan hen taman dan tempaan jatuh konvensional. Proses ini boleh dilakukan dalam keadaan panas a taupun sejuk. Ianya sesuai untuk menghasilkan komponen bersaiz kecil secara massa dan m udah digabungkan dengan barisan asembli di dalam syop pengeluaran. Tempaan Terbalik Proses yang serupa dengan tempaan hentaman dimana pelantak memacukan tukul lazim nyz bergerak dalam arah mendatar. Boleh dilakukan dalam keadaan panas dan sejuk. Ter dapat dua ciri yang membezakannya dengan tempaan hentaman iaitu; Biasanya cuma satu pelantak dan tukul sahaja yang digunakan, dan objek diubah bentuk dengan dianjakkan (displacing) atau diubah bentukkan dimana objek berbentuk selinder atau batang bulat dijadikan berbentuk berongga (cavity) serupa dengan tempaan jatuh. Tukul pelantak dan acuan, kedua-duanya mempunyai bentuk tertentu. Tetapi dalam s esetengah keadaan tukul dan pelantak tidak memepunyai bentuk (permukaan yang rata). Operasi ini boleh digunakan untuk menghasilkan kepala bolt, rivet, injab enjin d

an lain-lain barangan di mana dibahagian kepala adalah lebih besar/lebar daripada batangnya. Rajah 7 menunjukkan contoh proses penghasilan kepala bolt. Biasanya bolt diperbuat pada keadaan sejuk untuk membaiki struktur dan kekuatannya. Ianya juga boleh digunakan untuk menambahkan ketebalan sesuatu aci bulat sebelum ianya dimesin. Tempaan Tekanan Proses yang serupa dengan tempaan jatuh kecuali penghimpitan yang perlahan digun akan tanpa hentaman.. Kebaikannya operasi ini ialah ia dapat memberikan masa yang secukupny a pada bahan untuk mengalir ke bentuk yang dikehendakki. Bentuk tertentu yang hendak di hasilkan boleh dihasilkan dengan hati-hati dan cermat seperti membengkokkan satu komponen yang besar seperti pada Rajah 8. Tempaan tekanan ini biasanya dilakukan dengan menggu nakan acuan dan tukul yang berbentuk rata. Akan tetapi sesetengah bentuk seperti bulat dan empat segi boleh juga digunakan sebagai operasi kasar/awal sebelum bentuk yang lebih t epat dilakukan pada mesin/peralatan yang lain. Tempaan Gelek

Di dalam proses ini luas keratan lintang batang dikurangkan dan ditukarkan kepad a bentuk tertentu denagn melalukannya pada sepasang penggelek yang mempunyai alur tertent u (Rajah 9). Operasi ini biasanya digunakan sebagai proses akhir setelah sesuatu komponen telah melalui berbagai-bagai proses lain seperti untuk meniruskan aci, menajamkan pisau dan la in-lain. Proses ini boleh juga digunakan sebagai operasi awal sebelum proses tempaan lain sepert i membuat aci engkol dan lain-lain komponen automotif. Rajah 10 menunjukkan beberapa contoh ko mponen yang telah ditempa gelek. Satu lagi jenis tempaan gelek ialah tempaan gelek pencong (skew) (Rajah 11). Ian ya digunakan untuk menghasilkan bebola galas. Dawai atau batang bulat diulurkan ke ruang peng gelek di mana bentuk spiar akan terbentuk secara berterusan bilamana penggelek tersebut b erputar. Proses Penyilingan Operasi ini biasanya dilakukan dalam keadaan sejuk untuk komponen yang kecil. Ko mponen dianjakkkan dengan daya dan hentaman di dalam rongga acuan. Disebabkan rongga ad alah tertutup sepenuhnya maka isipadu bendakerja yang hendak disyilingkan perlulah di kawal dengan rapi. Proses penyilingan tidak dapat dilakukan sekiranya bahan yang berlebihan d igunakan dalam rongga acuan. Ini akan merosakkan mesin atau barangan yang dihasilkan memp unyai kecacatan. Operasi ini lebih sesuai khususnya untuk menghasilkan bendakerja yang kecil yang memerlukan perincian dan kemasan permukaan yang sangat halus. Rajah 12 mengilust rasikan contoh proses penyilingan ini. Proses Pengehoban (Hobbing) Proses ini hampir sama dengan proses penyilingan. Ia digunakan untuk menyediakan acuan. Lekukan (indentation) dilakukan pada komponen yang lebih besar supaya logam yang dianjakkan ditolak keluar kesekeliling corak (pattern) yang telah dibekaskan pad a komponen tersebut. Rajah 13 menunjukkan keadaan tersebut. Pengehoban sesuai untuk membent uk bahagian yang kecil dimana permukaan yang halus diperlukan dimana acuan-acuan te rsebut digunakan untuk menghentak bahan-bahan yang lebih lembut atau menghasilkan tuang an plastik. Proses Penggerumitan Penggerumitan ialah suatu proses yang digunakan untuk mengurangkan garispusat se suatu

objek bulat samada pada batang yang pejal ataupun berongga dengan mengenakan hen takan yang berulang. Proses ini juga dikenali sebagai penggerumitan berputar atau temp aan jejarian. Rajah 14 menunjukkan bagaimana acuan-acuan yang berputar dihentakkan pada bendak erja bilamana penggelek-penggelek berputar bertentangan dengan perumah acuan (die hou sing). Proses ini boleh juga digunakan untuk menghasilkan bentuk kon , mengurangkan bah agian dalaman atau luaran sesuatu bahagian bendakerja. Rajah 15 menunjukkan beberapa c ontoh barangan yang dapat dihasilkan melalui proses ini. PROSES-PROSES MENGGELEK Proses menggelek mula dibangunkan pada penghujung tahun 1500an. Ianya adalah pro ses mengurangkan ketebalan atau menukar keratan lintang sesuatu bendakerja dengan me ngenakan daya-daya mampatan ke atasnya oleh sepasang penggelek yang berputar. Operasi asa s menggelek adalah jenis menggelek rata dimana plat dan kepingan logam dihasilkan. Daripada operasi asas ini proses menggelek telah dimajukan kepada beberapa operasi lain s eperti menggelek bentuk, menggelek gelang, menggelek ulir dan gear dan menebuk tiub sec ara gelekan untuk menghasilkan tiub yang tidak berkelim.

Bahan-bahan asal yang akan digelek biasanya didapati dalam bentuk ingot daripada foundri. Terdapat tiga bentuk asas bagi barangan yang dihasilkan daripada gelekan pertama iaitu bloom yang berbentuk empat segi dimana saiz yang lazim ialah 150 150mm hingga 400 400m m, bilet bersaiz antara 50 50mm hingga 400 400mm dan papak (slab) yang bersaiz anta ra 50 350mm hingga 300 1800mm (lihat Rajah 16). Daripada bentuk asas inilah bentuk-ben tuk lain seperti bentuk I, L, T, H, plat, batang dan sebagainya dihasilkan samada melalui proses menggelek juga ataupun proses-proses lain. Rajah 17a dan 17b menunjukkan sebilan gan daripada bentuk-bentuk barangan yang dihasilkan. Menggelek Rata Rajah 18a mengilustrasikan secara skema bagaimana proses menggelek dilakukan. Lo gam dimasukkan kepada penggelek melalui geseran dan kemudiannya dimampatkan untuk mendapatkan bentuk akhir. Ketebalan logam yang dapat digelek bergantung kepada k ekasaran permukaan penggelek. Penggelek yang lebih kasar berkeupayaan untuk mengurangkan tebal pada kadar yang lebih besar daripada penggelek yang licin. Pengurangan tebal unt uk setiap laluan juga bergantung kepada jenis bahan bendakerja dan kemulurannya. Untuk alo i yang mempunyai kekuatan yang tinggi lazimnya dilakukan pengurangan yang kecil manakal a untuk logam yang lembut dan logam bukan feros, pengurangan yang besar boleh dilakukan. Suhu-suhu untuk menggelek panas adalah serupa untuk menempa panas. Kebaikan menggelek pana s ialah daya-daya yang diperlukan adalah rendah dan kemuluran yang tinggi dapat dihasilk an.. Menggelak sejuk pula memerlukan daya yang tinggi tetapi dapat menghasilkan kemas an permukaan yang lebih baik, lebih mudah mengawal had terima dan dapat menghasilka n plat dan kepingan berkekuatan yang tinggi. Kepingan logam bukan feros seperti aluminium y ang digunakan untuk membalut rokok dan barang makanan boleh digelek kepada tebal 0.0 2mm. Terdapat beberapa jenis peralatan yang digunakan untuk proses menggelek ini dima na susunan penggelek adalah berbeza-beza. Jenis yang lazim didapati ialah seperti yang ditu njukkan pada Rajah 18b. Penggelek dua tingkat atau tiga tingkat (diperkenalkan pada tahun 180 0an) digunakan untuk laluan/pas awal dimana ingot dipecahkan dan dikurangkan saiznya. . Garispusat penggelek adalah disekitar 600 - 1400mm. Adalah lebih baik mengunakan penggelek yang bergarispusat kecil kerana jejari pe nggelek yang kecil akan mengurangkan daya yang diperlukan. Akan tatapi penggelek yang kecil m

udah terpesong terutama bila proses tersebut dilakukan dalam keadaan panas. Didalam k eadaan ini penggelek penahan digunakan. Penggelek jenis berkumpul (clusters) adalah sangat sesuai untuk menggelek sejuk jalur (strips) logam nipis berkekuatan tinggi. Satu contoh susunan penggelek jenis ini adalah s eperti yang ditunjukkan pada Rajah 19. Penggelek kerja boleh bersaiz sekecil 6mm garispusat dan lazimnya diperbuat daripada tungsten karbida untuk mendapatkan ciri-ciri ketegaran, kekua tandan rintangan kepada haus. Logam senipis 0.0025mm boleh dihasilkan denagn menggunaka n penggelek jenis ini. Menggelek Bentuk Bentuk-bentuk struktur seperti batang yang mempunyai berbagai-bagai bentuk kerat an lintang, saluran, rasuk I dan landasan keretapi boleh dihasilkan dengan menggunakan pengg elek bentuk. Ingot atau bloom dilalukan melalui penggelek yang mempunyai bentuk tertentu. Laz imnya bendakerja akan melalui beberapa peringkat gelekan dimana pasangan penggelek-pen ggelek mempunyai bentuk yang berbeza-beza disetiap peringkat sebelum bentuk akhir diper olehi. Rajah rajah 23 selanjutnya menunj 20 menunjykkan contoh penggelek bentuk ini. Rajah 21 ukkan bagaimana sesuatu bentuk akhir terpaksa melalui banyak peringkat laluan.

Penggelek Gelang Di dalam proses ini gelang yang bergarispusat kecil dikembangkan kepada garispus at yang lebih besar dengan keratan lintang yang lebih kecil. Ini dapat dilakukan dengan meleta kkan gelang tersebut di antara dua penggelek (lihat Rajah 24). Tebal gelang dikurangkan deng an merapatkan penggelek bilamana ianya berputar. Pengurangan tebal ini dipampaskan dengan pena mbahan pada garispusat gelang. Tatacara tipikal untuk menhasilkan gelang tak berkelim ditunjukkan pada Rajah 25 . Pelbagai variasi keratan lintang boleh digelek gelang dengan menggunakan penggelek yang m empunyai bentuk tertentu. Proses ini boleh dilakukan pada suhu bilik atau suhu yang lebih tinggi bergantung pada saiz dan kekuatan bendakerja. Kebaikan proses menggelek gelang ini berbanding dengan proses-proses lain untuk menghasilkan bahagian/komponen yang sama ialah - masa pengeluaran yang pendek, menjimatkan bahan, had terima yang kecil dan aliran struktur yang baik. Pengguna an yang tipikal untuk proses ini ialah untuk menghasilkan gelang-gelang yang besar untuk roket dan turbin, rim roda gear, pemegang-pemegang galas bebola dan galas gelek, bebibir d an juga pressure vessels . Penggelek Ulir dan Gear Ini adalah proses pembentukan sejuk dimana ulir dihasilkan pada batang bulat den gan melalukannya di antara acuan yang berputar atau bersalingan (reciprocating). Raj ah 26 menunjukkan beberapa variasi bagi proses ini. Kebaikan proses ini ialah ulir dap at dihasilkan tanpa membuang/memotong logam dan kekuatannya dapat diperbaiki kerana dikerjakan secara sejuk. Kemasan permukaan adalah sangat licin. Gear taji (spur gear) dan gear hel iks boleh dihasilkan dengan menggunakan proses yang sama. Penebukan Tiub Berputar Proses ini dilakukan dalam keadaan panas dimana tiub yang panjang tak berkelim y ang berdinding tebal dihasilkan. Rajah 27 menunjukkan teknik pengerjaan ini. Prinsip bagi proses ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian dimana apabila sesuatu batang bulat dikena kan mampatan jejarian seperti pada Rajah 27a, tegasan tegangan berlaku pada pusat ba tang tersebut. Bilamana dikenakan tegasan mampatan berputar seperti pada Rajah 27b, r ongga akan terjadi di tengah-tengah batang tersebut. Rajah 27c dan Rajah 28 menunjukkan contoh proses penebukan tiub berputar (Proses

Mannesmann, dibangunkan pada tahun 1880an) ini. Paksi bagi penggelek dipencongka n (skewed) untuk membolehkan batang bulat ditarik melalui penggelek melalui tindak an putarannya. Mandrel digunakan untuk membantu proses ini dimana lubang dapat dibe sarkan lagi dan mensaizkan garispusat dalaman tiubkepada saiz yang dikehendaki. PROSES-PROSES PENARIKAN Di dalam proses ini bahan dibentuk mengikut bentuk acuan yang digunakan. Penarik an biasanya dilakukan pada kepingan yang nipis atau batang logam kepada bentuk dan saiz yang dikehendaki.Antara contoh barangan yang boleh dihasilkan melalui proses ini iala h dinding selinder, tangki gas mampat, sarung/kelonsong peluru dan barangan yang serupa. K ebanyakan dari operasi ini dilakukan dalam keadaan plastik. Penarikan Dalam/Cawan

Melalui proses ini satu contoh-kosong (blank) kepingan logam dibentuk kepada sel inder atau kotak dengan menggunakan penumbuk (punch) yang menekan contoh-kosong tersebut ke pada rongga acuan (lihat Rajah 29). Walaupun proses ini umumnya dikenali sebagai pena rikan dalam iaitu menghasilkan bahagian yang dalam, operasi asas juga dilakukan untuk mengha silkan bahagian yang cetek. Beberapa parameter yang asas untuk proses ini dimana keping an logam dibentuk kepada bentuk cawan selinder ditunjukkan pada Rajah 30. Beberapa pembol ehubah yang penting diperhatikan semasa melakukan penarikan dalam ialah: sifat-sifat kepingan logam nisbah garispusat contoh-kosong kepada garispusat penumbuk Kelegaan di antara penumbuk dan acuan jejari sudut penumbuk dan acuan daya pada pemegang contoh-kosong geseran dan pelinciran pada antaramuka penumbuk, acuan dan bendakerja kelajuan penumbuk Kesemua pembolehubah ini sangat penting dikawal untuk menghasilkan barangan/komp onen yang bermutu supaya tidak berlaku sebarang kecacatan atau kerosakan. Rajah 31 me nunjukkan beberapa contoh kerosakan disebabkan kawalan yang kurang memuaskan semasa proses tersebut dijalankan. Penarikan Kelompang Proses ini juga merupakan proses penarikan dalam. Ianya digunakan untuk menghasi lkan bentuk konturan atau kontena dimana bentuk satu bahagian (one piece) pada tepi dan bawa h diperlukan. Proses ini biasanya dilakukan didalam beberapa peringkat sebelum ben tuk akhir diperolehi. Rajah 32 menunjukkan bagaimana contoh tangki gas oksigen dihasilkan. Peringkatperingkat penarikan boleh dilakukan dengan melakukan penarikan semula (redrawing). Terdapa t dua cara dimana penarikan semula boleh dilakukan iaitu cara konvensional dan car a terbalik. Rajah 33 rajah 34 menunjukkan kedua-dua cara tersebut. Penarikan Batang dan Dawai Penarikan batang lazimnya dilakukan dalam keadaan sejuk. Seperti yang ditunjukka n secara skema pada Rajah 35a, ia digunakan untuk menghasilkanbatang berbentuk bulat. Aka n tetapi, proses ini boleh juga menghasilkan bentuk-bentuk keratan lintang yang kompleks d engan menggunakan acuan berbentuk tertentu. Sekiranya pengurangan saiz yang besar perl u dilakukan, beberapa peringkat/laluan perlu dilakukan. Proses ini hanyalah proses menarik bahan yang melalui acuan. Penarikan sejuk dapat menghasilkan ketepatan yang tinggi, me ningkatkan

keliatan dan mutu kekerasan. Penarikan dawai (Rajah 35b) pula merupakan proses penarikan dawai yang lebih kec il. Lazimnya batang yang bersaiz kurang dari 7mm (1/4 in) ditarik melalui acuan secara bertur utan sehinggalah saiz yang dikehendaki diperolehi. Saiz sekecil 0.025mm boleh dihasil kan melalui proses ini. Seperti proses penarikan yang lain, pelincir yang bermutu tinggi per lu digunakan untuk melincir dan menyejukkan acuan serta membaiki kecekapan proses tersebut. D aya dan tenaga juga dapat dikurangkan sekiranya pelincir digunakan. Rajah 36 menunjukkan mesin yang digunakan untuk proses penarikan dawai ini. Penarikan Tiub Tiub-tiub yang dihasilkan melalui proses penyemperitan atau lain-lain proses bol eh dikurangkan ketebalan atau garispusatnya dengan mengunakan proses penarikan tiub. Contoh-con toh proses

ini ditunjukkan secara skema pada Rajah 37 dimana mandrel yang mempunyai bentuk yang berbeza-beza digunakan. Proses Pemejaman Pemejaman melibatkan pembentukan bahagian/komponen yang mempunyai simetri sepaks i pada mandrel yang berputar dengan menggunakan perkakas atau penggelek yang tegar. Pro ses ini dilakukan pada mesin larik dan boleh dilakukan dalam keadaan sejuk atau panas. P roses sejuk lebih lazim digunakan. Bendakerja dan acuan yang berputar manakala alat pembentu k diam/pegun dikenakan pada bendakerja untuk membentuknya. Terdapat 3 jenis asas b agi proses pemejaman iaitu jenis kovensional (manual), ricih dan tiub. Pemejaman Konvensional Didalam proses ini satu contoh kosong rata yang bulat (berbentuk cakera) diletak kan pada mandrel yang berputar manakala alat khas digunakan untuk merubahkan bentuk benda kerja tersebut (Rajah 38). Operasi pemejaman melibatkan beberapa jujukan pas/laluan da n menghendaki kemahiran yang tinggi. Contoh pada Rajah 39 menunjukkan dengan jelas akan hal ini. Rajah 40 menunjukkan beberapa contohtipikal barangan yang boleh dihasilkan. Kos peralatan secara relatifnya adalah rendah. Proses ini boleh dilakukan pada mesin larik. Ia nya lebih ekonomi untuk menghasilkan barangan berkuantiti sedikit sahaja. Pemejaman Ricih Proses ini juga dikenali sebagai pemejaman kuasa, melarik aliran atau tempaan me jam. Bentukbentuk simetri sepaksi atau melengkung boleh dihasilkan, antaranya seperti pada Rajah 4 1. Komponen yang selalunya dihasilkan melalui proses ini ialah seperti kelongsong m otor roket dan kon muncung luncur (missile). Pemejaman Tiub Dalam proses ini tiub-tiub dikurangkan ketebalannya dengan memejamkannya pada ma ndrel dengan menggunakan penggelek khas. Operasi ini boleh dilakukan pada bahagian lua ran atau dalaman (Rajah 42). Bahagian yang berkaitan dimejam terus kehadapan atau kebelak ang (terbalik) sama seperti penarikan atau penyemperitan tidak langsung. Untuk kedua -dua kes tersebut pengurangan pada tebal dinding menyebabkan tiub menjadi lebih pamjang. Pemejaman tiub boleh digunakan untuk menghasilkan pressure vessel , komponen automotif dan b ahagianbahagian roket dan peluncur. Rajah 43 menunjukkan beberapa bentuk yang boleh dihasilkan.

Kadar pengeluaran yang agak tinggi dengan sedikit sahaja pembaziran bahan. Pembentukan Regang Didalam proses ini kepingan logam dikapitkan pada bahagian hujung/tepi dan direg angkan dengan menggunakan acuan atau blok pembentuk yang bergerak ke atas (atau ke bawa h, bergantung kepada susunan) dan kadangkala (mengikut keadaan pengerjaan) rahang p engapit bergerak ke sisi. Proses ini banyak digunakan dalam industri angkasa lepas dan a utomotif dimana pelbagai bentuk komponen dapat dibentukkan. Bahagian-bahagian panel pintu, bingk ai tingkap automobil dan panel sayap kapalterbang boleh dihasilkan melalui proses ini. Pembentukan regang tidak dapat menghasilkan komponen yang mempunyai konturan yan g tajam atau bersudut tajam. Bahan acuan biasanya diperbuat daripada kayu, aloi zi nk, keluli ataupun plastik. Walaupun isipadu pengeluaran adalah kecil, proses ini adalah ek onomi untuk digunakan. Rajah 44 menunjukkan proses pembentukan regang ini manakala Rajah 45 dan rajah 46 menunjukkan contoh mesin yang digunakan.

PROSES-PROSES PENYEMPERITAN Penyemperitan adalah suatu proses dimana logam diletakkan di dalam rongga yang t ertutup dan dikeluarkan dengan mengalirkannya melalui satu laluan khas dimana logam tersebut akan mengambil bentuk ruang atau keratan lintang laluan tersebut. Operasi ini adalah sama seperti memicit ubat gigi keluar daripada tiubnya. Proses ini boleh dikelaskan seperti b erikut: Proses Penyemperitan Penyemperitan Panas Penyemperitan Sejuk Langsung Tak Langsung Langsung Tidak Langsung Hidrostatik Hentaman Tempaan Sejuk Proses penyemperitan yang tipikal ialah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 47. Peralatannya terdiri daripada satu kontena atau selinder dimana di dalamnya dimasukkan bilet logam. Pada satu hujung selinder tersebut, plat acuan yang mempunyai bentuk tertentu diletak kan. Pada satu hujung lagi pelocok (plunger) atau pelantak (ram) memampatkan bilet logam terseb ut yang menyebabkannya mengalir keluar melalui acuan dan mengambil bentuk acuan tersebut . Blok semu (dummy) digunakan untuk melindungi pelantak daripada haba dan tekanan yang tinggi ketika proses tersebut dilakukan. Proses penyemperitan menghasilkan dimensi yang sangat baik. Sifat-sifat seperti kemasan permukaan, penghalusan struktur bijian, kekuatan dan kemuluran dapat diperbaiki. Disebabkan bilet dipaksakan keluar melalui acuan dengan pengurangan keratan lintang yang be sar maka corak aliran logam adalah penting. Rajah 5.48 menunjukkan ubahbentuk struktur bi jian yang tipikal dialami oleh logam semasa penyemperitan. Rajah 49 menunjukkan sebahagian daripada komponen yang boleh dihasilkan dari pro ses ini.Dengan menggunakan proses ini komponen yang mempunyai keratan lintang yang m alar sama seperti proses menggelek dapat dihasilkan. Bentuk yang kompleks boleh dihas ilkan dengan lebih banyak jika dibandingkan dengan proses menggelek kerana acuan yang digunak an adalah ringkas dan mudah untuk diperbuat. Tidak seperti menggelek proses ini adalah pro ses satu laluan/pas. Proses Penyemperitan Panas Penyemperitan Langsung Proses yang ditunjukkan pada Rajah 47 dinamakan penyemperitan panas langsung dim

ana aliran logam adalah sama arah dengan pelantak. Dalam proses ini masalah utama yang diha dapi ialah geseran yang tinggi di antara bilet logam yang panas dengan dinding selinder ter utama untuk logam keluli kerana suhu penyemperitan yang tinggi. Untuk mengurangkan geseran i ni bahan pelincir biasa digunakan. Contohnya pada suhu yang rendah, minyak dan grafit dig unakan. Untuk mengurangkan kerosakan pada peralatan, penyemperitan dilakukan dengan cepat dan selinder disejukkan sebelum proses selanjutnya dilakukan ke atasnya. Penyemperitan Tak Langsung Untuk mengurangkan masalah proses penyempertan di atas, penyemperitan tak langsu ng digunakan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 50. Ia dinamakan tak langsung kera na aliran logam yang keluar adalah berlawanan dengan arah pelantak. Di sini bilet di dalam kontena tetap pegun (tiada geseran). Walaupun terdapat kebaikan, proses ini kurang luas penggu naannya

kerana masalah pengendalian logam yang telah disemperitkan melalui pelantak yang bergerak itu adalah lebih rumit. Proses Penyemperitan Sejuk Penyemperitan Langsung Proses ini serupa dengan proses penyemperitan panas langsung kecuali nisbah peny emperitan yang mugkin adalah lebih kecil (nisbah luas keratan lintang bilet/luas keratan l intang bahagian yang disemperit) dan daya yang diperlukan adalah lebih tinggi.Ia biasanya diguna kan untuk menghasilkan bentuk-bentuk yang mudah yang memerlukan kemasan permukaan yang bai k dan untuk membaiki sifat-sifat mekanikalnya. Contoh penggunaan proses ini adalah seperti untuk membuat tin, selinder penyerap hentakan, motor kepala roket dan lain-lain. Penyemperitan Hentaman Ini adalah satu lagi variasi proses penyemperitan tak langsung. Banyak digunakan untuk bahanbahan yang lebih lembut seperti aluminium dan aloi-aloinya. Rajah 51 menunjukkan secar a skema proses ini. Rajah 52 menunjukkan sebilangan bentuk bentuk komponen yang bo leh dihasilkan. Penyemperitan Tempaan Sejuk Proses ini adalah serupa dengan proses penyemperitan hentaman kecuali pada dindi ng tepi barangan yang dihasilkan adalah lebih besar dan tidak tinggi/dalam (Rajah 53). P roses ini adalah terhad untuk menghasilkan komponen-komponen yang kecil dan daripada bahan logam aloi bukan feros sahaja. Penyemperitan Hidrostatik Proses ini digunakan untuk pengerjaan yang lebih khusus. Bilet logam dimampatkan daripada semua bahagian dengan menggunakan cecair dan bukannya pelantak. Kewujudan cecair di dalam kontena menghapuskan sama sekali keperluan bahan pelincir pada semua bahag ian. Disebabkan perkara ini maka bahan-bahan yang sangat rapuh seperti besi tuang kel abu boleh disemperitkan. Rajah 54 menunjukkan contoh proses ini secara skema. Penyemperitan Tiub Penyemperitan tiub atau geronggang (hollow) adalah variasi kepada proses penyemp eritan yang lazim. Untuk bahan-bahan yang lebih besar dan keras, proses ini dilakukan dalam bracket aluminium,

keadaan panas, sementara proses sejuk digunakan untuk bahan yang lebih kecil dan lembut. Rajah 55 menunjukkan dua variasi untuk menghasilkan tiub melalui penyemperitan iaitu deng an menggunakan mandrel yang bergerak dan yang tidak bergerak. Rajah 56 menunjukkan satu lagi variasi bagi proses ini. Mandrel diletakkan pada rongga acuan dengan menggunakan tiga bahagian yang nipis seperti yang ditunjukkan pada rajah tersebut. Bahan yang dis emperitkan akan terpisah bilaman melalui keratan ini. Akan tetapi ianya akan terkimpal atau tercantum kembali menjadi satu bahagian kerana daya dan tekanan adalah tinggi. Proses ini lazimnya dilakukan dalam keadaan panas. Mandrel dan pemegangnya dikenali sebagai spider . Sp ider boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk-bentuk bulat atau geronggang. PROSES-PROSES RICIHAN

Proses ini adalah proses yang dilakukan ke atas kepingan logam yang nipis. Prose s ini melibatkan pemotongan kepingan logam dengan mengenakan tegasan ricih ke atasnya. Biasanya p roses ini dilakukan di antara penumbuk dan acuan. Penumbuk dan acuan boleh berbentuk apaju a seperti membulat, konturan dan lurus. Pemboleh ubah utama didalam proses mericih ini ada lah daya penumbuk, kelajuan penumbuk, pelinciran, keadaan permukaan dan bahan bagi penumb uk dan acuan serta jejari sudutnya dan kelegaan di antara penumbuk dan acuan. Rajah 57 menunjukkan bagaimana proses ricihan dilakukan dengan menggunakan penum buk dan acuan. Manakala Rajah 58 menunjukkan kesan kelegaan di antara penumbuk dan a cuan terhadap zon ubah bentuk. Proses Pengosongan Ini adalah satu proses dimana penumbuk mengeluarkan sebahagian daripada kepingan logam daripada kepingan yang lebih besar. Bahagian yang dipotong dinamakan contoh-koso sng (blank) dimana ia akan digunakan atau dilakukan proses lain selanjutnya. Lihat Rajah 59. Proses Penebukan Proses yang sama dengan proses pengosongan. Akan tetapi bahagian yang dipotong a tau ditebukkan biasanya adalah lebih kecil kerana bahagian ini akan dibuang. Satu co ntoh yang tipikal bagi proses ini ditunjukkan pada Rajah 60. Proses Mentrim Operasi seperti menempa jatuh dan tuangan acuan terdapat sedikit logam yang terj ulur keluar [ada satah pemisahnya yang dinamakan flash ] atau sirip nipis. Flash ini adalah tid ak dikehendaki dan perlu dibuang sebelium bendakerja tersebut dapat digunakan. Proses yang digu nakan untuk membuang bahan yang berlebihan ini dinamakan mentrim. Acuan yang digunakan untuk proses ini adalah sama dengan acuan proses pengosongsn. Proses Mencukur (Shaving) Dalam proses pengosongan atau penebukan, tepi-tepi contoh kosong atau lubang tid ak menjadi betul-betulbersih keran terdapat gerigi (burr) selepas proses tersebut dilakukan . Untuk bahan yang memerlukan basi yang kecil dan baik, ianya perlulah dicukurkan iaitu membua ng gerigi tersebut. Proses Penakukan dan Penggaritan

Penakukan (notching) ialah satu cara memotong satu bahagian kecil pada tepi kepi ngan logam. Manakala menggarit (nibbling) membuang logam dengan cara tokokan kecil (small in crement). Sekiranya satu konturan tertentu pada kepingan logam diperlukan, satu penumbuk y ang kecil digunakan dan ditumbukkan secara berulang-ulangan disepanjang konturan tersebut dimana profil yang diperlukan dapat dihasilkan. Penumbuk yang digunakan boleh jadi berb entuk bulat atau empat-segi - mengikut kesesuaian penggunaannya . Rajah 61 menunjukkan secar a skema proses-proses mentrim, menyukur, menakuk dan menggarit..

Anda mungkin juga menyukai