Anda di halaman 1dari 1

HAEMA A/P RATTANAM, 372, Taman Bersatu, Jalan Kuala Kedah, 06600 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tel. :012-5817373

Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Kedah Darul Aman, Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium, 05604 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tarikh : 13 November 2011

Tuan,

RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU. Merujuk kepada perkara diatas, saya dengan ini ingin membuat rayuan permohonan pertukaran PPPS DG41 antara daerah iaitu dari Daerah Langkawi ke Daerah Kota Setar. 2. Untuk makluman pihak tuan, saya kini sedang bertugas di SJKT Ladang Sungai Raya dan ini adalah tahun ketiga saya bertugas di sini. 3. Saya telah memohon pertukaran guru bagi sesi Januari 2012 antara daerah melalui e-GTukar pada September yang lalu. Namun permohonan saya itu tidak diluluskan. Sebelum ini saya telah memohon pertukaran sebanyak empat kali kerana masalah kesihatan ibu bapa saya. Mereka memerlukan pemeriksaan dan rawatan secara berkala untuk masalah kesihatan yang mereka hidapi. Doktor pakar sendiri telah memberikan laporan kesihatan mereka dan menasihatkan supaya saya dapat menemani mereka disebabkan masalah kesihatan mereka yang tidak stabil. Bersama ini disertakan Laporan Perubatan ibu bapa saya. 4. Oleh kerana saya bertugas di Langkawi, adalah sukar bagi saya untuk berulang alik setiap kali untuk pemeriksaan berkala ibu bapa saya. Secara tidak langsung kekerapan berulang alik antara Langkawi dan rumah ibu bapa saya turut menjejaskan tumpuan, komitmen, kualiti dan prestasi saya sebagai pendidik di sekolah sekarang. Sehubungan itu masalah tersebut juga telah menyukarkan saya untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk ibu bapa saya yang pada masa yang sama amat memerlukan perhatian dari saya. 5. Saya amatlah berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan semula permohonan saya ini. Keprihatinan pihak tuan ke atas permohonan saya ini amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan setinggi penghargaan terima kasih. Sekian,

Yang benar,

Disokong oleh,

(HAEMA A/P RATTNAM ) K/P : 821108-07-5492

Anda mungkin juga menyukai